Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Kembara Mencari Haji Mabrur 3

Semua orang percaya kepada rezeki yang Allah berikan. Ya, begitulah ketetapan hidup dan perjalanan setiap apa yang kita lakukan. Setelah dua tahun meninggalkan kota bertuah Mesir, kini saya kembali di bumi Arab. Biarpun latar tempatnya hampir tidak sama, tetapi roh dan kehidupan Mesir- Madinah dan Mekah hampir sama. Panas. Itulah gambar awal yang saya dapat ukirkan. Saat menjejakkan kaki ke bumi Masjidilharam- saya mengalirkan airmata. Terlintas dalam fikiran dan bisik dalam hati - Ya Allah, Engkau begitu Maha Menyayangi hambaMu ini. Engkau memberi peluang daku menjejakkan kaki ke rumahMu. Saya mengulang bicara yang saya terlalu merindui Kaabah. Lantas, apabila Kaabah berada di hadapan mata - saya hampir rebah. Saya hampir tidak percaya bahawa ini adalah Kaabah betul dan bukan potret. Sepanjang perjalanan sebelum menjejakkan kaki ke bumi Mekah Al Mukaramah, saya mengalun talbiah "Labbaikallahummalabaik." Saya merenung pandang jauh. Saya berfikir, apa akan berlaku sekiranya sa

Kembara Mencari Haji Mabrur 2

TH Tinggal dua malam sahaja saya perlu meninggalkan; Malaysia - kota yang membesarkan saya dengan sejarah politik negara tersendiri. Saya mengumpul kekuatan biarpun hampir rebah pada mulanya. Subuh pagi ini tidak sama dengan Subuh-Subuh yang lain. Suasana berubah. Kelam. Tiada satu cahaya pun masuk ke ruang bilik saya. Putus bekalan elektrik. Allah, ujian Tuhan saya rasa. Ujian yang amat dahsyat... Setiap kali musibah berlaku, saya akan merenung jauh. Saya fikir - mengapa saya terlalu cepat untuk dihukum Allah. Mengapa terlalu cepat Allah memberi musibah. Saya tidak kecewa dengan apa yang berlaku malah merakamkan "terima kasih Allah" di atas apa yang berlaku. Usai menunaikan solat Subuh, saya merapatkan badan ke arah dinding. Berzikir sedalam-dalamnya. Aduhai...betapa saya mula merasakannya lewat pagi ini. Persoalan demi persoalan singgah di benak fikiran saya. Saya gagahkan diri. Mandi. Dengan kesihatan yang kurang baik, saya ambil sekeping roti dan sebungkus keropok ala syi

Kembara Mencari Haji Mabrur 1

Perjalanan semakin hampir... Saat dan waktu yang dijanjikan bakal memulakan pertemuannya. Saya membilang hari - menjenguk kalau ada-ada dosa yang belum diseka. Mencari kalau-kalau ada singgung tak diterima. Aduh; betapa kerdilnya sebuah perjalanan yang akan bermula ini. Semalam, 17 September hari pertemuan jemaah yang saya labelkan 1/14 daripada keseluruhan jemaah Malaysia untuk bertamu di tanah haram Mekah. Catatan saya akan bermula di sini. Dari atas - tepi dan hadapan - insyaAllah saya akan catatkan di sini. Di sini catatan ini bermula...dan di sini catatan ini akan berakhir. Kembara Mencari Haji Mabrur - falsafah yang pasti mencuit hati dan nubari. Allahuakbar...

Siapa Kita Sepuluh Tahun Lalu?

Izinkan saya menjejakkan kaki ke bumi ini lagi. MOGA-MOGA ISTIQAMAH. Sudah lama juga saya tidak mencatat. Wal hasil, selepas di desak oleh pelbagai pihak yang saya bertemu di pentas Assalamualaikum atau di luar menyatakan hasrat dan membantah peninggalan saya terhadap dunia penulisan; lalu saya bersetuju atas pertikaian tersebut. Ya, barangkali saya terlalu berfikir panjang sehingga catatan menjadi hanya catatan di bibir semata-mata. Almaklum, catatan ini saya tulis tatkala bumi New York dijarah sepuluh tahun yang lalu. Ya, hari ini 11 September 2011- sedekad yang lalu genap bangunan WTC yang menjadi mercu tanda New York dimakan dengan lahap oleh tentera yang masih menjadi misteri. Malah, kekejaman ini disandarkan kepada Osama Laden yang telah meninggalkan dunia baru-baru ini. Sedekad yang lalu, saya berada di Tingkatan Empat; sekolah menengah agama. Tahun itu juga- saya amat berkesibukan kerana mewakili sekolah dalam pelbagai acara dan pertandingan. Ya, tahun yang melayakkan saya mend