Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

2013 : Masa Hadapan Yang Baharu

SAYA memulakan catatan ini dengan menyatakan syukur kepada Tuhan yang Maha Berkuasa di atas nikmat dan kurnia-Nya. Menutup tirai 2012 sebenarnya, satu kegembiraan terhadap diri sendiri kerana karya saya, Cerpen Bukan Yatim Gaza  terbit di akhbar Mingguan Malaysia pada 30 Disember 2012. Ini juga memberi peluang karya ini   berkongsi penilaian untuk Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2012. Bukan niat untuk mengungguli anugerah tetapi sekurang-kurangnya akan dinilai. Dalam masa yang sama - terima kasih kepada pihak pengurusan IKIM terutama Yang Berbahagia Datuk Ketua Pengarah IKIM dan Pengarah Radio IKIMfm yang mengutus ucapan tahniah di atas penerbitan karya ini. Saya sungguh terharu menerima nota penghargaan daripada Pejabat Ketua Pengarah. Kedua, tahun ini juga beberapa pembaharuan akan berlaku terhadap diri sendiri. Selepas tawaran kemasukan ke Universiti Malaya untuk menuntut di dalam bidang Sarjana diterima; saya terasa seperti semuanya Allah telah tetapkan. Januari,