Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Mazhab Pemikiran

MENJADI salasiah generasi akademik bukan sesuatu yang mudah. Malah, pertentangan - serta tanggapan di sebalik sesuatu kekadang menjadi perbualan dan perdebatan yang tiada berkesudahan. Awal bulan lalu, seawal saya pulang ke Johor Bahru dan singgah ke Universiti Teknologi Malaysia, Skudai - seorang teman bersuara dalam perbualan kami, "UTM mencari orang macam kau. Menulis sahaja bahan ilmiah. Kau ada bakat menulis. Dalam setahun dua, sudah bergelar mahasiswa sarjana." Sehingga saat saya mengarang karya ini - saya masih belum berpedoman untuk menyambung pengajian di dalam sarjana apa. Saya seolah-olah serabut dengan kekalutan dunia pekerjaan di samping ijazah sarjana muda yang tidak menserasikan diri di alam kerjaya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu ketetapannya. Serasa-rasa tercabar, saya terpengaruh dengan pelbagai rencam penulisan Dr Zaharuddin Abdul Rahman yang menjadi tetamu mingguan di dalam Bicara Muamalat saban minggu di konti radio IKIMfm. Walau

BKPJM, PMRAM dan Pelajar Mesir

SUDAH LAMA tidak menulis hal ehwal berkenaan dengan Mesir. Tentu, saya amat merindui Mesir yang membesarkan saya seperti hari ini. Mesir juga yang meletakkan halatuju dan matlamat kerjaya saya hari ini. Selepas hampir tiga tahun meninggalkan bumi Mesir, pada waktu ini saya sudah berada di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Bahagian Radio. Saya mengucap syukur kepada Allah yang memberikan peluang untuk saya berkhidmat bersama rakyat di Malaysia. Justeru, IKIMfm saluran radio kefahaman Islam yang pastinya teman-teman dari Mesir mendengarnya. Saya amat merindui Mesir. Oleh sebab itu, apa sahaja hal yang berlaku di Mesir, saya memang beria-ia mengetahuinya. BKPJM dan PMRAM Siapa tidak mengenali Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) dan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Saya pernah menjawat jawatan sebagai exco BKPJM sehingga pernah menjadi Penasihat 3 BKPJM. PMRAM lebih mendalam di dalam jiwa saya. Selama tiga tahun menjawat jawatan di dalam PMRA

Ulama Masa Kini

SELEPAS meninggalkan stesen TV Islam negara, TVAlhijrah - saya mendapat pelbagai persoalan yang sebenarnya hampir sama. Soalannya adalah, "Mengapa keluar daripada TVAlhijrah?" Saya fikir jawapan sewaktu berbicara bersama Ustaz Pahrol Md Joui pada awal Mac lalu adalah jawapan yang tepat. Jawapannya, saya perlu menjadi ulama. Saya juga perlu ber'hijrah' daripada hijrah. Empat bulan berada di dalam IKIMfm, tentu pelbagai pengalaman yang ingin dikongsi. Insya-Allah satu masa nanti yang dijanjikan - pengalaman itu saya akan kongsikan bersama-sama. Tanpa saya sedari, apabila saya berada di IKIMfm, sebenarnya saya duduk di kawasan yang selamat. Saya bersama para asatizah dapat merapatkan hubungan. Entah mengapa, saya dapat mengendalikan rancangan-rancangan agama sewaktu berada di sini kerana itulah major saya. Setiap minggu, saya akan bersama Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri, Dr Zulkifli Mohamad, Ustaz Salehuddin dan beberapa ustaz lagi. Minggu ini juga menariknya