Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2006

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin Daripada Seluruh Kepimpinan Badan Pengurus dan HEWI Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2006 " GEMBLENG KEKUATAN PASAK KEILMUAN "

Ku Gagahkan Jua…

Entah berapa hari hidung ini selesema. Mungkin cuaca di Padang Kota Zahra’ amat pekat. Lantaran itu, debu-debu pasir daripada tanah gersang di hadapan rumah menghunus tajam melukai liang - liang roma hidung yang kecil ini. Entah berapa kali aku berdengus dengan penyakit ini. Mungkinkah ini ujian di akhir Ramadan (bukan Ramadhan). Namun, aku tidak pernah menyesal akan semuanya. ku gagahi jua setiap liku dan perjuangan untuk terus hidup. Mereka marah aku. Kenapa? Aku ke bandar Dumyat walau sedang sakit. Itu amanah. Aku perlu laksanakan. Namun, inilah kudrat yang aku ada. Walau banyak dugaan yang melanda, aku akan tabah menghadapinya. Pejam celik, pejam celik, sudah tiba di akhir Ramadan 1427H. Pilu, sedih, risau dan macam - macam lagi keghairahan itu, adakah terasa? Diam. Jangan berkata apa- apa jika ada yang masih leka. Badan yang sengal - sengal ini serta mata yang kuyu masih terus berdiri ampuh ke atas. Melihat cakrawala di persisiran Laut Medritenian lantas menyusuri

Kuala Lumpur - Bahrin - Kaherah dan Ripuh

Bahrin Bilik Penginapan Hotel Golden Tulip, Bahrin - Penginapan Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bahrin Ini adalah beberapa rakaman media yang saya dapat rakamkan sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bahrin dan terus ke Kaherah. Alhamdulillah, kini saya telah selamat tiba dan seminggu menjejakkan kaki di bunmi Anbiya' ini. Pengkuliahan telah bermula. Untuk semester pertama tahun 3, lima madah yang saya akan hadapi. 1. Tafsir Ayat Ahkam 2. Bahasa Arab - Adab 3. Bahasa Inggeris 4. Akhwal Syakhsiah - Faraid 5. Manhaj Dakwah Biarpun perjalanan yang memakan masa lebih dari 24 jam, namun banyak pengalaman dan perkara suka duka yang saya alami. Terima kasih kepada sahabat - sahabat yang bersama - sama saya sepanjang perjalanan. Ripuh Selepas seminggu di Mesir, keripuhan jelas terbayang. Disertakan agenda sepanjang seminggu di Mesir Selasa 3 /10 Tiba di Mesir Rabu 4/10 Hari Taklimat Pelajar Baru di Rumah Perak Khamis 5./10 Hari Pengetahuan dan Silaturrahim di Rumah Johor Mesyuarat Jaw

Kahwin Lagi!

Di dalam Dewan NPC, Bandar Baru UDA Keluarga Saya Kawan-kawan saya Saya seharusnya meng-entrikan semua gambar - gambar ini di Malaysia lagi. Namun, atas sebab - sebab tertentu saya tidak dapat melakukannya. Ini adalah sebahagian gambar ketika saya menyambut Hari Persandingan Kakak Saya - 27 Ogos 2006 yang lalu.

Diari Saya

Alhamdulillah, ana selamat tiba di Mesir pada hari Selasa 3 Oktober 2006 jam 1.00 petang waktu Mesir dan 7.00 malam waktu Malaysia. Berita akan dimaklumkan kemudian. Harap menunggu. Jadual Harian Saya 4 Okt - Slot PMRAM di Rumah Perak 5 Okt - Perasmian Program Hari Pengetahuan dan Silaturrahim Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir - Mesyuarat AJK Kecil, Unit Promosi, Kempen Bahasa Arab PMRAM - Jemputan Berbuka Puasa - Rumah Pulau Pinang 6 Okt - Rehat (Cuti Hari Jumaat) 7 -10 - Majlis Pengetahuan dan Silaturrahim PMRAM - Mukhayyanm Daim 11-12 - Cadangan Program Muhadharah Ilmiah - Matan Aljrumiah