Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Saturday, December 08, 2007

MANDUL DBP

Pusat Dokumentasi Shaharom Hussien yang terletak di Larkin Perdana, Johor Bahru.

Sudah seminggu isu 'mandul' menjadi bualan hangat orang-orang kanan Dewan Bahasa dan Pustaka. Selaku, ahli Rakan Dewan, saya juga tertampar dengan masalah ini.

Benarkah DBP sudah mandul?

Jika ingin diralitkan sebuah cerita mungkin juga ada benarnya. Saya juga membenarkan pendapat Ahli Parlimen Gerik, Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh di atas "kemandulan" ini namun lebih ringan bahasanya.

Menyelami jiwa nurani DBP sudah sebati dengan hati dan kalbu saya. Apatah lagi di dalam memahami situasi yang sedang berlaku ini, acapkali saya tertampar oleh dunia sektor kerajaan.

Dewan Bahasa dan Pustaka seharusnya berterima kasih kerana ada juga pihak yang sudi menegur dan menilai sejauhmana tahap kecemerlangan DBP pada hari ini. Jika ditinjau lebih jauh, saya selaku anak jati Johor pun masih sangsi dengan kewujudan DBP.

Mudahnya, apabila melihat DBPWS di Larkin Perdana, Johor Bahru kekadang pegawainya dan petugas jarang-jarang memenuhi hasrat dan kehendak saya. Juga, kepada insan yang bergelar pembaca juga tidak memenuhi ruang galeri dan Pusat Dokumentasi Shaharom Hussain yang telah dirasmikan pada bulan Ogos yang lalu.

Dimana keprihatinannya? Siapa yang harus bertanggungjawab?

Sekadar berbincang.


No comments: