Monday, November 16, 2009

SUA PMRAM Di Malaysia

Gambar di atas adalah Ustaz Abdul Malik Abd Karim (kiri) yang menyambut Ulang Tahun Kelahiran pada hari Sabtu lalu. Selamat Hari Lahir Abe Malik.
(Kanan) Saudara Adlan yang tegas tetapi baik hati

SAUDARA Mohd Adlan Mokhtaruddin, Setiausaha Agung PMRAM pada hari ini telah selamat tiba di Malaysia.

Saya menerima pesanan ringkas daripada ahli keluarga yang terdekat beliau. Tugas Setiausaha Agung PMRAM difahamkan akan dipangku oleh Saudara Muhammad Labib bin Abd Jalil.

Ada beberapa perkara yang saya fikir perlu dibincangkan dengan Saudara Adlan. Barangkali menyelesaikan kes PENGHARAMAN MAJLIS BACAAN HADIS SAHIH BUKHARI yang dibatalkan baru-baru ini.

Saya telah mengutus surat kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato' Saifuddin Abdullah. Saya sedang menunggu beliau menjawab surat saya itu.

Tambahan :

Saudara Adlan adalah Pengarah Program Yang Digagalkan Oleh JPMK itu.


PMRAM Menjuarai Isu Negara

ISU yang hampir sebulan berlalu terus mendapat perhatian daripada laporan perdana di Malaysia.

Yang pasti, ada pihak tidak lena untuk tidur dengan perihal keadaan ini. Sebelum Ustaz Nasaruddin Tantawi selaku Ketua Dewan Pemuda PAS menyuruh beliau pulang, saya sudah mengesyorkannya dalam tulisan yang lalu.

http://malaysiakini.com/news/117512


MSD didakwa gagal program pelajar M'sia di Mesir
Nov 16, 09 12:33pm

Dewan Pemuda PAS (DPP) pusat membantah tindakan Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) Kaherah yang didakwa telah menggagalkan program pembacaan hadis Bukhari anjuran Persekutuan Melayu Arab Mesir (PMRAM) yang sepatutnya berlangsung di Pusat Persidangan Al Azhar (ACC) bulan lalu.

Nasrudin mendakwa, pengarah MSD Kaherah, Prof Dr Jamil Hashim telah menghantar surat kepada Syeikhul Al Azhar meminta program itu dibatalkan pada saat-saat akhir.

"Apa yang paling malang, alasan yang digunakan oleh pihak MSD ialah PMRAM adalah ejen parti pembangkang Malaysia," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Program itu dijadual diadakan pada 16 hingga 19 Oktober di pusat tersebut yang mampu menampung sekitar 700 peserta.

Ekoran itu, katanya, program itu terpaksa dipindahkan ke Tingkat 5, Dewan Rumah Johor di Kaherah yang hanya mampu menampung sekitar 300 peserta yang antaranya terpaksa mengikut program itu di tangga dan kaki lima bangunan tersebut.

Nasruddin berkata, majlis perasmian program tersebut oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Jumuah, terpaksa diadakan di sebuah gelanggang bola keranjang di situ.

Katanya, selain mufti Mesir, antara ulama hadis yang dijemput berucap ialah Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani, Syeikh Jamal Farouk, Syeikh toha Dusuqi di Hubaisy, Syeikh Dr Yusri Rushdi Saiyyid al Hassani, syaikh Ahmad Hajain, Syeikh Dr Da'ad Jawish, Syeikh Asyraf Imam Masjid 6 Oktober dan Syeikh Usamah Mahmud al Azhari.

Nasrudin menyifatkan tindakan MSD itu sebagai taktik usang untuk memberi imej buruk dan tekanan kepada PMRAM agar tidak berfungsi sebagai sebuah badan kebajikan mahasiswa dengan baik dan berkesan.

Beliau juga mempersoalkan hak MSD untuk menganggu aktiviti PMRAM sedangkan ia sebuah badan kebajikan yang sah berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir.

Berikutan tindakan MSD itu, katanya, mahasiswa Universiti Al Azhar telah menubuhkan jawatankuasa khas, DESAK, untuk menuntut MSD memohon maaf secara terbuka dan kembali membersihkan nama baik PMRAM.

