Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2008

MECD, KPT Lancar Program Usahawan di Mesir

KAHERAH 28 Nov. - Tujuh belas usahawan akan mengambil bahagian pada pameran dan jualan produk, di sini sempena Program Pembudayaan dan Gerak Usahawan di Mesir selama tujuh hari. Pameran Gerak Usahawan di Pusat Persidangan Antarabangsa Kaherah, Mesir itu yang turut disertai sembilan agensi kerajaan, berlangsung pada 30 November dan 1 Disember ini. Program anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu akan dilancarkan oleh Timbalan Menteri MECD, Datuk Saifuddin Abdullah. Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MECD, Alwi Ibrahim memberitahu, program Gerak Usahawan di Kaherah dan Iskandariah itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar Malaysia di luar negara mengenai sektor keusahawanan dan potensinya bagi mencetuskan minat mereka terhadap sektor itu sebelum tamat pengajian masing-masing. Mesir ialah negara pertama pelancaran program itu. "Mereka akan didedahkan mengenai industri berpotensi, peluang pembi

MINGGU PENYIASATAN

Minggu ini adalah minggu penyiasatan. Selepas seminggu yang lalu mahasiswa kita 'dipenjarakan' atas alasan yang masih lagi tidak diketahui sehingga kini. Sehingga artikel ini ditulis, sudah lebih 1 minggu 3 orang mahasiswa Malaysia yang ditangkap dan 'dipenjarakan' tidak menemui keputusan muktamad. Saya bersama Presiden PMRAM, Khairul Anuar Ismail lebih daripada tiga kali berulang alik ke Balai Polis (yang menyimpan mahasiswa kita itu) dan pihak polis masih lagi dengan jawapan yang sama iaitu 'visa mahasiswa telah tamat'. Mengikut logik akal, seorang mahasiswa (sepatutnya) tidak boleh dikenakan tahanan reman lebih daripada tempoh masa (mungkin 3 hari) kerana alasan visa. Oleh kerana perkara ini masih lagi di dalam penyiasatan, saya tidak berani membuat pelbagai andaian atau spekulasi berkenaan isu ini. Almaklum, sebagai mahasiswa yang berada di perantauan, adalah lebih elok menghidupkan visa setelah tamat tempoh. Usah bertangguh sehingga hampir 1 tahun. Mengapa

Imtihan, Berlabuh Dan Kerjaya

Imtihan,Berlabuh,Dan Kerjaya i Dihitung-hitung waktu dan masa yang berlalu, kita sudah tiba di pertengahan bulan November. Pastinya peluang, masa dan ruang yang ada untuk ‘bermain-main’ sudah tidak lama. Hanya beberapa minggu lagi (hitung sendiri) peperiksaan semester pertama akan berlangsung. Saya seperti juga rakan-rakan yang lain. Punyai amanah ilmu yang perlu dipikul. Dalam mengejar kamus kehidupan yang kadang-kadang ada turun naiknya, semangat untuk menjadi seorang mahasiswa yang lengkap dengan role model Islam itu sentiasa menjadi azam yang tersimpul dibenak kalbu. Barangkali, kita bukan seorang mahasiswa yang hanya polos semata-mata. Dijadikan batu kepada masyarakat. Malah pada tanggapan saya, amat ‘mustahil’ jika graduan daripada lepasan Timur Tengah ini hanya bertenggek-tenggek di tempat yang tidak sepatutnya.Kembali ke titik asal.Untuk semester pertama ini, saya bersama teman-teman akan mengulati beberapa madah. Di antaranya Tafsir Ayat Ahkam, Balaghah dan Adab, Bahasa In

Terima Kasih Pada Semua

3 November Minggu yang paling sibuk dengan gelora program. Selepas Kembara Jejak Realiti (KEJORA) PMRAM, mahasiswa Johor di Mesir dikunjungi oleh Exco Kerajaan Negeri (YB Datuk Maulizan Bujang selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran, dan Pengajian Tinggi Negeri Johor) Sebagai anak Johor di perantauan, ucapan terima kasih diucapkan kepada rombongan terutamanya daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor, Yayasan Pelajaran Johor, dan Yayasan Warisan Johor yang hadir bersama-sama di dalam majlis tersebut. Paling menarik adalah kehadiran daripada Pengarah Yayasan Warisan Johor. Sememangnya saya sudah lama 'mengidamkan' bertemu dengan Pengarah Yayasan Warisan Johor. Terima kasih kepada Tuan Haji Jama bin Johan dan isteri yang hadir ke Mesir. Keduanya, terima kasih juga kerana bawakan kami lagu-lagu Ghazal, Zapin dan pelbagai VCD dan buku sejarah. Moga nanti pelbagai program kebudayaan di Mesir ini dapat diadakan pada masa-masa mendatang. Oleh sebab