Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

Lebih 1,500 orang banjiri ceramah PAS di Mesir

PAS LANCAR PROGRAM MEM ‘PAS’ KAN MAHASISWA karya Faizal Sabhon Anda yang mahu membaca karya beliau sila sahaja paut ke laman ini. Mari lihat PRO DAN KRONTA. Lebih 1,500 orang mahasiswa banjiri ceramah Presiden PAS KAHERAH, Mesir 31 Januari – Lebih daripada 1,500 orang mahasiswa yang sedang menuntut di Mesir menghadiri ceramah umum yang disampaikan oleh YB Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang diadakan di Dataran Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir. Program yang bermula pada jam 9.00 malam itu diselesaikan dalam jangka masa 2 jam 45 minit. “Di dalam kedinginan malam dengan suhu dianggarkan kurang daripada 10 darjah celcius, seluruh mahasiswa Mesir turun membanjiri tapak ceramah”, kata Tarbus Merah. Program di bawah anjuran Yayasan Amal Malaysia dan Muslim Care merupakan program pertama terbesar di Dataran Hayyu Asyir, Kaherah pada tahun 2009 ini. Ia membuka tirai 2009 dengan program ceramah sebegini. Kehadiran Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang diserik

Siapa Calon Presiden PMRAM 2009?

Khairul Anuar Ismail, Presiden PMRAM 2008. Adakah masih kekal? DESAS-desus kepimpinan PMRAM 2008 akan melabuhkan tirai pentadbiran sudah kedengaran. Ini gara-gara pencalonan kepimpinan PMRAM bagi sesi 2009 telah dibuka selama 10 hari bermula 27 November 2008 hingga 07 Disember 2008. Pihak Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM dengarnya akan memaklumkan, senarai calon kepimpinan PMRAM sesi 2009 di dalam masa yang terdekat. Apapun, sama-sama kita doakan yang terbaik. Apakah tirai kerusi Presiden PMRAM 2009 akan berulang lagi di bawah takhta Ustaz Khairul Anuar bin Ismail? Saya sebagai anggota Badan Pengurus PMRAM yang masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung PMRAM pun turut merasai keperitan dan kehangatan. Tambahan : 1. Dap-Dip-Dup... Semacam mahu menunggu calon BN atau PAS untuk Pilihanraya Kecil sahaja. :) 2. Ramai orang berkata saya tidak layak menduduki kerusi Presiden. Hehehe. Alhamdulillah. 3. Saya sudah tiga tahun dalam dunia kepimpinan. Mahu kekal untuk tahun keempat? Tidak!

SELAMAT HARI LAHIR MAMA

Seorang insan mengajar aku menjadi makhluk Tuhan yang paling mengakrabkan. Dia menilai mana satu hak dan kebatilan. Barangkali Dia pernah memarahiku atas kesilapanku yang lampau. Dia, seorang insan yang tidak pernah kenal erti susah sebuah penderitaan. Tidak pernah gusar menghadapi kekecewaan. Tatkala bumi meletakkan nafas, barangkali Dia insan pertama yang ku panggil untuk bersama. Dia, seorang insan yang berjihad bukan dengan pedang di tangan. Bukan juga berjuang di dalam medan pertempuran. Barangkali medan yang dilalui amat payah untuk dilakarkan dan dicoretkan. Dia, tidak pernah ketawa kerana kegagalanku. Tidak pernah tersenyum kerana kesengsaraanku. Tetapi Dia menangis kerana menyayangiku selalu. Dia, bakal mengganti syuhada' di arena kerohanian lahiriah yang tak pernah terfikir oleh mindaku. Nantikan kami di pintu itu. Syafiq Zulakifli Kaherah, Mesir SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN (1964-2009)

BINCANG TENTANG PMRAM

Asrama Rumah Melayu Abbasiah : Milik Siapa? BUKANKAH kita semua mengetahui bahawa sejarah lampau telah melakarkan bahawa sebidang tanah seluas 2.212 meter persegi telah dihadiahkan oleh Jamal Abdul Nasir, Presiden Mesir pada ketika itu kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di atas jasa-jasa ahlinya membantu pihak kerajaan Mesir. Namun, tiba-tiba pada 3 Oktober 2004 bangunan Asrama Rumah Melayu Abbasiah telah bertukar nama kepada Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah. Dimanakah hak orang Melayu pada rumah tersebut? Dimanakah hak PMRAM di atas tanah tersebut. Mari kita selidiki beberapa nota yang saya kumpulkan. Surat bertarikh : 30 JUN 1985. Tuan Penyelia Asrama Melayu Abbasiah. Tuan, Peraturan Asrama 1981 Dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan kepada perkara yang tersebut di atas. Sukacita dimaklumkan bahawa peraturan asrama yang digunakan sekarang adalah mengikut peraturan yang dibuat pada tahun 1981 oleh Pengar