Mereka juga menuntut supaya Prof Dr Jamil dipanggil balik dan ditukar kerana didakwa gagal memainkan peranannya sebagai pengarah MSD yang sepatutnya membantu mahasiswa danbukannya "menghalang mereka menuntut ilmu".

"Paling ringan, Dewan Pemuda PAS mendesak supaya Prof Dr Jamil diberi amaran keras oleh pihak kerajaan agar ia menjalankan tugas sebagai pengarah MSD dengan penuh dedikasi tanpa menyusahkan mahasiswa dengan agenda dan tanggapan jahat mereka terhadap mahasiswa," katanya.

Nasrudin berkata, menuduh PMRAm sebagai ejen parti pembangkang bukan sahaja berniat jahat tetapi juga menggangu emosi mahasiswa di Mesir.

Malah, dakwanya, ia bukan perkara baru kerana sejak 1991, PMRAM sering diganggu oleh MSD dengan dituduh sebagai ejen pembangkang tanpa sebarang bukti.

Sunday, November 15, 2009

DUA Laporan Hujung Minggu



Inilah gambar saudari Ani dan oksigennya. (Lihat ada wayar)

Sabtu, 14 November 2009

DRAMA AIRMATA IRINGI BENGKEL CERPEN PEN

Program Umbara Sastera III anjuran Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) selamat diadakan pada pagi Sabtu lalu. Program yang membariskan tiga orang pemenang Hadiah Sayembara Penulisan Berunsur Islami ke-12 menerusi kategori cerpen itu, dihadiri oleh hampir tiga puluh orang peserta.

Alhamdulillah, selepas Subuh saya memecut ke Negeri Sembilan untuk sama-sama mendengar proses kepengarangan karya pemenang iaitu Puan Nisah Haron (Tempat Pertama), Ustaz Amiza Khusyri (Tempat Ketiga) dan Puan Syarifah Salha (Saguhati). Ketiga-tiga mereka adalah ahli PEN dan merupakan penulis prolifik pada hari ini.

Tepat jam 11.00 pagi, program bedah karya dan bengkel cerpen yang dikendalikan oleh Puan Nisah dan Ustaz Amiza bermula.

Bermula dengan karya seorang penulis muda, Saudari Atriza Umar memperkenalkan cerpennya dan karya itu dibincangkan oleh para peserta.

Menariknya pada sebelah petang, karya Saudari Zalila Isa yang berjudul 'Mak Ngah' dibincangkan.

Saudari Zalila Isa menceritakan bahawa proses kreatif karya ini muncul selepas melihat Mak Ngah beliau merasai keperitan pada saat kematian Pak Ngahnya. Dalam karya tersebut, watak Mak Ngah diceritakan sebagai seorang yang amat menyintai suaminya Pak Ngah sepanjang hidupnya. Ke kanan Mak Ngah, ke kiri Pak Ngah.

Cerpen Mak Ngah mengangkat nilai kasih sayang antara suami isteri yang saling menyintai.

Sedutan cerpen Mak Ngah ;

PAK Ngah diam. Mak Ngah juga sama. Saudara mara yang datang berkunjung berbisik-bisik halus. Ada juga yang terkumat-kamit membaca sesuatu. Mak Ngah pandang Pak Ngah. Begitu juga Pak Ngah. Mak Ngah tunduk dan setitis dua air matanya jatuh.

Dalam komentar Puan Nisah, beliau menyatakan bahawa beliau sebak dan menangis tatkala menatap karya ini. Ustaz Amiza pula menyatakan beliau mengucapkan tahniah kepada Zalila kerana telah melakukan perubahan berbanding dengan karyanya sebelum ini.

Sebelum berakhir bengkel, Puan Mahaya Yassin selaku Ketua Satu PEN mencelah dengan memberi ulasan terhadap karya Mak Ngah. Barangkali teringatkan orang yang hampir dengannya (arwah suami), Puan Mahaya tiba-tiba menahan sebak dan tiba-tiba manik-manik jernih turun melalui pipi.

