Langkau ke kandungan utama

Setelah Se"PURNAMA" di Mesir


Genap hari ini tarikh sebulan saya menjejakkan kaki ke bumi Mesir. Jika ingin dijurnalkan mungkin sampai 120 muka surat pun saya kurang pasti cukup atau tidak. Namun, sekurang-kurangnya ada di kalangan pembaca sekalian telah menjejaki saya seawal ketibaan saya di Mesir ini.

Tiba-tiba teringatkan kisah-kisah seputar sebulan di Mesir ini. Turun ke Iskandariah, Tanta, Dumyat dan berprogram di sekitar Kaherah ada sesuatu anugerah kembara saya. Juga, sempat menelaah beberapa buah novel dan mengkhatamkan "Tuhan Manusia" yang telah saya mulakan pembacaan lewat di sekolah suatu masa dahulu.

Jauh memori saya mengembalikan semula semangat sebagai seorang murabbi. Tentu enak kalau saya hadiahkan senyuman ini untuk semua anak-anak murid yang masih lagi saya rindui. Terima kasih juga untuk beberapa orang yang sempat bertanya khabar melalui khidmat pesanan ringkas beberapa ketika.

Jika ada yang tidak dibalas, halalkan sahaja. Mungkin saya boleh melarikkan beberapa ceritera sepanjang saya berkursus di ARMA beberapa hari lalu. Rata-rata yang mengikuti berpuas-hati dengan program yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia. Walaupun dari satu sudut masalah pertembungan wacana kian menghakis, namun sekurang-kurangnya itu alasan sahaja.

Saya menyorot beberapa kisah yang boleh saya kongsi bersama ketika di Program Latihan Pembangunan Usahawan Pelajar Timur Tengah. Sedari awal, saya yakin bahawa program ini semata-mata berhasrat melahirkan para duat yang mengenal erti berniaga. Namun, segalanya terlerai apabila memasuki beberapa slot yang terakhir.

Saya bukan sekadar diajak untuk menjadi usahawan, namun saya dididik untuk menjadi manusia. Sedari itu, saya yakin beberapa pendengar sependapat dengan saya.

Lumrah. Ini adalah hakikat hidup. Sudah cukup kita meladeni untuk sama-sama bekerja di bawah satu bumbung. Dan, sudah tiba masanya kitab mengorak langkah menuju jalan yang satu, iaitu mengembalikan roh mahasiswa Al-Azhar. Berdaya saing, mampu menjadikan diri insan yang bukan sekadar bergelar graduan Al-Azhar, bahkan mencorak minda untuk menjadi insan yang paling CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG.

p/s : Akhirnya, saya dapatkan sebuah printer untuk memudahkan saya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...