Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Ada Apa Pada Suku Terakhir 2013

SUKU terakhir untuk tahun 2013 ini tentunya pelbagai penantian yang ditunggu. Pertama, kehadiran Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2012 yang saya fikir anugerah sastera paling berprestij sejak 28 tahun yang lalu. Saban tahun, HSKU menjadi medan ujian para penggiat sastera terutama yang menulis di dalam kategori novel remaja, cerpen, cerpen remaja dan puisi secara eceran di dalam majalah atau akhbar terbitan Utusan. Apapun, penantian itu pastinya akan terjawab tidak lama lagi. Saya tidak pasti sejak bila saya tertumpu kepada Hadiah Sastera ini tetapi seingat saya sekitar tahun 2005 menjadikan saya terlalu mengambil tahu akan kehadiran anugerah ini. Kedua, Hadiah Sastera Darul Takzim (HSDT) IV merupakan program dwi tahunan anjuran Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama GAPENA, Kerajaan Johor dan DBPWS. Saya tidak pernah hadir ke program HSDT ini tetapi amat mengambil tahu tentang hal ehwal yang berlaku di dalam jagat sastera negeri Johor. Saya difahamkan Sayembara Penulisan