Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

CERPEN : LAMBAIAN TERAKHIR

DALAM SEJARAH PENULISAN, tentu ada masam dan manisnya. Ini adalah cerpen saya yang PALING HODOH malah dikritik oleh guru saya dengan kritikan yang memang menusuk ke dalam jiwa. Tetapi, kritikan tersebutlah membuatkan saya berdiri waktu ini dan mampu menulis seperti hari ini. Karya ini ditulis pada Julai 2007. LAMBAIAN TERAKHIR Oleh : Syafiq Zulakifli RAMLI anak bongsu. Kakaknya Zainab, baru berumah tangga dua bulan lepas. Sunyi. Itulah yang difikirkan Ramli semenjak ketiadaan Kak Zainab dirumahnya lagi. Sebelum ini, Kak Zainab yang masak, tolong ibu di dapur, mengemas rumah dan bermacam-macam lagi tanggungjawab yang dilaksanakan. Tapi sekarang, bebanan itu Ramli pula yang menanggungnya. Dia pasrah. Kadang-kadang dia fikir jiwanya kosong dan suram. Dulu, Kak Zainablah tempat dia meluahkan segala masalah. Tapi, sekarang Kak Zainab sudah jauh. Dia sudah tinggal dengan suaminya, Amir. Semenjak itulah, Ramli duduk bersendirian di rumah. Ayahnya sudah lama meninggal duni

Menulis Blog Itu Menulis

Apabila penulisan itu diterjemahkan sebagai satu bahan penulisan; maka akan lahirlah tulisan yang dinamakan  catatan dan kepengarangan. Justeru, saya mengandaikan jika satu waktu saya mempunyai buku, maka buku apakah yang akan menjadi pilihan saya menulisnya? Dalam suku tahun kedua ini - di samping Malaysia dengan pergolakan politiknya, saya pula akan menghasilkan beberapa buah buku. Antara buku yang dijangka akan dipaksa untuk siap adalah : 1. Kumpulan Cerpen Remaja Saya namakan karya ini adalah cerpen remaja kerana saya fikir karya ini semuanya adalah sasaran kepada remaja. Antara karya yang akan dimuatkan dalam kumpulan ini adalah : 1. Hadiah Untuk Ustaz 2. Warkah Dari Medan Seni 3. Tuan, Ini Untuk Kamu 4. Rahsia Sebuah Merdeka 5. Kalau Umi Ada Di Sisi 6. Bukan Yatim Gaza 7. Ramadan Terakhir di Kaherah .... saya lupa beberapa karya lagi .... 2. Kumpulan Puisi Saya sedang mencari, mengutip dan menyusun beberapa karya yang memang hasil penulis

Suku Tahun Kedua 2013

IZINKAN SAYA MEMULAKAN BICARA INI. Suku tahun kedua untuk tahun kedua ini adalah bulan pilihanraya. Ya, catatan ini juga secara rasmi selepas seminggu Parlimen dibubarkan. Saya telah mencoret sesuatu pada hujung minggu lalu dengan beberapa komentar daripada teman-teman pembaca Facebook. Oleh sebab saya fikir wajar saya menulis di blog, perkara yang sama saya terjemahkan ke sini. Pilihanraya oh Pilihanraya GENDANG sudah dipalu. Tarikh keramat yang pasti ditunggu. Apakah negara bakal berhadapan dengan perubahan besar tatkala kebangkitan politik yang diberi nama Arab Spring akan beralih ke salah satu benua Asia iaitu Malaysia. Kepastian ini mungkin terlalu awal untuk ditelah dan diperhalusi. Alhamdulillah, sejak pilihanraya umum ke-12 lalu, tatkala saya masih lagi bergelar  mahasiswa Universiti Al Azhar, Mesir - teruja untuk bersama-sama pilihanraya ini memang ada.  PRU ke-12 pada Mac 2008 memberi tamparan hebat kepada Barisan Nasional apabila terpaksa menerima haki