Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2007

Pandai Bahasa

Mulai minggu ini, kita akan sama-sama berkongsi beberapa perkataan baru untuk menjana perbendaharaan kata di dalam Bahasa Melayu (bukan bahasa Malaysia) Perkataan yang jarang kita gunakan adalah perkataan-perkataan yang mengandungi tiga huruf. Kalau digunakan pun, saya kira waktu bermain Sahibba. Apa kata kita sama-sama mengkaji perkataan tiga huruf. A aba - hama, kuman abu - sisa sesuatu yang telah hangus debu, serbuk aci - tidak jadi, tidak sah batang logam roda berpusing gandar roda aco - mengigau, berkata tidak keruan acu - membuat gertak lalu mengancam

Falsafah Diri

Kalau hendak menjadi manusia, jadilah manusia yang berbudi. Dan kalau hendak menjadi insan, jadilah insan yang menyayangi. Falsafah baru sering diperkatakan di dalam penulisan. Benar! Hakikat sebahagian antara penulis jarang-jarang berfalsafah. Semalam, saya membaca cerpen "Manusia Itu" yang diterbitkan dalam Majalah Siswa edisi November 2007. Ada falsafah di sana.

"Apabila Menteri Meradang"

Kaget. Liar mata memandang. Hati tidak keruan. Pemimpinku diserang. Oleh harimau jalanan. Allah sudah bagi anugerah pada saya. Saya tidak 'stay' untuk majlis makan malam korporat. Sungguh reda sebenarnya atas ketentuan-Nya. Terima kasih Ustaz Hud yang mengajak saya pulang awal. Sekurangnya-kurangnya hati saya tidak seremuk insan yang siaran langsung dapat mendengar culaan daripada "menteri emosi". Ketawa sedikit tapi tidak meleret. Mendengar dentuman gema yang kuat dari belakang, saya seolah-olah dijentik. Rasa mahu 'maki' tapi saya perlu kenal diri sendiri. Insan biasa. Promosi Saya tidak mahu promosi program yang telah berlangsung, tetapi sekadar mempromosikan blog sahabat sendiri yang memperkatakan berkaitan isu ini. Tidak mahu mengulas panjang. Sekurang-kurangnya saya harus bersyukur kerana bukan telinga saya yang mendengar. Klik di sini untuk membaca blog Ustaz Rasul Amat (glamour la ko kejap kat blog aku) p/s : Cerita-cerita ini adalah modal untuk men

Karnival Kerjaya Timur Tengah 2007

Puas sudah meladeni (bukan buku) Karnival Kerjaya Timur Tengah yang diadakan di Cairo International Convention Centre (CICC) di Kaherah, Mesir. Seronok bertambah penat yang amat. Mungkin tidak sepenat Pak Lah yang senantiasa sibuk ke sana dan ke mari menghadiri mesyuarat, persidangan dan sebagainya. Namun, segala pengalaman itu amat berharga bagi diri sendiri. Dari beberapa sudut, saya melihat ada kesan positif yang besar melalui program yang diadakan ini. Wajar diberi tepukan di atas kejayaan pihak penganjur (PNB) yang bertungkus lumus mengadakannya. Namun, perancangan dan penyusunan program yang diadakan sel ama 2 hari wajar diberi perhatian yang serius. Al-maklum, pendedahan sebegini jarang-jarang malah kekadang mentah di kalangan warga dan individu yang berada jauh di perantauan. Namun, peluang dapat bersemuka sendiri dengan Perdana Menteri Malaysia adalah kesempatan yang tidak wajar diambil enteng oleh individu yang bergelar manusia. Penghargaan ini sekurang-kurangnya memberi ruan

UTUSAN MALAYSIA HARI INI

3,000 pelajar Malaysia di Mesir dengar amanat PM hari ini Daripada MARZUKI YUSOFF KAHERAH 25 Nov. – Kira-kira 3,000 pelajar Malaysia yang mengikuti pelbagai kursus termasuk dari Universiti Al-Azhar di sini akan mendengar amanat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi esok. Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir berkata, Perdana Menteri dalam ucapannya pada perasmian Pameran Kerjaya dan Promosi Malaysia yang terbesar pernah diadakan setakat ini dijangka menyentuh beberapa perkara penting terutama yang ada kaitan dengan isu melibatkan para pelajar. Menurut beliau, lawatan Perdana Menteri kali ini akan menyuntik semangat kepada para pelajar terutama yang mengikuti jurusan agama agar tidak berasa tersisih dari pelbagai peluang yang disediakan oleh kerajaan dan sektor swasta di Malaysia. ‘‘Selain 3,000 pelajar yang akan mendengar amanat Perdana Menteri di Dewan CICC, kira-kira 4,000 lagi pelajar kita di negara ini akan hadir pada pameran ker

Bersama Menteri

Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah sekali lagi dikunjungi YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin selaku Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia. Orang Pasir Gudang sepatutnya turun bersama-sama menteri untuk perjumpaan ini namun saya menjadi hampa kerana orang Johor Bahru terhegeh-hegeh mengejar menterinya. (Pesanan untuk orang Pasir Gudang; minta maaf banyak projek saya dapat dari Dato' Seri) Seronok benar dapat bersantai bersama-sama menteri. YB Dato Dr Adham bin Baba merupakan Setiausaha Parlimen, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Sebagai anak Johor, saya berbangga kerana pewaris generasi kepimpinan masih ada di peringkat pusat. Kedua, saya juga mampu tersenyum kerana YB sudi duduk di atas lantai Dewan Ibnu Sina, Asrama Pelajar Johor walaupun kami menyediakan kerusi sofa. Kami menghargai lawatan Yang Berhormat.

Seputar Dunia Kaherah

Minggu ini saya mengenal dunia Kaherah. Dari utara, timur, barat dan selatan. Semuanya saya rangkumi sebagai suatu jurnal perjalanan hidup. Alhamdulillah, beberapa hari lalu, saya sempat mengkhatamkan "Beraraklah Awan Pilu" karya A Latip Talib. Mahu juga diperbahaskan satu persatu plot dan sub-plot di dalam karya tersebut, namun cukuplah sekadar kalian mengetahui saya membaca. Insya-Allah, jika ada kesempatan saya meminta izin kepada editor majalah Suara Kampus Mahasiswa untuk memberi ruang untuk saya berceloteh serba sedikit berkaitan karya yang telah saya hadamkan. Almaklum, kini mahasiswa sedang disibukkan dengan kehadiran YAB Dato' Seri Hj Abdullah Ahmad Badawi ke bumi Mesir. Ini adalah sesuatu yang dinantikan-nantikan oleh sebahagian besar mahasiswa yang berada di perlembahan Nil. Kedatangan serta ruang waktu untuk bersama anak-anak perantauan di bumi Mesir ini adalah sebagai suatu pengalaman indah yang dapat dijadikan kenangan sehingga akhir hayat. Teringat lagi ke

Melatari Mediterranean

Menghayati Pantai Iskandariah, Mesir (lihat awan) Selepas menjejakkan kaki ke bumi Mesir, sudah dua kali saya berpijak di bumi Mediterranean. Ombak laut kali ini menghempas laju. Siulan angin dan wayu yang bertiup lembut dengan udara sejuk kadang-kadang mengena di sisi. Penat sungguh perjalanan ini. Karya saya bulan ini pun berkisar pantai dan laut ini. Kegersangannya amat mendalam. Sedari itu, saya cuba menggulati cerita-cerita yang mampu di watakkan di sini. Saya tidak lupa pada Mandarah dan Asofirah ketika menyelusuri kawasan ini. Sewajarnya, ketika menyelusuri perjalanan yang 'mentah' ini, hati bergalau. Mungkinkah banyak karya bisa dilahirkan di sini. Saya tersenyum sendiri. :)

Puisi Untuk Aliff Aziz

Puisi Untuk Aliff Aziz Dulu Kau remaja biasa yang tak kenal punca semua dari usia bayi, yang muda, remaja, belia dan tua. Dulu Mereka diam tidak terkinja-kinja melompat sini-sana girang melaung namamu Aliff Aziz. Hanya sebuah 'Anugerah' namamu mesra mendakap jiwa seruling patah kan tegang sentiasa berbekalkan nafsu semata siswa siswi bermaharaja lela menggulati bantal dan selimutmu. Kini kau sudah dewasa mengenal pancaroba dan swadaya yang akan tenggelam tiba-tiba wajarlah kau berfikir agar namamu tidak kikir oleh dusta fakir bak Hang Lekir yang sudah hilang magisnya. Lewat masanya telah berubah kau kian parah oleh noda sang durjana yang mengajakmu ke lembah hina. Mahuku ajakmu bersua di dalam selimut tebalku dan mendakapmu mesra di atas sujud dan tahajudku. Syafiq Zulakifli Kaherah, Mesir

Menghayati Sejarah

Beberapa hari ini saya menggulati buku sejarah. Mungkin ada yang pelik lantas mengatakan, "ustaz berada di lain bidang." Saya ketawa kecil. Ini senario kecil mahasiswa Al-Azhar yang sudah tampak pelik pada diri saya sendiri. Baru-baru ini ketika menghadiri Seminar Penulisan Cereka di ASWARA, Dr. Sohaimi telah menerangkan kepada kami bahawa sejarah juga adalah sebuah pemikiran. Mengapa tidak? Sejarah dikatakan sesuatu yang subjektif dan boleh ditafsirkan. Justeru, tidak hairanlah mengapa karya yang berbentuk sejarah seperti 1515 (FT), Si Bongkok Tanjung Puteri (Latip Talib), Surat Surat Perempuan Johor (FT), Nama Beta Sultan Alauddin (FT), dan bermacam-macam karya lagi yang diiktiraf sebagai sebuah karya historogical power pada hari ini. Sejarah Saya Ada sesuatu yang mengusik fikiran. Perkara ini juga sudah lama merapu di benak saya. Bukankah menulis autobiografi itu sebuah bahan sejarah untuk mengaplikasikan sebuah jurnal cerita yang panjang. Pernahkah kalian membaca Warkah E

Wajah Kesayangan Hamba (2)

(Sila jangan provokasikan terhadap gambar-gambar ini) Sejarah lalu mengajar aku seorang guru mendidik mengasuh membelai seperti adikku. Masanya telah tiba kita sama-sama mendaki puncak gemilang. Sayangnya masa itu telah berlalu. Kaherah, Mesir.

PAK LAH IN CAIRO

Sama-sama memeriahkan Karnival Kerjaya dan Ucapan Perdana sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia yang ke-5. YAB Dato' Seri Hj Abdullah Ahmad Badawi.

Hadiah Sastera Darul Takzim

Mungkin tidak seronok mengimbas kembali cerita yang berbulan-bulan sudah berlalu. Namun, tidak salah jika berkongsi. PENGGIAT sastera tersohor Shaharom Husain dianugerah Hadiah Karyawan Sastera Johor 2007 sebagai pengiktirifan terhadap sumbangan besar beliau kepada arena kesusasteraan negeri. Shaharom, 88, menceburkan diri dalam bidang penulisan ketika remaja lagi dan sedikit demi sedikit menerokai alam kepengarahan drama. Bakat beliau terserlah melalui pementasan drama “Si Bongkok Tanjung Puteri” pada 1961 yang diiktiraf sebagai paling menarik ketika itu. Selain “Si Bongkok Tanjung Puteri”, beberapa hikayat Melayu yang beliau arahkan pementasan yang turut mendapat perhatian ialah Tun Fatimah yang dipersembahkan 1948, Laksamana Bentan (1954), Korban Kuala Kubu Karam (1955), Bendahara Tepok (1963) dan Secebis Sejarah Tiga Zaman Raja – Sultan Johor Moden (1966). Shaharom menerima anugerah daripada Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Othman pada majlis makan malam Hadiah Sastera Darul Ta’z

Anugerah Sastera Negeri Sembilan

Semalam, Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2007. Saya memetik laporan kecil daripada Ayahanda Latip Talib. Klik { Latip Talib } Tahniah kepada semua penerima anugerah. Ogos lalu, ketika berada di Malaysia Hadiah Sastera Darul Takzim VI berlangsung di Hotel Selesa, Johor Bahru. Namun, di atas pertembungan program, saya tidak dapat menghadiri. Kecewa sedikit. Namun, saya masih belajar-belajar erti sabar. Tambahan : -Baru merangkak mengenal sastera.

