Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2008

SALAM AIDILFITRI 1429H

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN Buat mereka yang mengenali saya, keluarga, sahabat-sahabat dan sanak saudara. Seronok kan berhari raya di Malaysia? Dalam dingin Subuh hatiku terusik Kenang nasib diri di rantauan Bergema takbir raya menitis airmata Terbayang suasana permai desa Rindu hati ini inginku kembali Pada ayah bonda dan saudara Tetapi aku harus mencari rezeki Membela nasib kita bersama Hanyaku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas Dari jauh ku pohonkan ampun maaf Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama Meraikan aidilfitri yang mulia

Dari Novel ke Drama TV

Pelbagai pihak bersungguh-sungguh untuk memperkasakan kuasa 'novel' pada hari ini. Pernah kita mendengar sebuah karya cerpen milik Faisal Tehrani berjudul "Cahaya Dalam Jiwa" diangkat sebagai sebuah drama tivi. Kemudian, filem-filem negara termasuklah 'Jogho' karangan Allahyarham S. Othman Kelantan yang berasal daripada novel Juara dan bermacam-macam lagi. Terbaharu, karya novel Sangeetha yang mengangkat nama Azizi Haji Abdullah menerusi Hadiah Novel MASTERA akhir tahun lalu, diadaptasi ke sebuah drama tivi Syawal ini. Jangan lepaskan peluang menyaksikan sendiri sebuah drama sastera berkonsepkan cinta yang diadun daripada novel Sangeetha. Penulis skrip, Zakaria Ariffin daripada ASWARA telah menangani skrip jalan cerita ini. Hari Raya ke-3, RTM 2.

CERPEN : RAMADAN TERAKHIR DI KAHERAH

KARYA TERBAHARU Sempena dengan penutup musim bulan Ramadan ini, saya bekalkan saudara dengan sebuah cerpen yang berjudul "RAMADAN TERAHIR DI KAHERAH" RAMADAN TERAKHIR DI KAHERAH Oleh Syafiq Zulakifli SATU “INI Ramadan terakhir kita!” Empat ratus orang mahasiswa berkumpul di hadapan Pusat Konvensyen Antarabangsa Al-Azhar Kaherah. Masing-masing menyarung ‘abaya’ hitam yang disulam khas sempena Majlis Konvokesyen Graduan Mahasiswa Universiti Al-Azhar. Siapa yang tidak kenal pada Al-Azhar; universiti yang telah mencetak hampir berjuta-juta mahasiswa di bumi peradaban Islam ini. Kota sejarah yang terus sarat dengan ulama dan pemikir Islam terulung di dunia. Rata-rata mengakui bahawa Mesir merupakan kubu kuat pemerintahan dan pentadbiran jejak-jejak sirah Islam yang masyhur. Mengikut catatan sejarah silam, Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam pertama di dunia iaitu Al-Azhar. Persiapan dan kelengkapan aturcara konvokesyen mahasiswa graduan Al-Azhar yang akan berlan

Tarian Saman

Tarian Saman Saman Dance is a variant ancient dance from Aceh, Gayo Iues. Saman name is taken from name of Islamic scholar Syeikh Saman. This dance expresses heroism and compactness of Aceh people. Lyric and song for this dance may stimulate the courage of people to war, that's way, saman dance could be call by War Dance. Kali pertama saya menyaksikan persembahan ini adalah ketika di dalam Ekspo Gempak PMRAM 08 yang diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Selaku negara sejiran, PMRAM telah menjemput kumpulan Tarian Saman untuk mengadakan persembahan pada malam penutup tersebut. Apa yang menarik, Tarian Saman merupakan salah satu jenis tarian yang dibawa daripada masyarakat Aceh ke Mesir. Difahamkan bahawa lirik lagu dan struktur gerakan melambangkan kisah Tsunami yang berlaku di Aceh pada akhir tahun 2004. Kesan sejarah tragedi ini memberikan tamparan kepada mahasiswa Aceh di Mesir yang telah kehilangan keluarga lantas mendesak beberapa gerakan bercirikan 'ombak dan air'. Sehar

Persembahan Marawis

Marawis is one of Batavia Islamic culture. Batavia was the old name of Jakarta, capital of Indonesia. It's a musical art performance that derived from Yaman. This performance is named by Marwis as its main equipment was called by Marawis. The other equipment of Marawiis is Hajir (such Marawis but its size is bigger), Dumbuk and Martis. Peluang menghadiri 'Ramadan In Indonesia Programme' di Darul Opera, Tahrir memberikan pengalaman yang amat bermakna. Bersama teman-teman daripada Malaysia, Brunei, Singapura, kami menyaksikan sendiri beberapa acara budaya di sana. Sesungguhnya saya amat bertuah diberikan kesempatan menonton di dalam bulan mulia ini. Mahasiswa Indonesia terkenal dengan beberapa seni dan adat timuran Islam pelbagai. Lihat sahaja bagaimana kumpulan Nasyid Dai Nada yang terkenal di Mesir malah menjadi taruhan di kaca-kaca tivi Mesir dan negara Arab sekutunya. Malam tersebut hampir lapan buah persembahan kebudayaan disajikan. Antaranya, persembahan permainan Angk

Mengapa Karya Saya Tidak Ke Udara Di Media?

Keadaan ketika sedang sakit BARANGKALI soalan yang tidak sepatutnya ditanya adalah; mengapa karya saya tidak ke udara di media. Pertama, saya adalah manusia biasa, kekadang rajin dan kekadang malas. Selepas beberapa hal keadaan yang terjadi, saya mengambil keputusan yang merehatkan diri untuk menghantar ke mana-mana penerbitan. Kali terakhir saya mengirim kepada editor adalah pada Jun yang lalu. Dan, sementelah beberapa bulan, saya berehat sebentar. Namun, dalam waktu yang berbaki sekitar sebulan ini (sebelum kuliah tahun empat) rancak, saya bercadang menulis beberapa karya lagi. Kemudian, kita akan berehat sehingga tahun hadapan. Insya-Allah, karya-karya yang terbit sepanjang tahun 2008 ini saya akan menghantar kepada beberapa anugerah sastera untuk dipertandingkan pada masa-masa mendatang. Sekurang-kurangnya ini masa kita belajar berkarya. Terima kasih kepada pihak-pihak yang sudah memberi ruang kepada saya menyertai dunia ini.

ZAKAT PMRAM : Siapa Layak Menerima?

Selepas membuka permohonan Zakat selama hampir satu bulan, 24 September 2008, PMRAM telah menutup permohonan Zakat bagi semua mahasiswa dan mahasiswi di bumi Mesir. Justeru, malam ini semua panel-panel jawatankuasa pemilihan kelayakan sedang menapis siapakah yang layak dan siapakah yang menjadi pilihan 'tersingkir' di dalam proses penapisan. Saya beberapa kali dihubungi oleh wakil jawatankuasa pemilihan untuk mengesahkan orang-orang perseorangan yang layak. Siapakah di antara kalian yang layak? Insya-Allah kita akan sama-sama menunggu pengumumannya nanti.

ANTOLOGI PERPUSTAKAAN NEGARA

Saya difahamkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia akan menerbitkan antologi cerpen bersempena dengan pemenang Sayembara Cerpen Jawi Kemerdekaan Negara ke-50 anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Oleh yang demikian, besarlah hati sekiranya karya saya itu dibukukan untuk simpanan dan rujukan rakyat Malaysia amnya. Selain itu, saya telah menghantar softcopy karya kepada Cik Nor Azila Mohd Noor, selaku wakil di Perpustakaan Negara Malaysia. Harapnya semua perancangan menerbitkan buku berjalan dengan sempurna. Insya-Allah.

Mencatat Kehidupan

Atas Mewakili PMRAM menghadiri Majlis Kebudayaan Ramadan bersama Kedutaan Besar Republik Indonesia. Bawah Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah menghantar Ustaz Rasul pulang Terima kasih kepada mahasiswa Indonesia yang menjemput kami menyertai program di Opera Teater, Tahrir. Sesungguhnya, keperluan menjalinkan hubungan antarabangsa adalah keperluan yang tinggi nilainya. Penghargaan istimewa ini ditujukan khusus kepada Presiden PPMI yang banyak memberikan pandangan terhadap perkembangan mahasiswa di Mesir. (2) Semalam (Ahad-21 September) saya bersama Timbalan Menteri 1 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Barangkali, penonton dan pendengar perasan bahawa kebanyakan fakta ucapan saya disangkal oleh beliau. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Ir. Haji Idris bin Hj Haron, sekurang-kurangnya kita mampu berlatih berhujah di parlimen kelak. :) Ucapan saya seperti di bawah:- Yang Berhormat Datuk, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, PMRAM yang dilahirkan pada tahun 1930 di bumi Mesir, tidak pernah cu

Cerpen dan Novel Penulis Agama Lebih Bestseller?

Orang agama tentunya jarang mahu merengek-rengek terlibat sama di dalam industri sastera. Tetapi melalui komen Puan Ainon Mohd selaku Sifu di sebuah syarikat buku Melayu terbesar di Malaysia (PTS), buku-buku orang agama adalah buku panas yang dihasilkan dan boleh memberi keuntungan. Saya mencadangkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab bahawa orang-orang agama sudah sampai masa disuap dengan ilmu sastera. Baca lagi di web Puan Ainon Mohd

Ramadan dan MAT

Menunggu pengumuman puasa daripada Mufti Kerajaan Mesir. Turut di hadapan adalah Menteri Wakaf Mesir, Imam Besar Al-Azhar Syeikh Tantawi Sudah separuh bulan berjalan. Bermakna juga, sudah separuh Ramadan berakhir. Pastinya, kalau di Malaysia orang sudah mula sibuk membeli belah di pasar raya atau memborong di Plaza Angsana setiap malam. Ramadan kali ini banyak cabarannya di Mesir ini. Tentunya musim panas mendahagakan lagi tekak ini. Oleh yang demikian, melakukan aktiviti-aktiviti luar sedar menyebabkan kita dapat menyelesaikan sesuatu itu tanpa rasa letih dan longlai. Beberapa hari yang lalu tentunya sibuk dengan beberapa tugas. Dan, dalam separuh Ramadan akhir ini lebih sibuk kerana ada tanggungjawab yang tiba-tiba sahaja bakal mendatang. Ramadan ini pastinya mencatat beberapa kronologi indah. Pertama, melantak di 'Maidah Rahman'. Jika anda malas memasak, usah risau, mampir sahaja ke mana-mana tempat yang menyediakan makanan berbuka. Di Mesir, adat ini sudah menjadi lumrah. O

SEKITAR PERAYAAN MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Setiausaha Agung PMRAM menyampaikan hadiah kepada pemenang Ulasan terhadap pertandingan Sayembara Puisi Penyampaian Hadiah kepada pemenang Jurumudi Pesta Pantun PMRAM Berbincang dengan kepimpinan selepas tamat program Kenangan sepanjang 16-19 OGOS 2008