Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2006

Balah, Belah dan Bilah

Pertama kali melihat tiga kalimah dan perkataan ini, saya yakin dan percaya ia sesuai dijadikan tajuk bagi sesebuah cerpen atau novel. Walau tidak secanggih mana, tetapi ia mempunyai pelbagai maksud yang tersirat di sebalik kehidupan saya sekarang ini. Mari kita selongkar dan kaji beberapa elemen dan kisah penting di sebalik tirai ini. Balah Selepas pelantikan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin selaku Mufti Kerajaan Negeri Perlis pada 1 November yang lalu, saya terpanggil memberikan beberapa ulasan berkaitan isu – isu yang sering diperbalahkan oleh golongan cendiakawan Islam pada hari ini. Rata-rata apabila saya bersua dengan sahabat – sahabat seperjuangan di Perlembahan Nil ini, ramai di antara mereka yang kurang bersetuju dengan pelantikan beliau. Apa tidaknya, kemunculan beliau sebagai seorang mufti baru menimbulkan pelbagai kontreversi. Secara peribadi, saya gemar isu kontreversi. (kalau tidak tak der isu) Bermula dengan isu khalwat, isu nada dering telefon dan sebagainy

Salam Aidiladha 1427H

Salam Aidiladha untuk seluruh umat Islam sama ada yang berada di Mesir dan di tanah air Malaysia. Tahun ini merupakan ahun ketiga saya menyambutnya di perantauan. Dari SYAFIQ BIN ZULAKIFLI Fakulti Syariah Undang - Undang Jabatan Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir

Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan

Jadual peperiksaan telahpun keluar di syu'un. Ini bermakna, peperiksaan semester pertama tahun 2006/07 akan bermula. Gerun atau tidak, malas atau rajin, suka atau tidak, semuanya adalah perkara yang perlu dilalui tanpa ada rasa gusar di hati. Belajar bersungguh - sungguh. Itulah pesanan insan yang bergelar manusia. Namun, debaran yang kian terasa perlu dibantu oleh usaha yang berterusan. Jadual Peperiksaan Semester Pertama (Tahun Tiga) 10 Januari 2007 Tafsir Ayat Ahkam 14 Januari 2007 Ahwal Syakhsiah (Faraid) 17 Januari 2007 Bahasa Inggeris 21 Januari 2007 Manhaj Dakwah 24 Januari 2007 Bahasa Arab (Balaghah dan Adab Nusus) Doakan kami di bumi Mesir ini... Allahumma Najjihna Fil Imtihan...

Bahayakah jadi penulis?

Bahan ilmiah agama - Usah dipermudahkan. Pernahkah anda membaca semua majalah yang berada di pasaran? Sama ada pasaran karangkraf, utusan publisher atau sebagainya, ia merupakan elemen dan wadah utama untuk menyebarkan maklumat disamping memberikan ilmu bantu tambahan untuk generasi kanak-kanak, remaja, dewasa dan golongan tua. Dunia penulisan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, ia bukanlah suatu yang sukar jika minat, disiplin dan galakan daripada individu dilatih. Disebalik keghairahan manusia mencipta penulisan, ada juga yang tidak beringat akan bahaya yang akan dihadapi apabila bergelar seorang penulis. Pertama, penulis harus memikirkan masalah - masalah utama yang berkaitan dengan akidah dan akhlak. Contoh, jika seseorang yang bergelar penulis hanya membaca buku, lantas meng copy-paste maklumat yang dibaca seterusnya menjadikannya sebagai artikel peribadi penulis, ia adalah suatu yang boleh dianggap bahaya. Mengapa hal demikian terjadi? Penulis menganggap bahawa penulisan berkait

Andai Ini Sebuah Suratan

Oleh : typeace Anak negeri mencari tuba, Tuba dicari di Tanjung Jati; Di dalam hati tidakku lupa, Bagai rambut bersimpul mati. Asam kandis mari dihiris, Manis sekali rasa isinya; Dilihat manis dipandang manis, Lebih manis hati budinya. Ayam hutan terbang ke hutan, Tali tersangkut pagar berduri; Adik bukan saudara bukan, Hati tersangkut kerana budi. Ayam rintik dipinggir hutan, Nampak dari tepi telaga; Nama yang baik jadi ingatan, Seribu tahun terkenang juga. Pada saat dan ketikanya kau pergi jua. Bukan dipinta pemergianmu itu. Kita ditakdirkan bertemu sampai di sini sahaja. Hanya doa dan harapan menggunung hanya untukmu… Suasana meriah bertukar menjadi hambar seketika. Semua orang tahu kenapa dan mengapa. Sahabat – sahabat seperjuangan di Perlembahan Nil ini terpaksa meninggalkan ketandusan Bandar Kaherah dengan seulas senyuman. Bukan dirancang perpisahan itu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah keperitan yan