Langkau ke kandungan utama

Membongkar Rahsia MUMTAZ

Di sini aku berlari...

Sepanjang tiga tahun 'mengaji' di Mesir, jarang-jarang saya memperoleh natijah mumtaz untuk satu-satu matapelajaran (madah). Namun, kekadang saya sendiri sukar mentafsirkan bagaimana perolehan natijah sebegini mampu dilakukan.

Mengikut jadual asal yang dikeluarkan oleh Pihak Pentadbiran Universiti Al-Azhar, peperiksaan pengajian Fakulti Syariah Undang-Undang adalah seperti berikut :-

6 Januari
TAFSIR AYAT AHKAM

13 Januari
AHWAL SYAKHSIAH (FARAID)

16 Januari
MANHAJ DAKWAH

20 Januari
BAHASA INGGERIS

23 Januari
BAHASA ARAB (ADAB DAN NUSUS)

Dan, setelah keputusan peperiksaan keluar pada bulan Ogos yang lalu, saya mendapati bahawa natijah peperiksaan saya seperti ini :-

Tafsir Ayat Ahkam - Dhaif Jiddan
Ahwal Syaksiah - Jayyid
Manhaj Dakwah - Mumtaz
Bahasa Inggeris - Jayyid Jiddan
Bahasa Arab - Jayyid

Ini bermakna, saya akan berehat panjang untuk semester ini kerana saya harus melangsaikan satu madah sahaja. Namun, sehingga kini saya kurang pasti di mana silap kertas peperiksaan saya? Jika diikutkan logik akal, madah pertama di dalam peperiksaan seharusnya mempunyai nilai pembacaan yang lebih awal kerana keghairahan menuntut dalam pembacaan di peringkat awal. Dan, sementelah ini terjadi saya reda. (redha)

Perkataan redha dalam bahasa Arab ditulis reda dalam Kamus Dewan.

II

Di sini, saya ingin menurunkan beberapa teknik dan gaya utama seorang mahasiswa yang ingin berjaya di dalam satu-satu matapelajaran. Sedari awal, saya melihat mengapa ada antara rakan-rakan kita terpaksa iaadah beberapa kali lantas kekadang ada yang diuji Allah sehingga istisna'. Daripada pemerhatian saya, beberapa perkara ini tidak diambil perhatian oleh para pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan :-

Pertama : Sedia maklum, soalan peperiksaan Al-Azhar bukanlah soalan objektif. Justeru, tidak usahlah membawa pensel 2B di dalam bilik peperiksaan. Dan, perkara utama yang harus diingati adalah bawa pen biru, hitam, dan pembaris semasa peperiksaan. Bagi saya, seorang pelajar universiti, penggunaan liquid paper adalah sesuatu yang menjadi kelaziman, namun saya tidak menggalakkan.

Kedua : Apabila kita ketahui bahawa soalan peperiksaan Al-Azhar adalah soalan subjektif keseluruhannya, maka tidak boleh tidak kita seharusnya mengingati fakta untuk menuliskan jawapan di atas kertas jawapan peperiksaan.

Masalahnya, seorang pelajar yang kurang daya ingatan tidak mampu mengingat keseluruhan perkataan dengan tepat dan baik. Begitu juga dengan saya, saya tidak mampu mengingati semua patah perkataan dengan tepat mengikut kitab kuliah. Namun, saya menggunakan otak saya untuk mengingati 'point' sahaja.

Contoh :

(Sila baca ayat di bawah ini)

Keputusan peperiksaan pada tahun ini melonjak kepada 5% daripada 3.5% pada tahun sebelumnya. Ini disebabkan oleh kurangnya pemerhatian dan pemerkasaan kerajaan di dalam menggunakan sistem yang sedia ada pada hari ini.

Apa nota utama yang anda peroleh? Apakah nota yang anda perlu hafaz?

Lihat pula contoh ini :

أثر الاسلام فى ألفاظ وأساليب شعر لبيد


1 شيوع الألفاظ الإسلامية فى تضاعيفه : فالناظر فى شعر لبيد هذا تتراءى له ألفاظ اسلامي

ة

Ini sebahagian contoh nota di dalam bahasa Arab. Anda mahu menghafaz keseluruhan ayat? Tidakkah anda terfikir bahawa anda ada kitab setebal 100 hingga 200 halaman yang perlu dibaca. Dan, hasilnya ketika masuk ke dalam dewan peperiksaan sebutir-sebutir perkataan akan hilang. Justeru, untuk memudahkan anda,

(i) Abaikan semua perkataan-perkataan yang sama.

(ii) Buangkan semua kata hubung seperti ke, di, dalam, dan, ini, itu, dan sebagainya. Maka yang akan tinggal adalah kata dasar. Dalam ayat di atas ini, saya perlu hafal satu perkataan sahaja.

Mudah bukan belajar dan menghafaz perkara yang utama di dalam peperiksaan.

Ketiga : Perkara yang sungguh tidak diambil endah oleh mahasiswa Malaysia adalah TULISAN. Sebagai seorang pelajar yang mempelajari tulisan cantik (khat) eloklah anda menulis dengan cermat. (Bukan saya suruh tulis khat di dalam peperiksaan) tetapi tulis dengan kemas.

Keempat : Anda perlu ingat bahawa anda adalah seorang mahasiswa bukan pelajar sekolah. Justeru, tulislah jawapan dengan jawapan yang sesuai dengan usia anda. Jika soalan bertanya, Awak Agama Apa? Adakah anda hanya menjawab Islam. Dan sebagai seorang mahasiswa seharusnya jawapan anda panjang sedikit daripada itu.

Kelima : Gariskan setiap perkara induk dengan baik. Gunakan pembaris.

Keenam : Pastikan anda "mengejar" kertas peperiksaan takhaluf sebelum menjawab soalan sebenar. Ini memberi gambaran kepada anda, bagaimana soalan peperiksaan dicipta. Anda usah tanggapi bahawa soalan takhaluf serupa namun di dalam beberapa fakulti soalan adalah sama. (Hasil kajian saya)

Ketujuh : Setiap madah ada teknik tersendiri. Pelajari teknik tersebut terlebih dahulu sebelum menjawab soalan. Buat latih tubi soalan-soalan tahun lepas supaya mudah bagi anda menjawab soalan-soalan.

Kelapan : Pelajar yang malas hanya akan meng'copy-paste' nota. Manakala pelajar yang rajin akan membuat nota. Saya galakan anda membuat nota sendiri daripada menukil kawan-kawan punya nota. Dan, rujuk KANDUNGAN BUKU terlebih dahulu bagi mendapat gambaran kasar berkenaan buku dan madah yang anda akan pelajari.

Ini teknik sahaja. Namun usaha di atas bahu anda.

III

Bagaimana MANHAJ DAKWAH boleh dapat MUMTAZ?

Jawapan ini mudah sahaja. Anda wajib menghafaz al-Quran. Sesungguhnya cerita-cerita nabi ini ada di dalam al-Quran dan anda wajib menghafaz ayat-ayat al-Quran berkaitan dengan kisah nabi-nabi ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)