Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2007

Membongkar Rahsia Penulisan Tuhan Manusia

Membongkar Rahsia Penulisan Tuhan Manusia Oleh : Syafiq Zulakifli Saya kurang pasti, adakah menjadi salah taakulan yang saya akan bincangkan ini. Mungkin penulis sendiri (Abang Faisal Tehrani) akan marah pada saya. Jika penulis memarahinya, saya akan cepat-cepat minta maaf apabila ketemu dengannya di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada hari Sabtu ini. Saya membaca sambil meneliti karya ambitious abang FT ini. Otak saya mencerna beberapa kesimpulan yang dapat difikirkan menurut kemampuan saya. Pertama, sedari awal karya “Tuhan Manusia” ini pada asalnya adalah karya yang dihantar sempena Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2006 dalam kategori novel remaja. Mengikut tafsiran saya, karya ini bersaing dengan Odisi Tanah Kencana (Siti Rahayu Mohd Yusof) dan Justeru Impian di Jaring (Zaid Akhtar) yang memenangi tempat pada anugerah tersebut. Kedua, karya ini pada asalnya berjudul “Sebuah Rumah Di Utara.” Sekali baca, tentukan saudara dan saudari akan menjadi p

Mungkin Salah Kita

Di atas katil yang sudah lama tidak dijamah! Kalau kita membilang dengan jari, kita boleh kira berapa hari sahaja kita berada di rumah. Dalam seminggu, sehari. Ataupun, dalam seminggu hanya menghirup angin di dalam kamar sendiri. Hati merundum sedih beberapa ketika. Mungkin kehilangan rakan serumah sejak bulan Julai yang lalu. Namun, peristiwa itu mungkin tidak dirasai kerana saya berada di Malaysia. Sejak beberapa bulan yang lalu, ketika bertanyakan khabar ahli-ahli bait, keadaan rumah seakan-akan bahagia. Tiada tsunami melanda. Walaupun, saya tidak berada di sana, sekurang-kurangnya saya memahami apa yang berlaku di sana. Apapun, yang pergi tetap pergi. Yang masih ada, teruskan perjuangan hingga titisan darah terakhir. Saya beranggapan, anda ada sebab mengapa mengundur diri. Saya tidak marah atau sebagainya. Namun, cukuplah saya sedarkan diri saya. Bahawa, kita tidak dapat menyempurnakan perasaan orang lain dengan sebaiknya. Apa yang kita mampu lakukan kita buat dengan baik. Hari in

Santai Bukan Gedik Santai

I Ada beberapa ulasan yang perlu saya berikan. Sepatutnya, selepas saya menekuni "Manikam Kalbu" saya harus menjelajah lautan melalui "Bedar Sukma Bisu". Namun hati bergalau. Kurang senang melihat bacaan novel dewasa di hadapan mata. Mungkin ke"berat"annya menjadikan saya meninggalkannya ke tepi sebentar. Tetapi ia tidak bermakna membuang terus. Sekadar berehat untuk beberapa ketika. Tidak lama masa yang diambil untuk meladeni Manikam Kalbu. Hanya 11 hari. Itupun, saya mencuri-curi masa ketika di sekolah (tempat saya mengajar). "Ustaz sedang membaca novel cinta ya." "Bukan." Dengan kedua ibu bapa juga saya mengatakan tidak. Ini novel bermoral. Kesan sejarah yang tinggi. Selepas saya membaca Surat-Surat Perempuan Johor dan Nama Beta Sultan Alauddin beberapa bulan yang lalu, inilah fiksyen cereka yang saya baca. Dua unsur yang diterapkan di dalam novel ini seolah-olah pembaca sedang menelaah dua buah novel. Namun, pengarang berjaya meleta

Puisi Di Majalah

Alhamdulillah. Karya puisi saya terbit di Majalah FOKUS SPM Keluaran November 2007. Niat hati keluar ke kedai mencari barang. Namun, apabila terserempak dengan majalah ini, saya capainya dan terus membeli. Tidak sangka ada puisi saya di dalamnya. Untuk pengetahuan, puisi ini saya karang di Malaysia. Namun, ianya adalah sebuah puisi untuk seorang kanak-kanak kecil di tepi pantai Iskandariah. Seingat saya, ketika itu kami (semua Badan Pengurus PMRAM) jaulah ke Iskandariah. Kesempatan itu saya gunakan untuk mengingatkan kembali memori di pantai tersebut. PUISI Rezeki Laut Mediterranean (untuk si kecil di Iskandariah, Mesir) Lelah menyaksikan pada raut wajah si kecil membonceng basikal usangnya karam entah bila… Kutebarkan senyuman buat si kecil yang merisik kasih menyuap setitik rezeki yang paling teragung… Si kecil penjual aiskrim hanya menurut perintah lagi berdikari seorang diri pastinya ia anugerah Ilahi. SYAFIQ BIN ZULAKIFLI Johor

