Mahasiswa Mendepani Cabaran Ekonomi Dunia

Apabila karyawan di gelanggang usahawan

KAHERAH, 6 Dis - Seramai 65 orang pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir berjaya menamatkan Program Latihan Pembangunan Usahawan Pelajar Malaysia di Mesir yang diadakan di sini semenjak 1 Disember yang lalu.

Berobjektifkan pendedahan kepada peserta tentang kemahiran-kemahiran keusahawan, disamping membimbing peserta dengan kemahiran-kemahiran fungsian keusahawan untuk menyiapkan diri sebagai usahawan yang berjaya.

Program yang diadakan buat kali kedua di bumi Mesir ini menjadi pemangkin kepada graduan-graduan daripada Universiti al-Azhar turut serta di dalam pentadbiran perniagaan yang amat ditekankan oleh pihak kerajaan pada hari ini.

"Kita yakin dan percaya, pendedahan dan pengalaman para peserta yang menyertai program ini akan terus dipraktikkan selepas pulang ke Malaysia kelak."

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia dengan usahasama Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.


Comments

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim