Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2006

Membebel Sebentar

Oleh : typeace Usai menunaikan Solat Maghrib, aku pulang meneruskan sisa – sisa perjuangan mata pena yang masih belum selesai. Kelmarin, separuh daripada karya non – kreatif telah aku sempurnakan. Unsur dan bahan yang dipamerkan tidaklah sehebat mana, namun aku yakin akan peranan dan tanggungjawab aku sebagai orang agama. Aku perlu nyatakan sesuatu. Aku perlukan sampaikan sesuatu yang aku tahu. Semuanya melalui mata pena yang merupakan jalan perjuangan yang mudah untuk dipamerkan. Karya kreatif bila pula akan menyusul. Entah. Mungkin keripuhan masa dan keadaan yang diisi dengan lena pejuang yang berpanjangan menjadikan aku alpa lantas ia terhenti seketika. Atau kerana rancangan televisyen yang berlambak memaksa aku duduk kejung di hadapan skrin tersebut. Petang tadi, aku merantau ketiga tempat yang berbeza. Bermula daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS), kemudian ke Pejabat Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru, kemudian melawat pula sahabat di Jalan Padi Huma 11, Band

Antara Mehnah Negara Hari Ini

Oleh : typeace Dua puluh satu tahun mengenali dunia yang fana merupakan suatu jangka masa dan tempoh yang amat panjang. Bermula semenjak dia dilahirkan dan kini telah pun dewasa, pelbagai rencam hidup yang dialami. Dia, seorang mahasiswa Al-Azhar yang banyak menghabiskan masa mengecapi isi – isi perjuangan kemerdekaan telah seminggu menjejakkan kaki ke Malaysia, Negara yang sarat dengan arus pemodenan semasa. Barangkali, inilah fenomena semasa yang terpaksa beliau hadapi. Pelik tapi benar. Semalam, setelah puas membuang pandangan ke Selat Tebrau yang entah bila akan jernih dengan kotoran sisa bahan kimia, dia melawat pusat membeli – belah terkemuka di Bandar Johor Bahru. Plaza Angsana. Itulah nama persis sekuntum bunga yang mekar di bawah neon samudera selatan. Jumaat, pastinya penghulu hari yang bakal menjanjikan sebuah pemandangan Islamik terhadap alam sarwajagat. Namun, tanggapan itu benar-benar tidak tepat lantas memaksa dua buah biji mata terjojol menyaksikan remaja Melayu yang me

Sains Dalam Detektif Indigo

Novel Detektif Indigo - Faisal Tehrani Saya baru tamatkan pembacaan saya menerusi Novel Detektif Indigo karya Faisal Tehrani. Rencam dan jalan cerita yang dibawa adalah berbentuk teladan dan nasihat. Namun, saya tidak pasti berapa banyak lagi elemen yang saya masih tidak diketahui. Uniknya, sejak memulakan sesi pembacaan, saya tidak pasti bahawa novel yang saya baca adalah novel rekaan semata-mata dan bukanlah suatu yang ‘real’. Dari muka ke muka, helaian demi helaian yang dibaca tidak langsung menunjukkan bahawa ini adalah suatu cereka. Mujurlah penulis menyatakan pendirian di akhir babak bahawa novel tersebut semata – mata rekaan. Dalam Novel Detektif Indigo, pengarang menjadikan pembaca lebih matang di dalam bidang ilmu sains dan penyiasatan. Rentetan dari babak ke babak menunjukkan pengarang terus mendominasikan pemikiran pembaca dengan menerokai alam sains, kimia, fizik dan seangkatan dengannya. Ini menjadikan penajaman pemikiran terhadap sains lebih mudah menyerap masuk apabila

Program di Malaysia

Assalamualaikum w.r.b. JEMPUTAN KE PROGRAM SIRIH PULANG KE GAGANG (PSPG) Sukacitanya dimaklumkan bahawa Tuan/ Puan/ Ustaz/ Ustazah Ahli BKPJM Di MALAYSIA dijemput untuk menyertai Program Bakti Siswa Al-Azhar Johor yang akan diadakan pada ;- Hari : Khamis – Isnin Tarikh : 17 – 21 Ogos 2006 Tempat : Kg. Serkat, Pontian, Johor. Kehadiran tuan/ puan akan memeriahkan program tersebut. Insya-Allah. *Keterangan lanjut sila hubungi Ustaz Syafiq bin Zulakifli (012-7351860) Sila maklumkan kehadiran anda kepada beliau untuk makluman dan tindakan beliau. Semoga tuan/puan akan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.

Air Mata Kasih

Jaulah BP PMRAM ke Mansurah Saya minat sastera. Biarlah apa orang kata, saya akan maklumkan, saya minat sastera. Bila cerita tentang sastera, perkara pokok yang harus difikirkan adalah jiwa dan naluri kesusasteraan. Mengapa? Orang yang mudah mengambarkan perawakan dan pembawaan di dalam sesuatu perkara akan mampu menghasilkan suatu gambaran yang mendalam berkenaan dengan konsep penghayatan. Justeru, apa yang ingin saya ungkapkan. Dari mana lahirkan mood dan naluri seseorang? Semestinya dari dalam jiwa dan sanubari. Oleh yang demikian, tidak hairanlah bahawa perkara utama yang harus saya bincangkan pada hari ini adalah nilai semangat kasih dan sayang sesama sahabat kepimpinan PMRAM dan BKPJM yang selama ini ada di dalam nubari saya ini. Jauh disudut hati kaki melangkah pergi meninggalkan pentas pemtadbiran di Kota Kaherah, Mesir. Sesungguhnya memang payah dan hanya kecekalan dan ketabahan mengatasi segalanya. Rindu mengenangkan saat manis ketika kita bersama bangun dan jatuh. Rindu di d

Meraut Pengalaman Di Kedai Buku

Beberapa buah buku yang saya dapatkan di Plaza Angsana, JB Lewat petang tadi saya membawa diri bertapa seketika di Kedai Buku Badan Cemerlang, Plaza Angsana, Johor Bahru. Selepas bapa saya ripuh dengan tugasan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Mohd Khalid, Johor Bahru bulan April yang lalu, kini dikerah berpindah ke Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Atas sentimen dan perkara – perkara sebegini memaksa saya mendapatkan kenderaan awam untuk ke sana, walau jarak cuma sekangkang kera. Melangkah perjalanan memasuki ruang majalah dan buku di sana, meluaskan pemandangan saya tentang kepentingan membaca di kalangan mahasiswa pada hari ini. Kerajaan secara simbolik memaksa remaja serta belia hari ini menimba ilmu dengan membaca dan menikmati isi kandungan bahan bacaan peribadi. Bermula daripada fiksyen sastera, saya berubah arah ke bidang syariah. Banyak juga buku yang telah saya miliki. Namun, ada pula yang terpaksa ditangguhkan dahulu kerana terlalu mahal harganya. Hari ini saya ada sa

Hijrah Itu Bukan Mudah

Sedetik Bersama Sebuah Kenangan Alhamdulillah, dua hari lepas saya bersama tiga orang sahabat telah selamat sampai ke destinasi yang dituju. Bermula dengan perjalanan bersama SQ 493 – Singapore Airlines selama 10 jam untuk sampai ke Singapura, banyak suka duka yang telah saya alami. Ini adalah kali kedua saya pulang ke tanah air selepas kepulangan yang pertama lebih kurang lima bulan yang lalu. Namun, saya bersyukur kerana telah selamat tiba di sini. Cabaran Ramai orang menasihati saya untuk sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan yang tiba. Nasihat itu saya simpan dalam saku ingatan saya. Belum sempat dua puluh empat jam selepas saya tiba di Singapura, saya telah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat bersama jawatankuasa kampong di Kg Serkat, Pontian. Mesyuarat Program Sirih Pulang ke Gagang (PSPG) anjuran BKPJM dan DE Hikmah Management, syarikat milik Ustaz Irfan. Pada hari Ahad, jam 5 petang saya diminta untuk bersama-sama Ustaz Irfan untuk ke sana. Alhamdulillah, saya tiba di sana

Salam Hari Lahir

Sebuah kasih setulus rindu buat seorang bapa yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 48 pada tahun ini. Semoga dirahmati dan senantiasa di dalam lindungan dan payungan Ilahi. Sesungguhnya, kehidupan ini tidak akan lari dengan onak dari duri. Namun, setiap cabaran dan halangan yang kau hadapi adalah menjadi saksi bahawa Allah masih ingin memelihara dirimu agar sentiasa bersabar dan thabat dalam perjuangan. Orang berjaya tidak faham apa erti putus asa. Orang cemerlang tidak mengerti maksud sebuah kekecewaan. Hayatilah jerih -perih hidup ini dengan baik agar ianya sebati dan tetap segar di dalam kamus peribadi. Salam Manis, Semanis Madu... Kaherah, Mesir