Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2007

Kenangan Itu Indah

Dari kanan di hadapan : Elyeen Amineen, Saya, Abdul Muiez(lobam), Abang Faisal Tehrani, Kak Nisah Haron, Zaki (al-jantanie), Ishaq Hanis (al-emonci), Fahd Razy Yang dibelakang saya kira tidak dapat memperkenalkan satu persatu. Takut-takut tersilap, lebih baik saya katakan saya angkat bendera putih. Di dalam berprogram selama tiga hari bersama orang-orang bijak pandai sastera, saya tidak dapat mengenali sepenuhnya wajah-wajah ke'ayu'an wanita. Maklumlah ramai sangat nak dibandingkan dengan kaum adam. Namun, sekiranya dapat dipertemukan kami semula, mungkin seronok juga. Sementelah melihat rakan-rakan yang lain berseronok-seronok di dalam Alumni MPR di samping dapat bertukar-tukar pandangan, tidak salah kiranya mewujudkan fenomena yang sama tatkala berakhir sudah program penulisan sekitar 4 bulan yang lalu. Tapi, orang kata pelajar luar negara sukar hendak jumpa. Nak buat bagaimana, kita bertemu di alam maya sahaja. http://www.gkln.blogspot.com

Dirgahayu Seorang Sahabat

Seorang teman, punya saudara, punya perasaan, punya tindakan. Seorang teman, yang amat garang, yang suka berang, yang tampak walang. Tapi, Bukankah seorang teman ini, membilah satu semangat, mengupas sebidang keramat, mengoyak sebuah keringat, yang amat payah dicari hingga nanti kan terbuka sebuah janji. Kerana seorang teman, dia punya angkara yang sama, mahu meninggalkan kami semua. Kaherah, Mesir. 29 Disember 2007 Pagi tadi aku menghantar Ustaz Hud ke Cairo International Airport . Dia mahu berangkat ke Kota London, United Kingdom. Wah! Kagum sungguh melihat semangat seorang teman yang mahu berangan-angan ke negara Eropah sebelum berangkat pergi meninggalkan Mesir. Namun, semoga pemergian ini adalah anugerah yang tidak tercapai oleh akal.

Anda Terlupa Keputusan STAM Anda?

Untuk kawan-kawan Maahad Johor, kalau mahukan kepastian natijah anda di dalam STAM, bagitahu saya.

Apa Yang Anda Mahukan Sebagai Seorang Jurukamera?

Ishaq Hanis di KLCC bersama saya (pesanan : Kalau ko nak gambar ni, beli sekeping LE 1,000,000) Betapa ramai jurukamera telah wujud di bumi Mesir ini. Dan saya kira, wajar kita berikan anugerah bernilai ini kepada tukang ambil gambar (jurukamera) kerana susah payah beliau merakamkan segala peristiwa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas majlis berlangsung. Namun, kekadang ada jurukamera yang seolah-olah menggunakan kameranya untuk menangkap sesuatu yang sulit. Lihat sahaja banyak gambar-gambar (tak senonoh) yang dipertontonkan di hadapan kita. Entahlah di mana silapnya. Hasilnya, lihat seperti gambar ini di bawah ini. Sungguh dahsyat bukan? Ini hasil seorang jurukamera. Maaf saya katakan bahawa kedua-dua gambar ini saya yang mengambilnya.

A Samad Said

A Samad Said (remaja/dewasa). Lahir pada 9 April 1935 Antara Sasterawan Negara yang menjadi idola saya adalah SN Datuk A Samad Said. Pertama, kerana hayatnya masih ada dan berkesempatan untuk menimba ilmu daripada beliau. Kedua, kerana saya sendiri pernah bertemu dengan beliau. Terkadang rasa menyesal tidak menghabiskan 'Di Hadapan Pulau' ketika mengambil SPM dahulu. Yang saya fikir ketika itu, saya harus lulus.

Sakit?

Oleh : Ammu Amni Kecoh bagai gempa bumi yang berlaku. Terkadang gelak sendiri. Tetapi, terima kasih kepada mereka yang amat prihatin. Benar! Saya sakit namun tidak dimasukkan ke hospital seperti yang dikhabarkan oleh seorang sahabat. (baca : mana la dia dapat berita palsu tu?) Tetapi sekadar berseloroh, saya membenarkan bahawa saya sakit. Nama penyakit saya kurang pasti. Namun saya beranggapan ini adalah sesuatu sakit yang biasa. Selesema. Tidak besar bukan? Dan, tanpa perlu datang seorang doktor atau jururawat ke rumah. Namun, terima kasihlah kepada Ustaz Hairul yang beria-ia nak sangat datang dan menemani saya. Yang paling terharu, siap masakan untuk saya. Tu yang terpaksa letak gambar dia ni. (baca : macam tak ikhlas je) Apapun, terima kasih. Saya sudah sihat seperti sedia kala dan boleh study seperti biasa. Apabila sebut tentang study ni terasa janggal pula. Kerana, saya tidaklah seteruk kawan-kawan yang terpaksa berhempas pulas pagi petang siang dan malam untuk menghadap kitab.

AKAN TERBIT

Saya sudah menerima lampu hijau daripada pihak penerbitan. Insya-Allah, awal Februari akan terbit. Terima kasih kepada pihak-pihak yang telah menaja proses percetakan buku ini. Hanya terdapat di Mesir. LE 10.00 sahaja

Siapa Bakal Jadi Presiden PMRAM 2008?

Mungkin inilah tajuk yang menarik boleh dibahaskan selepas 5 hari pencalonan kepimpinan Badan Pengurus PMRAM dibuka. Ramai yang telah membuat andaian sama ada si A atau si B yang bakal memegang tampuk pemerintahan pada sesi mendatang. Namun, mengikut pentafsiran, sesiapa sahaja boleh dilantik sebagai pemimpin. Namun, apabila mendengar bisikan-bisikan daripada sebelah kanan dan kiri berhubung isu ini, saya dengan mudah menjawab, mengapa anda tidak mencalonkan mereka? Justeru, sebagai jawankuasa pengelola SPR pun, saya teragak-agak di dalam fikiran siapakah yang akan menjadi Presiden PMRAM pada sesi mendatang. Pencalonan masih dibuka sehingga 1 Januari nanti. Moga-moga semua calon kepimpinan akan datang hebat-hebat semuanya. Semoga PMRAM terus melakar kecemerlangan memartabatkan ilmu untuk mahasiswa. Bukankah PMRAM dilahirkan kerana thaqafah? Justeru, marilah belajar sastera kerana sastera itu thaqafah anda. Moga-moga saya dapat di'bebas'kan pada sesi mendatang. Betul kan...penas

Jawab Isu!!!

Ada seorang pengunjung laman saya yang berkata ada perkataan 'pelik' yang tidak difahami. Lantas, dia menyarankan saya agar memberikan makna dan mendedahkan penulisan yang lebih baik dan mudah difahami. Saya ada satu sikap dalam diri. Saya menulis di dalam blog untuk melatih diri saya agar mudah menulis cerpen, puisi ataupun novel. Justeru, saya berpandangan bahawa menulis menggunakan ayat-ayat bombastik adalah sesuatu yang tidak dilarang dalam agama. (ketawa sendiri) Seperkara lagi yang saya ingin lontarkan adalah apabila saya mengeraskan kepala hotak saya untuk menulis sesuatu yang diluar kemampuan pemahaman seseorang, bagi saya itu sudah cukup adil. Masakan tidak, perkataan-perkataan yang saya jenamakan di dalam entri saya semuanya terdapat di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Justeru, tidak usahlah menjadikan alasan untuk tidak memahami. Tanggapan ini saya terima dengan baik. Dan moga-moga harapan saya untuk menulis berdasarkan pemikiran saya wajar diterima. Ini ransangan da

Membongkar Rahsia MUMTAZ

Di sini aku berlari... Sepanjang tiga tahun 'mengaji' di Mesir, jarang-jarang saya memperoleh natijah mumtaz untuk satu-satu matapelajaran (madah). Namun, kekadang saya sendiri sukar mentafsirkan bagaimana perolehan natijah sebegini mampu dilakukan. Mengikut jadual asal yang dikeluarkan oleh Pihak Pentadbiran Universiti Al-Azhar, peperiksaan pengajian Fakulti Syariah Undang-Undang adalah seperti berikut :- 6 Januari TAFSIR AYAT AHKAM 13 Januari AHWAL SYAKHSIAH (FARAID) 16 Januari MANHAJ DAKWAH 20 Januari BAHASA INGGERIS 23 Januari BAHASA ARAB (ADAB DAN NUSUS) Dan, setelah keputusan peperiksaan keluar pada bulan Ogos yang lalu, saya mendapati bahawa natijah peperiksaan saya seperti ini :- Tafsir Ayat Ahkam - Dhaif Jiddan Ahwal Syaksiah - Jayyid Manhaj Dakwah - Mumtaz Bahasa Inggeris - Jayyid Jiddan Bahasa Arab - Jayyid Ini bermakna, saya akan berehat panjang untuk semester ini kerana saya harus melangsaikan satu madah sahaja. Namun, sehingga kini saya kurang pasti di mana sila

Mengapa Saya Tak Suka Masuk Diskusi BKPJM?

Sekuat mana hati ini menahan sabar, sekuat itulah jiwa saya terhadap bahasa. Mungkin juga, kekadang hati ini lebih akrab kepada bahasa daripada syariah. Tetapi itu alasan semata-mata. Nah! Saya ingin khabarkan kepada kalian mengapa saya tidak suka lantas langsung tidak mahu berbicara atau berdiskusi di dalam laman BKPJM mahupun PMRAM. Pertama, maaf saya tujukan buat penulis ini:- "cm ner ek nak mint bace novel??ade jln penyelesaian tak??sbbnyerr bg kite novel perkataan byk2 pastuh takde gambo..hitam putih jek..fuh...jenuh..kite tgk org bace..tibe2 ketawa sorang2..tu takper lg..nih tibe2 nangis..camner ekk??" Daftar maklumat ini adalah daripada ruangan Diskusi Sastera dan bertopik Hari Baca Novel. Namun, kedangkalan insan yang bergelar manusia ini kiranya mengambil enteng terhadap masalah ini. Usah marah saya. Saya ada pantang!

Seputar Kaherah dan Buku

Seputar Kaherah dan Buku Oleh : Ammu Amni Aidiladha yang lalu, tidak puas berjalan. Walaupun sudah letih kaki melangkah hingga ke Sai'idah Aisyah lantas menyelusuri danau-danau debu Mesir di sebelah kawasan terpencil nun di hujung sana. Itu semua gara-gara jemputan daripada sahabat perubatan. Terima kasih untuk kalian. Dan sementelah itu, pagi tadi saya memaksa diri mengenali Alifu-Masakin bersama ahli bait sendiri. Tampaknya, selepas 3 tahun berada di sini, baru inilah kali pertama saya menaiki tramco ke sana. Jalan-jalan yang seronok ini akhirnya terhenti apabila sesuatu yang diingini tidak tercapai. Namun, di sebalik kepayahan yang menjelma saya ukirkan juga senyuman yang kelat lantas berkata, "inilah dugaan". Dalam pada itu, dugaan itu hanya sementara dan berakhir setengah jam selepas itu. Keluguan itu saya simpan di dalam diri. Memateri jiwa kecil setelah hajat kedua tidak dapat disempurnakan. Sebenarnya, selepas ke Syarie Nuzhah membayar duit internet, saya berhaja

Sebening Kasih Yang Sakit

Mungkinkah lakaran ini lakaran terakhir? Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM telah membuka pencalonan kepimpinan Badan Pengurus PMRAM dan AJKT HEWI PMRAM untuk sesi 2008. Ini bermakna seusai tarikh penutupan rasmi pada 1 Januari nanti, kalian bakal ketahui, siapakah yang akan menduduki tirai baru kepimpinan PMRAM pada tahun mendatang. Jemala mula beraksi di dalam kampus peribadi. Ironinya diri sudah tidak lagi layak ditaklifkan. Namun, di dalam kepayahan begini sukar untuk ditafsirkan. Kemelut yang melanda diri terasa bagai bayang yang belum lagi mampu berdiri. Lihatlah apa yang telah berlaku lewat iklim berbulan yang lalu. Natijahnya, tidak mahu mempersendakan diri sendiri lantas menjadi tohmahan hebat kepada beberapa insan yang bergelar manusiawi. Kemurungan yang jelas terbayang kini adalah usia. Usia yang kekadang sudah senja dimamah waktu dan zaman tidak layak lagi menjadi khalifah kepada PMRAM. Lantas, bermacam-macam andaian yang akan berlaku di dalam diri sendiri. Mungkinkah Engkau aka

Menilai Keindahan Bahasa Di Idul Adha

i "Cakap benar! Ikhlas! Jangan dolak-dalih!" Beberapa orang menggesa dia berkata benar. Dia tahu, sebagai seorang Muslim, berdosa jika katanya dusta. Lebih-lebih lagi bukankah penipu itu sebahagian daripada sifat golongan munafik? Wajah kusam itu menjelma melalui tubir keinsafan. Terasa benar diri bersalah. Namun, itulah hakikat sebagai orang Islam. Belajar erti sabar. Mendidik jiwa mengenal kepayahan dan keikhlasan. Dia menerung lagi langit. Kali ini untuk kali yang kedua. Awan biru sedang berseloka. Lantas berlaga-laga dengan awan yang lain. Dia tersenyum sendiri. Puas. Ini kejadian Tuhan. Kerdilnya diri memaksa dia sujud syukur segera. Lantas, dihamparkan kain untuk menyucikan batin yang kian tandus dan gersang. Terasa ampuh dugaan yang sedang menimpa. Jikalau ini kudratnya, aku tidak berdaya. Namun, kata-kata itu hilang dalam selimut yang senja. Memateri amanah tatkala diri ini ditaklifkan ii Sungguh Idul Adha ini menyegat dalam nubari. Terasa bagaikan kepuasan yang dipak

"Peguam" Singapura Lebih Bijak

Saya cuba mencari sebaik-baik gambar. Dan bukan niat saya juga untuk me'lucah'kan diri dalam blog sendiri. Namun, sekadar memerah pemikiran wajar ia dijadikan teladan. Akhbar Utusan Malaysia hari ini membantu saya menulis untuk artikel ini. Dan saya kira pembaca tentunya faham sastera yang ingin saya bawa. Pakai bikini, lelaki Singapura didenda RM25,000 SINGAPURA 18 Dis. – Gara-gara memakai sepasang bikini berwarna merah jambu ketika menerpa masuk ke dalam sebuah lif, seorang anggota khidmat negara dikenakan hukuman sehari penjara dan denda sebanyak S$11,000 (RM25,000). Tan Wen Zhong 21, juga didakwa memalukan kaum wanita yang turut berada dalam lif tersebut dan dia turut bersalah kerana telah menyalah guna pakaian yang dikhaskan untuk wanita. Semasa pangsapuri Wen Zhong digelidah oleh polis, mereka menemui 46 helai seluar dalam wanita termasuk bikini dalam simpanannya. Setahun lalu, dia pernah ditahan kerana melakukan kesalahan meraba punggung seorang wanita dan mencuri sep

Mengenali Penulis Novel Ayat-Ayat Cinta

(Gambar ihsan daripada : Ummu Hani Abu Hassan) http://hanihassan.blogspot.com Habiburrahman El-Shirazy, lahir di Semarang pada hari Khamis, 30 September 1976. Memulakan pendidikan menengah di MTs Futuhiyyah 1 Mranggen dan terdidik melalui asuhan sistem 'kitab kuning' di Pondok Pesantren Al-Anwar, Mranggen, Demak di bawah asuhan dan seliaan KH. Abdul Bashir Hamzah. Pada tahun 1992, beliau merantau ke Kota Budaya Surakarta untuk menuntut di sana. Selepas itu, beliau melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Syukbah Hadith di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Penulis novel terkenal 'Ayat-Ayat Cinta' ini telah mula mendapat tempat dihati penulis-penulis muda dan belia disamping pengekalan 'novel Islami' yang akhir-akhir ini menjadi bual bicara masyarakat. Marilah kita mendoakan akan lahir seorang lagi anak-anak bangsa kita mendaulatkan sastera Islam di Malaysia.

Lamaran II

Sekretariat Seminar Pantun Melayu 2007 Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia. Pihak berkenaan (baca : di atas) melamar saya untuk menyertai mereka di dalam menjayakan misi mengumpul 'Sejuta Pantun Melayu'. Justeru, saya berfikir-fikiran untuk menerimanya. Alangkah indah jika hati ini berkata, terimalah. Terima kasih kepada pihak yang menjemput saya.

HANYA 6 JANUARI 2008

k ertas soalan yang dibawa menggunakan trailer panjang di Malaysia, al-Azhar tak pakai trailer ke? Sudah wajar aku membaham sebuah kitab bergelar Tafsir Ayat Ahkam yang akan diduduki pada 6 Januari ini.

Khud Ya Ammu

Ketika ingin meninggalkan perkarangan Universiti Al-Azhar pagi tadi, saya disapa oleh seorang arab yang saya kira beliau adalah Pembantu Am Rendah di jamiah tersebut. Beliau menerpa saya seraya mengambil sebatang pen yang bertulis "BANK NEGARA MALAYSIA" Lantas, dia mula menyelitkan pen tersebut ditelinga kirinya. Saya berkekehan sendiri. "Ya ammu, enta ayiz di 'alam?" (Wahai pakcik, kau mahukan pen ini?) Dia mengangguk. Aku dapatkan pen ini dari Malaysia. Benar! Ketika Karnival Kerjaya Timur Tengah yang lalu, saya dapatkan di booth gerai Bank Negara Malaysia. Justeru segala barang-barang dan goodies yang diberikan disimpan sebagai kenangan. Seingat saya, saya adalah antara makhluk yang dicipta Allah untuk menyimpan segala khazanah peribadi. Dan seingat saya juga, ketika kecil dahulu, saya menyimpan roti yang tidak dimakan di dalam beg sekolah lantas apabila ayah sendiri menggeledah beg tersebut mahu maki hamun yang saya terima. Tahulah kalian bahawa saya seorang

SUA PMRAM GILA SASTERA

Beberapa buah buku yang sempat dirakam kerana ke'gila'an sendiri Ketawa sendirian. Terasing pada diri sendiri. Namun, itu adalah suatu lumrah kejadian. Lumrah yang dilatih bukan datang sendiri. Kepastian apakah ini wahai hati? Jiwa yang membisik seraya mencipta sesuatu yang di luar kotak pemikiran. Fokus! Fokus! Fokus! Itulah harapan seorang ayahanda yang mahukan anaknya langsung mendalami ilmu agama lantas menyuapkan mereka ketika pulang nanti. Merengek sukma dan nubari ini. Alangkah indahnya jika saya ketahuan menulis sejak dari awal. Dan tidak sebegini yang terlalu ghairah dengan pelukan semasa. Hakikat yang pasti. Tahun ini tahun kemenangan buat peribadi. Setelah berasak berkali-kali, tahun ini baru menjadi. Ini bukan kerana keterpaksaan. Tetapi kehendak diri. Namun, untuk apakah menulis? "Ustaz Syafiq tu, dah gila sastera ke?" Mungkin persoalan ini bukan koklea saya yang mendengar sendiri. Tetapi sewajarnya saya bukanlah 'gila' namun 'rakus'. Seum

Akhbar Hari Ini

Abdullah: Budayakan sikap suka menulis pengalaman Oleh HATA WAHARI KUALA LUMPUR 15 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta para pegawai kerajaan yang telah lama berkhidmat supaya membudayakan sikap suka menulis dan menghasilkan buku mengenai pengalaman diri untuk tatapan generasi muda. Perdana Menteri berkata, pengalaman dan pengetahuan pegawai tersebut perlu dibukukan untuk rujukan agar generasi akan datang mengetahui bagaimana negara ini dibangunkan. ‘‘Pegawai-pegawai yang terlibat dalam pembangunan di luar bandar perlu mengambil inisiatif untuk menulis buku mengenai pengalaman mereka membangunkan ekonomi luar bandar dan pelbagai lagi pembangunan sosial lain. ‘‘Sekiranya pengalaman dan pengetahuan itu tidak dibukukan, ia kelak hilang begitu sahaja dan generasi muda tidak akan mengetahui bagaimana keadaan negara pada masa itu,’’ katanya. Abdullah berkata demikian ketika berucap melancarkan koleksi puisi Merenung Jendela Hidup karya Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Alb

Kisah-Kisah Lama dan Muhasabah Diri

Mungkin lucu bercerita kisah-kisah sekolah menengah. Namun, bukankah pengalaman yang lepas mengajar kita erti pengorbanan sehingga kita lahir dan hidup pada hari ini kerana faham apa itu pengorbanan dalam hidup. Jika tidak, saya kira ramai yang telah futur dan ada ketikanya mereka tidak lagi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Saya sungguh kagum melihat beberapa sahabat lama di sekolah yang sama dahulu (baca : senior saya) masih teguh dan tekun memperdagangkan diri untuk menuntut ilmu. Cari di mana Ustaz Firdaus Sulaiman dan seangkatan dengannya. Ini gambar batch mereka. Baru-baru ini, ketika pulang ke Malaysia saya bertemu dengan beberapa orang sahabat (baca : abang-abang senior). Wajar saya sebut abang (baca : masa tu je) namun mereka pula masih tekun mengenali saya. Bukanlah hakikat ini yang saya ingin persembahkan. Namun, beberapa ketika apabila bertemu dengan mereka yang sudah berumah tangga dan menjawat jawatan pensyarah universiti, hati bertanya sendiri, mereka

Catatan Ringkas

Saya dilamar oleh editor sebuah majalah atau akhbar (baca : kurang pasti). Menulis untuk pasaran lebih luas. Tapi saya masih baru belajar. Dan janji ini saya kotakan untuk jadi seorang penulis yang prolifik. Berikan saya peluang ini. Menajamkan tinta yang sedang mengulit mesra mendakap sayu hati seorang perindu.

Apa Itu Menulis?

"Tujuan mengarang itu yang sebenarnya ialah hendaklah supaya orang yang membaca faham dan tahu akan fikiran dan hati pengarang." Ilmu Mengarang Melayu Za'ba Hati mula meraba, entah di mana silapnya. Aku sebegini rupa. Hilang punca dan segala. Mahuku pujuk hati yang dibayangi semata. Dan, hari ini esok dan lusa yang tiada upaya.

Pantun Untuk Pesta Pantun

Pantun ini saya karang pada tahun 2005. Bongkar sana-sini, tiba-tiba bertemu hasilnya. Masa ni, Ustaz Ishaq Hanis pun belum ke Mesir :) Pembahas berhujah idea positif, Sedih dan hiba natijah rasib; Dadah dan arak gejala negatif, Relakah remaja merubah nasib? Gamelan Melayu semarak bernazam, Anak teruna mengail perigi; Memperkasa Wahdah Menyemarak Iltizam, Laksanakah agenda mengukir peribadi? Lantang berdiri pemuda pemudi, Tokoh sejarah semangat berjuang; Kemajuan teknologi wajar dipuji, Tergadaikah mahasiswa mencari peluang? Meliar jelatik si burung merak, Songket tenunan jadi hiasan; Kompang dipalu pengantin diarak, Lestarikah watan membela warisan? Hidangan tamu buah pulasan, Raut disulam seorang perwira; Adat Melayu seni warisan, Pupuskah belia hilangnya budaya? Pendidikan sekular wajar disemak, Kemunduran azhari wajar dikaji; Thaqafah dididik asuhan ulama, Tercapaikah daie menjulang tinggi? Ada lagi berpuluh-puluh pantun yang saya sendiri lakarkannya. Namun lebih baik semuanya disi

PASARAN KORPORAT

Takaful Ikhlas bangun modal insan PETALING JAYA 11 Dis. – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. sedang mengintai potensi membangunkan modal insan tempatan, yang kini berada di luar negara, khususnya di Asia Barat. Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, usaha itu bertujuan memberi peluang pekerjaan kepada penuntut Malaysia dalam industri takaful. Syarikat itu telah menyertai Karnival Kerjaya Asia Barat di Kaherah, Mesir baru-baru ini dan berjaya menarik minat lebih 4,000 penuntut Malaysia di negara itu. “Kami telah diberi ruang pameran untuk memberi ceramah ringkas secara berkumpulan tentang aktiviti perniagaan Takaful Ikhlas, sistem takaful dan kewangan Islam. “Apa yang kami ingin kongsi dengan mereka ialah untuk menjelaskan peluang-peluang pekerjaan yang ada di Takaful Ikhlas sebagai kakitangan syarikat dan juga ejen Takaful Ikhlas,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini. Beliau berkata, syarikatnya telah menemuduga seramai 118 pelajar tahun a

Bila Tiba Musim Sejuk

Apabila tiba musim sejuk, inilah pakaian rasmi. Stoking yang tidak dijual di Malaysia. Juga, kekadang ada yang memakainya berpelik-pelikan. MALAYSIAKU GEMILANG Marilah kita semua Atas nama negara bangsa Dengan tekad mulia Maju berwawasan Mencipta keagungan Berpadulah kita semua Di dalam satu suara Dengan degupan merdeka Menjulang budaya bangsa Untuk Malaysia tercinta Malaysiaku gemilang Merdekanya terbilang Berdaulat dan makmur Berjaya kami syukur Malaysia, kebebasan kedamaian Malaysia, kebahagiaan kebanggaan Malaysia, cemerlang terbilang Malaysiaku gagah gemilang LAGU : NIK NIZAM JAAFAR LIRIk : RAIS YATIM, HAIRUL ANUAR HARON

Siapa Mahu Selesaikan?

Sebahagian kitab yang masih menjadi teladan buat diri sendiri di Maktabah Ammu Amni. Kambing masih mengaum, lembu masih mengiau. Tapi mungkin itu bukan lumrah alam. Pelik tapi benar. Sukar pula ingin mengatakan. Takut-takut juga ada yang salah tanggapan. Namun, sebagai manusia kita harus berfikir. Beberapa hari lena tidak sebaik dahulu. Mungkin peperiksaan bakal menghampiri, atau motivasi kendiri sudah kembali. Atau kerana tugasan yang dibebani tidak lagi serehat dahulu. Saya berpaling lagi. Kali ini, mengharapkan bantuan. Jika kalian ada idea, silakan... PEREMPUAN tua itu sudah lama di kaki lima . Sudah berhari-hari malah bertahun tidak menginjak dari tempat asalnya. Mungkin sudah biasa berkeadaan begitu. Sesekali, dia meratap tangis yang tersekat-sekat. Tiada sesiapapun yang ingin menghiraukannya. “Apalah dosa perempuan tua ini sehingga diperlakukan begini.” Amin bicara sendirian. Hatinya bergalau. Ingin dijentik keinginan hati bertanyakan khabar namun belum kesampa

Minggu Takziah

Takziah untuk Ustaz Muhammad bin Arshad selaku Mantan Badan Pengurus PMRAM sesi 2005 dan 2006 yang telah kehilangan ibunda tercinta pada hari ini (08 Disember 2007) Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah. "Aku bukan seperti engkau sangkakan...pura-pura di dalam berjuang..." http://warshan.blogspot.com

MANDUL DBP

Pusat Dokumentasi Shaharom Hussien yang terletak di Larkin Perdana, Johor Bahru. Sudah seminggu isu 'mandul' menjadi bualan hangat orang-orang kanan Dewan Bahasa dan Pustaka. Selaku, ahli Rakan Dewan, saya juga tertampar dengan masalah ini. Benarkah DBP sudah mandul? Jika ingin diralitkan sebuah cerita mungkin juga ada benarnya. Saya juga membenarkan pendapat Ahli Parlimen Gerik, Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh di atas "kemandulan" ini namun lebih ringan bahasanya. Menyelami jiwa nurani DBP sudah sebati dengan hati dan kalbu saya. Apatah lagi di dalam memahami situasi yang sedang berlaku ini, acapkali saya tertampar oleh dunia sektor kerajaan. Dewan Bahasa dan Pustaka seharusnya berterima kasih kerana ada juga pihak yang sudi menegur dan menilai sejauhmana tahap kecemerlangan DBP pada hari ini. Jika ditinjau lebih jauh, saya selaku anak jati Johor pun masih sangsi dengan kewujudan DBP. Mudahnya, apabila melihat DBPWS di Larkin Perdana, Johor Bahru kekadang pegawainya dan

Mahasiswa Mendepani Cabaran Ekonomi Dunia

Apabila karyawan di gelanggang usahawan KAHERAH, 6 Dis - Seramai 65 orang pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir berjaya menamatkan Program Latihan Pembangunan Usahawan Pelajar Malaysia di Mesir yang diadakan di sini semenjak 1 Disember yang lalu. Berobjektifkan pendedahan kepada peserta tentang kemahiran-kemahiran keusahawan, disamping membimbing peserta dengan kemahiran-kemahiran fungsian keusahawan untuk menyiapkan diri sebagai usahawan yang berjaya. Program yang diadakan buat kali kedua di bumi Mesir ini menjadi pemangkin kepada graduan-graduan daripada Universiti al-Azhar turut serta di dalam pentadbiran perniagaan yang amat ditekankan oleh pihak kerajaan pada hari ini. "Kita yakin dan percaya, pendedahan dan pengalaman para peserta yang menyertai program ini akan terus dipraktikkan selepas pulang ke Malaysia kelak." Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia dengan usahasama Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.

Orang Baru

Saya orang baru; yang masih belajar. Saya orang baru; kerana saya angguk sahaja. Saya orang baru; tapi saya punya falsafah. Dan, bukan lama atau baru, jadi punca. Saya ingin belajar untuk mencari idea. Lantas, latih dan praktik adalah utama. Doakan saya.

Setelah Se"PURNAMA" di Mesir

Genap hari ini tarikh sebulan saya menjejakkan kaki ke bumi Mesir. Jika ingin dijurnalkan mungkin sampai 120 muka surat pun saya kurang pasti cukup atau tidak. Namun, sekurang-kurangnya ada di kalangan pembaca sekalian telah menjejaki saya seawal ketibaan saya di Mesir ini. Tiba-tiba teringatkan kisah-kisah seputar sebulan di Mesir ini. Turun ke Iskandariah, Tanta, Dumyat dan berprogram di sekitar Kaherah ada sesuatu anugerah kembara saya. Juga, sempat menelaah beberapa buah novel dan mengkhatamkan "Tuhan Manusia" yang telah saya mulakan pembacaan lewat di sekolah suatu masa dahulu. Jauh memori saya mengembalikan semula semangat sebagai seorang murabbi. Tentu enak kalau saya hadiahkan senyuman ini untuk semua anak-anak murid yang masih lagi saya rindui. Terima kasih juga untuk beberapa orang yang sempat bertanya khabar melalui khidmat pesanan ringkas beberapa ketika. Jika ada yang tidak dibalas, halalkan sahaja. Mungkin saya boleh melarikkan beberapa ceritera sepanjang saya b

