Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2006

Saf Perjuangan Kita

SAF KEPIMPINAN PMRAM 2006 Presiden HAIRUL NIZAM BIN MAT HUSSAIN Tim. Presiden (Lajnah Dakwah) MOHD HAFIZ BIN MANSOR Naib Presiden 1 ( Lajnah Perancang dan Panitia) NABIL BIN AHMAD Naib Presiden 2 (Lajnah Muhafazah) MUHAMMAD BIN ARSHAD Setiausaha Agung ABDUL FATTAH BIN JAAFAR Timbalan Setiausaha Agung (Ketua Lajnah Pendidikan) MOHD NAZIM BIN MOHD NOOR Naib Setiausaha Agung (Lajnah Pendaftaran) RAFZAN BIN RAZAK Bendahari Kehormat MOHD RIDZUAN BIN YAHYA Badan Penerangan dan Penerbitan MOHAMAD HUD BIN SALEH HUDDIN Badan Pengetahuan dan Penyelidikan ABDUL HADI BIN AWANG Badan Ekonomi MOHD FADZLAH BIN ABD RASHID Badan Komunikasi dan Bahasa Arab SYAFIQ BIN ZULAKIFLI Badan Sambutan dan Rehlah MOHAMAD NOOR KAMAL BIN ADAM Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan MOHD NAZRUL BIN ABD NASIR Badan Kebajikan dan Tabung Derma ABDUL AZIB BIN HUSSAIN

Warisan Kita Dibina

Utusan Melayu Mingguan diterbitkan semula Isnin Sumber : Utusan Malaysia Online BANGI 28 April - Akhbar tunggal tulisan jawi yang dihentikan penerbitannya tiga bulan lalu, Utusan Melayu Mingguan akan diterbitkan semula sebagai sisipan akhbar Utusan Malaysia mulai Isnin ini. Inisiatif itu diambil hasil kesedaran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Pelajaran bahawa terhentinya cetakan akhbar itu yang kini berusia 67 tahun akan melenyapkan salah satu warisan negara dan orang Melayu. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tekad menghidupkan warisan itu semula dan hari ini usaha itu dimeterai secara rasmi. Bertempat di Kompleks Sri Utusan di sini, Ketua Setiausaha kementerian masing-masing iaitu Datuk Siti Azizah Abod dan Datuk Dr. Zulkarnain Awang bersama Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali menandatangani perjanjian bagi penerbitan sisipan tersebut. Kedua-dua k

Sayang Seorang Anak

Tahniah dan Takziah Untuk Seorang Bapa Oleh : Anakandamu Saya menerima emel daripada bapa saya yang kini sedang bertugas di Sekolah Menengah Dato’ Abdul Rahman Yassin, Tampoi, Johor Bahru. Beliau merakamkan berita yang amat gembira buat diri saya apabila beliau kini dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Ko-Kurikulum (SMK Mohd Khalid, Johor Bahru) yang dulunya dikenali Maktab Perguruan Mohd Khalid. Beliau telah melaporkan diri ke sekolah berkenaan pada hari ini (24 April) dan akan mula berkhidmat di sekolah baru pada 2 Mei ini selepas cuti Hari Pekerja pada 1 Mei. Kkesedihan telah lahir apabila saya berfikir panjang terhadap beberapa perkara penting yang akan digalas oleh bapa saya selepas ini. Sebelum ini, semasa beliau ditempat sebagai Penolong Penyelia Petang, banyak juga tugas yang sering dibebani. Apa tidaknya, jadual waktu persekolahan, saban tahun beliau yang menyiapkannya. Jika bukan cuti persekolahan bulan Disember, cuti – cuti semester yang lain juga mengganggu kelancaran

