Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2008

STARS CENTRE : Pusat Maksiat Kaherah

Berapa kali anda pernah ke sini? Mungkin singgah ke Spinney untuk membeli barang-barang keperluan atau perkakas dapur. Mungkin juga mahu berbelanja sakan untuk menghilangkan rasa keboringan. Ada kemungkinan juga, saya anggap anda beraya di sini semata-mata untuk membuang masa yang ada. Itu semua jawapan terletak pada anda. Saya juga pernah ke sini. Lalu di hadapan Stars Centre terus masuk ke dalamnya. Terletak 10 kilometer daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, juga 2 minit daripada Hotel Intercontinental, Kaherah, tentunya bukanlah suatu tempat yang biasa. Jika tidak berisi poket kanan atau kiri anda, usah jejakkan kaki ke sini. (macam ayat-ayat belagak je?) Bukan itu yang saya mahu maksudkan. Sebetulnya, ke mana langkah kaki kita bertapak, di situlah amalan kita akan dicatat. Justeru, apakah kita menyelusuri kawasan ini semata-mata ingin mendapat kepuasan atau hanya menganggap keseronokan itu bakal dibalas dengan maksiat semata-mata. Boleh saya katakan, Stars Centre sama sah

Perangai Pembangkang : Boikot Memboikot

Tahun ini, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan di mana pula ya? Tentunya kenyataan ini sudah lama saya pendamkan. Sejak awal lagi, apabila pihak pembangkang (PAS, PKR, DAP) bekerja keras semata-mata mahukan memboikot Akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia saya sudah duduk tidak menentu. "KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Pakatan Rakyat hari ini melancarkan kempen memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang didakwa menyiarkan laporan berbaur perkauman dan berat sebelah." Ini di antara kenyataan yang diperkatakan oleh pihak pembangkang. Pertama, konon-kononnya akhbar tersebut masih lagi menulis laporan berbaur perkauman dan berat sebelah. Ya! Saya tidak pernah menafikan perkara tersebut. Namun, jika itulah permasalahannya, mengapa sahaja perkara ini tidak dibawa kepada pihak yang bertanggungjawab. Duduk berbincang dengan pihak yang terlibat langsung sahaja menjelaskan begini dan begini. Tetapi, tamparan ini sememangnya besar kepada mereka yang di dalam kelomp

Memerah Idea

Mungkin idea ini sukar ingin dicapai di Mesir. Hanya terdapat di Malaysia. (Kenapa kasut kami sama?) Usai peperiksaan bertulis Ahad lalu, saya kini sedang memerah-merah idea yang baik untuk dibawa ke dalam mesyuarat Badan Pengurus PMRAM yang saya jangka seawal-awalnya akan diadakan pada 20 Jun ini. Makanya, saya juga sedang berfikir-fikir jikalau ada ruang-ruang kosong untuk saya kemukakan idea saya untuk kepentingan PMRAM khususnya program-program sewaktu cuti musim panas ini. Justeru, saya perturunkan di antara idea saya. Ingat! Ini idea saya, bukan idea yang akan PMRAM laksanakan. Pertama, Hari Keluarga Kepimpinan PMRAM, BKAN dan DPM. Wah! Ayat prejudis. Tentu sahaja, ada ahli memberontak. PMRAM hanya membuat program untuk kepimpinan sahaja dan ahli-ahli tidak disuapkan dengan program-program. Kedua, Temasya Sukan PMRAM dan Perubatan. Ya! Idea ini sudah lama saya peram baik-baik. Hanya menanti ada pihak yang mampu untuk bekerjasama dan membantu. Tentunya saya ingin melihat atlit-at

Tanpa Tajuk

Bagaimana saya harus memulakan penulisan pasca selepas imtihan ini. Ya! Imtihan dunia yang mengajar erti kesungguhan, ketabahan, pengharapan dan kelangsungan hidup yang tidak berkesudahan. Kekadang, saya ingin juga mencari masa-masa yang terluang ini dengan berfalsafah tinggi. Tetapi saya bukan orang falsafah. Dan, saya tidak mampu bergelumang dengan cinta falsafah yang dayus. Begini. Apa yang harus dilakukan ya. Buntu.

