Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2007

Ada Apa Ye Tentang Exam?

"Kenapa soalan yang aku hafal tidak keluar?" "Tamam ye ko? Mantap sei!" "Amacam periksa. Ok ke?" "Entahla ye... macam nak balik Malaysia je..." Bukankah kalian biasa mendengar dialog-dialog di atas dipersembahkan di cuping telinga kalian? Sudah jemu atau menerimanya sebagai lumrah mahasiswa. Saya tertarik dengan beberapa senario yang berlaku semasa peperiksaan berlangsung. Tidak dinafikan saya juga pernah mengalami situasi yang sama dengan orang lain. Sikap kecewa, tewas dan hampa sinonim dengan kertas peperiksaan. Bukankah kita telah berusaha? Namun, doa dan tawakal menggunung lebih perlu kerana disitu terletaknya keikhlasan kita dalam menghadapi ujian hidup di dunia ini. Saya menguntum senyum untuk beberapa madah. Ada juga yang terpaksa mengerut dahi kerana letih dengan usaha yang belum berhasil untuk fasa satu iaitu selepas kertas peperiksaan dijawab. Mengapa tidak dapat menyempurnakan semua soalan dengan baik ye? Itulah getus hati yang semema

Meracau Dalam Tangis

Minggu ini banyak tugasan saya kurang dapat laksanakan dengan baik. Mungkin sibuk menghadapi imtihan akhir semester tahun yang ketiga saya di perlembahan Nil atau sememangnya sudah tepu otak untuk berfikir akan sesuatu perkara. Semester ini adalah semester yang paling mencabar minda. Bermula daripada kertas peperiksaan mengulang (takhalluf) serta kertas peperiksaan sebenar tahun tiga, ianya banyak membantutkan luhur hati saya. Entah ya. Mungkin ada galau yang terus meracau minda. Tidak lupa pada tangan yang meraba-raba mencari jalan keluar selepas ini. Usai itu sahaja, saya akur bahawa saya masih ada banyak lagi madah yang perlu dikhatami.

Seteguh Kudrat-Mu Rabbi

Oleh : typeace Jika anda ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah (LTAK) semalam, pastinya anda akan melihat gelagat seorang mahasiswa Malaysia yang tidak mahu meninggalkan bumi Mesir. Mungkin terlalu sayang atau rasa berat mengucapkan lambaian salam untuk semua pejuang Allah di bumi Mesir atau sekadar berlakon drama di LTAK. Ye lah, untuk membuat aksi semacam itu (lakonan semalam) bukannya mudah. Saya pernah juga menonton aksi begitu di dalam drama "Penghujung Rindu" yang dilakoni oleh Sofea Jane dan Faizal Hussien satu masa dahulu. Saya beranggapan itu adalah episod drama yang tidak akan dapat lagi dilihat. Tetapi pandangan saya meleset. Drama itu dapat juga dilihat di dalam keadaan realiti apabila saya berada di perkarangan dewan berlepas LTAK. Usai adegan drama itu, maka terbukulah sebuah memori di dalam lipatan sejarah Ustaz Muhammad bin Arshad selaku mantan badan pengurus PMRAM sesi 2005 dan 2006 yang menjadi 'musyrif' untuk seorang mahasiswa/wi kita pulang ke M

Galau Yang Belum Diam

Oleh : tarbus_merah Sebagai manusia biasa, semestinya kita terpaksa banyak berfikir. Misalnya amat mudah. Mahukan kejayaan di dalam peperiksaan, hendak menukar telefon bimbit baru, teringin menikmati juadah negara sendiri dan lain-lain lagi. Kaya jadi angan-angan. Bertakhta ingin digapai. Tapi semua itu bukan mudah. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Pepatah melayu yang lembut lidah dari bibir. Ringkasnya, dua hari saya merapu mencari maksud diri. Tidak faham lagi sehingga kini. Duduk tidak diam. Tangan meraba-raba meng ‘klik’ tetikus mencari intipati duniawi. Itu semua seakan-akan sebuah khayalan. Bermula daripada intisari Maahad Tahfiz, meninjau perkembangan dunia seputar, menembusi medan penulisan Azizi Hj Abdullah, itu semua rencam biasa. Tidak salah bukan, kalau kita mengetik deras laman blog Amiza Khusyri Yusof, Nisah Hj Haron, Faisal Tehrani berhari-hari. Itulah saya. Mungkin terlampau ghairah untuk hidup. Perantauan yang menggamit usia yang terlalu singkat. Tapi m

