Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2007

Don't Judge The Book By It's Cover

Beberapa hari yang lalu, saya membeli Majalah I Keluaran September 2007. Latar belakangnya berkonsepkan wajah artis terkenal Wardina Safiyyah. Siapa yang tidak kenal watak anggun wanita ini mengacarakan Wanita Hari Ini di TV3. Namun, bukanlah itu menjadi topik perbualan saya hari ini. Majalah yang dikendalikan oleh Saudara Ahmad Yani Abd. Manaf ini telah lama di dalam pasaran. Seingat saya, ketika tahun 2003 atau 2004 saya diperkenalkan dengan majalah ini. Itupun ayah yang mula dapatkannya di kedai buku. Namun, setelah bersiri-siri keluarannya, saya melihat Majalah I mempunyai daya tarikan tersendiri. Menghimpunkan risalah-risalah ilmiah agama untuk keperluan masyarakat hari ini. Ketika membaca majalah keluaran ke 59 ini, saya pada mulanya hanya membaca sekali lalu. Membelek tajuk-tajuk yang menarik adalah menjadi pilihan utama, selepas itu barulah saya menghayati satu persatu pengisian yang terkandung di dalamnya. Sementelah beberapa hari saya menatapnya, terpandang saya pada ruangan

Nilai Seorang Editor

"Apabila saudara menghubungi editor, perkenalkan diri saudara sebagai penulis bebas. Saudara mungkin pelajar dari mana-mana kolej ataupun universiti, tetapi perkenalkan diri saudara sebagai penulis bebas. Tujuan menghubunginya mungkin dengan sebab yang pelbagai, sama ada mahu membincangkan berkaitan artikel-artikel yang hendak saudara hasilkan dan menyerahkan kepada pihak majalah, perkara-perkara yang saudara mahukan sebagai panduan bagi memudahkan penerimaan editor pada artikel-artikel saudara ataupun apa sahaja yang berkaitan." (Dipetik daripada Buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas) Petang tadi saya dihubungi oleh Kak Shahriza Sidin, Editor Majalah Fokus SPM. Teringat saya beberapa bulan yang lalu, dapat berhubungan dengan beliau hanya menggunakan khidmat emel. Alhamdulillah, setelah beberapa lama terputus talian, dapat juga kami berbual bersama. Justeru disebalik itu, kejayaan seorang editor bukanlah suatu tugas yang mudah. Bermula dari menghasilkan karya, menge

Sebuah Tali Perjuangan

Tahniah dan Takziah kepada saf kepimpinan Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir bagi sesi 2007/08. Teruskan usaha. Lipat gandakan tenaga. Walau berapa tahun pun kalian berada di dalam kepimpinan, yang penting usaha dan amanah perlu diteruskan bagi melahirkan modal insan yang berwawasan. Peh! Modal insan tu.. Macam kempen Islam Hadhari pulak..Biasalah selepas mengajar kat sekolah kerajaan ni, kena kempenlah.... Terima kasih kepada anda yang sanggup menggalas beban ini. Bukan mudah menyatakan hak walau ianya sebuah yang amat pahit. Lakukanlah tugas dengan baik yer.. Saya balik lambat lagi... Insya-Allah ada masa kita jumpa. Kalau tidak kita conference je ok.. Bye bye Wassalam

Kuasa penyiasat syariah negeri terhad

Saya mahu kalian membaca. Sebab itu kemalasan saya hari ini disajikan dengan hanya men "copy" dan "paste" kan saja maklumat daripada sumber lain. Namun, saya bukan mahu kalian lihat sikap saya yang pemalas, tetapi lihatlah kerajinan saya untuk membantu kalian membaca ilmu-ilmu fardhu kifayah ini. Sementelah itu, beberapa jam yang lepas Kumpulan nasyid Inteam telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Membantu PMRAM untuk mengadakan Konsert Amal Dana Apartment, sumbangan mereka amat dihargai. Apapun, semoga terus berjaya dalam apa lapangan sekalipun. Semalam, carta Nasyid IKIM.fm menyaksikan Azimat Ibunda (Fareast) mengungguli carta. Tahniah diucapkan buat Ustaz Nabil dan gengnya. Petikan Berita Harian (Sabtu, 25 Ogos 2007) Kuasa penyiasat syariah negeri terhad PERINCIAN peruntukan berkaitan penguatkuasaan, bidang kuasa penyiasat dalam sesuatu kes dan hukuman perlu disemak bagi memastikan kedudukan undang-undang jenayah syariah dilaksanakan dengan lebih be

