Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2006

Akhbar Hari ini

PM: Tingkat pengetahuan, kemahiran pelbagai bidang Utusan Malaysia PUTRAJAYA 29 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, umat Islam perlu memberi tumpuan terhadap usaha memperbaiki diri dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang demi kepentingan ummah. Menurut Perdana Menteri, pengetahuan dan kemahiran merupakan sebahagian daripada modal insan dan tanpanya sukar bagi umat Islam untuk mencapai sebarang matlamat. ‘‘Untuk menjadi umat yang dihormati di seluruh dunia, kita perlu menambah nilai terhadap apa jua yang kita laksanakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Wisma Putra, di sini hari ini.

Benarkah?

Benarkah ramai pelajar al-Azhar yang sedang menganggur? Benarkah graduan al-Azhar tidak pandai berbahasa Arab? Benarkah kualiti graduan al-Azhar tidak sehebat zaman dahulu? Benarkah mahasiswa al-Azhar pemalas? Benarkah graduan al-Azhar tidak pandai berkomunikasi? Saya bukan mengherdik atau memperkata sesuatu tanpa sebab. Maaf, jika ada pihak yang tersinggung. Inilah realiti. Pengalaman saya pulang ke Malaysia mencipta satu lakaran kajian secara rambang tentang permasalahan-permasalahan yang timbul di kalangan mahasiswa Al-Azhar pada hari ini. Saya adalah mereka. Mereka juga pernah melalui kehidupan seperti saya. Saya penuntut al-Azhar. Saya kenal mereka. Mereka bukan semua begitu. Mereka lebih baik dari itu. Itu tohmahan. Saya bukan sembunyikan cerita. Saya cerita perkara ini benar. Ini suatu perkara yang harus diterima akal. Saya malu untuk berkata lagi. Diam.

Cuti - Cuti Malaysia

Lewat seminggu saya tidak ke udara di laman blog ini. Diri terpaksa akur meninggalkan sisa – sisa baki untuk meneruskan perjuangan ke Kota Kaherah yang padat dengan berjuta – juta ilmu. Pengorbanan meninggalkan kamar impian akan menjadi suatu pengalaman yang amat manis tatkala kaki ini akan terus melangkah ke sana. Isnin – 18 September 2.30 petang Bertolak ke Seremban, Negeri Sembilan 7.00 malam Tiba di stesen bas Seremban 8.30 malam Tiba di UKM, Bangi dengan menaiki KTM Komuter dari Seremban 11.00 malam Bermalam di UKM, Bangi Selasa – 19 September 7.30 pagi Meninggalkan perkarangan UKM, Bangi dan bertolak ke KL 8.30 pagi Tiba di KL Sentral 9.00 pagi Menuju ke Wisma Radio, Angkasapuri, RTM, Kuala Lumpur 11.30 pagi Bertolak semula ke KL Sentral 12.00 tengahari Makan tengahari di Masjid Jamek, Kuala L

Halalkah Makanan Kita?

Saya tidak pasti mengapa sukar benar untuk meng 'upload' gambar. Puas menanti untuk siap. Namun, terbengkalai juga akhirnya. Mungkin ini sebuah suratan. Tidak mengapa. Saya ada cerita yang lebih menarik untuk dikongsi. Tajuknya senang sahaja. Halal. Semua orang tahu tentang halal. Bila sebut halal, maka tergambarlah bahawa makanan halal dan minuman halal. Namun, tahukah kita apakah sebenarnya halal ini dan bagaimanakah perlaksanaannya di Malaysia pada hari ini? Tidak mengapa. Mungkin, anda langsung tidak terfikir tentang perkara ini. Adakah hanya mereka yang berada di bidang Bio-teknologi makanan sahaja atau Sains Pemakanan yang harus mengkaji? Anda bagaimana? Mari sama-sama kita uji minda dengan menjawab beberapa soalan saya berkaitan dengan halal. 1. Apakah agensi yang bertanggungjawab bagi mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal di Malaysia? a) KPDN& HEP b) JAKIM & JAIN c) SIRIM & JAKIM 2. Sekiranya logo halal anda dikeluarkan dari negeri Johor, apakah kod halal

Bicara JAKIM

FIQH ALAWIYAH DALAM GERAKAN DAKWAH oleh PROF. MADYA DR. MOHD. NOR MANUTY Prof. Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi seorang tokoh ilmuan dan daie yang ternama pada abad ini telah mengemukakan pandangan secara terbuka bahawa Gerakan Dakwah Islam pada masa ini dan masa akan datang hendaklah memahami serta melakukan implikasi 'fiqh Al-Aulawiyat' dalam Gerakan Dakwah, menurut Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi hilangnya dimensi fiqh Al Aulawiyat di kalangan para daie telah mengakibatkan pelbagai kesilapan dan kekeliruan berlaku. Justeru itu, beliau telah mengetengahkan orientasi bahawa dalam fiqh semasa dua buah buku beliau yang terpenting dalam menganalisiskan konsep tersebut iaitu Al-Aulawiyat Al-Harakat Al-Islamiyah Fi Al-Marhalati Al-Qadimah (Keutamaan dalam Gerakan Islam Pada Tahun Mendatang) dan Fiqh Al-Aulawiyat Dirasatun Fi Dhaui Al-Quran Wa Assunnah An Nabawiyyah (Fiqh Al-Aulawiyat - satu kajian dari perspektif Islam Quran dan Sunnah). RASIONAL FIQH YANG BARU Beberapa tokoh ilmuan ternam

