Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Perjalanan Masih Jauh

1 Mac 2012 - Khamis "Kami bangga kerana kami ada calon seperti awak." Saya menjerat leher sendiri. Ini destinasi perjalanan baru. Ini destinasi kehidupan baru. Saya berbangga kerana menempuhi segala perjalanan sepanjang menjadi insan terpilih di TVAlhijrah, enam belas bulan lalu. Mungkin terlalu singkat catatan yang mampu saya rakamkan. Tetapi, inilah sebuah perjalanan dan kelahiran yang dijanjikan Tuhan. Terima kasih kepada TVAlhijrah yang mendewasakan. Terima kasih kepada Cik Ainur Mahdiyah Zahra Abdullah yang mengenalkan saya dengan dunia penerbitan. Terima kasih kepada Abang Syirfan Indra Mitra Surya yang percaya malah memberi kepercayaan seratus peratus di atas setiap tugasan saya. Terima kasih juga kepada Encik Zainal Rashid Ahmad, yang menakhoda perjalanan saya sebagai seorang pemula anak seni penyiaran. Jasa kalian, hanya Allah yang akan membalas. Saya insan yang mempunyai kelemahan dari segenap sudut. Percaya atau tidak, saya dibatasi dengan pelbagai gejolak dalam ji

Surat-Surat Buat Dang Kerinting

ALAHAI Dang Kerinting yang rupawan, kechewa benar kekanda apabila mengetahui Dang Kerinting buat hal lagi. Sudah-sudahlah tu. Sejak Dang Kerinting dihantar ke Pulau Kemanjuan, perangai Dang Kerinting masih tidak lagi berubah. Menggeletek Dang Kerinting tidak habis-habis lagi. Ingat tak lagi Dang Kerinting tatkala Dang Kerinting buat hal di Pulau Kemanjuan. Masakan tidak, waktu itu hampir dipecat oleh kepimpinan Sultan namun atas rasa sedih dan sayangnya Sultan pada Dang Kerinting, syukur kerana segalanya selamat. Nasihat kekanda, Dang Kerinting usah buat hal lagi.

HIKMAH

Saya yakin ada hikmah. Saya yakin ini keputusan yang tidak silap. Bukan kerja saya. Ini kerja Tuhan! Terima kasih Allah.