Ammu Amni

Mungkin nama ini sedap untuk jadikan nama pena. Amni Insyirah dilahirkan pada 26 Julai 2007. Sudah empat bulan rupanya aku bergelar 'amu'. Nama : AMNI INSYIRAH BT AQIB Lahir : 26 Julai 2007 Tempat : Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru

Ibu, Aku Dengar Suaramu...

Kami bacakan Yasin dan tahlil; dengan kalimah Allah yang Maha Suci. Kami dengarkan dia nama Tuhan; dengan Asmaul-Husna sebagai kekuatan. Kami laungkan zikir pnuh keinsafan; dengan takbir senja yang sudah hilang. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! La...ila allahuallahu akbar..Allahuakbar walillahilhamdu. Kami dengar azan Asar pada hari ini bukan azan yang biasa. Kami tangisi azan Asar ini dengan air mata nasuha. Kami akur pada ketentuan-Nya Yang Maha Mengetahui atas setiap yang berlaku. 2 Disember 2007 1.00 petang (waktu tempatan) Ustaz Rasul berbual-bual ringkas dengan aku, dan beberapa kawan-kawan Johor di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah tentang penyakit ibunya. Lantas, aku mencadangkan agar bondanya dihantar berubat secara tradisional. Sedari itu, Ustaz Rasul menyatakan bahawa bonda beliau akan membuat pemeriksaan sekali lagi kerana simptom telah berubah (mengikut SMS yang diterima daripada kakak beliau di Malaysia). Penyakit 'batu karang' yang dikatakan pada awalnya

Tesaurus

Hari ini kita akan berkongsi berkaitan dengan perkataan seerti. Kekadang, apabila membuat karangan, perkataan yang serupa kita ulangi. Istilah ini juga dinamakan tesaurus. Tesaurus bermaksud khazanah perkataan-perkataan yang mempunyai konsep yang sama. Oleh yang demikian, saya memetik daripada buku Tesaurus Bahasa Melayu karangan Puan Ainon Mohd dan suami (Prof Abdullah Hassan). Mari sama-sama kita berkongsi. Contoh : Ayah ajak saya ke bandar . Ketika kami tiba di bandar , jalan raya dipenuhi dengan kenderaan awam. Oleh yang demikian, perkataan-perkataan berikut wajar dipelbagaikan semasa kita menulis karangan. kota bandar, bandar raya, metro, metropolitan, metropolis, pekan, pura. implikasi akibat, efek, hasil, kesan, kedudahan, mudarat, musibah, padah. berengga ulat, serangga. koyak belah, cabik, carik, cebis, fraktur, hancur, kandas, kerat, kopak, merekah, robek, patah, pecah, perca, peroi, potong, putus.

Sasterawan Atau Usahawan?

goodies daripada penganjur Aku ladeni topik ini dengan mata hati. Mereka menyaksikan bahawa aku sedang diselimuti dengan dua agneda peribadi. Lazimnya, perkara ini jarang-jarang dilakukan oleh manusia biasa. Benar! Kesesakan apa jua yang melanda diri, itu bukan bermakna cerminan peribadi. Kita dinilai dan diberi Allah serebrum dan serebelum untuk mengolah dan mentafsir, namun mengapa medula oblongata disia-siakan? Mustahil manusia lengkap. Mungkin juga tidak logik jika aku katakan mereka syamil. Makanya, tidak salah kita belajar sedari awal tatkala mengenal erti persekolahan. Hari ini sewajarnya kita memperkembangkan pengalaman diri, belajar cara menghayati, mentafsir peribadi dan mengolah jiwa seni. Fikirkan itu, ini, dan dia. p/s : Memperkotakkan minda dengan program-program usahawan untuk mandiri. Jika kalian tidak mahu, usah melatah! PROGRAM LATIHAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN PELAJAR-PELAJAR TIMUR TENGAH Tarikh : 1 hingga 6 Disember 2007 Tempat : Asrama Rumah Melayu Abbasiah, Kaher