Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2007

Bicara Sastera 2

Hari ini saya melawat Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan di Larkin Perdana, Johor Bahru. Di sana, saya dapatkan dua buah antologi yang sudah lama saya cari. Antologi 'Anak Laut' dan 'Kerusi'. Anda tentunya akan pelik dengan saya. Mengapa saya harus memilih antologi ini? Jika berbicara lanjut, akan menyakitkan hati pembaca sahaja lantas saya akan diukur sebagai seorang yang sukar menerima pendapat orang lain. Berbicara tentang pendapat, saya percaya ramai dikalangan para pen ulis adalah mereka yang berada di dalam kelas "pengkritik". Benar! Sebagai penulis yang baik, tidak boleh tidak unsur ini wajar muncul pada setiap individu. Jika tidak, penulis tidak mampu untuk mengkritik karya sendiri dan memberikan pendapat peribadi terhadap karya walhal inilah perkara yang utama sebagai seorang penulis. Lewat pengkaryaan penulis-penulis mapan, saya akui ramai di antara mereka berpegang teguh pada prinsip saya. Penulis adalah pemikir. (Kredit untuk blog saudara Moh

Bicara Sastera

Apabila berbicara tentang sastera, ramai yang akan berpaling. Lantas, mereka akan menutup sahaja blog ini lalu mencapai pautan laman yang lain. Kes-kes sebegini adalah makanan harian bagi penggemar sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka selaku penggerak setia kepada kegiatan sastera pun kekadang mati akal dengan pihak sastera sendiri. Ketandusan pemikir-pemikir Islam yang bersikap prolifik sudah lenyap. Malah, terbaharu hanyalah wujud fenomena menulis untuk mendapatkan pasaran semata-mata. Fakta ini sememangnya benar. Ini diakui oleh beberapa orang penulis berpengalaman sama ada mereka berada di dalam genre cerpen, puisi ataupun novel. Sejak kewujudan Pembelajaran dan Pengajaran Berasaskan Kompenan Sastera (KOMSAS) diperingkat sekolah, pelbagai pihak merungut. Sebagai orang yang pernah menduduki peperiksaan SPM KOMSAS, pengalaman ini saya rasai. Benar! Ramai tidak berminat dengan sastera malah mengganggap sastera hanya bahan picisan harian atau eceran yang mudah di dapatkan di mana-mana sa

Kem Ihya Ramadan - Siri 1

Kumpulan 5 - Bersama Ustaz Syafiq Kenangan Yang Terindah... Wah! Seronoknya Ustaz Halim ya! Ustaz Firdaus mesra bangat! Yang mana satu Erra Fazira? Kak Aini, jangan nangis la.. Abang Musa cover macho! Ai!! Mandur ke semua ni? Ustaz Firdauz Noh bersama kumpulan 3 khusyuknya mendengar Kuliah Subuh Fasilitator sempat lagi membaca surat khabar? ULU TIRAM - Selesai sudah Kem Ihya' Ramadan siri pertama yang dianjurkan oleh Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB). Penglibatan hampir 80 orang peserta bersama-sama dengan 20 orang mentor dan fasilitator adalah suatu kenangan yang terindah yang tidak dapat dilupakan. Terima kasih kepada En Norazlan Samudi yang telah menjemput kami mahasiswa Al-Azhar untuk turut serta di dalam program tersebut. Program yang bertujuan membimbing pelajar-pelajar yayasan ini, memberi pendedahan khusus terhadap teknik solat, asas Islam dan pembentukan nilai sahsiah. Ini antara lain membuka minda pelajar-pelajar kelas pertengahan yang dibimbing oleh pihak YBJB tidak

Seputar Minggu Ini

i Seandainya saya terlewat menghantar beberapa warkah ini, saya mohon maaf. Namun, inilah kudrat yang ada pada diri saya. Sebagai seorang hamba Allah yang lemah, saya akui akan kelemahan itu. Namun, saya akan berusaha untuk buat yang lebih baik. Seputar bicara minggu ini memang banyak. Lebih-lebih lagi taklifan telah berkurang. Saya tidak lagi duduk di hadapan anak-anak murid di sekolah, tetapi masih lagi sarat dengan aktiviti peribadi. Jumaat lepas, saya berkunjung ke Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan. Sudah setahun saya tidak kunjunginya. Peluang berada di negara sendiri ini saya manfaatkan untuk ke sana. Alhamdulillah, Pusat Dokumentasi Melayu Shaharom Hussien yang telah dirasmikan lewat sebulan yang lalu, dapat juga saya masuk. Meninjau beberapa lagi kemudahan yang ada banyak memberikan pendedahan kepada saya tentang negeri Johor amnya. Kesempatan ini juga, saya dapatkan dua buah buku yang saya cari beberapa minggu yang lalu. Sebagai anak Johor, tidak salah rasanya kita meng

