Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2007

Apabila Datang Bulan Peperiksaan...

Semestinya, apabila datangnya musim peperiksaan insan yang paling akan diingati adalah kedua ibu bapa serta ahli keluarga semuanya. Semalam, apabila mendengar lagu ini rasa sayu di hati (kes tengok cerita sedih la...berkaitan dengan ayah dan ibu) Faham-faham je la... Ayah Dan Ibu Ayah dan ibu Itulah permulaan kami Dapat melihat bulan dan matahari Ahai... Yang dikurniakan dari Ilahi Ahai... Ayah dan ibu lah Mesti dihormati Ayah dan ibu Wali keramat Pada mereka kita beri hormat Ahai... Bagilah tunjuk ajar dan nasihat Supaya hidup Supaya hidup kita akan selamat

Berita BKPJM

Pihak Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir mengalu-alukan kedatangan rombongan MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAINJ) pada 5 Mei hingga 9 Mei 2007 Senarai Ahli Rombongan : YB Tuan Haji Zainal Abidin bin Osman dan Isteri Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Johor YB Dato’ Haji Zalil bin Baron dan Isteri Pengarah Jabatan Agama Johor Tuan Haji Ramlee bin Abdul Rahman dan Isteri Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Johor Tuan Haji Yahya bin Ahmad Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Zakat, Wakaf dan Baitulmal, MAINJ

Surat Untuk Sahabat

"Sumpah! Saya tidak lakukan." Dia memberanikan diri. Ijat mengerling mata ke arah Salman. Hatinya bergalau. Rasa bersalah. Tuduhan palsu itu tidak patut dilemparkan buatnya. Dendam tadi kian surut pulih. "Awak patut digantung sekolah atau dibuang sahaja. Tidak patut bergelar anak murid!" Suara deras Cikgu Marina menghentak tembok bilik disiplin pagi itu. Sahabat, Penghayatan di dalam melirik setiap satu bait di dalam cerpen amat penting. Selain itu perlu diingat juga, menghasilkan cerpen yang terbaik bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi susunan ayat serta tatabahasa yang tidak cermat boleh mencacatkan hasil karya. Justeru, bukanlah mustahil karya generasi baru mampu setaraf dan setanding dengan mereka yang sudah berusia di dalam arus ini. Bagaimana hendak menjadi seorang penulis popular? Itulah sifat tamak yang akan lahir kepada semua penulis- penulis baru yang ingin menceburi bidang penulisan. Usaha, dan hasil kerja tangan yang dilakukan tidaklah set

Sangeetha antara dua budaya

p/s : Saya teringin benar hendak mentelaah Novel Sangeetha karangan Azizi Hj Abdullah. Jika tidak keberatan, adakah yang sudi menghantar? Oleh: RAZALI ENDUN Azizi Hj. Abdullah berjaya menggarap dengan berkesan pergolakan emosi kedua-dua watak utama dalam novel terbarunya Sangeetha. Kedua-dua wataknya, Sangeetha dan Derus, warga emas yang dalam kesunyian dan kesepian tanpa zuriat. Kemudian terjebak di alam percintaan yang luar biasa di penghujung hidup mereka. Sangeetha bukan sahaja memaparkan soal cinta warga emas yang unik, malah Azizi menggarap persoalan cinta itu sebagai sebuah konsep perpaduan menggunakan simbol dua budaya dan agama yang berbeza. Alat-alat muzik seperti tabla, danga dan gambus menjadi simbol penyatuan dua budaya yang berbeza rentak dan cara permainannya. Ternyata Azizi telah membuat penyelidikan yang mendalam memahami fungsi alat-alat muzik sebelum menulis novel ini. Istilah-istilah seperti vadi, syahi or gab, kinar or chat, garja, yang agak janggal bagi kita, t

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang

Jangan Jual Harga Diri

Seawalnya, saya tidak berhajat untuk menyatakan sedemikian. Namun, secara ikhlas saya nyatakan ada yang tersurat dan tersirat di dalam diri. Walaupun permusafiran telah lama menjejaki, saya ada sesuatu yang tidak kena pada diri. Malu. Berbekalkan kudrat menghayati ilmu bahasa Arab selama enam tahun dibangku sekolah serta disusuli dengan beberapa tahun permukiman di padang pasir Al-Azhar ini, banyak lagi yang saya tidak mengerti. Pada awalnya, saya meminati bidang pengajian yang dilalui pada hari ini. Namun, lama - kelamaan ada yang sering terbuku di dalam hati. Benarkah laluan ini yang mustaqim. Benarkah pilihan ini yang hakiki. Semua itu bermain di dalam diri. Sebetulnya, saya tidak mahu menjual harga diri . Apatah lagi, menyatakan hasrat berundur di jalan yang panjang ini. Namun, setiap insan sebagai manusia punyai pilihan. Benar. Pilihan itu perlu. Tapi apakah pilihan yang lebih hakiki nanti. Termenung. Memikirkan jalan yang penuh dengan pancaroba ini seharusnya memerlukan kekuatan

Mahasiswa Al-Azhar : Jangan Semua Jadi Ustaz, Ustazah?

