Posts

Showing posts from August, 2006

Diari Seorang Lelaki

Program yang padat sepanjang satu minggu memaksa saya meninggalkan komputer riba di rumah serta keperluan internet. Bukan saya ingin menyibukkan diri. Cukuplah sekadar beberapa pengorbanan saya yang mampu diberikan oleh tulang empat kerat ini. Semuanya berjalan dengan selamatnya.

Khamis (17 Ogos)

Jam 10 pagi telah meninggalkan perkarangan rumah di Johor Bahru dan menaiki kereta sahabat saya Mohd Faiz Esa ke Kg. Serkat, Pontian, Johor. Kenderaan yang dipandu terus meredahi estet pedalaman di kota Bandar Pontian sehingga ke Pejabat Daerah Pontian. Saya telah bertemu dengan Penolong Pegawai Tanah Daerah Pontian, En. Khairul Nizam bin Mat Said untuk menyampaikan sebuah ucapan yang telah saya siapkan atas arahan beliau.

Selepas itu, perjalanan bergerak ke Kg. Serkat yang mengambil masa 20 minit dari Bandar Pontian. Kampung Serkat terletak berhampiran Tanjung Piai yang merupakan satu – satunya taman Negara kahzanah kekayaan Allah s.w.t. di muka bumi.

Pada sebelah petang, peserta yang tiba diper…

Cerita Sebalik Natijah Peperiksaan

Ramai sudah ketahui bahawa natijah peperiksaan telah diumumkan. Biarpun saya sendiri tidak dapat melihat dengan kedua – dua biji mata saya tentang keputusan saya, saya yakin sahabat di Mesir menyampaikan khabar yang sebenar.

Sedikit hampa. Bukan kerana tidak naik tahun tiga. Tapi, saya tidak dapat mengulangi kejayaan semasa di Tahun Satu dengan mendapat takdir Jayyid. Bukan saya tidak bersyukur, tetapi kelemahan dan kekurangan diri saya semasa berada di Tahun Dua. Saya malas. Kitab tidak sempat dikhatamkan.

Saya masih hampa lagi. Saya dimarahi oleh ayah kerana mencipta rekod kegagalan. Saya tahu saya yang salah. Dua madah harus saya pikul untuk tahun depan. Al-Quran dan Bahas Feqh. Saya tahu bukan mudah menghafaz al-Quran. Tapi itu semua alasan. Saya perlu usaha gigih lagi tahun hadapan. Saya malu kerana tidak dapat Jayyid lagi.

Saya ada satu sikap dalam diri. Ego. Tidak boleh melihat kejayaan diri orang lain. Andai benar, saya terdengar kawan saya Hasbullah (Abul) mencapai kejayaan Jayy…

Satu Cerita Di Hari Lahir

Oleh : typeace

Saya yakin, pembaca akan menyalahkan saya terhadap tajuk yang saya utarakan buat pembaca. “Satu Cerita Di Hari Lahir”. Sudah tahu di mana salah dan silapnya? Ya! Saya lihat saudara pembaca sudah dapat mengagak perkara – perkara yang salah. Sepatutnya tajuk ini adalah ‘Satu Cerita Pada Hari Lahir’ bukan?

Tidak mengapa. Jangan panjang-panjangkan bicara. Esok, adalah Hari Kemerdekaan Singapura yang ke 41. Ini bermakna, sudah empat dekad, Singapura keluar dari Tanah Melayu memperjuangkan bangsanya sendiri. Hari ini, Singapura dan Malaysia antara dua buah Negara yang sentiasa menjalinkan kerjasama serantau baik di peringkat dalaman mahupun luaran. Itu satu kisah sahaja. Sejarah tetap sejarah.

Kini, saya ingin mengajak saudara berbicara lagi perkara-perkara yang utama tentang blog. Kenapa ramai menyepi dan tidak meng’up-date’ blog masing-masing. Adakah semangat blog telah luntur atau pertandingan hanya sekadar pertandingan. Saya bukan memaksa. Ini adalah perjuangan kita. Perjuan…

NAFKAH MENURUT UNDANG – UNDANG KEKELUARGAAN - Siri 1

Disediakan oleh: Syafiq bin Zulakifli
Fakulti Syariah dan Undang – Undang
Jabatan Syariah Islamiah
Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir

1. Pengenalan

Sejak akhir – akhir ini isu dan masalah berkaitan dengan nikah mis-yar, harta sepencarian dan isu kekeluargaan rumah tangga sering diperbahaskan. Rata – rata menyatakan pendapat dan pendirian masing – masing di dalam menegakkan hak serta kewajipan yang harus dilunaskan. Rentetan dari itu, ramai yang menolak kaum adam mengambil alih tugas kaum hawa yang seharusnya menyelesaikan tanggungjawab tersebut.

Namun, persoalan yang harus difahami kini adalah bagaimana kedudukan nafkah yang sebenar menurut perspektif Islam dan Undang – Undang Kekeluargaan. Perkara ini harus diambil kira dalam meneliti setiap permasalahan dan perkara tersebut.

2. Takrif Nafkah

Asal makna nafkah ialah mengeluarkan atau menghabiskan. Perkataan nafkah (mengeluarkan atau menghabiskan) hanya digunakan dengan makna yang baik sahaja.

Nafkah dari segi istilah ialah semua perkara yang …

Siapa perlu belajar bahasa Arab?

Olahan : Utusan Malaysia bertarikh 4 Ogos 2006 Ramai yang tertanya-tanya, “Siapa yang sepatutnya perlu belajar bahasa Arab?” Seterusnya satu lagi soalan iaitu “Siapa pula yang sepatutnya perlu menguasai bahasa Arab?” Berikut dinyatakan empat golongan utama yang perlu belajar dan seterusnya menguasai bahasa antarabangsa yang sangat penting ini.
Pertama, orang yang mengaku dirinya beragama Islam. Ini kerana pedoman uta ma umat Islam ialah al-Quran dan hadis Nabi. Kedua-duanya dalam bahasa Arab. Bagaimana seseorang itu boleh memahami Islam dengan fahaman yang paling tepat kalau tidak berdasarkan sumber yang asal? Ada orang kata, “Saya sayang Nabi, saya cinta pada Rasul.” Tetapi bagaimana beliau boleh mengaku sedemikian rupa sedangkan dia tidak berusaha mempelajari apa yang dituturkan oleh Nabi.
Pelik, tetapi benar! Itulah kenyataan yang perlu kita terima dewasa ini. Kebanyakan kita masih belum memahami apa yang terkandung di dalam al-Quran. Walaupun seseorang itu mampu membaca al-Quran den…

Bicara Sastera

1
detik dan keadaan menyeringaikan gigi
mengunyah sebuah jenazah
aku yang berdiri dalam sepi
dipanggil esok
bagaimana kalau kau pula
dimamah saat
dimamah hingga lumat

…1979

Petikan puisi T. Alias Talib berjudul Hidup dan Mati

Nukilan dari :
Warna Sari, Sastera Melayu Moden.

Penyelenggara :
Majlis Peperiksaan Malaysia

Terbitan :
Dewan Bahasa dan Pustaka

Saya mahu anda faham sastera. Bukan saya orang sastera. Namun, kerana sasteralah anda akan berubah. Percaya atau tidak? Itu jawapan anda

Diari Hatiku

Hampir dua minggu saya tidak meng’update’ blog saya. Bukan saya malas menulis. Bukan pula saya tidak mahu lagi jadi penulis. Ripuh memikirkan segala kerja yang dibebani sebagai taklifan di Malaysia.

Seminggu yang lalu, pelbagai tempat yag saya lawati. Pulang bercuti ke Malaysia memberikan ruang dan peluang untuk meneruskan sisa kehidupan yang berbaki. Saya tidak ada masa yang panjang lagi. Hari demi hari yang dilalui banyak memberikan pengalaman baru. Ada yang manis dan ada pula yang pahit.

Kemanisan dan kepahitan itu biar sahaja saya simpan sebagai diari sepi agar ia menjadi ubat di kala sunyi sendiri. Hari Ahad yang lalu, saya berkesempatan menjejakkan kaki ke daerah Kluang, salah satu sekolah yang telah menyusurkan saya ke bumi Mesir pada hari ini. Jalan yang dilalui selama lima tahun di sana menjadi sebuah kenangan indah.

Namun, keindahan itu tidak lama. Selepas saya dipaksa keluar sekolah, gara – gara telah tamat temph belajar di tingkatan lima, saya mengubah arah ke Maahad Johor. N…