Novel Sejarah Saya

Izinkan saya merangkum beberapa catan di dalam blog ini. Walaupun ada yang menemplak di atas kelemahan saya terhadap blo sendiri, saya faham sekadar manusia biasa. Lemah. Alhamdulillah, sudah seminggu lebih pakej Nama Beta Sultan Alauddin (NBSA) tiba di rumah saya. Terima kasih kepada Ujana Ilmu yang telah menghantarnya dalam keadaan segera. Langsai sudah saya menekuni kedua-dua novel karya Faisal Tehrani. Walaupun mengakui Surat-Surat Perempuan Johor (SSPJ) sepatutnya saya khatamkan pada tahun lalu, namun itu tidak menjadi permasalahannya. Saya mulakan SSPJ dahulu. Setelah saya membacanya dari mula hingga ke babak surat terakhir, barulah saya tahu, mengapa FT mendapat tempat ketiga bagi sayembara tersebut. Benar! Menulis cerita dan bahan sejarah bukannya mudah. Lebih-lebih lagi fokus perlu diberikan kepada sejarah negeri Johor. Sejarah Johor banyak ragam dan rencamnya. Jika tersalah tafsir, sejarah benar akan bertukar menjadi sejarah palsu. Benar! Saya telah membaca beberapa buah buku

Saman - Bukan Saman bin Esa

Hari ini saya sedang berbincang. Berbincang dengan peguam saya. Dia seorang peguam bela yang dikatakan terkenal di Malaysia. Saya (plaintif) sedang berbincang dengan beliau berkaitan satu kes yang sedang berlaku. Saya namakan pihak XXX sebagai (defenden). Saya tidak perlu sebutkan siapa pihak yang terlibat. Yang penting, ia merupakan pihak NGO dan orang perseorangan. Kes ini akan difailkan di mahkamah sivil kerana melibatkan kes-kes umum. Ia langsung tidak kena-mengena dengan kes syariah. Namun, saya berdoa agar kes ini akan berjalan dengan baik dan kemenangan pada pihak saya. Doa daripada kalian amatlah diharapkan. Mengikut prosedur yang telah dibincangkan, saya akan saman sebanyak RM 1,000,000 kerana kes ini melibatkan maruah. Pihak yang terlibat juga kini berada di Mesir!

SELAMAT TINGGAL SEMUA

SMK BBU Ini adalah suatu catatan ringkas saya dan catatan terakhir saya di SMK Bandar Baru UDA. 17 Julai hingga 12 September. Genap 60 hari saya menjadi "Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan". Menggantikan guru bersalin (Puan Siti Maseriyani) yang mengajar Pendidikan Islam di sekolah tersebut. Sebetulnya, saya dijadualkan akan menyambung kontrak lagi dua bulan kerana seorang lagi guru bersalin. Namun, Pejabat Pelajaran Daerah mengatakan "tiada lagi peruntukan" . Saya lega seketika. Beberapa hari sebelum tamat mengajar, saya telah memberitahu bahawa saya ingin duduk bebas selepas tarikh tersebut. Pertama, kerana Ramadan. Kedua, kerana saya perlu membuat persiapan untuk pulang ke Mesir. Seawalnya, saya tidak mahu pulang ke Mesir. Tapi, ada yang mendesak. Saya rela untuk pulang walau hanya 3 madah sahaja untuk sesi ini. Hari terakhir di SMK Bandar Baru UDA, banyak memberikan saya latihan untuk terus hidup dan berdiri sendiri selepas ini. Alhamdulillah, gaji bulan Julai da

Ar-Rahman, Ar-Rahim Murka

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kata sebahagian orang. Tidak salah bersahut "Ramadan Kareem". Namun, apakah erti Ramadan sebenar. Beberapa hari sebelum nyawa saya tamat di sekolah, saya tanyakan beberapa orang anak-anak saya, "Apa erti Ramadan pada awak?" "Tidak makan dan tidak minum." Itu sahaja otak mereka dapat mencerna jawapan. Seikhlasnya, saya bukan pandai ceramah di dalam kelas, tetapi boleh dikatakan tiap-tiap hari saya menjadi penceramah tetap, hingga ada yang mengesyorkan saya membuka kelas tambahan pada waktu malam. Ini suatu yang lucu. Mungkin para pelajar tidak pernah bertemu dengan guru seperti saya. Boleh bercakap tanpa henti. Lebih-lebih lagi apabila masa peruntukan di dalam kelas mencecah satu jam sepuluh minit. Saya ketawa kecil. Ada pelajar yang berani berterus- terang, "ustaz tak penat ke bercakap je dari tadi?" Ini jiwa saya. Jika mikrofon kata orang-orang berjawatan. Tetapi, itu bukan saya yang pinta. Anugerah daripada

Proses Penciptaan

Dua bulan ini, saya latih diri saya untuk bertatih. Saya masih belum pandai berjalan dengan sempurna. Kesempatan di Malaysia juga, saya gunakan dengan sebaik mungkin. Merantau ke sana-sini, walaupun tidak jauh mana. Benar! Saya masih di dalam proses penciptaan. Sebulan yang lalu, saya telah langsaikan beberapa agenda penulisan di Dewan Bahasa dan Pustaka, dan hampir seminggu yang lalu, saya telah selesaikan tugas mewakili anak-anak Johor di Mesir. Ini cerita benar. Kalau diberi dacing pada saya, lantas dacing itu akan condong ke negeri Johor. Ini bermakna, tugas saya lebih memihak kepada negeri berbanding peringkat kebangsaan. Sebagai salah seorang pemimpin peringkat kebangsaan (pusat) saya rasa tidak adil pada diri. Atau, mungkin mudah saya anggap bahawa, Johor adalah negeri saya dan mudah untuk saya bergerak. Atau, ada mereka yang mungkin mengatakan itu alasan saya tidak bergerak ke mana-mana. Sejujurnya, bukanlah saya ini tidak rajin di dalam bertindak. Tetapi, ripuh tugas tiada sia

Ramadan Ku

Terima Kasih kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang melahirkan kad ucapan kecil. Setidak-tidaknya, saya di Malaysia juga boleh mengambilnya sebagai bahan koleksi. Mencari bahan tempelan paling mudah, sebab itu saya hanya menempel sahaja. Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Tujuh Surat Kemaafan

Ada beberapa insan yang saya perlu minta maaf secara jujur. Bukan kerana saya telah bercium dengan seseorang seperti Asyraf Sinclar bersama Bunga Cinta Lestari yang sedang hangat dibualkan kisah jujurnya sekarang ini. Namun, saya ingin mohon keampunan kepada beberapa orang yang tidak perlu saya sebutkan nama mereka. Pertama, kepada sahabat saya "A" kerana telah membuat cereka palsu kepada beliau. "Saya telah terlanjur." Tidak! Sejujurnya, saya masih belum lagi terlanjur dalam gerak kerja saya sehingga hari ini. Saya punya fikiran yang waras. Saya juga ada maruah diri dan harga sebuah pemikiran. Kedua, kepada guru saya. Bukan saya minta ditaklifkan sebegini. Ini taklifan paling berat. Taklifan di saat insan sedang bergelumang dengan dosa dan noda. Ini kafarrah buat diri saya. Namun, tidak salah kalau saya katakan saya sebagai manusia biasa. Tidak lari daripada melakukan kesilapan. Ya! Ketiga, kepada sahabat saya juga "P". Saya bukan pinta ini semua. Itupun

Halalkah Makanan Kita?

"Tiap-tiap hari kita makan makanan haram rupanya." Itulah kesimpulan yang dapat saya tafsirkan selepas menghadiri "Forum Kepenggunaan Islam" di Masjid Jamek Bandar Baru UDA, tiga hari yang lalu. Forum yang dihadiri seramai dua orang ahli panel ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa negara Malaysia khasnya mendaulatkan sistem makanan secara haram. Bukanlah pengharamannya menjadi bualan, tetapi teknik pengelolaan, pengendalian, 'pembungkusan sehinggalah kepada pemasaran harus diperhatikan. Menurut Dato' Dr. Maamor (Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia) realiti masyarakat hari ini terlalu bobrok untuk berfikir. Mereka tidak ambil peduli terhadap pemakanan mereka juga kepada anak-anak mereka. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa anak-anak hari ini tidak tahu malu seperti "khinzir". Sikap mendedahkan sini-sana, menayangkan atas bawah adalah antara sikap "muka tembok" si khinzir. Namun, simbolik atau kiasan ini memang tepat kepada

Jika Negara Sudah Merdeka

Semalam, teriakan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! menghiasi ruang angkasa di bumi Malaysia. Saya juga kurang pasti, adakah keadaan di Mesir (tempat yang saya belajar) pun begitu juga. Tiba-tiba saya teringatkan sahabat saya yang terperingkuk di dalam penjara kerana telah dituduh membunuh rakan senegara pada awal Jun yang lalu. Apa erti merdeka 50 tahun kepadanya? Lelah menyaksikan pada raut wajah airmata yang bertaburan kerana menyambut kemerdekaan. Beberapa hari sebelum tibanya Ulang Tahun Kemerdekaan Negara yang ke-50, saya bertanyakan kepada anak-anak saya, apa erti merdeka pada awak semua? Mereka bangun lalu bingkas menyatakan "Bebas!" Itulah jawapan anak-anak yang belum tahu menilai erti merdeka. Yang mahu disumbatkan di dalam tengkolok mereka bebas, bebas, dan bebas. Apakah dunia ini kekal selama-lamanya untuk bebas sampai kiamat? Atau apakah kita menetap di negara merdeka ini kerana kita rasa kita sudah bebas? Secara peribadi, negara masih mentah mengenal erti merdeka. Apa