Sedetik mengimbau kembali fakta atau beberapa hujah saya terhadap generasi Al-Azhar yang kini hanya tertumpu kepada satu bidang pengajian. Akhir-akhir ini, golongan agama dianggap sebagai golongan kelas paling bawah dan berada haya di dalam kelompok kecil sebagai pentadbir agama, ustaz, dan ustazah. Pengkhususan bidang atau pemikiran bidang sempit ini wajar diketepikan. Secara peribadi, saya kurang bersetuju mahasiswa kita hanya berada di dalam sektor kecil ini. Mengapa warga Al-Azhar tidak dididik di dalam bidang-bidang lain? Fenomena hari ini menunjukkan mahasiswa Al-Azhar akan mengisi kekosongan di pusat-pusat pendidikan Islam serta pusat pentadbiran Islam sama ada di jabatan-jabatan agama atau sebagainya. Adakah dengan pasca sistem pendidikan Al-Azhar yang hanya tertumpu kepada bidang pengajian agama tanpa mengembang ke dalam bidang pengkhususan yang lain. Melihat kepada kesan-kesan negatif ini, saya menyokong semua IPTA dan IPTS di Malaysia untuk terus menghidupkan dwi-pengk

Mari Sembang-Sembang

Seputar kehidupan di Mesir ini, banyak ragamnya. Selepas Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-74 pada bulan Februari yang lalu, ripuh melanda pada diri. Pagi, petang, siang ke malam menjadi saksi bahawa tugas dan amanah yang digalas berterusan dan tidak terhenti. Hebat. Sememangnya hidup bermasyarakat ini mengajar kita erti segalanya. Terima kasih kepada kalia yang sudi membantu walaupun kalian tahu bahawa kudrat ini tidak sehebat dahulu. Kalau dahulu, semua pekerjaan yang kita lakukan tidak berhenti. Laju. Tapi, kudrat itu hilang sedikit demi sedikit kerana amal kita kurang. Sedih rasanya. Namun, kita tetap bersyukur kerana kita ada Allah yang Maha Mendengar rintihan hamba-Nya. Seputar jaulah BP PMRAM bulan Mac lalu sememangnya memenatkan. Namun, di dalam kepenatan itu tersimpan seribu kenangan untuk dimuhasabahkan kembali kekuatan diri. Itulah lumrah dan sunnah orang berjuang. Sibuk macam mana pun, tugas dan amanah yang terpundak segera dilakukan. Duduk dikerusi selesa bukanlah asbab u

Siapa Nak Ajar Sastera?

Bukan semua orang minat bahasa Melayu walaupun ia merupakan bahasa ibunda rakyat Malaysia. Dan pada waktu itulah, kita menyaksikan ramai yang gagal di dalam SPM untuk matapelajaran ini kerana minat yang tidak mendalam. 50% pelajar yang ditinjau dan diramal tidak meminati matapelajaran ini disebabkan kehadiran sastera di dalam bahasa Melayu. Malang sekali, pelajar Melayu tetapi tidak minat sastera Melayu. Saya akui bahawa genre sastera bukanlah suatu pemilihan yang paling sesuai untuk metod pelajar sekolah, namun ia perlu dididik dan dijiwai oleh semua termasuklah tenaga pengajarnya. Daripada sudut yang lain, kajian menunjukkan bahawa guru merupakan faktor utama kecenderungan minat pelajar ini dipupuk. Rata-rata mengatakan bahawa sikap guru yang sambil lewa di dalam mengajar matapelajaran KOMSAS serta minat yang kurang daripada guru sendiri adalah penyumbang kes jenayah terbesar. Adakah kita kekurangan guru bahasa Melayu yang minat sastera? Atau guru bahasa Melayu menerusi Kementerian P

Mari Kita Gaduh

Barangkali orang tidak suka mendengar. Dan pada itulah waktu yang paling mengecewakan. Apabila mulut berkata A, ada pula yang menyampuk dengan mengata B. Selepas itu, ada mengecewakan dengan mengata C. Terlalu parah. 3 dalam 1. Semacam syampu. Tetapi, itu mungkin tiada perancangan. Lemah dan sangat lemah. Malah boleh dikatakan bodoh dan bangang. Mungkin mereka tidak diajar. Atau mereka terlalu kurang ajar. Saya tidak pasti. Kelemahan demi kelemahan. Mungkin itu tanggapan mereka. Tetapi tidak bagi saya. Ada yang sudah malas bercita-cita jadi pemimpin, lantas jua itulah bukan kerusi yang saya idam-idamkan damai untuk duduki. Masa amat pantas berlalu. Ada yang bangun, dan ada pula yang duduk. Bagus. Itulah cara kita. Perlu angkat punggung apabila masa sudah tiba. Badan jadi malas. Fikiran jadi tak tentu hala. Inilah peluang yang harus digunakan. Orang kata, manusia jangan suka cepat marah dan perlu sabar. Itu jua yang terkandung di dalam sifat sabar untuk manusia. Tetapi mengapa mesti say