Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Kembara Mencari Haji Mabrur 6

Yang tidak tercatat... Sebagai wartawan - tugas saya melaporkan apa yang berlaku secara zahiriah. Namun, dalam tempoh dua minggu berada di bumi Madinah dan Mekah, telinga saya disapa dengan pelbagai cerita. Ia tidak dirakam sebagai sebuah cerita di media malah ada yang ditutup langsung dari dihidu. Bermula, tatkala seorang jemaah yang berusia 38 tahun menghidap skizofernia. Beliau yang menjerit-jerit di Lapangan Terbang Madinah, lalu mohon isterinya memohon maaf. "Sini kau! Sujud kaki aku...kau isteri yang curang!" Atas hal tersebut, saya mengucap panjang...istigfar banyak-banyak. Benar kata orang, bahawa tanah haram ini pelbagai cerita dan kisah yang berlaku. Kemudian, tatkala saya sedang rehat di dalam bilik operasi- muncul rakan jurnalis berkata, "Ada jemaah kita disamun 3000 riyal." "Oh, itu berita tu?" Tapi, saya terpaksa letak ditepi kerana tanggungjawab kami menjual cerita-cerita suci sahaja. Dalam hela nafas yang panjang, saya berkata..."Ujian

Kembara Mencari Haji Mabrur 5

Mungkin juga perlu percaya bahawa Raudah memang kosong! Hari-Hari Akhir di Madinah Catatan ini saya rakam pada pagi akhir bertolak meninggalkan bandar Madinah Al Munawarah. Bandar Rasulullah dan Nabi Muhammad, penghulu sekalian nabi. Catatan ini adalah sebuah catatan rindu pada Madinah yang akan ditinggalkan. Betapa sukar melafazkan bahawa kasih sayas terhadap Madinah terlalu membara. Betapa kasih saya terhadap Uhud terlalu hampir. Dua hari lalu, saya kali ketiga ke Bukit Uhud, melihat betapa Allah izinkan saya melihat sendiri Uhud yang menjadi saksi Asadullah Hamzah Abdul Mutalib syahid di sini. Di sini juga tempat Rasulullah turut cedera dan dibawa bersembunyi ke dalam gua. Saya beritahu kawan-kawan, "Kali ketiga menjejakkan kaki ke sini memang lain dari yang lain." Betapa bumi Madinah banyak mengajar sesuatu. Pertama, tatkala azan berkumandang - segerombolan manusia bagai lautan masuk ke dalam Masjid Nabawi. Saya amat terharu melihat warga Arab Madinah meninggalkan kedai

Kembara Mencari Haji Mabrur 4

Aku, Raudhah dan Tarbiah Hampir satu minggu saya dan teman-teman rakan media bersama di Madinah. Bagai isi dengan kuku, kami menjalankan tugas bersama-sama. Ada yang terpaksa bersengkang mata dan ada yang terpaksa menurut kehendak saya menjalankan tugas. Kepenatan itu lumrah. Saya akui, ada hari-hari yang kami futur dan tewas dengan cabaran termasuk musim yang tidak memihak kepada kami, tapi kami akur dan terima seadanya. Ada kisah yang tidak pernah terlintas di dalam jiwa saya. Ia ada kaitan dengan Raudah yang merupakan taman syurga. Sehingga hari ini, saya banyak kali bertanya kepada diri sendiri - betapa cerita kawan-kawan yang menyatakan masuk Raudah itu sukar, saya hampir tidak percaya. Ya- memang benar masuk Raudah itu sukar tetapi barangkali rezeki kami - selepas Solat Subuh hari pertama saya di Madinah, selingkar ruang Raudah kosong malah hampir tidak berpenghuni. Kami masuk tanpa apa-apa sekatan. Hingga saat saya menulis karangan ini pun, saya hampir tidak dapat melupakan wakt