Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

Analisis Kajian Khas!

KEGAGALAN MAHASISWA AL-AZHAR : SATU ANALISIS MAHASISWA FAKULTI BAHASA ARAB, TAHUN EMPAT, UNIVERSITI AL-AZHAR, KAHERAH, MESIR. Oleh : SYAFIQ ZULAKIFLI Pendahuluan AKHIR-AKHIR ini pelbagai salah tanggap negatif dilemparkan kepada mahasiswa Al-Azhar terhadap keputusan peperiksaan. Ramai yang menganggap mahasiswa kita tidak belajar dan kurang memberi penumpuan di dalam pelajaran masing-masing. Masing-masing tuduh-menuduh di antara satu sama lain. Paling merisaukan apabila pelbagai kenyataan akhbar keluar sehingga menemplak mahasiswa kita di Mesir. Kertas kerja ringkas ini saya menulis selepas meninjau hasil keputusan peperiksaan mahasiswa Tahun Empat Fakulti Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar yang telah keluar seminggu yang lalu di kuliah. Hasil pemerhatian saya, beberapa perkara perlu diperbaiki sama ada daripada sudut pentadbiran, pengurusan dan pembelajaran mahasiswa Malaysia di bumi Mesir. Saya mengharapkan agar analisis ringkas ini mampu memberi peluang kepada Kementerian Pengajian T

Akhbar Hari Ini

Sumber : Utusan Online. Karya A. Samad ke Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt KUALA LUMPUR 30 Julai - Dua karya Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said adalah antara 100 judul buku yang akan dibawa menyertai Pesta Buku Antarabangsa di Frankfurt, Jerman pada pertengahan Oktober depan. Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Mohd. Khair Ngadiron berkata, karya itu adalah Cinta Fansuri dan Balada Hilang Peta yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris berjudul Fansuri's Love dan Ballad of the Lost Map. Beliau berkata, kedua-dua karya itu dipilih berdasarkan nilai dan mesej di dalamnya selain untuk mengenang jasa serta memberi pengiktirafan kepada Sasterawan Negara itu. "Pesta buku lima hari itu akan bermula 14 Oktober dan disertai 10 syarikat penerbitan tempatan selain 7,000 peserta pameran dari 100 negara," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai majlis 'Menjelang 75 Tahun A. Samad Said' dan pelancaran buku Fansuri's Love dan Ball

Noktah

Noktah Noktah Noktah Noktah Betapa detik sukar menghadapi isu terbesar ini. Saya redha atas segalanya. Moga-moga kita bersama orang-orang yang sabar. Tiada lagi kalam mampu dituturkan. Saya tidak pernah memikirkan bahawa saya akan menghadapi saat getir selepas sembilan tahun mengenalinya. Entahlah... saya juga punya perasaan. Sebab itu bagi saya, setiap ayat yang saya karang, saya akan fikirkan kebaikan dan keburukannya. Malam Jumaat yang barakah ini, saya membuat keputusan menarik balik segala kenyataan yang mampu memberikan kelukaan kepada mana-mana pihak. Kerana saya punya sekeping hati yang dipinjamkan Tuhan untuk berfikir, maka segalanya saya serahkan kepada-Nya. WAJAH Wajah kami matanya akhlak hidungnya budi telinganya punya kesabaran mulutnya punya keinsafan yang mengenal antara makhluk dan Tuhan. Betapa kami menghargai nikmat yang dipinjamkan dalam wajah kami. KAHERAH 31 Julai 2009

Terima Kasih Zaqaziq

Penulis ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup Penyampaian Hadiah kepada pemenang kejohanan- KELANTAN SAYA ucapkan rasa syukur keran Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia 2009 dapat berjalan dengan sempurna. Selama lima hari semua kontinjen mengambil bahagian di Stadium Zaqaziq bagi memeriahkan kejohanan tersebut. Secara peribadi, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada DPM Zaqaziq yang berjaya menjadi tuan rumah kali kedua pada tahun ini. Moga-moga kecemerlangan ini memberikan satu kepuasan kepada peserta yang berkampung di bandar Zaqaziq tersebut. Saya berbangga kepada semua pemain yang bertungkus-lumus bermain di tengah padang yang terlalu panas. Ada beberapa kelemahan kejohanan yang saya fikir perlu diperbaiki. Perkara tersebut saya akan usulkan bersama kepimpinan. Insya-Allah. Dalam keadaan terik panas, para peserta kejohanan sanggup mendengar kalam perasmian penutup daripada saya. Saya mohon maaf jika mengambil masa yang terlalu lama untuk berucap. Moga-moga kita akan bert

Kerana Kerajaan, Ramai Salah Akidah!

Di Stadium Zaqaziq (kawan saya ini rupa-rupanya bisu dan pekak) KERANA bermati-matian mempertahankan pihak kerajaan, ramai di antara mahasiswa ataupun orang awam hampir-hampir lemas dan sesat dalam mencari jalan pulang. Apabila disuakan beberapa pertanyaan berkenaan kerajaan, ada yang berani-berani menjawab, "kita hidup daripada duit kerajaan", "kerana kerajaan kita dapat hidup", "kalau kerajaan tak ada, matilah aku". Istilah atau kata-kata di atas adalah di antara petikan yang akan menjejaskan akidah kita sebagai seorang Muslim. Bukankah Allah merupakan pencipta (khaliq) yang kekal dan Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu? Oleh yang demikian, pergantungan kita di muka bumi bukan kerana kerajaan. Dan, bukan kerajaan juga yang memberi sumber rezeki. Kerajaan hanyalah wasilah dan pembuka jalan kepada kita untuk mencari sumber rezeki. Justeru, jika kata-kata kita, "kerajaan bagi kita rezeki", itu adalah perkiraan yang silap keran

Mengurus Pasukan

Gambar hiasan. (Kek Amni Insyirah) SETIAP pasukan memerlukan empat perkara di dalam mentadbir pasukan agar mampu berjaya dan setanding dengan pasukan lawan. Hari ini adalah majlis perasmian penutup Bola Sepak Piala Malaysia, di Stadium Zaqaziq. Saya akan menyampaikan apakah empat perkara tersebut di dalam ucapan penutupan rasmi di Zaqaziq tengah hari ini. Apa juga yang kita peroleh pada hari ini adalah hasil kesungguhan kita bertarung dan berjihad mati-matian untuk mempertahankan pasukan kita. Jumpa di sana!

Sekitar Ulang Tahun Amni Insyirah ke-2

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-2, AMNI INSYIRAH. Saya hanya mampu melihat kemeriahan Ulang Tahun Amni di Hotel Mutiara, Johor Bahru sahaja. Tunggu Ammu pulang ;) Saya sebenarnya sudah lama tidak makan hotel. Masa untuk 'pau' my mother untuk ulang tahun kelahiran saya yang ke-24 tahun ini pada 8 Ogos nanti. Rasa-rasa hotel mana menarik di Mesir? Sonesta pun boleh. Kawan-kawan ajak pergi City Star :)

Teman,,,Percayalah Faizal Akan Masuk PAS

Teman, SUSAH SENANG atau bencinya seseorang pada kita bukanlah bermakna kebencian itu lahir daripada jiwa dan naluri seseorang. Percayalah bahawa artikel saya sebelum ini hanya melaporkan apa yang berlaku sepanjang program berlangsung. Saya bukan pro mana-mana parti walaupun sudah dilabel sebagai pro pembangkang. Yakinlah bahawa hanya Islam sahaja yang mampu menyatukan hati-hati kita. Ya. Islam. Kerana itu, jika UMNO daripada dulu memperjuangkan Islam kita akan tetap bersama UMNO. Tetapi tidak! UMNO telah bermati-matian mengkuburkan mahasiswa Islam yang mahu mempelajari Islam. Lihat apa yang berlaku terhadap institusi pengajian Islam dan lain-lain. UMNO juga yang telah bersusah payah bertarung tenaga kerana mahukan Islam itu mati bermula semenjak anak-anak dilahirkan. UMNO yang bertungkus-lumus mengatur langkah mengharamkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) pada suatu ketika dahulu. Akhirnya, UMNO lahir dengan Islam Hadhari yang hanya mengehadkan hari. Lihat, apa yang telah UMNO jalankan. Jik

"Faizal Spesies Terakhir" - Dr Hassan Ali

SEORANG MAHASISWA AL-AZHAR yang masih menyokong dasar pentadbiran UMNO akhirnya dibelasah di hadapan lebih 1,000 orang mahasiswa yang berhimpun di Dataran Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir. Forum Perdana yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) membariskan tiga orang ahli panel iaitu Yang Berhormat Dr Hassan Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ustaz Abdul Halem Hapiz daripada Majlis Agama Islam Selangor dan Saudara Ahmad Zaidi Talib, Pegawai Khas Exco. Program tersebut adalah bersempena kehadiran rombongan kerajaan negeri Selangor melawat anak-anak di Kaherah, Mesir. Mohd Faizal bin Sabhon dibelasah oleh YB Dr Hassan Mohd Ali dengan jawapan pedas seorang pakar motivasi negara, apabila mempertikaikan beberapa perkara di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang dianggap kurang berkesan selepas pentadbiran kerajaan baru Selangor. "Dalam pilihanraya kecil, semuanya PR menang...apalagi yang dimahukan...saya rasa Faizal ini spesies terakhir." Dalam perkem

Terima Kasih Kepada SKBU 2

Masa sekolah rendah sudah gila kuasa! Pengawas konon! Duduk dari kanan. Siapa eh? Pelajar paling baik di sekolah. Rasa-rasanya, kalau ada yang jumpa saya waktu itu, ada yang bercita-cita nak jadikan adik angkat tak? Memang pantang nampak mikrofon semenjak sekolah No komen. Ni saya tidak tahu meraikan kemenangan apa. Darjah 6... Terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2 yang telah menghantar saya sehingga ke Bumi Anbiya pada hari ini. Perjalanan selama hampir 12 tahun ini adalah suatu perjalanan yang panjang. Tahun 1997, setelah meninggalkan SKBU2, akhirnya saya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang dan terus ke Maahad Johor, Johor Bahru. Hari ini, hari berganti hari dan waktu terus berlalu, saya kini di Universiti Al-Azhar, Mesir. Terima kasih kepada Facebook yang mempertemukan saya dengan sejarah ini!

Ekspo Gempak PMRAM 2009

Ekspo Gempak PMRAM 2009 akan berlangsung pada 8 hingga 11 Ogos 2009. Seperti yang dipinta oleh pihak kedutaan, kita akan mohon menggunakan Dataran Hayyu Asyir untuk menjayakan program tersebut. Dijadualkan majlis perasmian pembukaan akan diadakan pada waktu malam. Biasanya, majlis perasmian adalah badan-badan berkanun akan mengadakan upacara perbarisan lintas hormat kontinjen-kontinjen dan persembahan citrawarna Malaysia. Program Ekspo Gempak PMRAM adalah sambutan Perayaan Menyambut Hari Kebangsaan pada setiap tahun yang dianjurkan oleh PMRAM. Sebagai persatuan induk di bumi Mesir, kita merayakan acara ini dengan gilang-gemilang. Semua warganegara Malaysia dijemput memeriahkan acara. Kita akan mengutus surat kepada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Pegawai-Pegawai Rumah Negeri untuk menghadiri upacara gilang-gemilang. Tambahan : Kita mengharapkan agar pihak kementerian tidak menghalang mana-mana pegawai kita di bumi Mesir untuk menghadiri majlis te

Catatan Yang Terlewat

SALAM ULANG TAHUN KELAHIRAN. Oleh kerana saya terlalu ripuh dengan pelbagai program pada Julai ini, tidak berkesempatan untuk mengucapkan salam ulang tahun kelahiran untuk beberapa orang sahabat yang menyambutnya pada tahun ini. Amaluddin Hj Arshad dilahirkan pada 12 Julai 1985. Amal sekarang sudah berada di tahun akhir, Maahad Qiraat Shoubra, Azhar, Kaherah. Menyoroti kisah-kisah silam bersama amal, yang paling saya ingat adalah pergi temuduga Darul Quran di Maahad Muar pada April 2003. Amal bertolak dari rumah abangnya di Muar dan saya bertolak dari Johor Bahru. Pastinya cita-cita satu. Mahu menyertai dan menganggotai Darul Quran (DQ) JAKIM pada waktu itu. Akhirnya, Amal sahaja yang terpilih untuk menyertai DQ dan saya terpaksa akur menerima keputusan menghabiskan pengajian di Maahad Johor, Johor Bahru dan menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Hari ini, setelah enam tahun pernah mengenali Amal, saya dan beliau masing-masing berada di dalam tahun akhir di Al-Azhar, Mesir

Apa Khabar Orang Jurong

Ini bukan di Jurong, ini di Woodlands. Baca betul-betul. Jurong. Bukan jerung dan bukan jirung. Jurong adalah salah satu kawasan di Singapura. Ada Jurong Point (pusat membeli belah), dan ada Jurong Bird Park. Ada Jurong West, Jurong East, dan Jurong South (macam tak ada). Rumah nenek saya terletak di Jurong. Sebelum ini di Boon Lay Avenue (kawasan Jurong juga). Selepas anda masuk ke Cooperation Road, anda akan belok ke kiri dan menyusur ke Jurong Junior College, kemudian ambil kanan dan masuk ke Boon Lay Avenue. Tetapi, sekarang mereka sudah berpindah ke Jurong West. (Agaknya kot!) Pasal saya sudah dua tahun tak balik Malaysia, jadinya tak tahu lah kat mana rumah nenek saya itu. Nak balik!!! Orang Singapura biasanya akan tinggal di kawasan rumah pangsa. Eh! Ini bukan sebarang rumah pangsa. Ingat ini Flat Bukit Chagar ke? Ini rumah pangsa di Singapura. Orang-orang Singapura mesti tahu. Berbalik pada cerita asal. Jika anda ke Singapura, pastikan anda tahu jalan-jalan utama. Maksud saya,

HAJI 1430H : Boleh Pergi Haji... Tapi...

قرر وزراء الصحة العرب أمس الأربعاء في القاهرة استثناء كل من هو فوق سن الـ65 وأقل من 12 عاما والمرضى من موسم الحج والعمرة هذا العام للحد من خطورة انتشار فيروس (إتش1 إن1) المسبب لإنفلونزا الخنازير . ويأتي هذا القرار في خضم ظهور دعوات طالبت بعدم استبعاد خيار عدم استقبال الحجاج القادمين من الخارج هذا العام في ظل المرض . وقال المدير الإقليمي لمنظمة الصحة العالمية حسين الجزائري في مؤتمر صحافي إنه تقرر أيضا استثناء مرضى السكري والضغط والكبد والكلى والسمنة المفرطة والأمراض الاستقلابية (أمراض التمثيل الغذائي ). وأضاف الجزائري أن هذه القرارات اتخذت بعد استعراض الموقف وأخذ رأي وزير الصحة السعودي عبد العزيز الربيعة . وفي هذا الصدد قال الربيعة إن وزراء الصحة العرب اتخذوا هذه القرارات دون ضغوط دينية أو سياسية أو اقتصادية مشيرا إلى أن واضعيها (القرارات) هم خمسون عالما من مختلف الدول الإسلامية . وأضاف الربيعة أن مسألة تقليل الأعداد لن تضر بالاقتصاد السعودي بأي حال من الأحوال . مراكز طبية ومن جانبه قال وزير الصحة المصري الدكتور حاتم الجبلي إنه سيتم تحديد مراكز طبية معتمدة في مصر و

Antologi Puisi

BAKAL TERBIT tapi di Malaysia sahaja. Antologi puisi 'Badar Metropolitan' yang menghimpunkan sejumlah karya penulis muda luar negara. Karya yang menghimpunkan penulis-penulis dari serata dunia di bawah Grup Karyawan Luar Negara (GKLN). Tahniah kepada penyelenggara yang bertungkus lumus menjayakan misi penerbitannya. Buku yang bakal terbit awal Ogos ini. Selain itu, tiga buah puisi saya yang memenangi tempat pertama di dalam Sayembara Puisi Islam GKLN akan dimuatkan di dalam antologi itu nanti. Tambahan : Karya-karya saya boleh didapati melalui tiga buah antologi : Ogos 2008 Antologi Puisi Bahasa Bumi Oktober 2008 Antologi Cerpen dan Puisi Dalam Sepuluh Yang Ku Gelar Cinta Ogos 2009 Antologi Puisi Badar Metropolitan Moga-moga tahun ini Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menerbitkan karya saya yang memenangi Sayembara Cerpen Jawi Merdeka 2007.

PMRAM Ego?

PMRAM Ego? Benarkah PMRAM Ego? Ya. Kita pernah diberikan peluang untuk masuk ke dalam bangunan Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) pada tahun 2001 dengan kebenaran Wan Bakar Wan Dagang selaku Pengarah JPMK pada waktu itu. Tetapi mengapa PMRAM ego dan tidak mahu masuk bangunan itu? Semuanya akan anda ikuti di dalam Konvensyen PMRAM pada 22 Julai 2009 di Dewan Solah Kamil, Universiti Al-Azhar, Kaherah. Jemput mengikuti perbahasan berkenaan dengan Rumah Melayu pada hari esok. Pasti menggemparkan!!!

Deklamasi Puisi

SABTU lalu, Majlis Penutup Hari Keluarga Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir. Walaupun badan saya penat selepas menghadiri Kursus Pengurusan dan Pentadbiran, tetapi saya gagahkan diri menerima jemputan pihak penganjur untuk mendeklamasikan sajak. Sebenarnya, malam acara tersebut saya tidak bersedia langsung untuk menyampaikan puisi tersebut. Walaupun saya telah dijemput beberapa hari sebelum majlis, saya fikir tidak dapat menyempurnakan tugasan tersebut. Tetapi, setelah melihat jam di tangan ada lebih kurang 1 jam 30 minit sebelum acara dimulakan, cepat-cepat saya mengarang puisi untuk dipersembahkan pada malam itu. Sebelum waktu Maghrib pada hari tersebut, puisi yang saya akan deklamasikan masih belum dikarang dan saya fikir saya akan melakukannya secara spontan. Namun, setelah berfikir panjang hampir azan Maghrib berkumandang saya telah mengarang karya tersebut di hadapan Saudara Mohd Faiz Esa regu saya yang saya pilih on-the-spot untuk bersama-sama saya di pentas majlis.

Puisi Dari Pantai

PANTAI Pantai ini tempat kami bermain tempat kami menghirup angin keakraban desir persaudaraan antara dua insan. Musim-musim begini doa kami tetap sama bawa pulang ombak di syurga. Iskandariah. Isnin, 20 Julai 2009

Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Sebagai Seorang Pengurus

Penulis bersama peserta program Kursus Pengurusan DUA HARI yang lalu, saya mengikuti Kursus Pengurusan dan Pentadbiran sebagai seorang pengurus. Saya meletakkan bahawa program ini bersifat antarabangsa kerana diapit oleh sebahagian besar daripada tokoh-tokoh pentadbiran. Terima kasih kepada pensyarah Dr. Ahmed Saber yang telah memberikan panduan dan latihan sepanjang dua hari program ini berlangsung. Pada saya, pengalaman yang dibina sebagai salah seorang peserta memberikan latihan asas sebagai pengurus dan pentadbir pada masa mendatang. Kesempatan sebelum menamatkan pengajian di Mesir, saya gunakan untuk mendapatkan value-added agar saya mampu terjun ke dalam pelbagai industri di Malaysia nanti. Banyak input yang diperoleh sepanjang proses latihan diadakan. Untung penganjur menggunakan slide di dalam Bahasa Inggeris dan memudahkan saya memahami setiap apa yang diperbincangkan. Sebagai seorang peserta, saya menyedari pelbagai kekurangan sepanjang saya mentadbir PMRAM dan banyak kelema

Hadiah Karyawan Sasterawan Johor

Pak Matlob terima Hadiah Karyawan Sastera Johor JOHOR BAHRU 18 Julai - Tokoh pejuang tulisan jawi dan sastera kanak-kanak, Mohammad @ Mokhtar Talib, 72, atau lebih dikenali sebagai Pak Matlob dipilih sebagai penerima Hadiah Karyawan Sastera Johor pada Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Ta'zim Ketujuh di sini semalam. Anak kelahiran Semerah, Batu Pahat itu dipilih menerima anugerah tertinggi pada majlis tersebut berikutan sumbangan penulisannya yang berjaya mengharumkan nama negeri ini di peringkat nasional dan antarabangsa. Anugerah itu yang melayakkan beliau menerima wang tunai RM7,000 disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini. Hadiah Sastera Darul Ta'zim diwujudkan sejak 1996 sebagai penghargaan kepada para penulis di negeri ini atas sumbangan mereka dalam mengembangkan bidang sastera dan bahasa. Anugerah dwitahunan itu dianjurkan oleh kerajaan negeri menerusi Yayasan Warisan Johor dan mendapat kerjasama Gab