Bisik - Bisik Perundangan

Pada amnya, sistem mahkamah di Malaysia dijalankan dalam dua bentuk, iaitu Mahkamah Negara (secular) dan Mahkamah Syariah (agama). Kedua-dua bentuk mahkamah ini menggunakan bidang kuasa mereka secara sepenuhnya tetapi kedudukan Mahkamah Syariah lebih rendah daripada Mahkamah Sekular. (Kedudukan Undang-Undang Islam Dalam Perlembagaan Malaysia : Hamid Jusoh) Akhbar hari ini terpampang kisah perundangan negara. Undang-Undang Syariah telah diterima secara umum? Kalau ianya benar, saya menyusun jari menadah tangan menerimanya dengan hati yang terbuka. Namun, beberapa perhatian dan permerhatian perlu dilakukan agar ianya tidak hanya meniti dibibir semata-mata. Dapatkan maklumat lanjut dalam Utusan Malaysia hari ini.

Berkias

Kalau berladang menanam keladi, Keladi di bawa ke tanah seberang; Kalau dagang pandai berbudi, Sampai mati dikenang orang.

Sepoi-Sepoi Bahasa Yang Biadab

Mungkinkah Ishaq Hanis dan Elyeen meratapi perjuangan bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka seperti saya? Minggu ini saya kurang berinteraksi. Entah. Mungkin malas membelenggu diri. Sementelah merantau menghabiskan sisa-sisa cuti di bumi sendiri, terkadang rasa mengelamun seorang tanpa ditemani. Mungkin rindu berpanjangan. Tatkala perpisahan yang tidak diduga itu bertandang, lantas memaksa saya berada di dalam alam khayalan sehingga sekarang. PMRAM. Nama yang sinonim dengan saya. Ucapkanlah apa jua, namun jika disebut PMRAM pasti ada yang menoleh ke arah saya. Barangkali itulah rencam kehidupan. Jika tidak, masakan saya boleh teriak kerana mendengar namanya, PMRAM. Sesekali, cuba dibayangi erti kasih yang tidak pernah putus. Hati yang bergalau ini, terus dirundum rasa takut. Takut kalau-kalau saya punca segalanya. Namun, itu semua hanya bayangan yang tiada kesudahan. Minggu terakhir persekolahan ini mengajar saya erti sabar. Telatah anak-anak yang masih lagi belum tahu erti beradab. Bukan

Surat Untuk Sahabat

Kak Nisah mengajar erti perundangan dalam penulisan Abang Faisal bersama penulis-penulis luar negara Sahabat, Sewajarnya, coretan ini saya titipkan minggu lalu. Empat hari bermukim di Kuala Lumpur merupakan pengalaman indah saya dan beberapa orang rakan seperjuangan seperti Mohd Zaki, Elyeen, Ishaq Hanis, Fahd Razy, dan Muiez (lobam). Berhadapan dengan tokoh-tokoh sastera tanah air seperti Bonda Zaharah Nawawi, Abang Faisal Tehrani, Kak Nisah dan beberapa orang lagi merupakan pengalaman yang cukup mematangkan diri. Dunia penulisan berputar dipaksinya. Tiada siapa yang memaksa saya berada di dalam kampus ini. Dahulu, seni suara dalam kumpulan sastera saya latihkan. Benar! Ia bukan jalan singkat. Sembilan tahun saya membentukkannya. Perjalanan ini yang mengajar saya erti kesabaran. Sahabat, Lama sudah merenung jauh ke dalam dunia seni suara, saya cuba meneroka alam penulisan. Dunia ini sebenarnya lagi mencabar. Berbekalkan disiplin, semangat, bakat, kebolehan dan kekuatan yang menebal di

Coretan Panjang (Tanjang)

"Salam. awak apa khabar? Dukacita dimaklumkan. Adinda bawak 3 madah.tafsir,quran dan muqaran untuk tahun 3.mnkala utk tahaluf,adinda bawa quran shj." Inilah pesanan ringkas(SMS) pertama yang saya terima menyatakan keputusan peperiksaan saya. Ketika itu, saya baru 12 jam tiba di Kuala Lumpur. Sungguh, ia tidak dijangka. Mengharapkan kegembiraan untuk bersama-sama ketika program sastera di Kuala Lumpur dengan aman, berubah menjadi galau yang tidak menentu. Tidak keruan. Pandang kanan salah, pandang kiri lebih-lebih rasa bersalah. Ya! Salah pada kedua orang tua sendiri. Hati berkecamuk ketika itu. Sukar untuk mempercayainya. Tapi itulah natijahnya. Serebrum dan serebelum saya berfungsi laju. Bersama-sama medula oblongata yang mencernakan pergerakan saraf, saya buntu. Mahu saja, diri ini dibuang jauh-jauh. Tapi saya yakin Allah masih ada. Waktu itu juga, saya masih mampu mengukir senyum. Walau pahit di hati, tetapi saya masih boleh berdiri melihat bandaraya Kuala Lumpur yang ter

Sebuah Kisah Yang Tidak Di Duga

Koleksi Gambar Peribadi Dari Kiri : Khusaini, Fadhil, Firdaus (Wak) , Saya, Razis(Ajis) dan Zaidi (Edi) Saya tidak tahu mengapa saya harus bercerita dan memulakan kisah ini. Hari ini adalah sejarah bagi saya. Benar! Ia sebuah sejarah yang tidak dijangka. Awal Subuh lagi saya mendapat panggilan daripada seorang rakan. Beliau mengatakan beliau adalah sahabat saya ketika di Maahad Johor dahulu. Saya termangu seketika. Sudah 4 tahun saya meninggalkan Maahad Johor, namun ada yang masih mengenali saya. Wah! Saya sungguh terharu ketika itu. Walau di dalam kelam-kelam samar pada waktu Subuh kerana saya baru sahaja mencelikkan mata, tetapi saya tetap gagah melayan beliau. Petang pula, saya mendapat panggilan daripada seorang rakan (Razis Azmi) rakan sebilik ketika di Maahad Johor dahulu. Memang tepat pada ketikanya. Walaupun saya hanya mengenali mereka hanya beberapa bulan, namun mereka masih mengingati saya. Saya terharu ketika itu. Dapat berbual dengan Ajis ketika itu membuatkan saya teruja s

Pengumuman

IKLAN UMUM Sebelum saya melangkah kaki meninggalkan bandaraya Johor Bahru untuk beberapa hari, saya perlu menyatakan sesuatu kepada kalian supaya ianya tidak terlewat. Namun, jika saya masih berkesempatan untuk bertemu dengan kalian selepas ini (baca : jika saya dapat bertemu cyber cafe di Kuala Lumpur nanti) maka tiada masalah. Semua ahli Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) sama ada pulang bercuti atau sudah tamat pengajian, dijemput menghadiri "Sambutan 10 Tahun Masjid Jamek Bandar Baru UDA" yang akan diadakan seperti ketetapan berikut : Hari : Sabtu dan Ahad Tarikh : 11 dan 12 Ogos 2007 Tempat : Masjid Jamek Bandar Baru UDA, Johor Bahru Untuk makluman, ini adalah program Bakti Siswa Mahasiswa Johor di Mesir kepada masyarakat khususnya di Bandar Baru UDA. Justeru, kalian dijemput untuk hadir awak iaitu pada Hari Jumaat (10 Ogos) pada jam 8.00 malam untuk taklimat bersama Ketua Urusetia yang akan dimaklumkan nanti. Sebarang kemusykilan, bolehlah berhubung

Bicara Sastera

Oleh : Syafiq Zulakifli Abdul Samad Muhammad Said atau dikenali dengan nama penanya A Samad Said adalah salah seorang pejuang sastera yang masih hidup hingga ke hari ini. Zaman pemberontakan, penjajahan dan keperitan yang dialami oleh beliau seringkali dirakamkan melalui novelnya. Antaranya Hujan Pagi dan Salina yang mengisahkan babak di dalam zaman penjajahan. Selain itu, Di Hadapan Pulau yang merupakan novel terpilih melalui pembelajaran Komponen Berasaskan Sastera (KOMSAS) telah mula dikaji semenjak tahun 2000 lagi. Seni kepengarangan yang ditunjukkan oleh A Samad Said merupakan lakaran sejarah yang amat panjang. Realiti peristiwa dan kebabakan yang ditunjukkan oleh beliau menampakkan bahawa penulisan beliau bukan sekadar khalayan. Di sebalik nilai yang ditunjukkan oleh beliau melalui penulisannya, pembaca pastinya terpegun terhadap simbolik-simbolik perkataan yang disiratkan. Cukuplah kita membaca puisi-puisi beliau yang amat tajam panahnya. Nilai kesusasteraan yang di