Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Gelak Terguling-guling

Ingin mengetahui warga kerja PTS yang sebenarnya, semuanya ada di bawah ini. Hanya 15 minit sahaja, Tuan-Tuan dapat mengenali sejumlah lebih 120 orang kakitangan di bawah pentadbiran PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. BP PMRAM pun boleh buat juga...Kami di Malaysia mahu melihatnya.

KLIA Mencatat Beberapa Peristiwa

KALI terakhir saya menjejakkan kaki ke KLIA adalah pada 13 September tahun lalu. Setelah hampir setahun - 25 Ogos yang lalu peluang itu datang kembali. Ada beberapa peristiwa yang dapat saya catatkan di dalam kamus peribadi. Pertama, bertemu dengan teman-teman dari Mesir iaitu Ustaz Syed Aisam, Ustaz Zainureen, Ustaz Rafis, Ustaz Abdul Hadi (teman-teman dari Perlis) - yang menghantar rombongan mahasiswa baru Perlis ke Mesir. Aduhai, KLIA banyak mendewasakan saya sebenarnya. Malam itu juga, penerbangan yang Anas naiki adalah penerbangan yang sama saya naiki sewaktu mula-mula tiba di Mesir. Saya masih inagt lagi, waktu itu penerbangan Qatar Airways jam 2.55 pagi. Jadual penerbangan itu masih sama lagi selepas hampir enam tahun saya merasainya pada 24 Oktober 2004. KLIA juga di antara lapangan terbang saya mulakan permusafiran dan menamatkan permusafiran. Di sini juga tempat saya mengenal 'departure' dan 'arrival'. Malam penerbangan Anas itu adalah malam yang banyak saya p

Setelah Setahun Bergelar Graduan Al-Azhar

Gambar di atas adalah gambar terakhir sebelum saya bertolak meninggalkan bumi Mesir. Gambar ini juga yang menjadi saksi bahawa saya meninggalkan teman-teman seperjuangan di dalam PMRAM walaupun hati saya bertambah berat untuk pulang ketika itu. Namun, atas dasar tanggungjawab dan perlu meneruskan kehidupan bersama usia yang semakin dewasa, saya gagahkan diri untuk meninggalkan tebing permusafiran. Hari ini, setelah bergelar graduan Al-Azhar selama hampir setahun, banyak perkara yang saya pelajari. Banyak perhitungan yang saya dapat belajar. Banyak juga muhasabah yang saya berulang kali fikirkan. Dua malam sudah, saya menghantar seorang sahabat (Che Mohd Nor Anas) pulang ke Kaherah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah (KLIA). Bisik saya, sudah hampir setahun rupa-rupanya saya tidak berpeluang ke KLIA ini. Aduhai, rindunya pada keluar masuk bagasi. Rindu juga pada letak duduk boarding pass. Semuanya itu tiba-tiba bergentayangan di dalam nubari. Tiba-tiba ada satu bisikan jahat dalam

Siapakah Puan Ainon Mohd?

Untuk mengenali siapakah Puan Ainon Mohd, saudara boleh membacanya di sini. Sekiranya, saudara tidak mahu menekannya, boleh sahaja baca di bawah ini. Beliau ada Pengerusi Kumpulan Syarikat PTS. Ainon Mohd merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Leeds University. Beliau juga pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pemegang Diploma Penterjemahan dan Interpretasi dari Universiti Malaya. Memulakan kerjaya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan telah berkhidmat di DBP dari tahun 1973 hingga tahun 1988. Sepanjang berkhidmat di DBP, beliau telah memegang pelbagai portfolio termasuk Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera, Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan terakhir sekali sebagai Ketua Bahagian Terjemahan. Selain daripada itu, beliau juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Universiti Malaya dan

