Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

Kuiz Dimanakah Kami?

ARTIKEL ini adalah artikel kuiz. Kuiz tanpa hadiah barangkali. Oleh sebab saya yakin bahawa tiada siapa yang ketahui dimanakah gambar ini ditangkap sebab itu saya fikir tidak perlu hadiah disediakan. Soalan bagi kuiz ini mudah sahaja. Dimanakah saya dan Ustaz Adlan berada di dalam gambar ini? Klu paling mudah adalah Kaherah, Mesir. Namun, saya berkeyakinan bahawa berikanlah 100 jawapan pun, kalian tidak mengetahui dimanakah saya berada. Tetapi, jika ada yang berani meneka, boleh sahaja. Tambahan : Ustaz Adlan sedang menghitung hari naik pangkat sebagai Timbalan Presiden PMRAM?

Bersama Pengarah GENG

PERNAH menonton Filem Animasi Pertama di Malaysia? FILEM GENG Pengembaraan Bermula (Upin & Ipin) yang masuk pawagam tahun lalu. Hari ini saya bertemu dengan produksi Filem Geng (Upin & Ipin) yang diketuai oleh Tuan Pengarahnya, Encik Mohd Nizam Abdul Razak. Muda orangnya. Baru berusia 27 tahun. Tetapi sudah jadi pengarah filem. Apa kena mengena saya dengan mereka? Syhhh..senyap sahaja. Jangan beritahu orang lain. Anda akan bakal ikuti satu lagi siri animasi yang kedua. Kartun di belakang itu adalah watak utama dalam siri animasi itu. Mahu menjadi sebahagian daripada team ini? Jikalau anda ada adik-adik yang berusia sekitar 10-12 tahun yang suaranya boleh dianimasikan, boleh sahaja hubungi saya dan saya akan berusaha menemukan mereka dengan team ini. Selamat beramal... Tambahan : Upin & Ipin sudah menempa nama. Bagaimana pula drama animasi yang kedua ini. Dalam perbualan saya bersama pengarahnya, satu projek (animasi) daripada JAKIM akan mula diperkenalkan pada tahun hadapa

Hidup Berjuang Mati Terbilang

KATA-KATA keramat yang dilafazkan kepada diri saya adalah, "Hidup berjuang mati terbilang." Adakah saya sudah melaksanakan amanah untuk menjadi seorang pejuang sejati? Adakah saya diantara beribu yang terpilih untuk mati syahid di hadapan Allah? Saya ingin jadi seorang mujahidin sehebat tentera Palestin yang mati di dalam perjuangan Islam. Menegakkan agama Allah Taala. Mempamerkan akhlak Islam. Memperkenalkan jiwa dengan akhlak murni sebagai seorang Islam. Apa juga tafsirannya... saya sudah berada di medan yang amat mencabar ini. Kalian? Moga Tuhan mengistiqamahkan saya... Tambahan : Seorang pelajar Ijazah Sarjana yang tidak faham apa itu dasar perjuangan bertanya kepada saya, "Apabila UMNO dan PAS bersengketa, Melayu rugi. Orang Cina dan India terkekek-kekek melihat kita." Apa jawapan kita bagi kumpulan ini?

Nabi Muhammad : PEJUANG UNGGUL

Oleh : Syafiq Zulakifli Rabiulawal menjelang lagi terkenang kita rasul pilihan Nabi Muhammad pemimpin umat Pembawa rahmat pembawa berkat Nabi ul hadi rasul mustofa. Kehadiran bulan Rabiulawal amat dinantikan oleh segenap umat Nabi Muhammad saw. Sebagai Rasul yang menjadi ikutan umatnya, tentunya kita sentiasa menantikan bulan yang penuh barakah ini. Bulan yang penuh rahmat dan berkat ini berkunjung lagi. Namun, apakah persediaan kita pada tahun ini? Adakah persiapan kita sama sebagaimana tahun-tahun yang berlalu? Adakah persiapan kita hanya mengungkap bicara 'aku sayang Nabi' sahaja? Menelusuri perjuangan Baginda yang telah berlalu berabad lamanya, tentunya kita seharusnya merenung sejenak betapa keperitan yang Baginda alami semenjak Baginda masih di dalam kandungan lagi. Meningkat ke usia remaja dan dewasa, banyak cabaran yang terus Baginda hadapi sehingga Baginda dilantik sebagai pesuruh Allah. Baginda pernah difitnah, dicaci dan dihina. Namun, sebagai pejuang yang

