Ketawa sendirian. Terasing pada diri sendiri. Namun, itu adalah suatu lumrah kejadian. Lumrah yang dilatih bukan datang sendiri.
Kepastian apakah ini wahai hati? Jiwa yang membisik seraya mencipta sesuatu yang di luar kotak pemikiran.
Fokus! Fokus! Fokus!
Itulah harapan seorang ayahanda yang mahukan anaknya langsung mendalami ilmu agama lantas menyuapkan mereka ketika pulang nanti. Merengek sukma dan nubari ini. Alangkah indahnya jika saya ketahuan menulis sejak dari awal. Dan tidak sebegini yang terlalu ghairah dengan pelukan semasa.
Hakikat yang pasti. Tahun ini tahun kemenangan buat peribadi. Setelah berasak berkali-kali, tahun ini baru menjadi. Ini bukan kerana keterpaksaan. Tetapi kehendak diri. Namun, untuk apakah menulis?
"Ustaz Syafiq tu, dah gila sastera ke?"
Mungkin persoalan ini bukan koklea saya yang mendengar sendiri. Tetapi sewajarnya saya bukanlah 'gila' namun 'rakus'. Seumpama seorang manusia yang sedang lapar, jika mereka dihidangkan santapan segar mengapa tidak mereka me'rakus'kan diri mereka untuk berkenyangan. Namun, kekadang jiwa ini amat lemah. Lemah terhadap diri sendiri yang belum pasti apakah kasus ini akan mewarnakan peribadi.

Ulasan