Langkau ke kandungan utama

Kisah-Kisah Lama dan Muhasabah Diri


Mungkin lucu bercerita kisah-kisah sekolah menengah. Namun, bukankah pengalaman yang lepas mengajar kita erti pengorbanan sehingga kita lahir dan hidup pada hari ini kerana faham apa itu pengorbanan dalam hidup.

Jika tidak, saya kira ramai yang telah futur dan ada ketikanya mereka tidak lagi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Saya sungguh kagum melihat beberapa sahabat lama di sekolah yang sama dahulu (baca : senior saya) masih teguh dan tekun memperdagangkan diri untuk menuntut ilmu.

Cari di mana Ustaz Firdaus Sulaiman dan seangkatan dengannya. Ini gambar batch mereka.

Baru-baru ini, ketika pulang ke Malaysia saya bertemu dengan beberapa orang sahabat (baca : abang-abang senior). Wajar saya sebut abang (baca : masa tu je) namun mereka pula masih tekun mengenali saya. Bukanlah hakikat ini yang saya ingin persembahkan. Namun, beberapa ketika apabila bertemu dengan mereka yang sudah berumah tangga dan menjawat jawatan pensyarah universiti, hati bertanya sendiri, mereka sudah berjaya aku bila lagi?

Ini senario hakiki. Jika tidak, saya tidak jadikan ia sebagai bahan untuk dibincangkan. Mengapa perkara-perkara ini saya bangkitkan? Dan mengapa sedemikian rupa saya menumpahkan ide saya pada kali ini.

Sejujurnya, saya ralit memerhatikan beberapa rencana akhbar pada hari ini. Kurang pasti dimana mulanya. Namun, saya yakin klip video 12 saat Abang Faisal yang saya sudah turunkan di sini menjadi perangsang kepada diri sendiri untuk tidak duduk di dalam ruang lingkup yang kecil. Sewajarnya ia diperkembangkan dan mengatasi keperluan memahami kehendak mahasiswa berintelek yang bukan sahaja membaca bahan-bahan picisan namun sedari awal sudah dibajai dengan nilai intelek mahasiswa generasi terkini.

"Penulis perlu baca semua bahan. Bukan hanya terikat kepada bahan sastera sahaja." Ini adalah ungkapan yang sudah biasa saya dengan tatkala menghadiri mana-mana persidangan atau seminar ketika di Malaysia. Inilah pencetusnya.

Berbalik kepada ceritera saya yang asal. Bagaimana saya tiba-tiba terfikir kisah-kisah lama ketika di bangku sekolah? Saya menyelusuri sesawang internet pada hari ini dan apabila tiba diruangan Luar Negara, Utusan Malaysia ada satu tajuk yang menggugah hati saya.

Baca artikel di bawah ini :

Prestasi lebih baik jika tidak berjaga malam – Kajian

ALBANY, Amerika Syarikat 14 Dis. – Pelajar yang berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran didapati memperoleh gred lebih rendah berbanding sebaliknya, demikian satu kajian terbaru.

Tinjauan ke atas 120 pelajar kolej seni di Universiti St. Lawrence menunjukkan, pelajar yang tidak pernah mengulangkaji pelajaran pada waktu malam mempunyai gred yang lebih tinggi berbanding yang berjaga sepanjang malam.

Kajian turut menunjukkan, secara purata, pelajar yang tidak mengulangkaji pelajaran waktu malam memiliki nilai gred 3.1 berbanding pelajar yang berjaga hanya mempunyai nilai gred sebanyak 2.9 sahaja.

Menurut seorang pembantu profesor, Pamela Thacher berkata, kajian yang dibuat mendapati tiada sesiapa yang mampu berfikir serta memberikan tumpuan lebih baik sekiranya berjaga hingga ke jam 4 pagi, namun ramai yang berpendapat mereka boleh tetapi sebenarnya tidak.

Beliau turut mendapati kajian yang sama dijalankan oleh ahli psikologi klinikal menunjukkan keputusan yang sama dengan tinjauan yang dilakukannya.

– AP

Selesai membaca artikel ini, tiba-tiba saya teringat pada kawan-kawan saya ketika di sekolah dahulu. Mereka sungguh tekun mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam dan kekadang ada pula yang tidur ketika matahari hampir meninggi. Hasilnya, ada yang 'terpaksa' kelewatan ke sekolah. Ini fenomenanya dan saya menyedari akan peristiwa ini.

Benar, benar, benar.

Justeru, tidak hairanlah mengapa mereka setidak-tidaknya kurang cemerlang berbanding dengan pelajar cemerlang yang tidur mengikut perencanaan waktu dan masa. Saya mengakui, saya bukanlah dari dua golongan manusia ini, pertama; tidur lewat malam hingga bangkit lewat subuh, kedua; tidur sebaik-baik malam dan bangun pada kadarnya. Kerana, saya adalah diri saya yang sebenar.

Namun setelah umur ini, saya berwaspada kepada masa saya kerana Masa Itu Emas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)