Berhenti Kerja

Kaki terpaksa melangkah pergi jauh meninggalkan teman-teman yang dulu mengenal erti tawa dalam rindu sedih dalam pilu kasih dalam syahdu. 25 Februari 2010, tarikh keramat ini aku meninggalkan dunia pekerjaan ini yang berbelas-belas tahun lamanya ku harungi turun naik bas caci maki orang atasan kerana untuk menyediakan sesuap rezeki anak-anakku. Hari ini mereka sudah tahu halal dan haram dalam hidup kecil dan besar dalam dosa kerana amanah ini sudah tertunai dan aku menamatkannya. Tambahan : Hari ini hari terakhir bagi mak saya bekerja. Selepas ini naik turun bas ke Singapura setiap hari tiada lagi dihadapinya. Di dalam usia 46 tahun beliau meninggalkan dunia kerjaya.

Saham Buat Teman-Teman

APA perasaan saudara sekalian, apabila dapat bertemu dengan rakan-rakan sewaktu di bangku sekolah, kemudian mereka berkata begini kepada saudara. "Terima kasih kerana pernah menjadi seorang guru dan mengubah peribadi aku sehingga aku berjaya pada hari ini." Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang rakan yang telah terpisah hampir 7 tahun. Selepas menamatkan pengajian, kami tidak bertemu. Saya masih ingat lagi, pada waktu itu kawan saya ini dibuang sekolah kerana membuat masalah disiplin. Kemudian, apabila hampir kepada waktu peperiksaan, saya mengajar beliau sehingga beliau berjaya mencapai keputusan yang membanggakan. Beliau ditawarkan ke universiti dan kini sebagai seorang motivator muda di Negeri Sembilan. Saya terharu apabila ada teman-teman yang mengingati saham-saham yang pernah saya berikan kepada mereka sewaktu di sekolah. Seingat saya, sewaktu zaman sekolah dahulu, saya amat gemar menyediakan nota-nota bahasa Arab untuk kawan-kawan dan fotokopi bagi memudahkan merek

Persiapan Jentera

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali sedang berucap di belakang JENTERA PARTI sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Dikhabarkan akan ada satu pilihanraya kecil yang akan diadakan di dalam negeri Selangor ini. Perkara ini bertiup lebat di kalangan ahli-ahli parti. Sama ada perkara ini benar atau tidak, yang pastinya persiapan jentera harus diperhebat. Lewat malam tadi, saya mengisi tajuk 'Ketaatan' di dalam usrah mingguan parti. Hampir satu jam isu ketaatan ini dibincangkan oleh ahli usrah sehingga perdebatan kecil berlaku. Persoalannya, sejauhmana ahli mentaati kepimpinan? Sejauhmana arahan yang dikeluarkan oleh jemaah parti akan dipatuhi. Hujung minggu lalu, saya bersama-sama adik-adik kita (mahasiswa universiti) bagi acara tarbiah. Ramai sudah memahami bahawa mengapa kita perlu kibarkan bendera hijau. Tambahan : PRU ke-13 sudah tidak lama. Tiupan angin berkencang akan berlaku pada tahun 2011 nanti. Lihatlah kerja-kerja Dato' Seri PM sepanjang setahun

Siri Kisah Benar

SAYA banyak siri kisah benar yang ada pada diri. Ia adalah pengalaman hidup sendiri. Antara siri kisah benar yang ada pada diri saya adalah seperti berikut : 1. Airmata Perpisahan (terpaksa berpisah dengan seorang sahabat kerana beliau ingin menyambung pelajaran) 2. Anugerah Khas (penerima anugerah khas sempena Anugerah Kecemerlangan Pelajar Maahad Johor) 3. Sebat Dikhalayak (kisah kena rotan kerana tidak turun sukan sekolah) 4. Kerana 60 markah (kisah kena rotan di dalam kelas kerana tidak mendapat markah 60 dan ke atas) 5. Airmata PMRAM (kisah perjuangan dan kesusahan di dalam pentadbiran PMRAM) 6. Hinanya PMRAM (kisah saya menghadiri mesyuarat tertutup anjuran Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah yang mengutuk PMRAM) Cerita-cerita ini sungguh memberikan inspirasi tersendiri kepada diri sendiri.

Tauliah Oh Tauliah

DI ATAS meja saya, terdapat satu set borang tauliah. Wajarkah saya mengisinya? Saya tutup mata- buka mata-tutup mata semula. Saya fikir, jikalau saya mengisinya nanti saya akan bawa fahaman yang 'luar biasa'. Barangkali waktu itu nanti saya akan dilabel bermacam-macam kerana membawa aliran yang maha pelik itu. Lihat bagaimana Dr Asri sudah dilabel bermacam-macam sehingga ada dakwaan bahawa beliau ditangkap baru-baru ini atas tiket sebagai pembawa ajaran 'luar biasa' itu. Media dan JAIS yang menggembar-gemburkan bahawa beliau ditangkap kerana tidak mempunyai tauliah hanyalah suatu alasan politik sahaja. Jikalau mahu ditangkap kerana menyebar fahaman 'luar biasa' itu, mengapa tidak awal-awal lagi ditangkap? Mengapa perlu tunggu di kawasan negeri Selangor? Oleh sebab hal ehwal demikianlah, saya tidak mahu lagi mengisi borang tauliah itu kerana saya juga bakal 'dilabel warga luar biasa' itu. Tambahan : 1. Segulung sijil ijazah sarjana muda syariah juga tidak

Mesyuarat Bawah Tanah

SEMALAM, selepas pulang kerja, saya ke Bangsar bersama tujuh orang penting institusi masing-masing. Kami mengadakan mesyuarat bawah tanah. Senarai kehadiran mesyuarat bawah tanah adalah : 1. Syafiq Zulakifli (badan berkecuali tetapi sebagai editor PTS) 2. Seorang wartawan Berita Harian 3. Seorang wartawan Malaysiakini 4. Seorang wartawan Erapakatan 5. Seorang pegawai Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) 6. Seorang penulis besar 7. Seorang pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka Perbincangan mesyuarat itu membongkar kes-kes seperti di bawah :- a. Hal ehwal bawah tanah sastera tanah air. b. Hal ehwal politik UMNO dan PAS. c. Hal ehwal Dato' Seri Anwar Ibrahim vs Saiful Bukhari (ada cerita yang lebih panas saya sudah tahu berdasarkan pengalaman wartawan-wartawan kita.) d. Hal ehwal drama pentas 'TANDA' yang diharamkan kerana unsur seksual yang keterlaluan. e. Hal ehwal penulis ditipu penerbit yang korup dan tidak diberi royalti. f. Hal-hal lain. Sebagai orang yang paling muda, sa

YB Turun Padang

Yang Berhormat Dato' Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor meluangkan masa bersama rakyat di DUN Gombak Setia pada malam tadi bagi menghadiri program bersama cawangan Kampung Sri Makmur. Saya bersama jawatankuasa pemuda di kawasan dan DUN turun bersama-sama mendengar amanat yang disampaikan kepada penduduk di kawasan tersebut. Saya paling tertarik dengan kenyataan YB Dato' bahawa ada ura-ura bahawa Najib akan mengumumkan pilihanraya umum ke-13 dalam masa setahun daripada sekarang. Pakatan Rakyat hampir menyambut ulangtahun kedua memerintah. Ini bermakna, rakyat Negeri Selangor perlu bekerja keras bagi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat tetap utuh di dalam pentadbiran kerajaan Negeri Selangor. Beliau juga memaklumkan, di dalam mesyuarat exco kerajaan negeri bahawa YAB Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menakhodai bacaan doa. Selain daripada itu, paling menyentuh hati saya adalah ketika beliau memaklumkan bahawa jikalau ula

Bisnes Berstrategi

Bercakap dan berceramah juga adalah salah satu jenis bisnes Ramai usahawan mencari bagaimana strategi bisnes mereka. Ada usahawan yang menggunakan 'suara' sebagai modal bisnes. Barangkali kita boleh menggunakan suara sebagai modal bisnes. Namun, sejauhmana kita mampu menggunakannya? Apakah bisnes yang paling berstrategi? Di bawah ini saya turunkan pandangan Sifu PTS berkenaan strategi bisnes. Beliau berpandangan bahawa sifat-sifat Nabi ini adalah salah satu strategi bisnes. Syarat (i) kita mesti mempunyai sifat sidiq, yakni sentiasa berkata benar, tidak akan pernah berdusta dan menipu, kerana sifat ini akan membuat orang percaya kepada kita, lalu mereka suka berbisnes dengan kita, pelanggan pun suka menyerahkan wang mereka kepada kita. Syarat (ii) kita mesti berpegang teguh kepada prinsip amanah. Apabila kita amanah, barulah pemodal (bank, individu) berani memberi kita wang bagi memodali bisnes kita sebab mereka yakin wang mereka selamat dan kita akan bayar hutang mereka, satu

Mengurus Artis

Penulis adalah seorang artis. Mereka perlu dijaga, di make-up supaya lebih cantik. Siapa yang mengurus mereka? Tentunya penerbit dan editor adalah pihak yang mengurus artis. Baru-baru ini saya ke Filmscape Production (penerbit eksklusif Drama Nur Kasih) bersama Tuan Fauzul Naim Ishak (GM PTS) dan Tuan Faizal Mukhtar (Ketua Unit PTS Fortuna). Pihak pengurusan memaklumkan kepada kami bahawa menjaga artis memang susah. Mereka perlu disediakan kenderaan pergi dan pulang ke tempat shooting. Mereka perlu disediakan makanan lengkap. Barangkali usah dilupakan juga wang kocek masing-masing. Pernah juga saya mendengar seorang penulis skrip drama TV memaklumkan kepada saya bahawa jika kanak-kanak yang dipanggil berlakon, mereka lebih mengada-ngada. Sebelum berlakon, mereka mahukan McDonalds terlebih dahulu. Berbalik kepada cerita asal. Penulis adalah artis. Mereka mahu mengetahui perkembangan karya mereka sejak dari proposal diluluskan sehingga terbit. Ada pula yang mendering-deringkan telefon ed

Hari Pejuang Bahasa - 15 FEBRUARI

Update gambar : Ihsan Prof. Emiratus Abdullah Hassan (tokoh pejuang bahasa) Sasterawan Negara, Dr Muhammad Hj Salleh di hadapan membicarakan tentang bahasa di dalam Pesta Penyair Nusantara tahun lalu Hari ini, para pejuang bahasa akan bersidang dan berforum di Balai Budaya, Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Saya tidak dapat menyertainya kerana pulang ke Johor Bahru. Tetapi, biasanya di dalam program-program sebegini, nama Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia akan disebut berpuluh-puluh kali. Para pejuang bahasa akan terus bekerja demi memastikan bahasa Melayu tidak akan mati di pentas dunia Melayu pada hari ini. Saya akan terus mengikuti perkembangan bahasa ini sepanjang tahun ini dan pada masa mendatang. Dari satu sisi, saya ingin memperjuangkan tulisan jawi yang lesu tidak diberi peluang untuk sama-sama bertahan sehingga hari ini. Tahun ini juga cita-cita membawa khabar kepada dunia Melayu bahasa sebuah persatuan Melayu di bumi Mesir yang dinamakan Persekutuan Melayu Re

Merindui Orang Jauh

PANTANG saya melihat gambar-gambar yang ditampal di laman facebook kawan-kawan. Terasa suka dan duka itu sengaja kembali menjelma. Percayalah bahawa tiga-tiga orang jejaka 'ganteng' itu kini melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir. Seorang mahasiswa perubatan, seorang mahasiswa pengajian Islam dan seorang lagi tahfiz al-Quran. Tuan-tuan boleh pilih sendiri atau mengenalpasti sendiri identiti mereka. Sejujurnya kerana sekeping gambar ini, saya perlu mencari falsafah dan makna tersendiri. Untuk Ustaz Amaluddin, jangan duduk Mesir lama-lama. Selepas tamat peperiksaan bulan Jun nanti, cepat-cepat tinggalkan Mesir. Saya ada projek negara yang terbesar untuk saudara. Untuk Ustaz Adlan yang entah masih kekal atau tidak dalam kepimpinan PMRAM, saudara usah lama-lama berada di dalam PMRAM, nanti saudara akan terus dimusuhi oleh MSD Kaherah. Saudara Farid (Payed), Saudara usah berani-berani bergambar dengan kepimpinan PMRAM kerana saudara pemegang pinjaman pelajaran Jabatan P

Suara Emas Milik Siapa?

Saya dan Ustaz Azlan mengendalikan program bengkel SUARA EMAS PMRAM sebagai hakim BULAN DISEMBER LALU, satu ujibakat diadakan di PTS Publication bagi menentukan siapakah yang layak diberi gelaran 'Suara Emas PTS'. Pada hari yang sama, sepatutnya saya ke Astro untuk ujibakat perkara yang sama. Saya berkira-kira. Ada dua ujibakat dalam masa satu hari. Yang mana satu harus dipilih? Saya buat keputusan tidak menghadiri ujibakat di Astro tetapi hanya ke program di PTS. Para peserta bertanding bagi menentukan suara siapakah yang layak berlegar 'mat operator'. Hik.. Hik.. Hik... Keputusan panel hakim secara majoriti memberi peluang kepada saya untuk menakhodai suara itu. Mulai bulan Februari atau selewat-lewatnya Mac nanti, apabila anda menghubungi syarikat PTS, ada akan 'bingit' mendengar suara itu. Tetapi, jikalau anda merindui suara itu (kawan-kawan di Mesir) boleh sahaja hubungi PTS. Hik..hik..hik..

Apa Beza 'Ialah' dan 'Adalah'?

SALAH seorang mahasiswa Al-Azhar, Mesir bertanya kepada saya. Mohon maaf kerana saya tidak dapat menjawab di dalam kantung YM. Apakah perbezaan di antara 'ialah' dan 'adalah'? 1. Ialah digunakan apabila perkataan ialah diikuti oleh definisi. Contoh : Kereta ialah satu kenderaan yang digunakan di atas jalan raya. 2. Adalah digunakan apabila perkataan adalah itu diikuti oleh penerangan. Contoh : Nabi Adam adalah manusia pertama dicipta Allah.

Pesta Buku Antarabangsa Kaherah

Pesta Buku Antarabangsa Kaherah buat kali pertama pada tahun ini saya tidak dapat hadiri. Semenjak lima tahun yang lalu, setiap tahun saya akan menghadirinya. Jikalau ada rezeki dan dipanjangkan umur, saya ingin ke pesta buku ini pada tahun 2011 nanti. Saya gemar menghadiri pesta buku bukan kerana bukunya tetapi kerana gerai dan bukunya yang terlalu banyak. Di antara gerai pameran yang menjadi pilihan adalah dari Kerajaan Arab Saudi yang dibina dan diubahsuai seperti sebuah rumah. Di dalam gerai mereka, ada ruang pameran (bercerita berkenaan kerajaan Arab Saudi) dan restoran sendiri untuk pengunjung merasainya. Tahun ini PTS Publications menempah 15 buah booth ruang pameran untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Tahun ini juga, 2 buah booth digunakan sebagai pentas acara, 1 booth bagi menjual barang merchandies (saguhati/hadiah). Saya akan berada di atas pentas sepanjang program berjalan kerana saya diamanahkan sebagai pengurus siaraya yang memastikan bahawa semua kelengkapan bers

Kes Bawah Tanah

SAYA tidak mahu berbicara hal-ehwal yang berlaku terhadap kes YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin apabila tewas (5-0). Biarkan mahkamah Pilihanraya Umum ke-13 yang menentukan. Hari Ahad yang lepas, saya bertemu dengan salah seorang pegawai di Parlimen Malaysia. Beliau menceritakan kepada saya hal-hal bawah tanah yang berlaku di dalam pejabatnya. Saya yang tidak tahu-menahu ini terperanjat dengan kes-kes yang melibatkan kepentingan peribadi dan matlamat sosial sesebuah pentadbiran. Walaupun sebenarnya saya telah ketahui cara mentadbir pihak pentadbiran kerajaan, saya mendengar sahaja beliau memberikan pandangan. Beliau memaklumkan kepada saya, bulan Mac ini akan bermula sidang parlimen dan rang undang-undang akan dibacakan di Parlimen Malaysia. Beliau memberitahu saya, "Jika ingin melihat watak-watak pemimpin berhujah, boleh datang ke sini dan jumpa aku. Nanti aku beri pas masuk." Beliau juga memberitahu bahawa perangai dan gelagat Yang Berhormat apabila ingin minta tandatangan

Tangan Luar Biasa

INI adalah beberapa rahsia yang ada pada diri saya. Saya perlu bertemu dengan pakar psikatari atau pakar sakit tuan bagi menyelesaikan masalah ini. Perkara ini sudah saya alami semenjak dari kecil sehingga hari ini. Saya makan menggunakan tangan. Saya menulis menggunakan tangan kanan. Namun, apabila saya memegang sesuatu seperti memegang pisau, memegang bola boling, memegang apa-apa barang di atas meja, tangan kiri saya lebih dominan untuk menggunakannya. Barangkali ini adalah salah satu tangan luar biasa yang Allah pinjamkan kepada saya. Peliknya. Tambahan : Saya menulis hal ehwal tangan ini kerana saya berasa sedih dan kecewa. Tangan saya yang menaip apa-apa hal sama ada di dalam blog atau di luar blog telah dituduh membuat fitnah. Nama saya sudah 'busuk' di sana sini. Untuk hiburkan hati, analogi ini saya gunakan.

Percaya atau tidak?

SAYA hampir-hampir tidak percaya bahawa teman saya Mohd Faiz Abidin sudah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Dalila bt Aziz. Majlis diadakan di Cheras, Kuala Lumpur. Benar kata bidalan, 'kalau sudah jodoh, tidak ke mana.' Tahniah saya ucapkan kepada beliau. Saya bukan cemburu dengan majlisnya tetapi cemburu dengan pakaiannya yang saya fikir, jarang orang memakai baju berwarna putih itu. Mabruk alaik!

PUISI PERTAMA TAHUN 2010

INI adalah puisi pertama yang terbit di media perdana pada tahun 2010. Karya puisi eceren ini diterbitkan di Berita Minggu, 7 Februari 2010. Terima kasih kepada editor akhbar Berita Minggu khusus ruangan sastera. Karya ini sebenarnya ditulis di Mesir pada tahun 2009 semasa isu Gaza, Palestin tahun lalu. Namun, apabila editor dan wartawan memaksa menghantarnya, saya cepat-cepat mengubah dan mencincang beberapa lagi ayat dalam karya ini supaya jadi kemas. Ini adalah salah satu bentuk puisi yang tidak perlu menggunakan akal yang besar.

Apabila UMNO Jadi Peminat

PEMINAT blog saya ada bermacam-macam jenis orang. Ada berfahaman mazhab UMNO, ada yang berfahaman mazhab PAS, DAP dan sebagainya. Terima kasih kerana menjadi peminat setia. Kumpulan ini adalah peminat penting saya. Mereka meninjau perkembangan blog ini semenjak saya berada di Mesir sehingga hari ini. Isu-isu mahasiswa yang saya bangkitkan mereka akan menjadi peminat setia. Mereka jadikan saya makhluk suci. Jikalau saya ada lakukan satu kesalahan, maka dosa itu sebesar dosa seorang ulama. Saya ucapkan terima kasih kepada peminat saya itu. Sekurang-kurangnya mereka jujur di atas perbuatan mereka. Melihat perkembangan saya dari hari ke hari. Mereka bukan tahu apa yang berlaku lebih daripada apa yang mereka lihat di dada blog ini. Mereka bukan tahu apa yang lebih teruk daripada itu. Tetapi, saya berpendirian bahawa kumpulan ini adalah kumpulan yang berani menentang saya juga menentang PMRAM ketika di Mesir. Kesimpulannya, apabila UMNO jadi peminat saya, saya sebenarnya sudah sampai kepada

Ceria Bersama PTS

Ustaz yang pakai jubah itu luar biasa nampaknya. Beliau ke pejabat dengan memakai jubah. MATA yang dipejam celik sudah sampai ke puncak. Bulan ini bulan kelima saya bersama PTS. Selepas turun daripada lapangan terbang, saya tidak pulang negeri Johor dahulu tetapi ke PTS di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur terlebih dahulu pada waktu itu dan ditemuduga (walaupun sebenarnya bukan temuduga). Tuhan telah menjanjikan saya bersama syarikat penerbitan luar biasa ini. Semenjak saya mengintai-intai peluang ke PTS semenjak tahun 2006, rezeki saya berada di sini. Saya bukan di kelilingi orang-orang biasa tetapi staf-staf kami adalah orang-orang yang 'faham' erti perjuangan. Tahun ini tahun kesepuluh bagi PTS. Barangkali penerbitan-penerbitan lain boleh lebih gagah seperti Karangkraf, ALAF 21 dan lain-lain. Tetapi, saya sungguh berpuas-hati dengan tahap pencapaian cemerlang PTS dalam masa 10 tahun ini. Dua hari lepas saya berbual-bual di sebuah restoran bersama Tuan Arief Hakim Sani Rahmat (Pe

Penerbitan di Mesir - Malaysia BERBEZA

IZINKAN saya bercerita berkenaan dunia industri penerbitan. Walaupun bagi saya, buku tidak boleh dilabelkan sebagai industri kerana tidak disokong oleh kerajaan untuk mencetak buku-buku berilmu, namun kita masih berbicara soal industri buku dan penerbitan. Di Malaysia, buku diterbitkan oleh penerbit. Penulis hanya menghantar manuskrip dan pihak penerbit akan menerbitkan karya tersebut sekiranya sesuai. Dasar PTS, kita akan membayar royalti sebanyak 7% daripada harga cetak di belakang buku kepada mana-mana buku yang dijual di pasaran kurang daripada 5000 naskhah. Sekiranya naskhah itu meletup sehingga berpuluh-puluh ribu, nilai itu akan berubah dari semasa ke semasa mengikut perjanjian. Bagi penerbitan buku di Mesir, sehingga hari ini penulis akan mengeluarkan modal mereka dan menerbitkan bersama PMRAM. Ini adalah suatu peraturan rasmi PMRAM disebabkan Kementerian Kemasyarakatan Mesir memaklumkan bahawa perintah penerbitan sesebuah buku tidak boleh diterbitkan sesuka hati kerana dikhuat

Pertemuan Dengan Orang Filem Dan Drama

IZINKAN SAYA memperkenalkan dua orang di atas. Lelaki yang berpakaian putih itu adalah Tuan Frank Lewis yang merupakan Executive Producer bagi Filmscape Sdn Bhd. Manakala wanita di kanan gambar ini adalah Cik Siti Marzuliana Marzuki seorang Line Producer di syarikat yang sama. Kami berbincang berkenaan hal ehwal drama NUR KASIH yang meletup-letup di TV3. Dikhabarkan bahawa filem Nur Kasih akan memulakan pengambarannya pada bulan April dan Mei nanti. Ada tujuan besar sebenarnya saya bertemu dengan orang penting ini. Pastinya hal ehwal buku dan filem. Seperti yang saya maklumkan dalam entri yang lalu, pastinya kesinambungan di antara kedua-dua belah pihak penting agar semua perkara yang akan berlaku tidak mendatangkan masalah. Tambahan : 1. Saya pernah berbincang dengan beberapa orang penulis berkenaan dua dunia penulis iaitu penulis skrip dan penulis novel. Bagaimana kehidupan mereka? 2. Penulis skrip akan dibayar sekali sahaja. Contohnya apabila satu manuskrip drama dihasilkan maka se

Mengurus Blog

Mengurus blog adalah satu tugas yang mulia. Dikemaskini dan dimuat naik. Kemudian dipaparkan untuk bacaan umum. Akhir-akhir ini saya tersedak untuk mengurus blog kerana ada beberapa hal ehwal yang tidak dapat dielakkan. Satu lagi amanah yang terpikul juga kini adalah menguruskan web pemudagombak. Apakah cara terbaik untuk mengurus blog sendiri agar tidak bersawang?