Diari Simposium Pelajar Islam Johor

Khamis (7 September 2006) Panggilan telefon daripada Ustaz Syukri memaksa kaki melangkah pergi meninggalkan bandaraya Johor Bahru buat seketika. Perjalanan terus diatur dengan menghubungi Rasul untuk ke Kg. Serkat, Pontian. Setiba di bandar Pontian tepat jam 9.00 malam. Aku dijemput oleh Syukri dengan kereta pacuan empat rodanya. Malam itu, kami menghabiskan masa bersama di Kg. Serkat, Pontian. Mendapat layanan istimewa daripada keluarga angkat tempoh hari Ibu Norleda dan Ayah Jaafar. Terima kasih buat kalian. Jumaat (8 September 2006) Keadaan sememangnya bosan sejak dari pagi. Tiada cadangan hendak ke mana – mana detinasi. Sekeluarga mengambil cuti kerana menghadiri upacara persandingan adik di Batu Pahat. Kami bertiga tidak tahu ingin berbuat apa. Hujan tujun dengan lebat menandakan mata yang utuh ini layu dimamai lagenda mimpi yang menusuk kalbu. Enaknya tidur. He he he… Usai solat Jumaat di Masjid Jamek Nooh Gadot, aku melangkah kaki ke rumah semula. Hidangan makan tengah hari tela

Sabarlah

Oleh : typeace dia menanti aku menanti penantian suatu penyeksaan sabarlah... lagi sunyi malam- malam esok bila bersua lagi...entah dilema membungkam perasaan tiada terdaya aku bisu lagi bila harus menanti sabarlah... kata rindu...memang rindu tapi bila lagi? penantian memang menyeksakan... tunggu aku pulang; bawa keazaman yang baru ini... sabarlah...

Hujung Bicara Ini

Ke hulu hilir aku bawa dia. Dari utara sampai selatan. Tapi aku tidak tahu bila mulut ini akan bersua. Dia faham perasaanku. Riak wajah ala – ala cina membuatkan perkenalan kami mesra sejak dua minggu yang lalu. Kerana sebuah program. Bukan aku yang pinta semua ini. Ia berlalu dengan pantas. Hari ini aku pinjam dia lagi dari mama dan ayahnya. Kataku, ingin membawa dia keluar menghirup udara segar. Sambil tangan mengusap – usap rambutnya yang hitam, dia faham akan aku. Dahagakan kasih dan sayang. Sukar untuk ku percaya bahawa masa sungguh singkat. Aku dan dia bakal berpisah. Mungkin untuk suatu masa yang panjang dan lama. Jauh di sudut hati ingin meninggalkan dia. Tapi aku tetap menyambung perjuangan. Dua tahun lagi dia akan menghadapi peperiksaan UPSR. Bukan mudah katanya. Sebagai anak bongsu, dia perlu belajar dan terus belajar. Aku faham. Dia mahu berjaya. Namun, aku jauh. Bagaimana harus aku membantunya. Lewat malam tadi, aku mengheretnya ke kolej aku. Bawa bersiar – siar ke bandar

Ada Apa Dengan Dua Tahun

Ada Apa Dengan Dua Tahun Oleh : Syafiq bin Zulakifli Ada apa dengan dua tahun Hanya bermain? Hanya melancong? Atau belajar dan belajar. Nahu dan sarf sudah cukup? Feqah dan tauhid sudah mantap? Pening memikirkan lagi. Ada apa dengan dua tahun Rasa macam kosong Jiwa jerit melolong Fikiran jadi bingung Dek ilmu yang belum dijunjung. Ada apa dengan dua tahun Sirah Imam Syafie belum dikaji Quran dan hadis belum khatami Pelik sungguh hari ini Bicara sedih menduga diri Entah… Diri ini hilang diterbang nafsu duniawi. Ada apa dengan dua tahun Tak puas hati ini lagi Meratapi kekesalan yang parah ini Entah bila akan berubah Lagi dua tahun… Dua tahun telah meninggalkan pergi Dua tahun juga bakal diharungi Segulung ijazah menjadi saksi Apa dia? Apa ada dengan dua tahun. ***Penulis merupakan mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Syariah Islamiah, Kaherah yang akan menyelusuri Tahun 3, sesi 2006/2007 pada bulan September ini.

Ekspedisi ke Kuala Lumpur

Selasa (29 Ogos 2006) 6.30 petang : Dari Johor Bahru ke Melaka 9.30 malam : Tiba di Melaka Bandaraya Bersejarah 11.00 malam : Lena Pejuang Rabu (30 Ogos 2006) 8.00 pagi : Siap Siaga 9.00 pagi : Bertolak ke Kuala Lumpur 11.00 pagi : Tiba di Terminal Komuter KTMB – UKM 12.00 tghari : Tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara 2006 (BBSN 2006) di tingkat 3. 4.00 petang : Bertolak semula ke Universiti Kebangsaan Malaysia 6.00 petang : Lawatan Tanpa Rasmi ke UKM, Bangi 9.00 malam : Makan Malam di Restoran Puteri Bongsu, Bangi – kedai makan nenek saudara 11.00 malam : Lena Pejuang Corat – Coret Saya ke Kuala Lumpur dengan satu tujuan iaitu untuk menghadiri BBSN 2006 di PWTC. Saya telah menyertai empat buah pertandingan. Berikut adalah beberapa pertandingan dan hadiah yang saya peroleh :- - Pertandingan Penyampai Citra dan Juruhebah (DJ) Keputusa