Koleksi Puisi

Ku Sambut Cinta Di Mansurah Akan terhidangkah kunjungan ini dengan peluh-peluh ketakwaan dan rembesan sekeping taklifan yang merempuh dua kota terindah. Kota itu- Kaherah Mansurah menjanjikan peristiwa yang menggadaikan sebongkah jenazah permusafiran bangkit dalam resah yang berpanjangan saat luka-luka mencari ubatan lalu menghakis setiap satu perjalanan yang menyesakkan. Terapung sudah kedatangan ini untuk menyambut sebuah cinta di Mansurah. Syafiq Zulakifli Kaherah - Mansurah 13 Mac 2008 Puisi ini dideklamasikan di Mansurah ketika kunjung hormat Badan Pengurus PMRAM sesi 2007 di sana. Aku Mahu Keadilan Layanlah aku seperti sup panas dari kuali yang baru mendidih dengan api dingin membesarkan Tuhan. Petang-petang begini langit dan matahari berkejar-kejaran kerana mendakwa tiada beza antara dua. Ajarkanlah diriku tidak lemah dengan kutukan yang menghujum dengan kesat menggunung dengan calar tertanggung. Aku mampu bersabar keranamu. Syafiq Zulakifli Ismailia, 1.45 pm 29 Februari 2008

Dunia Pengacaraan : Satu Catatan Peribadi

Saya mula-mula menjadi pengacara majlis ketika berusia 14 tahun. Ketika itu, saya baharu mengenal untuk memegang mikrofon. Tidak sangka semenjak waktu itulah saya sudah berlatih berkomunikasi dengan audien. Selepas setahun, saya mewakili sekolah untuk ke pertandingan syarahan, pidato dan pelbagai pertandingan yang melibatkan seni bercakap. Antara majlis-majlis yang pernah saya dijemput untuk mempengerusikan adalah Majlis Anugerah Cemerlang, Majlis Perasmian Sekolah dan lain-lain. Catatan yang paling saya ingat ketika mengacarakan majlis yang dihadiri oleh Yang Berhormat Brig. (Jen) Dato' Seri Abdul Hamid Zainal Abidin selaku Pengerusi Majlis Amanah Rakyat. Waktu itu tetamu yang hadir adalah wakil-wakil dan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia. Ketika itu saya paling jadi orang yang ketakutan, diminta mengacarakan majlis di dalam keadaan kelam kabut. Waktu itu saya diminta menjadi 'bidan terjun' dan saya sememangnya tidak bersedia untuk mengacarakan majlis yang sebegitu b

Nak Jadi Kerajaan Atau Pembangkang?

-seorang insan di hadapan komputer- Di dalam satu program anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), beberapa tahun yang lalu, saya pernah ditanya, siapakah idola anda? Lantas, dengan berani yang menyatakan, Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia Keempat. Pada waktu itu, Tun sudah pun meletakkan jawatannya dan menyerahkan jawatannya kepada Pak Lah. Peserta kedua ditanya oleh fasilitator, siapakah idola anda? Dengan takaburnya dia menjawab, "Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat". Tiba-tiba saya berfikir panjang. Adakah saya salah membuat perhitungan? Atau haramkah saya menjadikan Tun sebagai idola saya? Persoalan ini hampir-hampir menewaskan pemikiran saya ketika itu. Mahu sahaja saya keluar daripada program PMRAM pada waktu itu kerana saya anggap hampir 90% peserta tidak sealiran dengan saya. Hari ini, Tun bukan lagi ahli UMNO, namun ini tidak bermakna saya juga anti-UMNO. Itu keputusan Tun. Lantak apa saya. Saya ada pendirian bahawa, idola say

Emel Dari Bonda

Seorang Guru Bernama Zaharah Emel ini diterima oleh sebahagian besar penulis-penulis yang pernah berbengkel dengan bonda Zaharah Nawawi sepanjang tahun lalu (2007). Saudara, Sekali lagi akhbar hujung minggu berskala besar (arus perdana) iaitu Mingguan Malaysia dan Berita Minggu ditawan oleh dua penulis baru yang lahir daripada bengkel anjuran Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan (BPSK) DBP pada 2007. Zawan Baba yang nama sebenarnya Mohd. Nazwan Hafeez Hashim berjaya menakluki Mingguan Malaysia keluaran 18 Mei 2008 dengan cerpennya berjudul Cahaya Dari Batu. Nazwan ialah peserta bengkel Penulisan Cerpen Penulis Muda (1) yang diadakan pada 15-17 Jun 2007 di Hotel Radius International Kuala Lumpur. Selain itu, Syafiq Zulakifli dengan cerpen Hadiah Untuk Ustaz disiarkan di Berita Minggu keluaran Ahad 18 Mei 2008. Syafiq menyertai bengkel Penulis Musim Panas Karyawan Muda Luar negara yang diadakan dari 06-08 Ogos 2007 di Hotel Mandarin Court Kuala Lumpur. Seorang lagi wajar dikal

Kembalikan Kegemilangan Tamadun Islam - Najib

Segmen ini juga yang keluar di TV3, pada hari Isnin 19 Mei 2008. (Buletin Utama) -Saya kira ini adalah berita yang masih lagi tidak ditulis oleh mana-mana akhbar di dalam arus perdana. Oleh kerana saya menghadiri sebagai pendengar, pencatat dan pengulas ini adalah berita utama daripada saya. Kembalikan Kegemilangan Tamadun Islam - Najib Oleh : Syafiq Zulakifli KAHERAH, 18 Mei - Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak meminta agar semua umat Islam khususnya masyarakat pelajar di bumi Mesir mengembalikan kegemilangan tamadun Islam yang telah pupus suatu masa dahulu. "Kita hendaklah mengembalikan kegemilangan tamadun Islam yang banyak memberikan kesan yang mendalam kepada umat Islam pada hari ini,"katanya. Beliau berucap di dalam majlis ramah mesra bersama mahasiswa di bumi Mesir yang dihadiri hampir 200 orang mahasiswa di Hotel Intercontinental, Kaherah. Katanya lagi, sebagai seorang Islam, tuntutan al-Quran yang merakamkan kalimah ulul-albab merupakan sesuatu gambaran bahawa il

Skrip Drama : Satu Cita-Cita

Selepas bergelumang di dalam dunia seni, saya fikir, mengapa tidak saya membuat sesuatu kepada dunia seni. Mungkin setelah puas menonton drama air mata "Demi Masa" yang skrip dramanya ditulis oleh abang kepada teman saya Asri Jaafar membuatkan hati saya cukup berdebar dan bertanya-tanya, bilakah saya akan menulis skrip drama pula. Nama Nazli Jaafar (Che Li) adalah satu nama yang akrab dengan dunia seni hari ini. Berkat kesungguhan melahirkan 'Sebuah Ijtihad' pada tahun lalu, disamping 'Demi Masa' pada tahun ini moga hasil kerja beliau dilindungi oleh Allah hendaknya. Hari ini di dada akhbar terpampang berita berikut yang dikarang oleh saudara Abdul Aziz Itar. Betapa kita memerlukan karya-karya Islam pada hari ini untuk ditontonkan. Bukan setakat melepaskan batuk ditangga sahaja. Moga usaha murni saya itu nanti akan diberi peluang oleh Allah Taala. Insya-Allah. RTM tandus skrip drama bermutu Oleh ABD. AZIZ ITAR aziz.itar@utusan.com.my BANYAK pihak yang mung

Cerpen Kali Pertama dalam Akhbar

Sebelum menunaikan tanggungjawab menghadapi peperiksaan madah al-Quran petang ini, saya mendapat khabar bahawa cerpen saya terbit di Akhbar Berita Minggu. Tajuknya "Hadiah Untuk Ustaz." Sila Baca Cerpen di Berita Minggu Terima kasih sekali lagi kepada editor yang membuat pemilihan karya ini untuk diterbitkan sempena Hari Guru pada tahun ini. Pengalaman sebagai seorang guru pada tahun lalu di SMK Bandar Baru UDA, Johor Bahru menjadikan karya saya ini akrab mencatatkan sebuah pengalaman yang indah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Terima kasih kepada bonda Zaharah Nawawi yang mengajar saya menulis. Tambahan : Selamat Hari Lahir buat teman Muhammad Aiman 'Izzat bin Abdullah dan Mohd. Arif bin Abdullah pada hari ini.