Otai-Otai Lama

Ustaz Rosdie Ustaz Khaled Salikan Ustaz Jupri Dah lama tidak bersua dengan muka-muka abang-abang lama. Pun begitu, sempat menatap wajah Ustaz Irfan dan Ustaz Khalid ketika di Malaysia dahulu. Mereka adalah otai-otai PMRAM dan BKPJM suatu masa dahulu. Payah menafikan perjuangan dan bantuan orang-orang lama. Tapi, benar juga. Jika tiada orang lama, tiadalah orang baru! Gambar-gambar ini saya ambil dari laman Ustaz Irfan

Kenangan di Aswara

Saudara Azman Ismail, Pengarang Berita Sastera, Utusan Malaysia Masih terngiang-ngiang lagi peristiwa yang berlaku di Aswara. Hari ini pula, Saudara Azman Ismail (pengarang berita sastera Utusan Malaysia) menyampaikan input yang berguna kepada pembaca ruangan sastera. Saya akui, ketika mengikuti program ini, sekurang-kurangnya saya telah mengerti, pengertian Penulisan Cereka walaupun saya masih mentah dan baru. Banyak manfaat yang saya peroleh ketika berada di sana. Klik untuk membaca laporan berita. Sasterawan Negara Bukan Sekadar Penulis Aswara sedia pikul tanggungjawab sastera Lim Swee Tin khusyuk mendengar Datuk A Samad Said menyampaikan amanat. Kekadang juga, kita terlalu ghairah mengenali sasterawan negara sendiri. Namun, selepas bertemu sendiri dengan mereka, beliau adalah insan biasa yang punya hati dan budi. Jom pakat-pakat tulis novel dan drama.

Ciplak Karya Orang

Menjarah Kasih Kasih takkan memurka kasih bak air di kali walau deras di hulu akhirnya tenang jua di bibiran. Satira kasih satu hibah suci yang membawa firman hati mendayung firman hati mencari sabda ilahi lantas pasrah membungkam rasa resah takut kasih ditolak lagi. Ini adalah ayat-ayat puitis Ustaz Hairul Nizam Mat Husain (Presiden PMRAM). Saya kira ia sesuai dijadikan sebuah bait puisi indah. Oleh yang demikian, saya ralit meng 'copy-paste' ayat tersebut lantas menurunkannya di sini. Jika karya ini dijual, saya akan jual LE 1,000,00.00 untuk pembelian Dana Syaqah PMRAM. Dan, jika karya ini dipertandingkan di Hadiah Sastera Perdana saya kira ia ada tempat.

Usah ROGOL saya!!!

Keputusan undian setakat 13 November 2007 Puan Ainon semestinya membenci tajuk ini. Maafkan saya! Jika ditanya kepada saya, apakah tujuan menerbitkan perkara ini? Saya hanya berseloroh menjawab, sengaja! Benar, saya sengaja meraih populariti disamping ingin mendapat petunjuk suara ramai secara ikhlas. Dan, hasilnya saya meramalkan hampir 80% pengundi adalah insan yang berada di dalam kepimpinan. Sewajarnyalah mereka mengatakan SAYA HARUS MENERUSKAN KEPIMPINAN AKAN DATANG. Saya berbasa-basi. Tidak mahu lagi sebenarnya. Walhal, inilah pujukan hati saya. Saya harus berundur untuk sesi mendatang. Saya khuatir, jika saya meneruskannya saya akan melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaan. Bukan ingin lari dari perjuangan berada di dalam PMRAM, tetapi sudah sampai masanya mengalihkan tumpuan kepada bidang sastera. Itu mungkin alasan yang berkarat bagi mereka yang tidak mengenal perjuangan dengan mata pena. Sedari itu, ada pula yang berani-berani minta saya berundur. Hati tidak menentu. Ti

Menulis Mengikut Tempat

Jika fenomena ini berlaku kepada penulis-penulis baru, perkara ini adalah selayaknya. Penulis baru mungkin belum ada disiplin yang tinggi untuk menulis. Saya kurang pasti, adakah fenomena ini juga terlimpah kepada diri sendiri. Saya terpaksa akur. Seperti syampu 2 dalam 1. Perlu mengkhatamkan beberapa perkara di dalam satu-satu masa. Saya harus membuat jadual agar masa penulisan saya tidak terbatas. Usah menggagalkan hasrat saya. Walaupun ada yang sudah berani-berani berbuat demikian. Sinis. p/s : Sedang menekuni "Beraraklah Awan Pilu" karya Abdul Latip Talib. JADUAL SAYA - Siapkan urusan kuliah - Menyelesaikan masalah ahli - Menguruskan pentadbiran - Mengurus peribadi

Izinkan Aku Jadi Penulis

Saudara Zamri Mohamad penulis buku Cara Mudah Cari Duit Sebagai Penulis Bebas terbitan PTS Publication mengiklankan diri saya di dalam laman webnya. Tiba-tiba ketawa sendiri. Siapalah saya ini. Capai pautan ini http://www.zamrimohamad.com/pembaca.html Moga diizinkan Allah s.w.t tahun 2008 nanti ada buku yang akan terbit di pasaran Malaysia. Terima Kasih

Kembali

Lapangan Terbang Changi, Singapura telah ditinggalkan. Benar!Pada jam 6.30 petang (waktu Malaysia) saya telah berangkat pulang ke Mesir. Harus meninggalkan sisa-sisa perjalanan yang berada di tanah air. Walaupun kepiluan, hiba, tangis dan tawa yang dirasai namun amanah untuk menuntut ilmu Allah amatlah besar dan utama. Laksana berperang di medan jihad, semua rentetan perjalanan ini saya akui sedikit tertekan. Tertekan meninggalkan SMK Bandar Baru UDA yang mengajar saya erti mengenal pelajar. Tertekan meninggalkan dunia sastera kerana saya akui cabaran lebih hebat bakal ketemu di Mesir. Dan tertekan meninggalkan sanak-saudara, rakan dan ibu bapa sendiri kerana sudah empat bulan saya menatap mereka. Pemergian harus dilaksanakan. Yang pergi harus pergi. Yang tinggal, insya-Allah, bakal ketemu lagi suatu ketika nanti. Changi Airport, Singapore Terima Kasih Pegawai SIA Saya kurang pasti berapa kilogram saya bawa ketika menaiki kargo SQ 492 ini. Namun, daripada kelibat mata saya yang sedikit

Bau Debu

Tidak pasti bau masam atau yang mengitari rongga. Yang dilihat dan dirasa bau angin baru. Wah! Masam rupanya dan kelat tapi ini sebuah rahsia... Ketika menghampiri terlekat bau itu pada ronggaku. Syafiq Zulakifli J.Bahru, 7 November 2007 1.58 a.m.

Ceritera di ASWARA

Seminar Penulisan Cereka 2007 yang berlangsung di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah melabuhkan tirainya. Mungkin terlalu asing saya perturunkannya di dalam catatan blog ini kerana ianya akan melibatkan 99% bicara saya berkaitan sastera. Walhal saya menyedari bahawa pembaca blog ini rata-ratanya bukanlah orang sastera. Namun, saya perlu lontarkan jua apa yang saya peroleh sepanjang berada di sana. Matang di dalam berhujah. Idea yang realistik. Pendapat yang menggugah. Itulah kesimpulan awal yang dapat saya rangkumkan. i Pesanan ini untuk mereka orang sastera di Malaysia yang tidak hadir ke ASWARA Jika anda pecinta penulisan cerpen dan novel tetapi tidak menghadiri, mimpilah anda untuk menjadi seorang penulis yang hebat. Kerana, mereka yang hadir bukan insan terbuang. Dan anda telah meletakkan kehebatan insan ini di celah-celah bulu hidung anda. Mungkin sinis dan pedas. Tetapi saya amat memarahi kepada penulis-penulis muda hari ini sepanjang berada di ASWARA. ii P

Bersama A Samad Said

Terima Kasih Pak Samad Sebelum saya meneruskan bicara, kredit wajar saya berikan kepada insan-insan di bawah sepanjang saya di ASWARA, Kuala Lumpur. 1) Firdaus Ariff , mahasiswa IIUM yang merupakan penulis muda yang berbakat besar di dalam penulisan karya sains dan paling banyak membantu saya sepanjang di ASWARA. http://www.flickr.com/photos/ibnu_ariff/tags/aswara/ 2) Abang Faisal Tehrani dan Kak Nisah Haron, penulis muda yang disegani kerana masih mengingati saya ketika berada di ASWARA. (Mereka yang tegur saya lebih dahulu) 3) Ustaz Azman Ahmad (Ibnu Ahmad Al-Kurauwi) , ustaz DBP yang mudah mesra dengan beliau. 4) Pak Samad yang sudi bergambar dengan saya lantas menurunkan tandatangan pada karya "Rindu Ibu" yang telah saya miliki. 5) Abang Hisham (pensyarah UDM) yang memberikan peluang saya berkenalan dengan dunia Bahasa Inggeris. 6) Puan Ainon Mohd , Sifu Besar PTS Publication Sdn. Bhd. yang telah memberikan saya sesuatu di dalam dunia penulisan ini. 7) Kak Zaliza Maz ,