Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Tuesday, December 11, 2007

Siapa Mahu Selesaikan?

Sebahagian kitab yang masih menjadi teladan buat diri sendiri di Maktabah Ammu Amni.

Kambing masih mengaum, lembu masih mengiau. Tapi mungkin itu bukan lumrah alam. Pelik tapi benar. Sukar pula ingin mengatakan. Takut-takut juga ada yang salah tanggapan. Namun, sebagai manusia kita harus berfikir.

Beberapa hari lena tidak sebaik dahulu. Mungkin peperiksaan bakal menghampiri, atau motivasi kendiri sudah kembali. Atau kerana tugasan yang dibebani tidak lagi serehat dahulu. Saya berpaling lagi. Kali ini, mengharapkan bantuan.

Jika kalian ada idea, silakan...

PEREMPUAN tua itu sudah lama di kaki lima. Sudah berhari-hari malah bertahun tidak menginjak dari tempat asalnya. Mungkin sudah biasa berkeadaan begitu. Sesekali, dia meratap tangis yang tersekat-sekat. Tiada sesiapapun yang ingin menghiraukannya.

“Apalah dosa perempuan tua ini sehingga diperlakukan begini.” Amin bicara sendirian. Hatinya bergalau. Ingin dijentik keinginan hati bertanyakan khabar namun belum kesampaian. Fikirnya takut dijerkah membabi buta oleh perempuan itu.

“Jangan usik!” Wak Reng mengingatkan Amin yang dari tadi memandang tepat wajah perempuan tua itu.

“Orang tua ini ada pantang. Silap-silap kau yang menjadi mangsa. Baik kau beredar dari sini. Tinggalkan saja dia sendirian. Tak usah jaga tepi kain orang. Orang muda macam kau apa yang tahu. Tidak mampu membela.”

Ada pantang!” Amin kehairanan. Mencari persoalan yang meracuni jiwa dan akalnya. Niatnya itu disimpan kemas dalam ingatannya.

Sudah baca? Ini sebahagian sahaja. Jika ada yang ingin membantu menyelesaikannya lebih ahsan.

No comments: