Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

SASARAN PERTAMA : Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu

Gambar sekadar hiasan (Majlis Pengumuman Puasa oleh Mufti Kerajaan Mesir) Apabila tiba di Malaysia, sasaran pertama saya adalah menghadiri seminar atau persidangan berkaitan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Malaysia. Oleh yang demikian, mana-mana pihak yang teringin mengiringi saya dan menemankan saya di dalam bilik penginapan (barangkali Hotel Puteri Pan Pacific, Johor Bahru), bolehlah kiranya menghubungi saya. Kita boleh sama-sama duduk semeja di dalam persidangan itu nanti. Kerajaan Negeri Johor sekali lagi dengan sukacitanya akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia pada 28-30 September 2009 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru. Persidangan ini diselenggarakan secara bersama oleh Yayasan Warisan Johor, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, UPSI dan DBP. Persidangan ini akan membentangkan lebih kurang 30 prosiding daripada 30 orang para pemakalah yang kebanyakannya merupakan IPTA tempatan dan luar negara ter

Dunia Penerbitan

INI maklumat penting! Sekiranya saudara ingin menjadi penerbit dan membuka mana-mana syarikat penerbitan buku, pastikan saudara usah lupa bahawa karya fiksyen wajib dibuka juga (diterbitkan). Oleh sebab 80% daripada dunia penerbitan buku di Malaysia pada hari ini adalah dunia fiksyen, amat penting bagi seorang penerbit menerbitkan buku-buku bercorak sebegini. Fiksyen adalah karya novel, cerpen, cerita-cerita Nabi, dan lain-lain lagi.

Anak-Anak Hari Ini (2)

Kenapa kereta Ammu tak masuk garaj? Habislah kereta Ammu tak bernilai la lepas ni... SAYA tangguhkan catatan yang lain. Catatan ini amat penting. Kereta saya sudah sampai di rumah. Barangkali itulah mauduk perbincangan saya pada hari ini. Atuk Amni menulis dalam facebooknya; -JLT 4419 sape punya. Atuk dulu masa mula kerja 29 tahun lalu tahun 1980 cuma mampu beli " motosikal HONDA", itu pun selepas dapat tunggakkan gaji tiga bulan dan digunakan utk bayar duit muka RM 600. -Motor atuk dulu tu BBG 4008. Kereta Ammu JLT 4419 . Nak JLS dah terlepas, kata mama kalau JLS = Jangan Lupa Syafiq. Apa ada pada "nombor/plat". Anak-anak hari ini mampu diberi apa sahaja. Mahu 'A' diberi 'A'. Mahu 'B' diberi 'B'. Selepas keputusan peperiksaan muncul secara rasmi, keluarga merancang itu dan ini. Saya juga merancang itu dan ini. Mak saya kata mahu mendapatkan nombor 8885 sempena ulangtahun kelahiran saya. Pada 8 Ogos 1985. Tetapi sudah tiada. Sebenarny

Memilih Pesawat

SEPANJANG menuntut di bumi Mesir, dicatatkan penerbangan yang pernah saya 'jamah'. 24 Oktober 2004 KLIA-Qatar-Cairo Qatar Airways 31 Januari 2006 Cairo-Dubai-Singapore Singapore Airlines 6 Mac 2006 Singapore-Dubai-Cairo Singapore Airlines 14 Julai 2006 Cairo-Dubai-Singapore Singapore Airlines 3 Oktober 2006 KLIA-Bahrin-Cairo Gulf Air 1 Julai 2007 Cairo-Singapore Singapore Airlines 7 November 2007 Singapore-Cairo Singapore Airlines 12 September 2009 Cairo-Mumbai-KLIA Egypt Air Oleh kerana Singapore Airlines sudah menjadi makanan harian, buat kali pertama pesawat Egypt Air dijamah. Barangkali tidak semewah Singapore Airlines, tetapi yang pasti ada sesuatu yang ingin digubah.

Catatan Yang Terlewat (2)

AKHIRNYA seorang teman melangkah pertama meninggalkan Kota Kaherah. Ustaz Rasul bin Amat, mantan Naib Presiden II PMRAM selamat berlepas pulang ke Malaysia pada hari Rabu yang lepas. Insya-Allah, saya akan pulang dalam waktu yang terlalu hampir. Terima kasih kepada bumi Mesir yang telah memberikan pengalaman sepanjang hampir lima tahun ini. 24 Oktober 2004, tarikh keramat saya bersama rakan-rakan negeri Johor ke bumi Mesir. Dan kini, masing-masing akan membawa bagasi persendirian dengan perjalanan menuju ke alam baru yang lebih mencabar.

Mencari Makna

TUHAN telah menetapkan perjalanan hamba-Nya. Saya amat yakin dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Artikel kali ini adalah satu signal penting kepada pengalaman sebagai peserta Seminar Penulisan Cereka pada November 2007 yang lalu. Saya punya satu prinsip bahawa kita harus mencipta perkara luar biasa sebagai manusia biasa. Maka, keperluan yang mendesak itu menjadikan saya memilih bidang ini. Ya. Dunia penulisan yang lebih terarah. Malah bidang penulisan karya kreatif (cerpen, novel, puisi, drama, skrip filem dan lain-lain cabang seni) adalah menjadi mauduk utama saya dalam penerapan nilai dan latihan penulisan itu. Sebab itu, kalau diberikan satu ijazah kepada saya; saya amat cocok jika dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan minor Sastera. Barangkali ada yang tidak bersetuju atau ada yang amat-amat bersetuju. (Ayat yang terlalu 'ambitious' barangkali) Itu saya serahkan kepada kalian untuk mentafsir. Sebagai seorang mahasiswa yang lahir daripada dunia

PROGRAM PMRAM : Majlis Pembacaan Kutub Sittah

SAYA tidak ketahui apakah punca video yang saya tonton ini amat terkesan pada jiwa. Malah, dua kali saya menontonnya, dua kali itulah saya sebak. Pertama, barangkali saya berfikir bahawa saya tidak akan hadiri program besar ini. Kedua, kemungkinan saya amat sebak melihat 'teman' saya yang akan mengendalikan program ini tanpa saya lagi di sisi. Program Majlis Pembacaan Kuttub Sittah (dimulakan dengan Sahih Bukhari) adalah program yang akan diadakan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada bulan Oktober nanti. Program yang melibatkan kos yang besar serta bakal dihadiri oleh ulama besar Al-Azhar, pastinya memberikan peluang dan ruang kepada mahasiswa mendekatkan diri terhadap majlis ilmu. Pastinya program ini bakal mengingatkan kita tentang kepentingan ilmu lebih-lebih lagi dengan kedatangan mahasiswa baru di Perlembahan Nil ini. Tambahan : Program ini akan dipengerusikan oleh Saudara Mohd Adlan Mokhtaruddin selaku Setiausaha Agung PMRAM.

HUKUM AGAMA : Malaysia Amal Undang-Undang Islam Yang Gagal

APABILA isu agama melanda politik tanah air, masing-masing kelam-kabut. Paling menakjubkan seorang menteri yang bukan berlatar belakangkan agama mengeluarkan kenyataan media yang bukan-bukan malah mempamerkan kebodohannya. Isu Kartika Sari Dewi Shukarno yang sedang menjadi bualan hangat kepada institusi perundangan, institusi badan-badan berkanun, ulama dan ahli politik masing-masing sedang mengalami polemik kemunduran wacana dalam menangani masalah ummah dan Islam. Sudah terang lagi bersuluh bahawa hukuman ke atas pesalah minum arak telah dinaskan di dalam Hadis Rasulullah s.a.w. namun mengapa tiba-tiba polemik ini muncul? Apakah Undang-Undang Syariah Islam yang dipraktikkan oleh negeri-negeri tidak selaras dengan kehendak syariah Islam? Atau, adakah hukuman berdasarkan syariat Islam masih belum dilaksanakan di Malaysia? Semuanya kita kembalikan kepada pemerintah. (Baca : jawablah korang kat akhirat nanti) Apabila seseorang yang mengaku bersalah dengan membuktikan kesalahannya melalui

Menerbitkan Novel

SAYA meletakkan diri sebagai pembaca tegar sebuah karya fiksyen. Biasanya saya lebih membaca karya-karya yang memenangi anugerah melalui sayembara penulisan daripada karya pop yang berada di pasaran. Oleh kerana dunia penerbitan karya fiksyen kini sudah tiba ke tahap yang membanggakan; saya fikir pelbagai keperluan mendesak terhadap kepelbagaian judul di dalam sesebuah karya. Pertama; adakah judul 'Cinta-Cintun' masih releven pada hari ini? Kedua; adakah pembaca akan hanya membeli karya yang berjudul 'cinta' sahaja. Ketiga; adakah pembaca (era 2009) sudah muak dengan karya yang berkulitkan dua biji mata wanita? Tiga perkara pokok ini yang sedang berlegar dalam diri. Sebagai seorang pembaca karya fiksyen, saya fikir bahawa karya fiksyen akan diminati oleh pembaca bukan kerana jalan ceritanya sahaja, tetapi sejauhmana seorang penulis itu mampu mengarang karya mereka melalui sistem pengarangan bermaklumat. Oleh kerana karya fiksyen (novel) sudah belambak di pasaran sehingg

VOICE OF PMRAM

KITA menjemput mana-mana mahasiswa atau mahasiswi yang ingin menghadiri Ujibakat Suara bagi pengacara majlis, pengerusi umum, pembaca berita, hos rancangan atau apa-apa sahaja untuk menghadiri majlis kita di Asrama Pelajar Kelantan, Hayyu Sabie, Kaherah pada hari ini. Khamis, 27 Ogos 2009 Kaherah Ujibakat akan diadakan bermula jam 8.00 pagi. Panel penilai adalah :- 1. Syafiq Zulakifli 2. Azlan Hj Alias 3. Majdi Zakaria

Maahad Johor : Buka Peluang Mahasiswa Ke Mesir

Gambar ihsan alcina89 SECARA PERIBADI, Maahad Johor adalah salah satu institusi pengajian tinggi (Sekolah Menengah Agama Tinggi) di negeri Johor yang telah melahirkan ratusan malahan ribuan pelajar yang akan meneruskan pengajian mereka sehingga ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Sebagai lepasan pelajar tahun 2003, saya amat berbangga kerana dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah menempatkan sayabersama teman-teman di Universiti Al-Azhar, Kaherah ini. Sesungguhnya guru-guru yang dipilih untuk membangunkan mahasiswa (pelajar) di Maahad Johor bukanlah guru biasa, malah proses pemilihan guru-guru Maahad Johor adalah pemilihan yang sangat berhati-hati dilakukan oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor. Terlalu banyak perkara yang wajar dicoretkan terhadap pembangunan yang dilakukan oleh mudir dan guru-guru Maahad Johor sehingga kebanyakkan mahasiswa dan pelajar Maahad Johor cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dari tahun ke tahun pastinya, pelbagai pengiktirafan yan

Seorang Demi Seorang Tinggalkan Kaherah

Ustaz Azrul nak balik juga? Ahli Bait yang sudah pulang lebih seminggu yang lalu.. Ketika catatan ini ditulis, saya duduk keseorangan ;( Pulang setelah tamat pengajian barangkali tidak sama dengan suasana pulang bercuti. Bermula bulan Ogos, mahasiswa yang telah tamat pengajian akan berbondong-bondong meninggalkan Kota Kaherah dan berlepas pulang ke Malaysia. Bulan Ogos adalah paling awal. Ada yang memilih September, Oktober, November, atau Disember. Paling mengasyikkan adalah mereka yang mampu bertahan sehingga ke Januari hingga Mei tahun akan datang. Saya akui ada di antara mahasiswa yang sudah mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar sanggup 'duduk' di bumi Mesir lagi setahun. Barangkali masing-masing punya keputusan tersendiri. Saya juga punya pandangan tersendiri berkenaan hal ini. Pulang awal pastinya membawa kesan yang baik mahupun sebaliknya. Pulang awal bermakna Sijil Asli masih lagi tidak berada di tangan. Yang ada hanya Sijil Sementara yang dikeluarkan oleh

SASTERA AHAD : Tauhid, wilayah sebenar sastera

Bangunan Fakulti Syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir Sumber : Utusan Online, Ahad (23 Ogos 2009) Tauhid, wilayah sebenar sastera Oleh FAISAL TEHRANI SAYA berpendapat kita memerlukan sebuah persuratan yang menyediakan solusi untuk setiap masalah ummah dengan jalan supra mazhab. Saya perhatikan mutakhir ini karya sastera Islam kita telah menjadi kaku beku di dalam zon selesa. Pengarang hanya memuatkan beberapa pandangan ulama, ayat Quran atau hadis dan ungkapan-ungkapan keislaman untuk menjadikan karyanya sastera Islam. Ini lebih-lebih lagi dapat dilihat menerusi karya generasi baharu yang cenderung bersifat 'pop-keislaman'. Hanya terdapat seorang dua pengarang muda yang 'bekerja keras sedikit', dengan memuatkan wacana ilmu supaya karya sastera Islam tersebut mempunyai nilai tambah. Perkara ini pernah disinggung satu masa dahulu oleh filsuf Algeria terkenal, Malek Ben Nabi, yang mengatakan setelah mengenal pasti masalah, umat Islam mesti menyediakan satu sikap sosial (s

SASTERA : Karya Fiksyen Saya

SAYA paling kecewa apabila karya yang saya tulis tidak diterbitkan oleh mana-mana penerbit. Ya. Saya pernah menghantar ke majalah mahupun akhbar semata-mata mahukan karya saya dibaca oleh orang awam atau setidak-tidaknya dibayar dengan harga RM 150.00 untuk simpanan saya dan belanja sampingan. Lahir sebagai seorang penulis kecil, saya mengerti kelemahan saya. Malah, saya bukan sehebat penulis yang lahir daripada anak-anak Minggu Penulis Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka. Tetapi, itu semua saya tolak ke tepi. Yang saya perlu fikir adalah, jikalau karya itu dibakulsampahkan oleh pihak editor majalah mahupun akhbar, karya saya mahu juga ditatap oleh pembaca diblog saya ini. Karya 'Kalau Ummi Ada Disisi' saya tulis ketika peperiksaan bulan Mei yang lalu. Saya faham bahawa menghadap buku selama 24 jam tentu membosankan. Sebab itu saya tulis dalam sela masa yang tidak lama. Sekitar satu jam. Kemudian saya berehat dan menyambungnya pada waktu yang lain sehingga ke akhirnya. Barangkali

Majlis Pengumuman Puasa

Mufti Kerajaan Mesir yang lalu sedang ditemuramah oleh wartawan Ada budak tu nak juga bergambar... SETIAP tahun, Majlis Pengumuman Puasa Ramadan akan diadakan di Azhar Conference Centre (ACC), Kaherah. Pada waktu ini juga, ramai dan kebanyakkan ulama-ulama besar Al-Azhar akan turun ke dalam majlis tersebut. Majlis pada malam tadi dihadiri oleh Dr Mohamed Sayyed Tantawi, Imam Besar Al-Azhar, Mufti Kerajaan Mesir, Dr Ali Jum'uah, Menteri Wakaf Mesir dan kenamaan-kenamaan yang lain. Setiap tahun, PMRAM selaku persatuan induk mahasiswa di bumi Mesir akan menerima jemputan daripada pihak pengurusan majlis. Fikir saya, hanya di Mesir sahaja ulama-ulama diraikan malah bagai seorang 'artis' yang diagungkan. Barangkali suasana ini jauh berbeza dengan negara kita tercinta. Mengapa? Adakah orang-orang agama tidak dilayan di tempat yang selesa? Atau 'agama' hanya pada Kad Pengenalan sahaja? Justeru, kerana itulah saya berfikir bahawa kita perlu fikirkan sesuatu untuk membangunk

TERLALU HAMPIR

Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah bakal menerima kedatangan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Al-Azhar, Kaherah. Bila? Tunggu artikel akan datang. Terima kasih kepada semua pihak yang telah mendidik saya sepanjang berada di bumi Mesir terutama Ustaz Hairul Nizam Mat Husain. PMRAM yang telah melahirkan saya sebagai seorang mahasiswa dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak.

Presiden PMRAM Diberi Mandat

MAHASISWA dan MAHASISWI dijemput menghadiri majlis yang amat penting ini. Pengumuman anak bulan Ramadan oleh Dr Ali Jum'uah, Mufti Kerajaan Mesir. Ramai kawan-kawan minta saya teruskan pengajian di Mesir. Tidak!!! Jawab saya, "Mungkin tidak!"

Ustaz Zaki Berjiwa Besar

SEORANG tokoh mahasiswa yang saya kenali semenjak dari sekolah menengah, banyak mempengaruhi salah satu kehidupan saya di bumi Mesir. Beliau yang dimaksudkan ialah Saudara Mohd Zaki M Noor; salah seorang calon YDP BKPJM bagi sesi 2009/10. Biarpun tewas dengan majoriti yang besar, saya fikir itu bukanlah satu perkara yang utama. Apa yang lebih penting, beliau telah banyak memberikan sumbangan yang besar kepada pentadbiran BKPJM. Sumbangan buah fikiran dan idea, sumbangan tenaga di dalam memastikan pentadbiran BKPJM sentiasa maju ke hadapan. Saya pasti, tujuan beliau bertanding bagi jawatan penting ini juga bukanlah hanya sekadar suka-suka. Tetapi sekurang-kurangnya saya melihat pentadbiran saya benar-benar bersedia dan terus berfikir dengan rasional; apakah sebenarnya tanggungjawab yang seharusnya dilaksanakan sebagai AJKT pentadbiran. Secara peribadi, beliau telah membuka 'mata-mata' utama pentadbiran agar berubah ke arah positif di dalam memastikan BKPJM bukan hak milik AJKT s

Gambar Sekitar Mesyuarat Agung

Gambar yang paling tinggi nilainya...Betul tak Azmie? Dari kiri : Aiman, saya, Al-Azmie, dan Salam Biar siapa juga memerintah...kita tetap saudara Terima kasih kepada dunia pengurusan dan pentadbiran Penasihat Johor...terima kasih kepada semua Lima orang perwira negeri Johor

BKPJM Diterajui Oleh Ustaz Basir

ALHAMDULILLAH, tamatlah sudah sesi pentadbiran Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) bagi sesi 2008/09. Saya selaku Penasihat BKPJM juga secara rasminya meletakkan jawatan sebagai penasihat kepada anak-anak negeri Johor. Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM berjalan dengan sempurna. Ada muhasabah dan signal penting barangkali pada MAT kali ini. Dengan pertarungan penting merebut kerusi calon Yang Dipertua, saya kira ini adalah satu daripada bentuk 'teguran awal' kepada kepimpinan BKPJM bahawa persatuan anak Johor di bumi Mesir ini harus sedar tentang kewajipan melaksanakan amanah. Barangkali setelah 27 tahun BKPJM diwujudkan, banyak amanah yang masih tidak tertunai. Banyak kekurangan yang masih belum terlaksana. Saya hanya berada satu sesi dalam pentadbiran negeri Johor. Sesi 2005/06 di bawah pentadbiran Ustaz Mohamad Fairuz Tamjis, saya ditaklifkan sebagai Ketua Unit Pengetahuan dan Bimbingan. Terlalu sedikit pengalaman di peringkat negeri jika mahu dibandingkan deng

PUISI : Anak-Anak Hari Ini

Anak-anak hari ini bila berjaya diberinya harta diberinya dunia yang hanya sementara. Anak-anak hari ini bila berjaya disuapnya bahagia dikenyangkan dengan makanan gembira dilayan dengan pelayan jiwa memartabatkan bangsa. Anak-anak hari ini lebih bersuka ria dari tangis derita kerana ibu bapanya disuapkan dengan sebiji kereta apabila berjaya. KAHERAH 19 Ogos 2009

BARU TERBIT

SEMPENA DENGAN KEDATANGAN BULAN RAMADAN YANG MULIA, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir telah menerbitkan buku berjudul Ramadan : Puasa dan Iktikaf. Buku ini membicarakan beberapa persoalan penting berkenaan puasa dan Ramadan yang perlu diketahui oleh semua warga Al-Azhar sebagai salah satu daripada ilmu bantu berhadapan dengan masyarakat pada waktu ini. Perbincangan beberapa hukum di dalam mazhab Shafie dibahaskan di dalam buku ini. Dapatkan di kedai-kedai buku PMRAM yang berhampiran dengan anda. Buku ini dikarang oleh Saudara Muhammad Zuhaili Saiman, Anggota Badan Pengurus PMRAM 2009 selaku Naib Presiden III PMRAM. Tahniah!

SASTERA : Akhbar Hari Ini

Sumber : Berita Harian Online (Difahamkan bahawa ruangan Sastera akan terbit setiap hari di Berita Harian. Tahniah!!!) Panel Bicara Tokoh Sastera luah rasa tidak puas hati BICARA Tokoh Sastera Pengalaman Sebagai Sumber Pelajaran menjadi medan meluahkan rasa tidak puas hati layanan yang diberikan kepada mata pelajaran Sastera di sekolah negara ini mahupun industri kreatif yang didakwa lebih mengutamakan karya komersial dengan tumpuan dalam industri hiburan berbanding teks serius. Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Anwar Ridhwan, menganggap senario penutupan kelas Sastera di kebanyakan sekolah mendorong kepada peminggiran Kesusasteraan Melayu daripada mendapat tempat di hati pelajar, walaupun pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sudah berkuat kuasa. "Pemberian Anugerah Tokoh Akademik kepada SN, Prof Dr Muhammad Salleh, menunjukkan sastera masih mendapat tempat dalam masyarakat, tetapi perkembangan ini masih terlalu perlahan berbandin

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KELUAR SECARA RASMI

Keputusan sedang ditampal. Kanan sekali adalah Pegawai Pengurusan dan Pentadbiran Syariah tahun 4. Inilah bentuk dan sistem bagaimana keputusan peperiksaan ditampal. AKHIRNYA keputusan peperiksaan secara rasmi keluar pada 16 Ogos 2009. Saya telah mengetahuinya lebih awal iaitu pada 2 Ogos 2009 melalui 'bilik kontrol' (macam bilik kebal di Lembaga Peperiksaan Malaysia) dan minggu lalu di bilik pentadbiran Al-Azhar tahun 4. Oleh itu, keputusan yang sama menjadikan saya tidak seghairah kawan-kawan yang lain. :) Petang hari Ahad bersamaan 16 Ogos 2009, mahasiswa tahun 4, Syariah Islamiah di Kaherah akhirnya menunggu dengan sabar apabila keputusan secara rasmi ditampal di belakang kuliah. Saya ucapkan jutaan tahniah kepada kawan-kawan senegeri dan senegara yang berjaya. Paling menggembirakan teman-teman di dalam 'kumpulan belajar' kami akhirnya melepasi halangan dengan berjaya mendapat keputusan yang membanggakan semua pihak. Terima kasih kepada keluarga, teman-teman, sahaba

KEMPEN Pilihanraya BKPJM

CALON AJKT PILIHAN SYAFIQ ZULAKIFLI 1. Dr Yazid (pastikan pelajar PERUBATAN akan mentadbir BKPJM!!!) 2. Haidir Hanizan (saya perlukan pelbagai skrip drama daripada beliau) MESYUARAT Agung Tahunan BKPJM akan berlangsung pada hari Selasa, 18 Ogos ini bertempat di Asrama Pelajar Johor, Rabaah, Kaherah. Justeru, semua warga Johor dijemput mengundi SEORANG CALON YANG DIPERTUA dan TUJUH ORANG CALON AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKPJM DEMI MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN LEGASI PENTADBIRAN BKPJM DITERUSKAN OLEH GENERASI BKPJM, SAYA MEMOHON AGAR AHLI MEMILIH SAUDARA BASIR BIN MOHAMED UNTUK MENTADBIR BKPJM PADA SESI MENDATANG. HIDUP BASIR!!! Tambahan : Walaupun orang 'sudah bising' mengatakan KAUM MELAYU tidak memerintah BKPJM!!! Hehe

Perkembangan Penulisan Sastera Di Malaysia

FAKTA yang tepat bermulanya penulisan sastera di Tanah Melayu menjadi polemik. Sama ada kedatangan hikayat menjadi penanda aras ataupun kelahiran novel Melayu menjadi pemula tradisi sastera di bumi Melayu. Biarlah ia menjadi persoalan yang tinggal di tepian. Saya ingin berbicara soal penulisan sastera hari ini. Benarkah sastera semakin diterima? Izinkan saya memberi fokus novel, filem, dan drama dalam perbahasan saya kali ini. Saya belum membuat bancian terhadap sejauhmana keberkesanan program sastera negara hari ini. Dewan Bahasa dan Pustaka selaku penggerak kepada aktiviti sastera, adakah sudah bekerja keras menjalankan tanggungjawab memperkenalkan dunia sastera kepada masyarakat awam? Kita risau, kesusasteraan Melayu tidak mendapat tempat sewajarnya. Apabila PPSMI yang bakal dimansuhkan pada 2012 juga menjadi polemik yang tidak berkesudahan, saya fikir kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan, kesusasteraan Melayu yang tidak lag

Fiesta Thaqafi BKPJM

MAHASISWA AL-AZHAR dijemput menyertai Fiesta Thaqafi yang akan diadakan di Asrama Pelajar Johor Rabaah (Rumah Baru Johor) Fiesta Thaqafi BKPJM 2009 Tarikh : 15 dan 16 Ogos 2009 Masa: 7 pagi hingga 7.30 petang Kertas Kerja yang akan di bentang: 15 Ogos 2009 (Sabtu) Dakwah Non Muslim YBhg Ustaz Mohamad Fairuz bin Tamjis Famili Solehah, Keperluan Dan Kepentingannya Terhadap Islam YBhg Ustaz Mumtaz bin Haron YBhg Ustazah Faizah binti Supian Bursa Saham Menurut Perspektif Islam YBhg Ustaz Salman bin Maskuri 16 Ogos 2009 (Ahad) Muslimah dan Cabaran Masakini YBhg Dr. Nafsah binti Dulajis Pemindahan Organ Menurut Perspektif Islam YBhg Ustaz Mohd Nazrul bin Nasir Orientalis dan Kristianisasi YBhg Ustaz Muhd Hairi bin Hamzah Pendaftaran bernilai LE15 termasuk kertas kerja (Boleh didapati di tempat program berlangsung) Untuk pendaftaran boleh hubungi: Saudara Mohd Azizul Hakim Azizul | +011 177 1435 | PESERTA LELAKI dan Saudari Norfatimah Khairuddin | +011 041 2523 | PESERTA PEREMPUAN

Komposer Nasyid

MENGGALAS tanggungjawab sebagai salah seorang penulis lirik bagi kontinjen Johor sempena Pertandingan Nasyid Ekspo Gempak PMRAM yang diadakan di Kaherah merupakan pengalaman yang paling berharga. Walaupun tidak membawa pulang hadiah, pasukan ini telah memberikan persembahan yang baik. Rata-rata menyifatkan bahawa pertandingan nasyid yang disertai lebih daripada 10 buah pasukan memberikan persaingan antara satu sama lain. Ketua Hakim, Saudara Bazli daripada kumpulan Nasyid UNIC melihat bahawa tema kemerdekaan yang diharapkan di dalam pertandingan sepatutnya diberikan kelebihan oleh semua pasukan. Tetapi, sebaliknya beberapa pasukan tidak menggunakan tema tersebut termasuk pasukan Johor. Apa juga keputusan, saya mengucapkan tahniah kepada yang berjaya. Tahniah kepada vokalis Kuala Lumpur yang saya kira adalah vokalis terbaik. Juara : Kuala Lumpur Naib Juara : Tanta Ketiga : Damanhur Tambahan : Selepas ini saya perlu fikirkan menyiapkan lagu-lagu untuk kumpulan Nasyid Al-Wadi PMRAM. Baran

Sasterawan Negara dan Kempen Membaca

TAHNIAH diucapkan kepada Dr Anwar Ridhwan yang dinobatkan oleh kerajaan Malaysia selaku Sasterawan Negara yang ke-10. Ia meneruskan legasi Allahyarham Dr. S Othman Kelantan yang menjadi Sasterawan Negara yang kesembilan lebih enam tahun lalu. Sumber : Utusan Malaysia Dr. Anwar Sasterawan Negara ke-10 PUTRAJAYA 11 Ogos - Datuk Dr. Mohd. Anuar Rethwan atau lebih dikenali sebagai Anwar Ridhwan diumumkan sebagai Sasterawan Negara ke-10. Pengumuman dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara (ASN) ke-10. Beliau berkata, penyampaian anugerah tersebut akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada satu majlis di Kuala Lumpur pada 20 Oktober ini. ''Sejak saya mengambil alih, saya memberikan perhatian kepada Anugerah Sastera Negara setelah begitu lama ia tidak diadakan. "Harapan saya selepas ini ahli panel akan bersidang dan mengiklankan untuk menerima bakal penerima anugerah itu,"

Nafas Terakhir

Barangkali Ekspo Gempak PMRAM (EGP) 2009 bersempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan PMRAM pada tahun ini yang berakhir malam tadi adalah nafas terakhir saya dalam PMRAM. Selama empat hari tiga malam saya berkampung di Hayyu Asyir dan meninggalkan rumah di kawasan Hayyu Sabie demi memastikan perjalanan program berjalan dengan sempurna. Kehadiran ahli PMRAM, seluruh warga Malaysia, seluruh tetamu kehormat merupakan satu hadiah berharga yang paling bernilai kepada diri saya. Paling mengasyikkan adalah rakaman beberapa gelak tawa rakan-rakan seperjuangan, ahli PMRAM, ahli jawatankuasa yang tidak lena tidur malam menyaksikan persiapan program berjalan dengan sempurna. Menariknya, ucapan perasmian yang disampaikan oleh Ustaz Hairul Nizam Mat Husain selaku Penasihat PMRAM yang memberikan nafas baharu kepada generasi muda pada hari ini. Ya. Kerana ilmu kita berdiri di Mesir. Kerana ilmulah hidup kita akan diberkati oleh Allah. Memetik kata-kata beliau yang menyeru mahasiswa agar tidak cula

HARI TERAKHIR : Pertandingan Nasyid

KEMUNCAK acara bagi Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) PMRAM adalah pertandingan nasyid. Tahun ini dikhabarkan sebanyak 11 buah pasukan akan merebut hadiah bagi pertandingan yang paling dinanti-nantikan. Pasukan-pasukan yang bertanding sudah bertungkus lumus berlatih. Siapakah akan ditabal sebagai penulis lirik terbaik? Siapa pula akan dinobat sebagai pencipta lagu terbaik? Semuanya akan kita saksikan keputusannya sejurus pertandingan berakhir. Apa juga keputusan panel hakim yang arif di dalam bidang seni ini amatlah dihargai. Pada tahun ini, buat kali pertama saya mempertaruhkan sebuah lagu yang berjudul 'Obor Islam'. Mengikut catatan, lirik lagu ini ditulis untuk sebuah negeri bagi Festival Nasyid Kebangsaan 2009. Akhirnya, lirik ini yang tidak digunakan, saya serahkan kepada negeri Johor untuk dipertandingkan. Terima kasih. Doakan. Lirik lagu OBOR ISLAM Mendung awan langit berfirman Umpama alam tafsirkan kalam Syariat Tuhan menyatu landasan Dunia Islam menjadi piliha