Kemudian, di akhir pertemuan bengkel tersebut, Saudari Ani yang kini terpaksa menggunakan oksigen untuk hidup menyampaikan ucapan terakhirnya,

"Terima kasih kerana menerima saya sebagai peserta bengkel walaupun saya dalam keadaan begini."

Drama air mata berulang lagi buat kali terakhir mengakhiri bengkel cerpen anjuran PEN itu.




Ahad, 15 November 2009

BERSAMA MASYARAKAT KANAK-KANAK DI GOMBAK

Turun bersama kanak-kanak di Gombak merupakan pengalaman pertama saya bersama adik-adik di peringkat pra-sekolah.

Saya amat terharu dalam usia yang terlalu muda, mereka telah menghafaz Surah Al-Buruj, Surah At-Tariq. Saya fikir, generasi hari ini sudah wajib di hantar ke Pusat Asuhan Islam dan bukan lagi tadika kemas.

Anak-anak sudah wajib dihantar ke PASTI. Baru-baru ini ketika bersama masyarakat di Kampung Serkat, Johor, ada ibu bapa yang memberitahu saya bahawa anak-anak darjah satu dapat dikelaskan pencapaian akademik dan agamanya melalui pembelajaran di peringkat pra-sekolah.

Jika anak itu cemerlang, pasti itu adalah anak yang lahir dari PASTI. Jika anak yang kurang sedikit, pasti itu adalah anak yang lahir dari KEMAS.

Fikir saya, rupa-rupanya kita sudah tiba masa menghantar anak ke sekolah agama!

Syafiq Zulakifli Di Sana Sini

GKLN terus mendapat tempat dalam industri sastera

Kenang-kenangan di dalam bengkel bersama
Bonda Zaharah, Puan Salmiah, Puan Nisah dan Saudara Faisal Tehrani


SAYA sebenarnya hampir terlupa dengan perkara ini. Majalah Tunas Cipta Edisi Oktober 2009 yang lalu bercerita tentang penulis muda dari luar negara.

Banyak artikel menarik di samping beberapa kepingan gambar yang diambil dari siri bengkel yang saya hadiri.

Gambar dalam majalah tersebut adalah sewaktu saya bersama rakan-rakan GKLN menghadiri Bengkel Karyawan Muda Luar Negara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, dua tahun yang lalu.

Terima kasih kepada pengirim gambar tersebut.

Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) adalah satu komuniti yang banyak membantu saya, memberi peluang untuk saya berkarya dan meningkatkan produktiviti peribadi sebagai seorang peminat dunia sastera.

Saya mengharapkan agar GKLN khusus dari Timur Tengah sentiasa berada di khalayak kerana saya seringkali ditanya oleh rakan-rakan penulis di Malaysia tentang masalah penulis Timur Tengah hari ini.

Semoga ramai lagi penulis baharu dari Timur Tengah yang menempatkan nama di persada sastera tanah air.

Artikel akan datang :

Coretan bersama Puan Nisah Haron di Seremban dalam acara Umbara Sastera yang diadakan pada 14 November 2009.


Saturday, November 14, 2009

"Mak Redha Along Pergi"

KETIKA orang ramai berkejar-kejar menunaikan Solat Fardhu Jumaat di masjid, waktu itulah malaikat maut menjalankan tugasnya.

Sungguh Dia yang Maha Mengetahui semuanya. Baru seminggu kedua ibu bapanya pergi menunaikan fardu haji di Mekah. Kini, Along pergi meninggalkan dunia yang penuh dengan onak dan duri ini.

KAK Ika atau nama penuhnya Nurul Zalikah Mat Zan adalah teman, sahabat, jiran, dan seorang mujahidah dalam satu jemaah kami.

Semenjak darjah satu hingga tingkatan lima, saya bersekolah dengannya di Sekolah Kebangsaan Bandar UDA 2, Johor Bahru dan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang.

Rumah beliau betul-betul di hadapan rumah saya. (ketika saya tinggal di Bandar Baru UDA).

Kali terakhir saya menerima pesanan ringkas (SMS) adalah pada 22 September 2009. Raya ketiga. Dalam usia muda, Kak Ika menghidapi kanser.

Dalam saat keperitan menghadapi segala ujian dari Allah, beliau tidak pernah patah semangat. Biarpun ujian ini amat berat, tetapi beliau menerimanya dengan redha.

2

Tengah hari tadi, mama menelefon saya.

"Dia dah macam tahu yang dia tak lama dah. Sebab tu masa mak dia nak pergi haji baru-baru ni, dia dah beritahu dengan mak dia agar redha dengan pemergiannya."

Betapa sebak dihati mendengar kalimah-kalimah itu. Betapa seorang anak yang sudah tahu akan pergi menemui Ilahi di samping ibu dan ayah tiada di sisi. Ibu dan ayah pergi menunaikan haji di Mekah Al-Mukaramah. Betapa kuat jiwa seorang ibu dan ayah yang menerima berita bahawa anak telah pergi buat selamanya.

Sungguh Allah memilih orang-orang berjuang ini syahidnya pada hari Jumaat. Ya Allah betapa untungnya engkau memilih dia pada hari Jumaat yang mulia ini.

Entah mengapa saya amat sebak ketika mengarang catatan ini...


*********

Berikut adalah suara dari teman-teman Allahyarhamah...

al-fatihah tuk k.ika, thnx hadir dlm hidup su wlpn skjp, ukhwah itu indah, xkan terpadam... i miss u....

Cikgu Nazeli: al-fatihah buat ukhti, semoga damai dipersemadian. Insya-Allah amal bakti ukhti untuk Islam dan perjuangan akan menjadi amal solah dan sedekah jariah.

Cikgu Nazeli: al-fatihah buat ukhti, semoga damai dipersemadian. Insya-Allah amal bakti ukhti untuk Islam dan perjuangan akan menjadi amal solah dan sedekah jariah.

mza: alfatihah..

yani kkpg: alfatihah untuk ika..saya rakan sekerja ika...sempat ziarah bila dapat tahu tentang pemergian arwah..sebak...minggu lepas cukup ceria..tapi ini dah ketentuanNYA

leen: Al-Fatihah buat ika..hanya insan terpilih dijemput pd hari jumat..masih t;igt kenangn b'sama ika semase kerje di smkie sbg gstt

aizat: Al-Fatihah. Kami akan teruskan perjuangan mu..

sunah: salam..al-Fatihah..semoga rohmu dicucuri rahmatNYA..ameen..

Izzah Pahim: Moga k Ika ditempatkan dikalangan org2 y beriman

Hairin: Semoga Ika berbahagia "di sana"...Rehatlah Ika..Beruntung Ika dijemput pd hr Jumaat yg Mulia..ALFATIHAH utk adikku.Zalikah..

nikabdulrazak@pokjak: Al-Fatihah,Ya Allah cucurilah rahmatMu pada mujahidah agamaMu ini.ameen.

mazA<: alFaatihah

kak ina RM
: al fatihah adikku....moga roh dicucuri rahmat....amin

syifa...: ya Allah... tmpatkanlah saudariku ini di tmpt yg mulia disisiMu..dia tak pernah ku kenali..tak pernah ku berbicara..tak pernah ku bersua...tapi ikatan hati dlm satu wadah ini bt aku trasa khilangannya

zieaddin: al-fatihah buat kak ika....semoga rohmu dirahmatiNYA sentiasa...

Diana: Al-Fatihah buat Zalikah....adik, moga kau ditempatkan diantara orang2 yg Soleh disampingNya...



Friday, November 13, 2009

Bersama Faisal Tehrani di UKM

Nota semangat dari seorang pengarang




Dr Mawar Shafei dan Faisal Tehrani

DUA TAHUN terpisah. Pulang ke Mesir dan tidak berpeluang bertemu mata dengan penulis muda ini. Namanya, Mohd Faizal bin Musa. Kebanyakkan orang mengenalinya dengan nama Faisal Tehrani.

Pagi tadi, saya bersama Saudara Baharuddin Bekri ke Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi menghadiri Bengkel Penulisan Kreatif Faisal Tehrani.

Pada hemat saya, bengkel ini adalah sebuah perkongsian pengalaman dan perjalanan seorang penulis. Saudara Faisal Tehrani telah mendedahkan ceritera dan pengalaman sebagai seorang penulis. Bermula dari A hingga X. Walaupun saya yakin program sekitar dua jam itu hanyalah sebagai pembuka bicara, sekurang-kurangnya program ini memberi peluang bagi peminat bertemu mata.

Program hari ini bukan program yang polos semata-mata. Penuh wacana pengalaman yang amat sukar digali melalui program-program terbuka. Barangkali saya meng-kelas-kan program ini adalah program 'tertutup'.

Faisal mendedahkan suka duka dan kesedihan sepanjang jadi pengarang. Ya. Tuduhan 'pro-syiah' terhadap hasil karyanya juga dibincangkan secara adil. Bagi saya, wartawan dan pihak 'press' rugi tidak menghadiri kerana Faisal telah menjelaskan serba sedikit hal ehwal itu dan ini.

Barulah saya ketahui hal ehwal Novel 'Tuhan Manusia' yang sebelumnya berjudul 'Sebuah Rumah Di Utara' itu. Barulah saya mengetahui apa yang berlaku terhadap Kopitian Ghadir yang dihalang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Barulah saya mengetahui apa yang menimpa terhadap keluarganya setelah Faisal dilabel 'pro-syiah' dan bermacam-macam lagi.

Secara peribadi, bukan saya mempertahankan seorang penulis muda ini, tetapi sekurang-kurangnya saya mengetahui susur galur hidup yang penuh suka duka sebagai seorang pengarang.

Tambahan :

1. Faisal Tehrani kini adalah seorang pensyarah di ASWARA dan bakal bergelar Dr Faisal tidak lama lagi. Insya-Allah.

2. Faisal memaklumkan dunia 'harimau'nya menyebabkan pelbagai provokasi berlaku dalam karyanya. Fikir saya, bukan kerana 'harimau'nya itu tetapi kerana LEO itu. Oleh kerana saya juga LEO, saya mengetahui hal ehwal itu.

3. Ada hal ehwal "keduniaan syiah" yang tidak boleh didedahkan di sini. Hanya saya yang mengetahui. :)

4. "Syafiq, tulis perkara yang perlu tulis sahaja di blog," Faisal mengakhiri pertemuan saya dengannya.



Thursday, November 12, 2009

Isu Mahasiswa Kita Di Mesir Bergegar Di Parlimen?


Sumber : Utusan Malaysia Online

Zulkifli Noordin diarah keluar dewan


KUALA LUMPUR 10 Nov. - Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baharu) menjadi Ahli Parlimen pertama yang diarahkan keluar Dewan sejak sesi sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Ke-12 bermula pada 19 Oktober lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Zulkifli keluar kira-kira pukul 8 malam ini setelah beliau tidak menghiraukan arahannya supaya berhenti mengemukakan soalan-soalan baru ketika Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menggulung perbahasan Bajet 2010 bagi peringkat kementeriannya.

"Yang Berhormat duduk, duduk. Apa Yang Berhormat kemukakan ini adalah isu baru, sepatutnya dikemukakan ketika perbahasan, bukannya sekarang.

"Kita masih ada 16 kementerian lagi yang akan menggulung perbahasan sedangkan masa hanya ada sehingga Khamis sahaja. Nampaknya, Yang Berhormat tidak mahu duduk, jadi saya arahkan keluar Dewan," tegas Pandikar Amin.

Zulkifli sebelum itu, beberapa kali bangun mencelah, sambil menggesa Mohamed Khaled menjelaskan kenapa Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Mesir baru-baru ini mengeluarkan surat melarang kira-kira 700 penuntut Universiti Al-Azhar mengikuti pengajian hadis yang disampaikan oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr. Ali Jum'ah.

Bagaimanapun, arahan supaya Zulkifli keluar Dewan hanya berlangsung selama kira-kira lapan minit kerana Pandikar Amin kemudiannya mengarahkan bentara supaya memanggil Ahli Parlimen itu masuk kembali ke dalam Dewan.

Sebaik masuk, Pandikar Amin telah memberikan peluang kepada Zulkifli untuk mencelah perbahasan menteri berkenaan untuk bertanya soalan yang dibangkitkan sebelum itu iaitu mengenai masalah yang dihadapi pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar.

Ketika bangun, Zulkifli yang nampaknya kembali tenang memohon maaf kerana cara yang digunakannya untuk mencelah sebelum itu agak kasar.

"Minta maaf kerana saya sebelum ini hanya berpengalaman berhadapan dengan Unit Simpanan Persekutuan (FRU),'' jelasnya.

Sementara itu, Mohamed Khaled ketika membuat penggulungan berjanji akan menyiasat kejadian itu dan pegawai kementerian akan diminta memaklumkan perkembangan siasatan kepada Zulkifli.

Mahasiswa Pengajian Islam Perlu Diberi Perhatian

Ustaz Hairul Nizam Mat Husain adalah seorang tokoh ulama wibawa masa hadapan

SAYA baru selesai membaca artikel daripada Ustaz Hasrizal Jamil (www.saifulislam.com). Beliau mengulas terhadap seorang teman yang bernama Ustaz Asri atau dikenali dengan Dr Maza.

***

Baru-baru ini negara digemparkan dengan tangkapan seorang tokoh ulama Malaysia iaitu Dr Asri Zainal Abidin. Betapa kecoh, riuh dan pelbagai situasi yang berlaku sama ada di sebelah pihak kerajaan mahupun pembangkang. Dr Asri terus dituduh dengan pelbagai tuduhan yang kadang-kadang munasabah. Isunya mudah, tangkapan beliau kerana tidak mendapat tauliah dan mempunyai sisi pandangan salafi dan wahabi.

Kemudian, tiba-tiba timbul isu baiah cerai talak tiga oleh calon-calon Parti PAS yang sedang hangat diperkatakan.

Jawapan saya mudah.

Kerajaan perlu terhantuk sebentar dengan perkara-perkara ini. Kita perlu lihat bahawa isu-isu agama sebenarnya bukan satu tetapi belambak yang perlu diselesaikan. Sebelum ini isu Nikah Misyar, isu hak penjagaan anak dan banyak isu-isu baharu yang masih memerlukan ulama dan golongan agama menyelesaikannya.

Kita perlu menyedari bahawa golongan agama perlu diberi perhatian serius. Golongan agama dan mahasiswa berpendidikan agama perlu dibimbing, dibantu, diberikan bantuan untuk kejayaan yang lebih cemerlang. Jika hari ini, tiada satu dana pun diperuntukkan kepada mahasiswa pengajian agama sama ada di Mesir, Jordan, Syria, Madinah, atau di dalam negara. Walaupun wujud wang zakat yang disalurkan oleh majlis agama islam negeri-negeri, tetapi ia sekadar 'melepas batuk di tangga'.

Fikir saya, isu agama sudah mula dibincangkan oleh negara pada hari ini. Oleh hal yang demikian, jika kerajaan tidak membantu golongan agama, pastinya ramai mahasiswa lepasan pengajian Islam yang berkualiti tidak dapat dilahirkan.

Pada hemat saya, golongan agama selalu dianak-tirikan. Yang mereka fikir hanyalah merempatkan graduan pengajian Islam ini di dalam pusat tarbiah j-Qaf mereka.

Tambahan :

Gambar di atas adalah Ustaz Hairul Nizam Mat Husain, mantan Presiden PMRAM 2006 dan 2007. Mahasiswa mahasiswi seharusnya menjadikan beliau sebagai model mahasiswa kerana model ini tidak wujud di mana-mana tempat.


Wednesday, November 11, 2009

Pejabat Editorial PTS

Pejabat editorial PTS yang terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur akan beroperasi sepenuhnya mulai 1 Disember 2009 di Batu Caves, Selangor.

Pada waktu ini kerja-kerja pengubahsuaian sedang dilakukan oleh pihak kontraktor. Selepas pejabat editorial berpindah ke Batu Caves nanti, urusan kerja PTS sama ada pejabat Pengarah Urusan, pejabat urusan editor, pejabat Jabatan Pemasaran, pejabat Jabatan Jualan, pejabat Jabatan Khidmat Pelanggan akan beroperasi bersama-sama dan tidak lagi berjauhan seperti hari ini.

Kita mengharapkan usaha baharu ini menjamin kualiti perkhidmatan dan bisnes buku Melayu terbesar mampu dicapai dengan sebaiknya.

Bisik-bisik yang didengar adalah, PTS 'bakal' mencari satu tapak baharu selepas tiga tahun daripada sekarang kerana memerlukan ruang pentadbiran yang lebih luas dan selesa demi membangunkan anak bangsa yang membuka mata kerana ilmu.

Tambahan :

Saya percaya bahawa dunia dan industri buku akan berkembang dengan pesat di Malaysia kerana generasi hari ini amat 'rakus' dengan buku.



Komunikasi Persuasif

PETANG tadi, saya menghadiri Kursus Berkomunikasi Bahasa Persuasif secara dalaman khas untuk semua editor PTS Publication.

Tiba-tiba saya menyedari bahawa isu-isu yang sedang bersekitaran di dalam kantung shout-box saya juga adalah komunikasi tidak terurus yang masih tidak berkesudahan.

Semasa di Mesir, ada satu kumpulan yang dinamakan anti-Syafiq ini wujud. Pasukan ini adalah gerakan khas yang membenci PMRAM, kemudian dijadikan saya sebagai simbolnya kemudian gegaran demi gegaran disembur khusus untuk saya.

Oleh kerana saya mempunyai kuasa luar jangka yang tersendiri dan tidak melayan karenah luar biasa manusia, maka saya tinggalkan sahaja pasukan ini.

Pada hemat saya, semakin banyaknya pihak antagonis dengan kita (istilah antagonis tidak tepat untuk kes ini) tetapi saya merasakan watak-watak ini adalah paling berkesan dalam hidup!

Terima kasih. Selamat menjadi kumpulan yang setia dengan blog saya.


Tuesday, November 10, 2009

Terbit Lagi

INSYA-ALLAH, 20 November ini saya bersama penulis-penulis puisi Melayu dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei akan dapat menyaksikan karya-karya kami dirasmikan oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Termuzi Abd Aziz.

Di dalam majlis itu nanti, sebuah antologi yang menempatkan karya-karya kami akan dijual oleh pihak penganjur.

Saudara dan saudari boleh dapatkan buku-buku kami di Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia


Tips Bekerja

Gambar sekadar hiasan

Apabila organisasi membuka peluang kepada orang ramai bagi memohon jawatan yang ditawarkan, ia mempunyai sebab-sebab tertentu. Anggapan popular pencari kerja berkata temuduga bertujuan bagi mengisi jawatan kosong. Anggapan popular tidak memberitahu kita sebab mengapa ada jawatan kosong yang ditawarkan oleh sebuah organisasi pada tempoh waktu tertentu.

Apabila organisasi berkata, “Ada kekosongan!”

Terdapat beberapa keadaan mengapa sebuah organisasi mula menawarkan pekerjaan kepada calon-calon yang layak. Apabila kita tahu sebab-sebab ini, ia membantu kita membuat persediaan yang sesuai dan mempunyai fokus jenis maklumat yang ingin digunakan sebagai input pengaruh.

Petikan buku 'Mempengaruhi Bos Gaya Streeetsmart' terbitan PTS Millenia Sdn. Bhd.

Apabila kita masuk ke dalam dunia pekerjaan, banyak perkara-perkara baharu yang perlu kita tahu. Setiap tahun, pastinya akan berlaku kenaikan pangkat bagi sesebuah organisasi. Banyak sebab yang membolehkan seseorang pekerja itu dinaikkan pangkat dengan cepat.

Antaranya,

1.Ketua mempercayai bahawa tugas yang digalas sudah mampu dilakukan oleh kita selaku orang bawahannya.

2.Ketua mempercayai bahawa setiap tugas yang kita lakukan itu adalah tugas sebagai seorang ketua juga.

3.Ketua sentiasa percaya bahawa kita senang bekerja dengannya dan mampu melakukan tugas-tugas seorang ketua.