Promosi

Sebuah album berkonsep dari inteam yang bertemakan kehidupan sejak lahir hingga ke saat-saat kematian kini telah berada di pasaran. Album yang memuatkan bacaan Al-Quran oleh Inteam, Zikir dan Doa secara acapella, bacaan madah dan sketsa ini turut memuatkan tujuh buah lagu baru dan lama yang dirakam semula. Album ini turut menampilkan saudara Hisyam Ahmad yang pernah menganggotai Inteam suatu masa dahulu dalam empat buah lagu. Album Inteam kali ini lebih memfokuskan kepada konsep muzik tradisional, walaubagaimanapun turut memuatkan nasyid yang berkonsep pop dan ballad. Dapatkan segera album yang unik ini dengan harga yang sangat berpatutan. !!! Dapatkan CD lagu terbaru inteam, Nur Insani sekarang!!! Terdapat juga di Mesir. Hanya di Pejabat PMRAM - LE35.00

Kami Punya Kreadibiti

(Sebuah catatan diari berbentuk cerpen) Riuh dewan pada malam itu. Ada yang datang dari Shoubra, Tanta, Mansurah. Tidak ketinggalan mereka yang datang dari luar negeri Johor. Ruang legar Asrama Wilayah Pembangunan Iskandar jadi sesak. Sunyi. “Majlis menjemput dan mempersilakan Dato’ Haji Harman bin Salim diiringi oleh Yang Dipertua Persatuan Anak-Anak Johor Mesir untuk mengambil tempat di atas pentas.” Pengerusi majlis nampak segak pada malam itu. Ada lesung pipit yang masih tersimpan sebelum majlis dimulakan. Seketika itu, semua hadirin menanti amanat utama daripada tetamu jemputan. Bukan apa, tetamu daripada wakil negara jarang-jarang mengisi kekosongan untuk berucap di ruang pembesar suara asrama itu. “Peluang ini kita kena gunakan dengan sebaiknya. Catat. Pastikan ada sesuatu yang kita dapat.” Aizat memandang Dafi dengan panahan tajam. Ada sesuatu maksud yang ingin disampaikan. Mungkin berpesan kepada sahabatnya. Tidak salah. Seusai Yang Dipertua mewakili pihak persat

Moral Di Dalam Seni Bina

Apakah ada nilai di sebalik sebuah seni bina bangunan? Seni bina yang baik diperoleh daripada arkitek yang menarik Oleh : tarbus_merah Eugene Johnson di dalam The Encylopedia Americana menjelaskan seni (art) sebagai kemahiran, misalnya seni pertukangan yang membawa erti sebagai kemahiran ukiran dan pertukangan. Dari segi istilah ilmu kebudayaan pula, ia membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah. Keindahan yang dapat menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban, kesenangan, atau sebaliknya. (Tamadun Islam : Mustafa Haji Daud) Namun, bukanlah itu yang saya ingin pamerkan kepada kalian. Usai saya menonton satu klip dokumentari berkenaan pembinaan Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur (KLCC) ada sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama. Disebalik perancangan yang tersusun oleh arkitek pembinaan bangunan pencakar langit itu tadi, banyak nilai-nilai moral yang boleh kita perolehi. Di antara nilai-nilai tersebut adalah :- 1. Persaingan Dua orang arkitek yang memb

Wang Zakat : Ke mana haluannya?

Oleh : tarbus_merah Menurut asnaf yang lapan, golongan ibnu sabil (orang-orang musafir) dikategorikan sebagai golongan yang layak menerima zakat bersandarkan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekah – sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil-amil yang mengurusnya, orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan diri, orang-orang yang berhutang, untuk dibelanjakan pada jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan, ialah sebagai satu ketetapan daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah :60) Namun disebalik penyerahan serta pengagihan wang zakat kepada golongan yang menerimanya, kewujudan segelintir penerima yang tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sempurna. Ianya termasuklah membazirkan ke arah kemaksiatan, menggunakan wang tersebut untuk membeli keperluan yang tidak sepatutnya dan menjadikan wang zakat sebagai

Hal Ehwal Peperiksaan

Tekanan! Pernahkah anda menghadapinya? Peperiksaan merupakan asas kepada sebuah kecemerlangan. Namun, bukanlah hanya menduduki peperiksaan itu tahap keintelektualan seseorang itu diukur. Orang yang tidak bijak (baca: bodoh) pun boleh berjaya dengan cemerlang jika mereka membaca dengan tekun lantas menjawab dengan cermat soalan peperiksaan yang diajukan di dalam peperiksaan. Sedangkan golongan yang menganggap diri mereka pandai kekadang tidak berjaya kerana kealpaan diri mereka di dalam menjawab kertas dan soalan peperiksaan. Justeru, apakah kita akan bermegah dengan sijil dan keputusan yang diperoleh walhal hasil nilai itu hanya sekangkang kera. Apabila bercerita tentang peperiksaan, semua orang akan berfikir untuk berjaya. Mustahil ada di antara kita yang mengharapkan sebuah kegagalan lantas bermegah untuk menikmati hasil kegagalan. Kejayaan akan datang hasil daripada sebuah usaha yang berterusan. Kegagalan pula akan timbul tanpa ada tanggungjawab yang mendesak di dalam diri. Walaubag