Rangkuman Hal Hari Ibu dan Hari Guru

Oleh : Tarbus Merah (TM) BAGAI tidak menulis sebuah fakta sejarah sekiranya saya tidak menulis hal berkenaan Hari Ibu. Mungkin ripuh menjalani peperiksaan atau ghairah 'melampau' menatap dua buah karya di media perdana Ahad lalu. Dari hati yang kecil, saya sendiri sudah menyampaikan amanah sebagai seorang anak menghantar kiriman selamat sejahtera untuk ibu sendiri tatkala menyambut hari Ibu, Ahad yang lalu. Bagaimana dengan anda? Sudah terlangsaikah hutang-hutang anda dan hak-hak untuk ibu anda? Mungkin juga tidak cukup sambutan berprestij untuk ibu hanya disambut selama sehari sahaja. Memang benar! Tidak sepatutnya ibu hanya dimiliki dan diagungkan semata-mata sehari. Bahkan daripada akal logik yang waras dan adil pun kita terfikir bahawa ibu seharusnya dihadiahkan kemesraan setiap hari, bahkan setiap waktu. Cerekarama di TV3 yang ditayangkan pada malam hari Ibu tidak akan sama dengan tayangan lagu Syurga Di Telapak Kaki Ibu nyayian Aisyah sewaktu siaran langsung Akademi Fanta

Seminar Pemikiran A Samad Said

Potret ini diambil daripada blog Kak Nasriah Sumber ini daripada Utusan Malaysia, Khamis yang lalu PADA 13 hingga 15 Mei ini akan berlangsung Seminar Pemikiran Sasterawan Negara A. Samad Said di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Sebanyak 25 kertas kerja oleh sarjana-sarjana tempatan mengenai Sasterawan Negara itu dalam semua genre akan diketengahkan melalui pelbagai teori dan pendekatan. Di samping itu, Bahagian Teori dan Kritikan DBP yang merupakan pelaksana seminar tersebut akan memperkenalkan konsep baru dalam penulisan kertas kerja, iaitu memberi peluang kepada penulis generasi muda untuk mengemukakan pandangan tentang A. Samad. Secara umumnya, seminar tersebut bertujuan membincangkan karya A. Samad dalam pelbagai genre secara tuntas, selain menggali pemikiran dan proses kreatif sewaktu menghasilkan karya-karya besar beliau. Ia juga bertujuan mencari dimensi baru dalam pemikiran Sasterawan Negara tersebut untuk dimanfaatkan dalam penghasilan karya

Proses Penciptaan

Oleh : Syafiq Zulakifli MENULIS ceirta berkenaan proses penciptaan merupakan sesuatu yang amat payah. Bagi saya, ianya sukar untuk ditafsirkan dan difahami dengan sebaiknya. Sebagai seorang pengarang 'puisi' (baca : bukan pengarang cerita kartun) momentum untuk saya melakarkan setiap bait adalah sungguh terhad. Di mana kekuatan saya? Tentunya pada pengalaman mengejar Nabi Musa di Jabal Musa hampir tiga tahun yang lalu. Wah! Mengejar Nabi Musa. Semacam saya pula yang terus mendakap Nabi Musa tatkala itu. Justeru, puisi "Sejarah Nabi Musa" yang saya cipta lewat kengerian mengenal pengorbanan tekad Nabi Musa sebagai pesuruh Allah menyelami perit-jerih perjuangan sebagai seorang nabi yang ditugaskan Allah untuk menyebarkan dakwah kepada seluruh kaumnya. Maka dengan jelas, proses penciptaan karya ini tercipta. Hasilnya, pada 11 Mei 2008, Berita Minggu telah memilih karya ini untuk diterbitkan. SEJARAH NABI MUSA Lurah terapung damai menyinari langit Subuh Saint Catherine hi

