Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, December 19, 2007

"Peguam" Singapura Lebih Bijak

Saya cuba mencari sebaik-baik gambar. Dan bukan niat saya juga untuk me'lucah'kan diri dalam blog sendiri. Namun, sekadar memerah pemikiran wajar ia dijadikan teladan. Akhbar Utusan Malaysia hari ini membantu saya menulis untuk artikel ini. Dan saya kira pembaca tentunya faham sastera yang ingin saya bawa.

Pakai bikini, lelaki Singapura didenda RM25,000

SINGAPURA 18 Dis. – Gara-gara memakai sepasang bikini berwarna merah jambu ketika menerpa masuk ke dalam sebuah lif, seorang anggota khidmat negara dikenakan hukuman sehari penjara dan denda sebanyak S$11,000 (RM25,000).

Tan Wen Zhong 21, juga didakwa memalukan kaum wanita yang turut berada dalam lif tersebut dan dia turut bersalah kerana telah menyalah guna pakaian yang dikhaskan untuk wanita.

Semasa pangsapuri Wen Zhong digelidah oleh polis, mereka menemui 46 helai seluar dalam wanita termasuk bikini dalam simpanannya.

Setahun lalu, dia pernah ditahan kerana melakukan kesalahan meraba punggung seorang wanita dan mencuri sepasang cermin mata dua tahun sebelumnya.

Sementara itu, peguam Wen Zhong memberitahu mahkamah, anak guamnya menerima kesan psikologi yang sangat teruk kerana ibu bapa bercerai dan mengabaikannya sejak kecil.

– Reuters

p/s : Arahan kepada orang bodoh rupa-rupanya lebih mudah daripada orang pandai.

Salam Idul Adha 1428H

No comments: