Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2009

Posisi Tepat!

DALAM pertemuan bersama rakan-rakan mantan Badan Pengurus PMRAM semalam, ramai menyatakan kepada saya, "Enta duduk elok-elok dalam posisi enta sekarang. Kita perlukan ramai orang Al-Azhar dalam dunia sastera. Kita mahu bercakap tentang perjuangan Islam melalui sastera." Saya cukup gerun dengan beberapa harapan menggunung daripada kawan-kawan. Mereka memuji-muja syarikat penerbitan PTS kerana terus berjuang memandaikan bangsa dan agama. "Bagus enta duduk dalam PTS dan jadi editor. Biar kita membuka mata-mata masyarakat bahawa Azhari terjun di dalam pelbagai sektor." Ada beberapa cadangan bernas yang sempat mereka kongsikan kepada saya. Ada beberapa peranan penting yang mereka harapkan daripada saya. Semua itu saya kembalikan kepada Allah Taala yang mengaturkan setiap perjalanan hamba-Nya.

Sebuah Pertemuan

SEMENJAK pulang ke Malaysia pada pertengahan September lalu, hari bersejarah buat saya kerana dapat bertemu dengan teman-teman mantan mahasiswa Al-Azhar, Mesir. Antara teman-teman rapat yang ditemui, Ustaz Abdul Fatah Jaafar (ex-SU PMRAM 2006), Ustaz Khusaini Md Yusoff (PMRAM 2008), Ustaz Hanapi Zulkapli (PMRAM 2008), Ustaz Fauzan Madzlan, Ustaz Syed Abdul Kadir, Ustaz Faizal Mizan Ambak, Ustaz Saufi Hashim, Ustaz Abdul Rahman Tharin, Ustaz Zarul Salleh, dan ramai lagi (maaf tidak dapat ingat satu persatu). Banyak perkara yang dikongsi di samping bertukar-tukar pandangan berikutan kes yang telah menimpa saya baru-baru ini sehingga keluar di Harakahdaily.net Terima kasih dengan pertemuan ini.

Berilah Masa Tambahan

SELAMAT MENEMPUH ALAM PEPERIKSAAN untuk teman-teman yang sedang berada di bumi anbiya Mesir. Saya mendoakan ke hadrat Ilahi agar semuanya berjalan dengan sempurna hendaknya. Peperiksaan akan berkunjung. Namun, sejauhmana masa yang ada kita gunakan dengan sebaiknya. Berilah masa tambahan yang maksimum terhadap matapelajaran yang dianggap sukar. Semester pertama pengajian, bagi kuliah Syariah tahun 3 atau 4, pasti Adab dan Nusus (Sastera Arab) adalah matapelajaran killer . Alhamdulillah, pengalaman saya menghadapi kertas peperiksaan ini memang mencabar. Oleh itu, saya peruntukkan masa yang lebih untuk matapelajaran ini. Pastinya, bukan alasan untuk mahasiswa tidak berjaya dengan cemerlang. Ada kuncinya untuk diceroboh bilik kejayaan itu. Mahu atau tidak, usaha! Carilah peluang berguru jika ada lagi yang masih kita dangkal ilmunya. Kejarlah teman-teman sepeperiksaan yang sudah khatam belajar satu-satu tajuk. Yang penting adalah belajar secara berkumpulan dan saling dorong-mendorong antara

Siapa Bakal Presiden PMRAM 2010?

PENCALONAN KEPIMPINAN Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah dibuka dan akan ditutup beberapa hari lagi. Siapakah yang akan dicalonkan sebagai Presiden PMRAM pastinya menjadi tanda tanya. Mereka yang sering menyatakan mahu menduduki kerusi kepimpinan dan konon-konon mahu mentarbiah mahasiswa kita di bumi Mesir mengapa tidak menggunakan peluang ini untuk mengisi borang. Lakukan tanggungjawab kalian. Saya sejujurnya tidak pernah melihat kepimpinan PMRAM bertanding. Malah, apabila pengumuman kepimpinan PMRAM yang sentiasa menang tanpa bertanding menjadikan PMRAM seolah-olah tidak ingin diratah sebagai sebuah persatuan yang dicari-cari oleh semua pihak. Oleh yang demikian, saya mencadangkan borang-borang kepimpinan yang belum dibeli oleh mana-mana pencadang boleh terus dibeli di pejabat SPR. Siapa juga wakil kepimpinan itu nanti, saya mendoakan PMRAM sentiasa menjadi tiang besar yang mengukuhkan binaan persaudaraan sesama mahasiswa amnya. Gambar di kanan adalah Presiden PMRAM

Pertemuan Bersama Saifulislam.Com

Gambar hiasan Ustaz Hasrizal dan Saudara Asyraf dalam KEM HIJRI baru-baru ini MALAM tadi kali pertama saya bertemu dengan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil atau lebih dikenali dengan laman web beliau, saifulislam.com. Selepas tamat pengajian di Mesir, saya seringkali menghadiri kuliah-kuliah Maghrib di sekitar bandar Kuala Lumpur. Tetapi, bagi saya kuliah yang disampaikan oleh beliau amat berlainan. Saya amat gemar seorang ustaz menyampaikan kuliah dalam konteks berbeza. Walaupun beliau menyampaikan kuliah Tafsir Surah Kahfi ayat 19 tetapi perbahasan beliau bukan hanya merujuk ilmu semata-mata, tetapi permainan emosi dan motivasi mandiri juga dilakukan. Usai mendengar kuliah beliau semalam, saya dapat keluar makan bersama dan banyak cerita dan perkara menarik dibincangkan. Rupa-rupanya seorang ustaz yang sudah berada di puncak ini juga banyak gosipnya. Hehehe. Kesian ustaz. Saya mendoakan agar ustaz tidak dianiayai lagi selepas ini. Tambahan : Saifulislam.com mengarang untuk Majalah I. Selain

Kenyataan Akhbar Harakahdaily

PERCAYALAH bahawa kenyataan yang saya lakukan di akhbar adalah semata-mata membela mahasiswa kita di bumi Mesir dan bukan atas dasar berdiri seorang diri. Mahasiswa kita di Mesir tidak perlu lagi dijilat-jilat dengan pelbagai ugutan dan ancaman. Semoga Allah membantu kita bersama-sama menegakkan kebenaran di dalam lorong ke syurga nanti. Kata Ustaz Hairul Nizam Mat Husain, "Rehat di syurga." Baca lagi laporan akhbar di Harakahdaily

Sebuah Coretan Peperiksaan Al-Azhar

SELESAI sudah pengalaman menghadapi peperiksaan di bumi Kaherah, Al-Azhar. Semenjak semester Disember 2004 sehingga berakhir Jun 2009, pelbagai pengalaman dan pahit getir dirasai. Hari ini, semua kenangan itu hanya akan menjadi kenangan peribadi yang tersimpan di dalam memori. Keputusan peperiksaan Al-Azhar terbahagi kepada enam. Mumtaz, Jayyid Jiddan, Jayyid, Maqbul, Dhaif dan Dhaif Jiddan. Keenam-enam kategori ini pernah saya hadapi. Tetapi saya telah mengukur bahawa keputusan tersebut sebenarnya mencerminkan sejauhmana usaha yang kita lakukan. Jika kita berusaha tahap Mumtaz, maka keputusan Mumtazlah yang kita peroleh. Begitulah sebaliknya. Ada ketika, di dalam waktu-waktu peperiksaan ini, saya sanggup berkejar dari Madinah Nasr hingga ke Masjid Al-Azhar yang terletak di kawasan Darassah yang jauhnya lebih 20 kilometer untuk menunaikan solat fardu Jumaat. Semuanya untuk mendapat keberkatan Al-Azhar. Oleh sebab peperiksaan yang saya alami pada sesi petang, saya sudah terpacak di dal

Surat Kepada Pegawai

Surat ini adalah surat jawapan balas kepada Pegawai Atase Pendidikan (Pentadbiran dan Kewangan), Encik Zulkifli bin Din yang telah melambatkan proses terjemahan sijil saya. Sijil terjemahan yang sepatutnya ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah atau wakilnya dengan sengaja diperpanjangkan isunya oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia sendiri. Emel yang dialamatkan kepada saya melalui emel abu_afif2004@yahoo.com pada 23 Disember 2009 lalu adalah seperti berikut : Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh Saudara Syafiq bin Zulakifli. Terima kasih kerana menghubungi pihak kami. Dukacita dimaklumkan, urusan yang dilakukan oleh wakil saudara, Sufiyan Sauffi bin Nawawi tidak dapat dilakukan buat masa ini. Jabatan ini memohon supaya saudara dapat: 1. Membuat surat permohonan rasmi kepada Pengarah JPMK. 2. Menyatakan maksud ayat dalam blog saudara bertarikh 21 Oktober 2009 (Rabu) bertajuk PMRAM Perlu Ucapkan Terima Kasih Kepada JPMK: "Allah hantar JPMK kat M

Salam Buat Saidina Husin

MESTI akan jadi kecoh. Orang-orang akan label saya sebagai pengikut ajaran syiah yang menyokong sanak saudara Saidina Ali. Apabila tiba hari Asyura (10 Muharam) berdentam-dentum orang-orang agama melabel itu dan ini. Selepas dua puluh empat tahun duduk di muka bumi ini, saya kuatkan tekad bahawa Islam itu agama rasmi, Ahli Sunnah Wal Jamaah itu ajaran ketauhidan rasmi, mazhab Syafie itu pegangan teras pendidikan Islam sejati. Saya difahamkan oleh teman-teman yang pernah ke Iran, mereka sendiri menyaksikan bahawa acara pukul-memukul dan darah-berdarah yang ditunjukkan itu sebenarnya bukanlah suatu yang benar, tetapi hanya cat merah sahaja.

Memohon Nusrah Allah

Ustaz Nizam Noh di dalam majlis Dewan Ulama baru-baru ini di Markaz PAS Taman Melewar. AWAL BULAN lalu, saya menerima taklifan sebagai Ketua Unit Penerangan bagi cawangan Gombak Setia. Akhir bulan ini pula saya menerima sepucuk surat daripada Setiausaha, Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak sebagai Ketua Jabatan Pembangunan Pelajar. Apakah sandaran menyebabkan saya diberikan amanah ini? Sekerdil saya yang sedang menyalakan obor perjuangan di samping membawa acuan pembangunan Islam di muka bumi, sekerdil itulah nusrah yang diharapkan dari Allah Taala. Kawasan Gombak yang dipimpin oleh Ustaz Syarhan Humaizi, ia terpecah kepada tiga buah DUN. DUN Hulu Kelang, DUN Gombak Setia dan DUN Batu Caves. Ketiga-tiga buah DUN ini dibentuk oleh satu unit yang dinamakan Unit Kerja Jemaah (UKJ). Setiap satu unit bergerak secara aktif dan pelbagai program mingguan dan bulanan diadakan. Oleh sebab Pusat Tarbiah PAS Taman Melewar berada di dalam kawasan ini, pemikiran daya maju ke hadapan diisi tekal oleh pem

Cerpen di Akhbar SIASAH

Akhbar Siasah memilih karya saya berjudul, "Tuan, Ini Untuk Kamu" dan diterbitkan di dalam edisi Siasah (27 Disember - 2 Januari). Untuk pengetahuan, karya ini adalah karya sindir-menyindir terhadap Presiden Amerika pada waktu itu (Bush) kerana dibaling kasut. Ingat lagikah kalian berkenaan peristiwa itu? Saya menulis cerpen ini selepas membaca keratan akhbar yang menyiarkan kes Bush kena baling kasut. Dalam waktu sekali duduk di hadapan komputer sahaja, karya ini dapat diselesaikan. Entah bagaimana, Allah mudahkan saya menulis dalam waktu yang amat pantas pada hari itu. Seingat saya, saya menulis karya ini di dalam bilik (rumah di Mesir) bermula jam 11 malam hingga 2 pagi. Terima kasih kepada editor yang menerbitkan karya itu. Tambahan : Selepas ini banyak cerpen-cerpen 'ganyang' yang saya ingin tulis di akhbar Siasah ini. Yang paling saya nantikan adalah mahu ganyang orang-orang besar di Mesir yang terlalu biadap dengan saya. Ini juga cara memperkenalkan sastera has

Catatan Terlewat : Ustaz Rahman Kahwin

20 Disember lalu, saya bersama teman-teman menghadiri perkahwinan Ustaz Abdul Rahman bin Mohd Tharin dengan pasangannya Ustazah Fitri Nur Ain bt Nordin di Shah Alam. Yang paling saya terharu adalah pengantin perempuannya sibuk juga di dalam pembentangan kertas kerja di dalam seminar dan sanggup melaksanakan tanggungjawab sebagai pengantin.:) Tahniah kepada Ustaz Abdul Rahman dari Selangor yang sudah berumah tangga. Tambahan : 1. Ustaz Mohamad Hud Salleh Huddin sudah bernikah pada 19 Disember yang lalu di Kelantan (pengantin perempuan) dan akan melangsungkan perkahwinan di sebelah kaum keluarga lelaki pada akhir bulan Januari 2010.

Percutian ke Pulau Sentosa, Singapura

CUTI PERAYAAN HARI KRISMAS, saya bersama keluarga ke Singapura. Kali ini destinasi percutian yang dipilih adalah Pulau Sentosa, Singapura. Jika kalian pernah ke Genting Highlands, Pahang, suasana di sana hampir sama tetapi Pulau Sentosa lebih menyediakan percutian yang mendamaikan kerana banyak infrastruktur yang lebih maju dan lebih tersusun. Yang paling penting, kewangan harus juga bertukar ke Dollar Singapura.

Orang Seni Berkunjung

PAGI tadi saya menerima kunjungan seorang Pegawai Penerbitan dari Istana Budaya di pejabat PTS. Encik Rahimidin Zahari adalah orang kuat Istana Budaya. Terperanjat saya apabila ada tetamu yang ingin bertemu dengan saya. Acara sesi brainstorming pagi tadi bersama dengan Encik Fauzul Naim, kami membincangkan berkenaan dunia filem dan seni yang akan dibawakan di dalam PTS Fortuna. Tiba-tiba apabila ada wakil daripada orang seni datang ke pejabat, lebih merancakkan lagi jiwa. Encik Rahimidin menghadiahkan saya tiga buah majalah keluaran Istana Budaya.

Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia 2008

MALAM ini saya bersama-sama orang besar PTS ke majlis Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia 2008. Walaupun kami selaku penerbit tidak memenangi sebarang anugerah, tetapi kami menang anugerah 'kecoh' dalam majlis. Oleh kerana PTS mengamalkan perhubungan sihat sesama staf, saya yang paling muda dalam kelompok kumpulan PTS terasa orang besar. Bersama-sama saya malam ini adalah Encik Arief Hakim Sani Rahmat (CEO PTS), Encik Fauzul Naim Ishak (Pengurus Besar Editorial), Puan Nurulhilyati (Jabatan Latihan PTS), Puan Nor Hazizam, Encik Zaharin, Encik Nazrul, Encik Faris Hasbullah, Encik Shakir dan Cik Faraliza. Barangkali menghadiri majlis anugerah kali pertama ini memperkenalkan kami betapa buku bukan dinilai dari sudut popularitinya tetapi dari sudut kualiti akademiknya. Keputusan anugerah seperti berikut : 1. Anugerah Buku Kanak-kanak (Bergambar) Hidup Bekerjasama oleh Norashikin Hashim, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd (2006) 2. Anugerah Buku Kanak-kanak (Fiksyen) Sahaba

Puisi di Mingguan Malaysia

Puisi terakhir untuk tahun 2009. Moga 1431H ini akan lebih bermakna. SUARA HIJRAH Sesudah seabad musim bersemi engkau mengira berapa berat azabmu berapa dekat nerakamu dalam catatan duka seorang abid. Abad itu suara hijrah melagukan tangis dalam doa pedih dalam sengsara di antara perjalanan rerumput basah dan hitam duri yang hidup dalam kalbu. Perjuangan yang melakarkan warna sebuah anugerah sinar sebuah hadiah adalah seni yang berharga tenggelam dalam lukisan biasa. Doa-doa hijrah ini adalah satu suara kemanusiaan perjuangan dan pengorbanan umat sejagat. Bangkitlah! SYAFIQ ZULAKIFLI Batu Caves. (c) Mingguan Malaysia, 20 Disember 2009

Bisik-Bisik Mak Bedah

MAK Bedah tak gemar orang buat cerita-cerita tentang Mak Bedah. Mak Bedah rasa nak tampar saja muka dia. Tetapi Mak Bedah biarkan saja. Mak Bedah tahu, siapalah Mak Bedah di hati rakyat jelata. Mak Bedah perempuan tua kerepot, dah tak ada gigi pula. Bibir pula besar warna kuning. Mak Bedah bukan dilahirkan sempurna. Mak Bedah ada macam-macam kekurangan. Sebab itu, Mak Bedah sudah katakan bahawa Mak Bedah mahu kebebasan dalam hidup. Baru-baru ini, di kedai buku Mak Bedah, kakak angkat Mak Bedah sindir Mak Bedah yang dia tak suka orang-orang sastera. Kalau dia sudah tahu yang Mak Bedah ni memang kaki sastera, mengapa dia bising-bising dalam kedai buku Mak Bedah sendiri yang dia tak suka. Yang paling biadab, dia berani pula bawa geng-geng dia dalam kedai buku Mak Bedah. Mak Bedah tahulah yang dia dan geng dia memang kaki menulis novel popular. Jangan nanti Mak Bedah cili mulut-mulut budak novel popular yang masuk dalam kedai buku Mak Bedah lagi. Tambahan : Mak Bedah menyampah dengan budak

Cerpen Tertangguh

Karya ini merupakan karya tertangguh selama hampir dua tahun. SEJARAH ini paling aku ingati. Sejarah kelahiran. Bukan sejarah kelahiran Muhammad, pesuruh Allah. Tetapi sejarah kelahiran seorang insan. Namanya Muharam. Tapi, Muharam sudah sebelas tahun meninggalkan dunia ini. Dia pergi ketika dia belum lagi mengenal dunia. Kata Umi, Muharam pergi ketika berusia lima bulan di dalam kandungan. Punca dan musababnya hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui. Dan sewaktu itu, aku baru setahun jagung untuk mengerti erti kesedihan kala pemergian Muharam di sisi. Sudah sesak airmata ketika datangnya musim sebegini. Dan kali ini, Muharam muncul lagi. Muncul dengan satu jiwa dan hati. Mempertautkan Muhajirin dan Ansar untuk sama-sama berkorban mengenal Islam sebagai ajaran yang suci. “Tapi, bukankah itu sejarah dahulu? Kini, sejarah itu hanya tinggal sejarah di dalam kamus dan diari Islami. Tidak mungkin Muhajirin dan Ansar akan bersatu! Tidak!” Jiwaku membentak-bentak rasa kurang puas hati. Tragedi pedi

Menghargai Ulama

TAHNIAH kepada Tan Sri Dato Dr. Yusof bin Noor dan Syeikh Dr Yusof Qaradawi yang telah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431H sempena dengan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 1 Muharam di PICC Putrajaya. Sesungguhnya, ulama, tokoh dan pemimpin Islam ini diberi penghormatan oleh negara Malaysia terhadap sumbangan dan jasa yang telah mereka taburkan untuk pembangunan masyarakat Islam am-Nya. Semoga penghormatan ini memberi peluang kepada Islam untuk menjuarai isu sejagat.

Syarahan Agung Sasterawan Negara Sindir DBP

PROGRAM Syarahan Agung Sasterawan Negara dan Seniman Negara yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia pada 16 Disember 2009 menyindir kewibawaan DBP selaku agen utama yang menjadi pendokong kuat terhadap gerakan bahasa. Sasaterawan Negara Muhammad Haji Salleh melahirkan rasa kesal di atas karya beliau yang dilihat tidak kelihatan di kedai-kedai buku walhal di Pustaka Buku DBP sendiri. "Kita perlu mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini. DAWAMA yang dipilih sebagai penggerak utama pemasaran buku DBP hendaklah bekerja keras dalam hal ini." Sasterawan Negara, Dato' Anwar Ridhwan melihat bahawa DBP kurang memainkan peranan yang utama sehingga buku-buku di Malaysia tidak dapat dikeluarkan melebihi 0.01% daripada jumlah penduduk rakyat di Malaysia. "Sekiranya jumlah penduduk di Malaysia 7-8 juta, sepatutnya kita di Malaysia sudah mengeluarkan buku sekitar 7000-8000 setahun. Tetapi ianya lesu." Beberapa pandangan skeptikal juga diterjemahkan oleh bebera

Bincang Petang

PETANG tadi, selepas saya memaklumkan kisah lucu berkenaan seorang pengarang muda tanah air, Encik Arief Hakim Sani selaku Manager bertemu dengan saya. Beliau bercerita berkenaan seputar isu sastera tanah air. Ada beberapa perkara yang beliau maklumkan termasuklah perkembangan penulis sastera tanah air kita. Namun, ada sesuatu yang menarik minat saya dengan kata-kata beliau. Beliau berkata, "Syafiq, sebelah kaki awak dalam kelompok sastera dan sebelah kaki lagi dalam dunia penerbit." Saya amat faham benar situasi peribadi saya. Selaku pemain industri, saya adil kepada semua pihak. Saya tidak pernah memilih mana-mana pemikiran di dalam sastera kreatif pada hari ini. Yang saya perlu fikir, karya perlu ada di pasaran. Karya perlu dibaca oleh masyarakat awam. Karya perlu dihargai dengan seadilnya. Semakin ramai yang membaca karya tersebut, semakin berkembanglah peluang berdakwah. Biarpun sebagai pengarang picisan yang hanya dibayar 7% nilai royaltinya, itu bukanlah cerminan utam

Corat-Coret Hujung Minggu

APABILA diberi tanggungjawab dan bersama-sama membantu, saya turun ke padang bersama-sama pengarah dan jawatankuasanya. Program khatan beramai-ramai yang dianjurkan di DUN Gombak ini sekurang-kurangnya mengisi kekosongan hujung minggu ini. Sejak hari semalam (Sabtu) menguruskan hadiah dan membalutnya hingga lewat tengah malam. Alhamdulillah, semuanya selesai dengan sempurna. Pagi tadi, awal jam 7.30 pagi saya ke tapak program yang bertempat di perkarangan Surau Ubudiah, Pinggiran Batu Caves. Beberapa tanggungjawab diselesaikan kemudian menapak ke destinasi bilik 'maut'. Tiga buah bilik dengan tiga orang doktor siap dengan kelengkapannya mahu menjamah seramai 80 orang wira baharu negara. Pelbagai aksi yang dapat dilihat. Ada yang meraung, "Papa jahat!" Ada pula yang menjerit-jerit, "Subhanallah!! Subhanallah!!". Jeritan terakhir yang bermandi di telinga adalah, "Sakit!! Sakit!!" Tetapi yang paling tidak dapat dilupakan adalah seorang kanak-kanak yan

Membaca Bagi Orang Lelaki

DAKWAAN menyatakan bahawa orang lelaki tidak membaca adalah silap. Disebabkan kebanyakkan penulis juga terdiri daripada orang lelaki, ini bermakna orang lelaki juga masih lagi membaca buku. Bagi membongkar rahsia apa yang lelaki mahukan, biasanya kita menonton perkara-perkara yang diminati oleh orang lelaki. Orang lelaki minat membaca komik. Oleh sebab itu, PTS membongkar lombong komik yang dinamakan komik-M. Orang lelaki juga minat perkara-perkara yang berteraskan seram, advanture, thriller dan psikik. Oleh sebab itu, PTS Fortuna juga membongkar lombongnya di dalam PTS Fortuna. Orang lelaki juga minat membongkar benda-benda peribadi seperti cipta helikopter mainan, cipta botol tin, cipta perkakas rumah, cipta barang berdasarkan logam, cipta alat-alat dalaman komputer dan cipta-ciptaan terbaru. Buku cipta-cipta tidak pernah kita dengar di dalam pasaran. Buku cipta-cipta hanya memerlukan teknik satu persatu dan pastinya bergambar. Di PTS, buku 'Senangnya Memasak' sudah berlari d

Khidmat Masyarakat

INI adalah wajah Ust Khusaini Md Yusoff yang sedang menghulurkan bantuan kepada mangsa Gaza pada awal tahun lalu di Hospital Hilal Ahmar, Ramses, Kaherah. Ust Khusaini kini sudah berumah tangga dan bertugas di Pahang. Beliau adalah otai besar ekonomi PMRAM ketika berada di Mesir. Disebabkan kehadiran beliau di dalam dunia Badan Pengurus PMRAM, ekonomi PMRAM berkembang lebih 30% dengan majunya. Program khidmat masyarakat sebegini memberikan peluang dan ruang untuk sama-sama kita merasai keperitan yang dialami oleh saudara seagama kita. Baru-baru ini, teman saya bercerita bahawa ramai lagi orang yang susah dan memerlukan bimbingan dan sokongan moral. Mereka ditempatkan di rumah-rumah anak yatim, rumah-rumah orang tua dan rumah orang kurang upaya. Insya-Allah, jikalau diberi peluang saya juga akan turun melawat masyarakat.

Tersasar Di Jalanmu : Apa Istimewanya?

Pengarah Drama TV 'Tersasar Di Jalanmu' muncul sebagai pengarah drama terbaik di samping merangkul lima anugerah bagi kategori yang berbeza di Anugerah Skrin TV3, Jumaat lalu. Apakah keistimewaan karya Erma Fatima ini sehingga diangkat sebagai pemenang? Adakah kerana lakon layar yang diadakan di Lorong Haji Taib menjadikan drama tv ini terus signifikan kepada industri pada hari ini? Segalanya sudah terjawab. Tahniah untuk seniwati Erma Fatima.

Menerima Amanah

SAYA disua dengan sepucuk surat lantikan semalam. Bertanda tangan seorang Setiausaha. Sebuah taklifan. Barangkali menerima taklifan adalah amanah yang amat berat. Saya risau jikalau amanah ini tidak mampu digalas dengan sebaiknya. Amanah ini juga berterusan bermula hari ini sehingga tahun 2011 nanti. Sekitar dua tahun. Apa daya saya selama dua tahun ini untuk merancang selaku Ketua Lajnah Penerangan. Moga-moga Allah membantu setiap amal kebaikan yang saya pikul ini. Hanya inilah tenaga yang ada pada saya. Dalam keripuhan meladeni tugas hakiki, ada pula datang silih berganti amanah sebagai seorang khalifah perjuangan Islam.

Menulis Novel

Mulai 7 Disember 2009 saya akan mengarang sebuah novel berlatar belakang bumi Kaherah. Jalan cerita dan sinopsis telah disusun dengan kemas. Cerita itu nanti akan berakhir dengan latarnya di negara kita (Malaysia). Ada beberapa isu fiqah yang saya akan bawakan. Di antaranya adalah, bagaimana cara seorang wanita memohon fasakh daripada suaminya, dan bagaimana seorang wanita Muslimah menjaga batas dan adab untuk menyintai seseorang lelaki. Cereka ini adalah cereka pertama yang saya karang. Moga-moga Tuhan membantu sepanjang perjalanan novel ini. Biarpun kekakangan masa, tugas dan tanggungjawab; saya berdoa moga pengalaman mengarang sebelum ini merancakkan lagi perjalanan tugas untuk mengarang novel kecil ini. "Tuhan Yang Maha Menentukan setiap perjalanan hamba-Nya. Jadikanlah bahawa tugas dan amanah ini tidak membebankan. Amin."

Drama Nur Kasih Berdasarkan Teknik Surah Yusof

Tuan Nazri M Annuar memaklumkan bahawa drama Nur Kasih di TV3 mengikut rentak Teknik Surah Yusof sehingga drama tersebut dilabel sebagai drama terbaik di TV3 sepanjang tahun 2009. Di antara ciri-ciri yang mesti ada dalam teknik Surah Yusof adalah watak utama hendaklah ideal. Ideal bermaksud sifat dan ciri peribadi kebaikannya banyak. Dalam drama ini, Nur Amina yang menjadi pemain utama merupakan seorang yang penyabar apabila menerima pelbagai dugaan dan ujian. Nur Amina menimpa ujian lebih daripada dua kali. Selain itu watak jahat tidak dihukum sebaliknya berubah sendiri ke arah lebih baik. Dalam drama ini, watak Sarah tidak boleh dianggap watak jahat tetapi Sarah hanya boleh dilabelkan sebagai antagonis. Apa juga tafsiran kita, yang paling utama drama Nur Kasih melalui beberapa kaedah yang boleh dianggap bersandarkan teknik Surah Yusof. Tahniah.

Bicara Mufti 1

هل تسقط الجمعة إذا جاء العيد يوم الجمعة ويكتفى بصلاة العيد عن الجمعة ؟ وهل يسقط الظهر إذا جاء العيد يوم جمعة ؟ وهل يسقط الظهر يوم العيد اكتفاء بصلاة العيد ؟ أما عن اجتماع العيد والجمعة في يوم واحد وهل يسقط وجوب الجمعة حينئذ فهي مسألة خلافية بين العلماء بناء على اختلافهم في تصحيح الأحاديث والآثار الواردة في ذلك من جهة وفي ما تدل عليه من جهة أخرى. فمن ذلك ما رواه أبو داود والنسائي وابن ماجه والحاكم عن إياس بن أبي رملة الشامي قال : شهدت معاوية بن أبي سفيان وهو يسأل زيد بن أرقم رضي الله عنهم : أشهدت مع رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم عيدين اجتمعا في يوم ؟ قال : نعم , قال كيف صنع ؟ قال : صلى العيد ثم رخص في الجمعة فقال " من شاء أن يصلي فليصل ". وعن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم قال " قد اجتمع في يومكم هذا عيدان فمن شاء أجزأه من الجمعة وإنا مجمعون " رواه أبو داود وابن ماجه والحاكم. فمن العلماء من ذهب إلى أن أداء صلاة العيد لا يرخص في سقوط الجمعة مستدلين بأن دليل وجوب الجمعة عام لكل أيامها وأن كلا منهما شعيرة قائمة بنفسها لا تج

Kerjaya Kepimpinan PMRAM Ditinjau

SAYA pelik dan gusar kerana masih terdapat sebilangan besar insan yang mempersenda kerjaya kepimpinan PMRAM. Ada yang tidak senang dengan kerjaya yang dimiliki oleh salah seorang kepimpinan PMRAM yang kini berkhidmat selaku pengacara TV di Astro OASIS. Ada pula yang tidak senang dengan kerjaya kepimpinan PMRAM yang kini berkhidmat di Bank Negara. Tuduhan mereka, konon-konon bekas kepimpinan ini tidak membantu di dalam memperteguhkan kedaulatan Islam di bumi Malaysia. Untung kerjaya saya kini sebagai editor belum pernah disinggung oleh mana-mana pihak. Jikalau ada yang menyinggung juga saya hanya akan berkata, "Selamat datang ke alam kerjaya yang penuh dengan cabaran." Tambahan : 1. Mantan Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Mohd Hafiz Mansor yang kini bertugas di Jabatan Mufti Johor akan dihantar menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Menulis Resume

APABILA kawan-kawan memohon untuk mencari kerja, perkara yang paling digerunkan adalah teknik dan pengaruh resume. Ada yang menghantar resume tetapi langsung tidak dipanggil oleh mana-mana syarikat untuk memperoleh kerja. Saya telah banyak menerima resume daripada pengunjung blog saya dan resume itu saya majukan kepada human resource (pentadbiran) di PTS Publications Sdn. Bhd. Ada resume yang diterima dan calon dipanggil temuduga kemudian ditawarkan kerjaya mereka. Ada pula langsung tidak dipanggil untuk ditemuduga. Sebenarnya, ada cara betul menulis resume yang berkesan supaya majikan berpuas hati. Bagi mereka yang ingin menghantar mana-mana resume di mana agensi; tuliskan emel kepada saya : syafiq (at) pts.com.my

Karya Terbaru Pak Latip

SAYA amat menantikan penerbitan karya ini. Oleh kerana saya ada sumbangan kecil di dalam penerbitan karya ini iaitu berkongsi maklumat dengan Pak Latip selaku penulis novel ini, saya teringin membaca karya ini daripada awal sehingga tamat jalan cerita. Teringat lagi jalan kecil menuju ke Masjid Imam Syafie di Mesir dan makam Imam Syafie yang terletak berhampiran dengannya. Kemudian, apabila saudara susur masuk ke kawasan dalam, makam Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani terdapat di situ. Kitab Sahih Bukhari adalah karangan beliau.

PTS Fortuna Maju Setapak

SEMALAM, saya menghadiri mesyuarat pengurusan bulan menggantikan Tuan Nazri yang tidak dapat hadir. Mewakili PTS Fortuna, saya terlalu banyak memikir tentang halatuju pentadbiran PTS Fortuna yang kini sudah bertambah menjadi tiga orang. Mulai 1 Disember 2009 seorang lagi Editor Kanan (Saudara Faizal Mukhtar - gambar sebelah kiri) telah menyertai PTS Fortuna. Pasukan kami bertambah lagi seorang. Paling menggerunkan lagi apabila pengurusan mengumumkan bahawa kami akan menakhodai syarikat sendiri (Sendirian Berhad) mulai awal tahun hadapan. Tidak tidur malam nampaknya saya memikirkan produk PTS Fortuna yang perlu menyelinap masuk ke dalam industri penerbitan negara. Tuan Faizal, Tuan Nazri dan saya adalah nakhoda yang akan meneruskan legasi pentadbiran PTS Fortuna setelah PTS Publication sedekad bertapak di negara Malaysia. Oleh hal yang demikian, apakah formula terbesar menjadikan kaum lelaki minat membaca buku fantasi? Tambahan : Kedua-dua orang editor kanan saya adalah berambut panjang