Galeri Gambar Lawatan ke Hospital dan Cerpen

Ini sebahagian daripada gambar lawatan kami menemui mangsa-mangsa di Hospital Hilal Ahmar, Ramses, Kaherah. Ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Siapa lagi mahu mendengar rintihan mereka selain daripada kita. Kita yang masih ada kedua-dua belah biji mata, kedua-dua tangan dan kaki harus bersyukur kerana negara kita aman dan damai. Negara Mesir yang menjadi jiran kepada Palestin, adakah bakal diratah oleh tangan-tangan Zionis ini? TANGISAN AKHIR MUHARAM Muharam yang menggantikan malam dan siang dicekik dengan simbol kebinatangan darah, luka dan kesakitan hanya sebuah mainan. Tangisanmu perwira bukan sebuah syair duka yang kau lakarkan di alur pipimu tetapi senjata jihad yang mahal kerana akan dibeli oleh syurga yang kekal buat selamanya. Syafiq Zulakifli *** Ini karya abang Nazmi Yaakub. Saya sengaja mahu berkongsi dengan teman-teman. CERPEN : MALAM PERTAMA DI RAFAH Karya Nazmi Yaakub CINTA tidak mungkin bersatu, kata mereka. Betapa tidak benarnya mereka, Rafiah! Barangkali mereka

Terkini : LAWAT MANGSA GAZA

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Ustaz Abdul Muizz bin Muhammad telah melawat mangsa-mangsa Gaza di Hospital Hilal Ahmar, Ramses, Kaherah. Misi kemanusiaan dan menghantar bantuan kepada mangsa merupakan salah satu daripada keprihatinan PMRAM di dalam membantu semua mangsa tragedi berdarah yang telah meragut beribu-ribu umat Islam di bumi Palestin. Laporan bergambar dan makluman lanjut selepas ini. Tambahan : Rombongan kali ini saya ditugaskan sebagai jurugambar dan merakamkan detik-detik bersama semua mangsa di hospital.

PELAJAR MALAYSIA DI MESIR DI LARANG KE GAZA

Ini adalah pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Untuk membaca seterusnya anda boleh terus ke link http://www.jpmk.info. PMRAM buat setakat ini mengucapkan terima kasih kepada semua Badan Kebajikan Anak Negeri dan Dewan Perwakilan Mahasiswa yang telah mengumpulkan sumbangan untuk Gaza kepada pihak PMRAM. Untuk pengetahuan, kewangan tersebut telah pun disalurkan kepada pihak Jami'iyah Syariiah di Mesir dan akan terus dihantar ke Gaza. Teruskan membantu Gaza dengan menyumbang kepada PMRAM.

Pesta Buku Antarabangsa Kaherah kali ke-41

Kulit buku novel-novel Arab. Anda tertarik membelinya? Di antara buku yang dijual di tapak pesta Di luar tapak pesta tahun lalu Yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pesta Buku Antarabangsa Kaherah kali ke-41 telah berlangsung bermula 21 JANUARI hingga 5 FEBRUARI. Teman-teman yang ada kelapangan dan 'duit kocek' lebih bolehlah memborong. Saya pernah memborong hampir LE 2,000 ketika ekonomi sedang stabil. Namun, kini hanya meninjau buku-buku terbaharu di pasaran. Seperti yang pernah saya tulis dalam artikel tahun-tahun sudah; apabila anda hendak ke Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ini, pastikan anda menulis dahulu buku yang anda ingin beli di rumah. Ini disebabkan, apabila anda tiba di pesta buku ini, anda boleh pitam dan hampir pengsan apabila tidak mencatatnya kerana pesta buku ini adalah yang terbesar. Kebiasannya, ulama-ulama terkemuka dunia akan datang ke pesta ini bagi menandatangani buku-buku milik peribadi mereka. Waktu itu, berduyun-duyun yang akan turun bersama-sama mendapat