Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2007

Arab – Melayu : Usah Permainkan Bahasa

Oleh : typeace Kata saduran atau pinjaman daripada bahasa Arab yang disadur ke dalam bahasa Melayu telah meluas. Dewan Bahasa dan Pustaka telah berusaha serta berbincang dengan lebih mendalam berkaitan kata pinjaman dan saduran tersebut. Walaubagaimanapun, baru-baru ini saya menjadi terkilan apabila penggunaan kata pinjaman ini tidak diambil berat. Mengapa hal sedemikian berlaku? Ada sesetengah kata pinjaman ini berubah tanpa tentu hala. Saya beranggapan, penulis langsung tidak merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka lantas meneka serta menggunakan kalimah yang mudah mengikut kesesuaian pertuturan. Sebagai contoh, perkataan bid’ah sepatutnya ditulis dengan bidaah . Selain itu, Ramadhan seharusnya ditulis dengan perkataan Ramadan . Banyak lagi perkataan dan kata pinjaman ini yang tidak diendahkan. Sebenarnya, dengan kata yang mudah kita perlu kaji permasalahan yang sebenar khusus kepada generasi pada hari ini yang lebih mudah menulis tanpa merujuk. Rujukan merupakan asas k

Dua Wacana Kita

Percaya atau tidak, setiap manusia memerlukan keterampilan di dalam dua wacana. Apabila seseorang lengkap dengan dua wacana tersebut maka tidak hairanlah kematangan dan pemikiran seseorang itu didasari dengan wacana itu tadi. Seni pertuturan (percakapan/ komunikasi) serta seni penulisan merupakan dua buah elemen yang amat terpenting. Apabila kita memandang jauh, kedua-dua unsur ini membawa kepada keterampilan individu sama ada ia berlaku secara sengaja atau tidak. Orang yang dapat menghimpunkan kedua-dua wacana ini dianggap sebagai seorang yang hebat. Sebagai contoh, apabila seseorang itu dapat melengkapkan dirinya dengan seni komunikasi maka dia akan menjadi berani berada di khalayak, pandangannya dapat diterima secara jelas dan hujahnya diperhatikan dengan tepat. Selain itu, unsur kedua melalui seni penulisan pula, seseorang itu akan dapat bergerak secara halus di dalam berhujah. Kalamnya diukir dan diterjemah di dalam bentuk lakaran mata pena lantas pemikirannya dapat di

kudrat

sengsara menjerit dalam diam terpendam mulahazah diri tiada lagi kau gagah tunggu... kudrat itu jelma kembali 120307

Suara Itu Anugerah (SIA)

Hampir lapan bulan tidak menaiki Penerbangan Singapore Airlines (SIA). Rindu rasanya pada negaraku, Malaysia yang banyak memberikan jasa. Terima kasih juga kepada SIA kerana memberikan perkhidmatan yang terbaik sepanjang penerbangan merentasi benua Afrika dan Asia . Ini adalah sesuatu anugerah yang paling bermakna. Demikian itu bukan cerita penerbangan SIA yang ingin saya lanjutkan. Sepanjang setahun menjawat jawatan sebagai Ketua Badan Komunikasi dan Bahasa Arab PMRAM saya tidak pernah menghadapi kesukaran bertutur dengan baik. Lebih-lebih lagi sepanjang hidup saya, kalam saya mudah dan baik halnya. Tetapi tidak pada hari ini, (Muktamar Sanawi PMRAM) usaha saya untuk membaik pulihkan suara tidak berjaya. Ubat tekak dan batuk dihirup tetapi tiada kesan. Sedih rasanya hati. Anugerah itu telah hilang. Reputasi sudah kurang. Kali terakhir saya menjadi pengacara majlis ketika kehadiran YB Brig. Jen. Dato’ Seri Abdul Hamid Zainal Abidin, Pengerusi Mara ketika Kursus Keusahawanan

Hanya Dua Muka Surat

Muka Surat Pertama Muka Surat Kedua Terbih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih khusus kepada Kak Shahriza Sidin selaku Editor Majalah Fokus SPM yang sudi menerbitkan artikel saya pada bulan Februari lalu. Bukan cerita yang ingin didagang, bukan kisah yang ingin dijual tetapi cukuplah sekadar memberi laluan kepada golongan tertindas untuk bangkit mengejar cita-cita. Saya bukan orang yang hebat. Tapi saya berjanji untuk menjadi orang paling hebat. Siang dan malam berjuang untuk menegakkan agama Allah ini bukanlah sesuatu yang mudah. Hanya kerana dua muka surat, saya dikenali. Ramai bertanyakan saya. Tiada jawapan daripada saya yang boleh dirumuskan. Jika mahu kisah itu dirakam lebih baik, datanglah dan tuntutlah ilmu di bumi Mesir. Banyak sejarahnya. Banyak ulamanya. Banyak kitabnya. Banyak juga ilmunya. Itulah bumi saya. Bumi yang lahirkan saya sebenarnya. Bumi ini amat subur. Namun, pengalaman itu tidak cukup hanya sekadar dua muka surat. Untuk kalian yang sedang bertat

Bantut dan Terbantut – Kisah Dulu dan Sekarang.

Semenjak menjawat jawatan sebagai Badan Pengurus PMRAM, banyak kekalutan berlaku. Kejap-kejap ada tugas. Pada waktu itulah, banyak yang masih tidak terurus. Bermula dari A hingga Z, ada sahaja yang menghalang. Ripuh menjadi rutin harian. Dari pagi hingga ke malam, sibuk yang berpanjangan. Itulah kisah sebagai seorang pemimpin. Kalian yang duduk di atas kerusi sofa di bilik atau rumah masing-masing lebih seronok lantas mentertawakan saya dengan alasan, saya yang mahu jadi pemimpin. Tidak! Bukan itu hadaf saya. Saya ingin membantu, tidak lebih daripada itu. Dua tahun lepas, ketika saya masih baru, banyak tugas yang mudah dilaksanakan. Boleh menulis, pagi hingga ke malam. Mampu membaca buku dari pagi hingga ke malam dan sebagainya. Yang paling utama, saya dapat menghasilkan pelbagai genre penulisan sama ada kreatif ataupun non-kreatif. Namun, kini segala-galanya terbantut. Mahu menghadiri seminar-seminar di peringkat BKAN atau DPM, bahkan mencari ruang untuk ke ARMA tidak berkesemp