Nilai Penulisan Faisal Tehrani

Bila Penulis Mula Menulis Oleh : Syafiq Zulakifli Banyak perkara yang saya sedang fikirkan. Kekadang saya rasakan penulisan bukan sesuatu perkara yang dianggap mudah. Saya faham, ramai di kalangan penulis khusus di Malaysia akan membuat suatu penelitian yang mendalam terhadap seni penulisan dan pengolahan ayat di dalam sebuah karya atau hasil yang dilakukan. Seperkara yang menjadi bual bicara adalah bagaimana kepentingan penulisan ini dapat digarapkan dan dihasilkan dengan cemerlang. Penulis perlu berhati-hati. Benarkah ia? Beberapa tulisan dan karya yang saya baca kekadang mempunyai perlakuan dan metod yang jelas melampaui batas keperluan dan agama. Ada banyak tanggapan terhadap keberhasilan karya- karya penulis di Malaysia, yang kekadang tidak setepat maklumat menurut ilmu dan thaqafah yang betul. Ada karya- karya yang terhasil mengundang provokasi dan penjidalan kata-kata sehingga boleh membawa konflik perpecahan. Saya meneliti sebuah karya Faisal Tehrani mela lui lamannya. Banyak p

Cerpen Pertama Saya

Kepulangan Oleh : Syafiq bin Zulakifli Satu Dilla, Hari ini Laut China Selatan bergelora lagi. Habis satu rumah disimbahinya. Semalam ibulah yang membersihkannya sehingga lewat malam. Hampir sebulan kampung kita dilanda banjir. Dulu, jika kau ada, mahu juga kau menolong. Tapi, kini kau dah jauh. Meninggalkan ibu yang entah bila akan menjelma kembali. Ibu rindu. Pulanglah. Sepucuk surat lagi singgah di rumah Dilla. Masuk hari ini sudah dua puluh tiga kali warkah dari Mak Eton bertamu tetapi dihiraukan jua oleh Dilla, anak kesayangan Mak Eton. Dilla, anak sulung Mak Eton yang sudah enam tahun menetap di bandar metropolitan ini selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Selepas bergelar mahasiswi dan mendirikan rumahtangga bersama Amir, tidak pernah sekalipun dia menjejakkan kaki di Kg. Parit Asam Kumbang, tempat kelahirannya. Mungkin marahnya masih lagi membakar bak rumah yang masih tidak padam apinya. Peristiwa sembilan tahun lalu, acapkali berlegar meren

Salah Yang Tidak Salah

Saya pasti ramai telah membaca artikel daripada seorang sahabat saya, Mohd Zaki M Noor, berjudul “Tawakal dan Tafakur - Satu Pandangan Kepada Kamus Dewan”. Saya yakin, ada di antara pembaca juga akan tertanya – tanya bahawa kesilapan atau kesalahan yang sengaja dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkenaan istilah peminjaman kata daripada Bahasa Arab yang di melayukan. Lihat contoh di bawah : Perkataan ‘redha’ akan ditulis ‘reda’ mengikut Kamus DBP. Manakala perkataan ulama’ akan ditulis ulama . Sementara, perkataan Al-Qur’an akan ditulis al-Quran . Ada lagi beberapa contoh istilah dan perkataan pinjaman yang ditukar ke dalam Bahasa Melayu menurut Kamus DBP. Saya tidak pasti siapa yang akan dipersalahkan dan bersalah. Saya yakin, DBP akan memilih panel pengubah istilah peminjaman kata agar ia serasi dan tidak mendatangkan permasalahan. Saya juga berkeyakinan bahawa DBP tidak bersalah di dalam hal ini. Pelbagai perbincangan telah dilakukan demi melahirkan sesuatu natijah y

Saya Akan Berubah

Kenapa saya perlu berubah? Adakah sebelum ini perangai saya teruk sangat? Adakah sebelum ini banyak kesalahan yang saya lakukan? Mungkin banyak benarnya daripada salahnya. Saya tidak tahu di mana silapnya. Saya juga kurang pasti mengapa jadi begini. Banyak perkara yang sering lakukan namun kurang menjadi. Perkara-perkara remeh yang berulang tetap saya hadapi. Saya nak lakukan perubahan. Apa perubahan itu? Saya tidak pasti lagi adakah perubahan ini akan dan pasti terjadi. Semua yang saya lakukan ada yang tidak puas hati. Saya menyiarap, ada yang tidak suka. Saya menggomel, ada yang kata macam orang gila. Saya mengaji, ada yang kata macam baik sangat. Jadi, semua tidak kena. Kemahuan tidak dibela. Kehendak tidak diturut. Biarkanlah, inilah dugaan dunia. Yang penting, saya akan berubah walau selekumit cuma.

Berdosakah Masuk Syurga?

Dua puluh tahun lalu, saya tidak pandai mengaji. Saya tidak tahu mengeja, tidak tahu membaca, dan tidak pula tahu mengira. Tetapi, selepas menerima pendidikan di peringkat rendah sehingga ke peringkat tinggi, saya telah dapat semuanya. Namun, saya bertanya kepada diri sendiri, sepanjang kehidupan saya ini apakah masih belum sempurna lagi penghijrahan ini. Hakikat, semua kejadian manusia di muka bumi Allah ini tidak sempurna. Lantas, kita perlu berdoa agar ketidaksempurnaan kita digalasi dengan pengharapan dan takut kepada Allah s.w.t. Saya sudah tahu 2+2=4. Saya juga telah faham A+Y+A+M = AYAM. Namun, jikalau ini adalah sesuatu kesilapan, bantulah saya. Semenjak berlabuh di tanah gersang ini, banyak perkara baru saya dapat. Jika dahulu, saya mengetahui 2+2 = 4, namun kini saya telah ketahui bahawa orang yang baik dan tidak membuat dosa akan masuk ke dalam syurga. Namun, saya juga yakin syurga atau neraka ketentuan Allah. Kenapa kita perlu mengharap pada dunia sedangkan setiap ming

Hari Keputeraan Sultan Johor

Sultan Johor lantik Raja Muda JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Iskandar semalam berkenan mengumumkan pelantikan cucunda baginda, Tunku Ismail Idris Tunku Ibrahim Ismail sebagai Raja Muda Johor, berkuat kuasa serta-merta. Pemasyhuran putera sulung Tunku Mahkota Johor dan Raja Zarith Sofia itu dibuat Sultan Johor pada majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraannya di Istana Besar di sini. Selepas menganugerahkan darjah dan pingat kebesaran kepada 11 penerima, tanpa menggunakan pembesar suara baginda mengisytiharkan cucunya sebagai Raja Muda Johor. "Saya umumkan cucu saya sebagai Raja Muda Johor," katanya. Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Abu Bakar Tunku Abdul Rahman, dalam kenyataannya berkata, selepas pelantikan ini, Tunku Ismail akan bergelar Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibrahim, Raja Muda Johor, pada semua majlis istiadat dan urusan rasmi kerajaan, mulai semalam. Berikutan pelantikan itu, Tunku Ismail menjadi pewaris kedua selepas ayahandanya,

Seputar PMRAM

Saya terharu melihat gelagat dan aksi Badan Pengurus PMRAM sesi 2006 yang baru memegang dan duduk di barisan kabinet PMRAM. Tahniah dan takziah saya ucapkan. Namun, apa yang amat terharu pada diri saya sehingga ke hari ini adalah bagaimana sayangnya dan kasihnya BP yang lama kepada BP yang baru. Saya adalah antara generasi pewaris perjuangan PMRAM yang paling muda kala ini. Berbekalkan semangat dan keazaman diri, saya lebih gemar menyatakan bahawa PMRAM membentuk nilai jatidiri dan kehidupan yang sebenar yang dituntut di dalam Islam. Baru - baru ini Dialog Perdana PMRAM telah di adakan di perkarangan Rumah Terengganu, Hayyu Asyir. Kemuncak program tersebut adalah program Pelancaran Dana Syaqah PMRAM. Tahukah kalian, jika seorang mahasiswa Al- Azhar menyalurkan wang bernilai LE10 sahaja, PMRAM akan berjaya mengumpulkan dana itu sebanyak LE 40,000. Ini bermaksud sekadar LE 260,000 perlu lagi dikumpulkan bagi merealisasikan hasrat dan impian ahli PMRAM untuk mendapatkan tempat dan pejaba