AKHBAR HARI INI

Mingguan Malaysia, 19 Julai 2009 Kuasai bahasa menerusi sastera - MB JOHOR BAHRU 18 Julai - Usaha menguasai sesuatu bahasa mesti dilakukan melalui penggunaan bahasa itu dalam mata pelajaran kesusasteraan, bukan menerusi mata pelajaran berbentuk teknikal. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ini kerana bahasa dalam kesusasteraan digunakan setiap hari dan berupaya menggambarkan perasaan serta pemikiran yang tidak dapat diwakili oleh angka dan statistik. "Bahasa dalam kesusasteraan bukan sahaja menimbulkan keindahan tetapi juga keseronokan kerana apa yang dipaparkan adalah mainan perasaan dan pemikiran daripada pengalaman serta imaginasi penulis. "Sebab itu, untuk dapat menguasai sesuatu bahasa ia tidak mungkin dapat dilakukan dengan berkesan melalui mata pelajaran teknikal," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Ta'zim Ketujuh di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini semalam. Beliau turut mel

AKAN DATANG : Konvensyen PMRAM 2009

PELBAGAI perbahasan yang 'panas' akan dibicarakan di dalam Konvensyen PMRAM 2009 hari Rabu, 22 Julai 2009 ini. Saya akan membongkar rahsia di sebalik Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) yang akan menjadi catatan sejarah di dalam kamus setiap mahasiswa yang hadir ke bumi Mesir. Selain itu, satu program 'jelajah seluruh Mesir' (road-show) akan diadakan bagi memperkenalkan ARMA kepada semua mahasiswa di bumi Mesir. Kita akan memperincikan perjanjian-perjanjian yang telah termetrai di antara pihak kementerian, kedutaan dan jabatan penuntut. Banyak lagi yang akan kita ceritakan. Semuanya bermula daripada Konvensyen PMRAM 2009 yang akan diadakan pada Rabu ini. Pasti PANAS!! Tambahan : 1. Kita kecewa kerana pelajar Azhar sudah berani joget 'inul' 360 darjah dalam program pada malam tadi di Kaherah. 2. Saya akan menurunkan beberapa catatan lepas pada hari Selasa ini.

Adil Dalam Diri

Mahasiswa Johor MEMANG BENAR bahawa isu keadilan dalam diri ini mula tempias semenjak mentadbir PMRAM tiga tahun yang lalu. Barangkali istilah keadilan untuk diri sendiri sudah kontang. Ya. Saya tidak mampu memberikan keadilan kepada kedua-dua belah pihak. Saya akui, itulah kelemahan saya. Walaupun saya mempunyai satu jawatan dalam pentadbiran persatuan negeri Johor di Mesir (Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir) tetapi secara peribadi saya lebih gemar bekerja bersama warga pentadbiran pusat (PMRAM). Mengapa? Mungkin beberapa sebab. Pertama, saya menetap lama di dalam pentadbiran PMRAM berbanding pentadbiran negeri. Walaupun pentadbiran saya bermula di peringkat negeri, tetapi jiwa saya mentadbir PMRAM adalah lebih lama. Kedua, secara peribadi saya berfikir bahawa negeri mempunyai sebilangan ahli yang cukup ramai untuk bekerja dan membantu organisasi sedang siapalah PMRAM yang hanya mempunyai 'sifar' ahli. Ya. PMRAM hanya meminjam ahli daripada BKAN dan DPM sahaja unt

Seminar Keusahawanan PMRAM dan Kursus Pengucapan Awam

Pengarah Urusan sedang berbual dengan Presiden PMRAM Makan pagi bersama Pengarah Urusan HPA Sidang pentadbiran PMRAM bersama rombongan HPA ke Mesir Pengarah Urusan sedang menyampaikan ucaptama di akhir program Mempengerusikan majlis Peserta dan tetamu membacakan doa SABTU lalu, tugas yang saya galas sebagai Setiausaha Program bagi Seminar Keusahawanan PMRAM 2009 telah berjaya disempurnakan. Jika mahu dikirakan letih, memang penat dan tidak terdaya badan menggalas beban ini. Tetapi, semua itu disingkarkan ke tepi. Bagi saya, mana ada kerja yang mudah dan menyenangkan. Walaupun terpaksa 'tidak tidur malam' tetapi secara peribadi saya dapat laksanakan tugas dan tanggungjawab itu dengan sempurna. Program seminar atau pengenalan HPA ini sebenarnya tidak termaktub di dalam kalendar PMRAM. Tetapi, lawatan yang dibuat oleh HPA Industries Sdn. Bhd. memberi peluang semua tenaga kerja PMRAM untuk bertugas seperti mana yang dirancang. Terima kasih kepada Tuan Haji Ismail Ahmad yang sudi ha