Hadiah Hari Ibu : Karya Saya Terbit Serentak

Barangkali ingin membezakan saya dan Sasterawan Negara amat jauh. Tetapi, di dalam proses penciptaan, kita seharusnya belajar dan terus belajar. Oleh yang demikian, saya belajar kerana ada satu momentum perasaan yang terbina. Berkat kesabaran dan ketulusan hati ini, barangkali ini adalah sejarah pertama saya apabila karya puisi saya terbit di dalam dua akhbar utama Malaysia hari ini. Pertama di Mingguan Malaysia, puisi berjudul "Peringatan Kecil Dari Tuhan" khas untuk mangsa-mangsa Taufan Nargis di Myanmar dan sebuah lagi karya di Berita Minggu "Sejarah Nabi Musa" yang menceritakan kisah Jabal Musa. Terima kasih sungguh-sungguh saya kepada editor kedua-dua akhbar yang memilih Hari Ibu (11 Mei 2008) untuk menerbitkan kedua-dua karya tersebut. Saya sememangnya tidak menjangkakan kedua-dua karya akan terbit serentak. Puisi di Mingguan Malaysia Puisi di Berita Minggu

Kita Masih Lagi Tidak Berilmu

PENANGAN apakah yang menggugah rasa. Iri hati mungkin. Atau keterpaksaan yang membelenggu diri. Tapi untuk apakah itu semua? Adakah semata-mata cerita derita Myanmar setelah tersepak dengan penampar Taufan Nigris ataupun apa dan apa? *** KITA sebenarnya tidak punya ilmu. Ya! Ilmu kita terlalu dangkal. Membicarakan soal hukum-hakam apatah lagi. Sedang begitu, kita sudah puas disuapkan dengan pujuk rayu syaitan yang durjana. Mengumpat. Ertinya kira bercerita tentang orang lain. Yang dasarnya, ilmu kita juga kurang. Kita kurang membaca tentang salafi. Kita juga kurang mengkaji tentang wahabi. Yang kita tahu, kritik-kritik-kritik. Oh! Terlupa, kita bukan ahlinya untuk berbicara soal-soal begini. Sastera juga mengajar kita menjadi seorang pengkritik. Siapa kata di dalam sastera tiada kritikan. Malah dalam sektor pendidikan sastera atau apa-apa sekalipun hal berkenaan kritikan merupakan sesuatu yang amat utama. Saya paling 'menyampah' ada mereka yang minat menjadi pengkritik tetap. I

ZAKAT : Bagaimana Kita Menguruskannya?

Oleh : typeace Pertama, saya tidak akan menghantar artikel ini ke Berita Harian mahupun Utusan Malaysia. Cukuplah sekadar ianya dibaca oleh pembaca di dalam blog peribadi. Saya juga takut. Benar! Amat takut untuk menempuh gerbang populariti hari ini yang sarat dengan kebendaan semata-mata. Mengapa saya berkata demikian, sedia maklum apabila berceritera tentang masalah popular ini, mudah sahaja kita mahu di'hamil'kan. Tetapi, apabila berbicara berkenaan keseriusan kita, aduh, jarang sekali kita mengambil pendekatan bahawa ini sesuatu yang utama. Di dalam musim-musim ini, barangkali isu zakat seronok dibicarakan. Apatah lagi, pada saat-saat genting (baca : durian runtuh) untuk mendapatkannya. Saya bukan mahu pro mana-mana pihak atau saya mahu membangkang mana-mana pihak. Biarlah saya menjadi seorang pengarang yang meletakkan nilai keadilan. Seputar isu zakat, manusia seringkali alpa bahawa wang zakat adalah wang kaum Muslimin, bukan wang kita. Benar! Ia wang orang Islam. Makanya,

Melengkapkan Kesugulan

Oleh : Ammu Amni BETAPA benar hati saya tidak lagi seperti kalian. Hati saya sungguh berubah. Saya tidak banyak cabarannya. Jika kalian ada lapan, sembilan, sepuluh, malah lebih daripada itu, saya hanya kendong dua sahaja. Barangkali saya menangis sendirian. Tidak sama dengan tangisan kalian. Dan, semestinya julat fikir saya harus bersatu. Bersatu menjulang kejayaan. Dan, semestinya saya sudah tertewas dengan keadaan ini semua. Saya telah harungi liku-liku pedih sebagai seorang mahasiswa. Dan, keinginan itu saya lampirkan buat kalian. Jangan buat seperti saya. Saya akan memulakan gerak tari peperiksaan saya pada 7 Mei ini. Tentunya masanya berbaki sedikit. Sedari itu, saya harapkan doa yang menggunung daripada kalian. Setelah natijah 'pelik' yang saya harus lalui, saya harus juga tempuh dan melengkapkan kesugulan diri. Saya galas madah al-Quran dan Fiqh Muqaran buat kali ini. Tentu tidak seronok hanya menelaah bahan yang terlampau sedikit. Sedangkan saya tidak pernah terdidik b

Sumpah Berdaulat

Bulan Mei. Ini bulan orang menghabiskan duit. Ya! Benar. Saya yakin dan percaya hampir 40% orang mahasiswa Al-Azhar, Mesir akan menghabiskan duit mereka untuk membeli tiket kapal terbang. Wah! Tentunya seronok membeli tiket kapal terbang pada mereka yang sudah berisi akaunnya. Lebih-lebih lagi akaun zakat yang baharu dibuka waktu sekarang ini. Kalau ditanya kepada saya, mahu balik atau tidak, tentunya dengan selamba saya berkata, Ya! Saya mahu pulang. Pulang dengan cita-cita baharu. Tetapi kekadang, apabila sudah mangli pulang, rasa kepingin itu jarang-jarang timbul. Apabila saya dengar teman-teman akan pulang, saya juga rasa cemburu. Mahu sahaja pulang. Tetapi ada juga teman berseloroh, "Alah, engkau tu bukannya boleh percaya, nanti hilang saja." Benar! Barangkali saya seorang yang pelik. Kekadang di utara dan kekadang di selatan. Benar! Saya tidak bertempat. Hehehe. Tetapi, jangan samakan saya dengan Yang Maha Kuasa. Seronok dengar kawan-kawan mahu pulang. Tetapi, apa tujua

Akademi Nasyid vs Akademi Fantasia

Medium terbaharu untuk golongan belia. Akademi Nasyid telah muncul di kaca TV9. Tetapi, artis nasyid juga boleh sertai. Suatu tamparan hebat! Mereka yang tidak sabar-sabar beraksi pasti akan ke meja ujibakat. Dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia, Jumaat 2 Mei 2008 BERSEMPENA sambutan ulang tahun keduanya, TV9 tampil dengan sebuah lagi program realiti televisyen baru berjudul Akademi Nasyid (AN). Sejajar dengan pendekatan kemelayuan dalam kebanyakan program terbitannya serta imej Islamik yang ditonjolkan, TV9 mahu mencungkil bakat-bakat baru dalam genre nasyid yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana stesen televisyen lain. "Banyak stesen televisyen mencari bakat bagi penyanyi-penyanyi lagu berbentuk pop, rock, balada dan macam-macam lagi. Tapi kami di TV9 ingin memberi peluang dan ruang yang lebih luas kepada genre nasyid. "Ini kerana ramai beranggapan nasyid ini muzik lama dan sempit tetapi sebenarnya nasyid ini universal," jelas Ketua Pegawai Eksekutif TV9, Bukh

Karya Dalam DS

Hari ini 1 Mei. Ini bermakna tempoh 'berkabung' saya telah tamat. Dan, mulai hari ini saya berhak untuk menerbitkan karya saya di dalam blog sendiri. Terima kasih kepada editor Dewan Sastera yang telah memilih karya saya "Seorang Anak Murid II" untuk dimuatkan di dalam majalah Dewan Sastera keluaran April yang lalu. Sungguh. Seperti yang pernah saya wara-warakan sebelum ini, saya menulis karya ini selepas sebulan berada di Mesir. Dan, sebetulnya saya menulis karya ini juga atas dasar rasa tanggungjawab sebagai seorang guru yang mendidik di sebuah sekolah. Semalam, saya masih lagi berbincang dengan teman-teman. Bagaimana generasi hari ini perlu dibina dengan kekuatan dan daya kemajuan yang tinggi agar mereka bukanlah seorang pelajar yang 'biasa-biasa' di dalam kamus dunia pelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia seharusnya membimbing, menerapkan unsur-unsur murni di dalam diri setiap pelajar agar nanti akan lahir generasi yang cemerlang dan gemilang pada masa