Ogos

LOGO ILMAM (Ikatan Lepasan Mahasiswa Al-Azhar Mesir) tiada kaitan dengan entri ini. Namun, beberapa hari lalu saya berbual dengan mantan Timbalan Setiausaha Agung PMRAM yang kini merupakan Penasihat PMRAM, Ustaz Abdul Malik Abdul Karim berkenaan perhimpunan besar-besaran mantan kepimpinan PMRAM. Ya. Percaturannya, ramai kepimpinan PMRAM yang kini sudah berada di Malaysia. Ada juga yang pulang bercuti termasuk tiga orang mantan Presiden PMRAM yang terkini iaitu semenjak tahun 2006-2009. Tentu meriah apabila 'kepala-kepala besar' ini disatukan. Tentu banyak perancangan yang akan disusun nanti untuk menyambut PMRAM yang berusia 80 tahun. Jika mantan dapat berhimpun, ini bermakna usia 80 tahun PMRAM tidak sia-sia. Kita juga mampu meletakkannya sebagai salah satu program semi MEGA kepada ulangtahun PMRAM. 2 Ogos ini, setelah hampir setahun saya pulang; saya telah membuat keputusan. Ya. Moga-moga diberikan rezeki oleh Allah Taala. Saya akan menyambung pengajian dan pendidikan di peri

Macam-macam hal (2)

Di Malaysia, dua buah pengedar buku terbesar di Malaysia adalah POPULAR dan MPH. Masing-masing mempunyai cawangan di setiap negeri, malah ada juga yang membuka cawangan di daerah-daerah besar dan kecil. Rata-rata pembaca buku dan peminat tegar buku akan bertemu dengan dua kedai buku terbesar di Malaysia ini. Plaza Angsana di Johor Bahru pada peringkat awalnya membuka dua buah kedai buku terbesar ini. Walaubagaimanapun, Kedai Buku Badan Cemerlang telah menendang kedua-dua kedai buku ini disebabkan Badan Cemerlang menjual buku-buku bahasa Melayu. Oleh sebab itu, Badan Cemerlang mampu berdiri kukuh pada hari ini disebabkan pengunjung Plaza Angsana majoritinya adalah orang Melayu. 2 Kebelakangan ini, ada pengedar terbesar ini yang sedang main jentik-jentik bersama PTS. Ada pengedar terbesar ini yang memaksa PTS memberikan diskaun yang tidak masuk akal kepada PTS. Aduh! Terperanjat juga PTS mendengar simbol dan nombor diskaun itu. Mahu tidak mahu, sebagai penerbit, PTS perlu memastikan buku

12+13=25

...Saat puasa terakhir bersama junior di Mesir... (Malam itu, Ustaz Rasul pulang ke Malaysia) SUDAH LAMA tidak masuk kelas matematik. Oleh sebab kantuk tidak menyebelahi, setelah jam di dinding menunjukkan angka 3, saya segera menulis satu perkara yang sejak malam tadi berlegar-legar di atas kepala. Malam tadi saya mendengar ceramah haraki yang disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Ahmad bin Yahya. Sungguh saya gemar orang 'Kedah' berucap. Ada slanga yang susah hendak dijumpai oleh mana-mana penceramah. Namun, bukan intipati ceramah itu yang ingin saya bicarakan tetapi lebih daripada itu saya terlalu berfikir panjang. Ya! Tentang angka 12 dan 13. Sepanjang dua belas tahun semenjak kelahiran, saya tinggal bersama ibu dan bapa. Kemudian, sejak menginjak ke angka 13 hingga 25 ini, saya tidak lagi tinggal sebumbung dengan mereka. Bermula 12 Januari 1998, setelah saya diperkenalkan dengan SMA Kerajaan Johor Kluang selama 5 tahun, kemudian berpindah ke Maahad Johor, J

Terima Kasih Buat Teman

PERTEMUAN dan perpisahan itu adat. Kata-kata itu saya simpan dalam kotak ingatan. Setelah kami terpisah hampir setahun, (ketika saya menamatkan pengajian tahun lalu) akhirnya kami dipertemukan semula. Kami dipertemukan dalam suasana damai. Kami dipertemukan dalam satu suasana yang kami tidak jangkakan. Berkat takdir dan ketentuan tarikh 8 Ogos kami bertemu. Sungguh indah pertemuan itu. Biarpun hanya kami berempat tetapi bagai kami berlima belas (merujuk kepada kepimpinan PMRAM yang sentiasa ada 15 orang) Tidak dirancang akan pertemuan itu. Saya hanya dimaklumkan beberapa hari sahaja. Walaupun begitu, insya-Allah seperti yang bakal direncanakan adalah perhimpunan besar-besaran kepimpinan PMRAM yang akan diadakan selepas hari raya nanti. Insya-Allah dan doa sahaja dipanjatkan kepada Allah Taala agar misi dan cita-cita tersebut tercapai. Terima kasih kepada teman-teman yang memeriahkan hari lahir saya tahun ini. Tambahan : Bulan Ogos ini banyak peristiwa yang menarik dan bermakna dalam di

Pengacara Karnival Belia

Pengacara Karnival Belia 2010 Perasmian oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor

Hal Ehwal Editor

PERNAH BERGADUH? Saya fikir saudara sekalian pernah bergaduh. Tentu. Waktu pejabat juga adalah waktu bergaduh. Namun, yang menyeronokkan adalah pergaduhan sesama editor adalah berkenaan dengan hal ehwal bahasa dan tatabahasa. Si A menyatakan ayat ini betul. Si B menyatakan ayat itu salah. Masing-masing membawa idea masing-masing. Wah....para karyawan PTS memang suka berdebat isu bahasa. Saya sangat suka dengan sikap masing-masing yang mahu pembangunan diri terhadap bahasa. Sebenarnya tidak apa yang digaduhkan tetapi editor akan berdebat dalam keilmuan, saudara pula? Tambahan : Hujung minggu ini saya sibuk walaupun 8 Ogos akan tiba. Saya perlu menyelesaikan beberapa perkara penting terutamanya menjadi pengacara majlis bagi Majlis Hi-Tea dan Majlis Ihtifal Sekolah PASTI Gombak. Selepas ini saya mahu buka tawaran kepada tuan-tuan untuk menjemput saya menjadi pengerusi dalam apa-apa acara.

Mahu Pulang Ke Jalan Asal

SUDAH masuk bulan Ogos. Ini bermakna sudah hampir setahun saya pulang ke Malaysia dan hampir setahun juga saya berkhidmat di PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Saya mahu kembali pulang ke jalan asal. Jalan yang membawa saya sampai ke destinasi ini. Saya mahu kembali mengarang sebuah cerpen, novel, dan puisi untuk dicurah kepada masyarakat. Saya sudah jarang-jarang ke Dewan Bahasa dan Pustaka kerana ' position ' hari ini memaksa saya menundakan hasrat itu. Namun, apabila Pengurus Jabatan Jualan, Encik Zaharin Zain sudah memaklumkan bahawa Sasterawan Negara, A. Samad Said akan berhijrah ke PTS, saya jadi semangat kembali. Mahu duduk di dalam dunia saya yang asal. Ini Bukan Dunia Saya! Membaca dan mengurus karya sains yang bukan aliran saya. Sudah banyak kali isu ini saya suarakan bersama-sama teman seperjuangan. Namun, saya ketahui bahawa mereka mahu meletakkan saya sebagai posisi kedua pentadbiran, maka saya masih kekal di sini- ya- menguruskan buku-buku sains. Sebab

KARIB dan KEKAL

SAYA tidak pasti mahu meletakkan poster yang mana satu. Oleh itu, saya naikkan kedua-dua buah poster ini. PMRAM adalah jantung hati saya, sementara AMAL adalah nadi kedua saya. Kedua-dua program ini berjalan hampir serentak. Jikalau dahulu saya berkhidmat untuk PMRAM, kini saya berkhidmat untuk Kelab Belia AMAL Gombak. Ke mana lagi selepas ini ya...

KAVER AKHBAR

ADA BEBERAPA SEBAB mengapa kita perlu mengisi kaver akhbar. Saya tidak berniat pun untuk mencari populariti walaupun saya sudah dimaklumkan bahawa berita saya ini akan diletakkan di muka hadapan akhbar. Minggu ini mesej bertalu-talu masuk dalam telefon bimbit saya. Ada teman di negeri Johor, penulis sastera terkenal di Malaysia dan beberapa orang teman yang ternampak akhbar Mingguan Warta Perdana di seluruh Malaysia. Saya memberitahu seorang teman bahawa saya tidak hairan apabila saya menjadi kaver akhbar kerana saya juga pernah masuk dalam akhbar Berita Harian (gaya bercakap ala-ala orang korporat besar). Fikir saya, cerita yang dijual untuk kaver ini juga hanyalah sebuah cerita polos bagi mensensasikan akhbar. Saya sebenarnya hanya menurut kehendak wartawan sahaja apabila ditanyakan beberapa soalan untuk ditemuramah bagi siaran akhbar ini. Pada hemat saya, menjadi kaver akhbar tabloid tidak sama menjadi kaver akhbar perdana. Tiada untung apa-apapun....