Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

POLITIK : PRU-13

LAMA BENAR saya tidak mencatat tentang hal tetek bengek politik. Ya. Kalau ditanya kepada saya, adalah tiga bidang ini yang menjadi minat saya. Ia bermula dengan Agama, Sejarah dan Politik. Dalam bahasa mudah disebut PAS. Politik-Agama-Sejarah. Tutup. Almaklum, dengan lipatan sejarah hitam negara pada Pilihanraya Umum ke-12, kerajaan Barisan Nasional tewas di beberapa buah negeri. Itu keputusan. Biarkan ia menjadi keputusan kerana apa yang lebih penting adalah bagaimana perancangan dan perencanaan utama sewaktu membilang waktu yang sudah berakhir kira-kira empat tahun yang sudah. Kini, PRU 13 akan tiba. Entah bila, kita tunggu sahaja detik dan saat yang dinantikan. Siapa yang akan memerintah negara; jawapannya selepas itu. Saya berada di sekeliling teman-teman yang hampir pro-kerajaan sebenarnya. Manakan tidak, saya bertugas juga di dalam agensi kerajaan. Namun, teman-teman ini juga tidak menyokong kerajaan. Sebenarnya, betul apa yang diperakui bahawa PRU13 ini adalah satu medan utama.