Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012
Rencana ini disiarkan di akhbar Mingguan Malaysia, 20 Mei 2012 'Jangan Sampai Hilang Segalanya' MUKADIMAH CADANGAN supaya Majlis Fatwa Kebangsaan bermuzakarah bagi membincangkan kewajaran parti politik menggunakan perkataan Islam pada nama parti mengundang pelbagai reaksi. Ia merujuk perkataan ‘Islam’ pada nama parti Pas. Ada pihak berpandangan, ia wajar memandangkan penggunaan perkataan Islam itu boleh mengelirukan umat Islam, terutamanya dalam kalangan penyokong fanatik Pas sendiri. Ada pula berpandangan bahawa ia tidak lebih sekadar gesaan berbaur politik. Kepada wartawan Mingguan Malaysia, ABDUL MUIN SAPIDIN dan jurugambar ROY ABDUL AZIZ, Mufti Perak, TAN SRI HARUSSANI ZAKARIA berkata, gesaan itu timbul kerana sifat dan falsafah perjuangan Pas itu sendiri yang sudah jauh berubah. Harussani juga menarik perhatian bahawa UMNO-Pas sebagai parti orang Melayu tidak wajar terus bercakaran terutamanya dalam perkara-perkara yang menyentuh kepentingan agama

Greece : Ada Rakaman Peristiwa

Izinkan saya berkongsi cerita ini. Catatan ini langsung saya tidak pernah berkongsikan sebelum ini. Kisah perjalanan saya bersama wartawan mengikuti Kembara Flotilla II bersama YB Khairy Jamaludin dan 10orang sukarelawan ke Greece. Perjalanan yang sudah tamat hampir setahun yang lalu memberikan pengalaman yang amat bermakna kepada saya juga teman-teman yang lain. Apapun, dalam masa terdekat, saya akan menulis tentang Pulau Corfu yang terletak di Barat Laut Greece ini. Terima kasih kepada TVAlhijrah yang menghantar saya selama lebih 12 hari membuat liputan di Greece.