9! Bukan Antologi Cerpen Tapi 9 Gambar Raya

Izinkan saya berkongsi kegembiraan berhari raya tahun ini bersama ibu bapa dan rakan-rakan. Paling seronok, ada mahasiswa Al-Azhar sendiri pun tidak kenal dengan kawan sekuliah sendiri. Sedih kan? Dalam majlis tak seberapa formal ini, saya ketawa sendiri dalam hati. Bab menyakat, bagi pada Saman Esa. Bab cerita sastera, Ishaq Hanis jadi mangsa. Tapi paling pelik, ada kawan-kawan kita tidak mengenali rakan sekuliah. Ini dialognya :- Si A : Kau belajar kat mana sekarang? Si B : Aku belajar kat Mesir. Universiti Al-Azhar. Si A : Ala, cakaplah betul-betul. Belajar mana ni? Sihat ya kau? Si B : Aku belajar kat Mesir. Sama dengan kau la. (Setelah hampir 10 kali perbualan yang sama, Si A masih tidak ketahui yang Si B adalah kawan sekuliah di Mesir) Akhirnya, apabila sudah pecah tembelangnya...semua ketawakan dia. Hampeh! Kawan sendiri pun tak kenal. Moral : Duduk Mesir, masuk persatuan. Rajin pergi kuliah. Ini, apabila tiba di Malaysia rakan sendiri pun tak kenal. Saya akui yang Si B sememang

KUBUR KITA LAIN LAIN

Saya kurang pasti mengapa akhbar Berita Harian hari ini (Ahad) tidak mengemaskinikan pangkalan ruangan SU SASTERA. Mungkin berkejar-kejar untuk menghadiri rumah terbuka atau sebagainya. Yang ada, hanyalah cerpen saudara Nasron Sira Rahim berjudul "Pulangnya di bening Syawal.." Namun, sekalung penghargaan buat editor ruangan ini kerana memberi peluang kepada saya tampil mengisi kekosongan ruangan puisi pada minggu ini. Bagaimana saya menulis KUBUR KITA LAIN - LAIN? Saya menulis puisi ini ketika di Tiram Indah Village yang terletak di Ulu Tiram. Sebermulanya, pada pagi hari kedua program Ihya Ramadan, Yayasan Bandaraya Johor Bahru saya mencuri-curi masa selepas solat Subuh untuk mengarang. Fikiran saya tertancap tepat pada wajah peserta ketika menulis. Tajuk "Kuliah Subuh" ketika itu adalah tentang masalah solat, masalah aurat dan masalah-masalah agama kepada semua pelajar dan peserta yang menghadirinya. Justeru, apabila tiba saat penceramah mengatakan, "Kita

Anda Mahu Jadi Pemimpin Hebat?

Kepimpinan Mahasiswa Mesir seharusnya lebih matang Isu perdebatan mahasiswa ini tidak akan habis jika dibincangkan. Ada sahaja mulut-mulut liar akan bersuara. Kami produk A lebih baik daripada produk B. Ah! Produk A tu, berangan nak memerintah tetapi cakap tak serupa bikin! Ini adalah senario yang benar-benar berlaku di sekitar kampus. Teringat saya kepada forum Bicara Siswa yang diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah suatu masa dahulu. Tahun 2005. Perbincangan yang menghangatkan. Melihatkan beberapa orang pemimpin persatuan berhujah di atas pentas saya terkelu seketika. Wah! Hebat hujah mereka namun mengapa sebegini pemikiran mereka. Pemikiran yang hampir-hampir kurang matang sebagai seorang mahasiswa. Sebagai insan yang pernah diamanahkan memegang jawatan di dalam organisasi kepimpinan, rencam fenomena ini sudah lali di dalam diri. Si X lebih suka makan garam daripada gula. Si Y lebih suka masukkan dawai kokot di dalam stapler daripada melihat ianya telah sedia ada di dalam kant

IKLAN - ASWARA (Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan)

Seminar Penulisan Cereka di Aswara AKADEMI Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) akan menganjurkan Seminar Penulisan Cereka 2007 bertema, Pelestarian Citra Bangsa dalam Karya Cereka Kontemporari. Seminar akan berlangsung pada 3 hingga 4 November depan di Dewan Kuliah Utama Kampus Aswara, Kuala Lumpur tersebut akan memberi tumpuan kepada aspek penulisan cereka merangkumi karya dalam bentuk fiksyen/naratif, iaitu cerpen dan novel. Ia merupakan lanjutan daripada Seminar Penulisan Dramatik yang dianjurkan oleh Jabatan Penulisan Aswara pada Disember 2006 yang lalu. Perbincangan seminar akan merangkumi penulisan genre cereka iaitu bidang teori, praktik, penerbitan, kritikan, prinsip, falsafah, pemikiran, teknik dan pendekatan karya. Ia juga sebagai medium pendedahan kepada peserta dan khalayak sastera tentang pelbagai teori dan teknik penulisan cereka terbaru yang mampu memajukan serta mengembangkan lagi bidang penulisan ini serta industri yang berkaitan (penerbitan) di negara ini.

Pulanglah

Sukma saya berbisik untuk pulang. Tetapi, ada sahaja yang mula menghalang. Pertama, tiket kapal terbang yang telah menetapkan tarikhnya untuk pulang. Sebetulnya, bukanlah tarikh itu yang saya pinta. Mungkin broker yang menguruskan tiket saya terlalu terperanjat dengan saya lantas menguruskan tiket saya di dalam keadaan tergesa-gesa. Hasilnya, tiket saya diletakkan tarikh bermacam-macam. Untuk menukar tarikh penerbangan amat payah. Beberapa minggu lalu, makcik saya sendiri telah berurusan dengan Singapore Airlines tetapi masih gagal menukarnya. Alasan mereka, tempat dah penuh. Tunggu waiting list sahaja. Saya berkerut sendiri. Di sebalik kekecohan tiket yang entah tiada kesudahan, saya dihantar bertalu-talu pesanan ringkas daripada anak-anak murid supaya tidak meninggalkan Malaysia. (baca : ada orang masih sayang). Ada yang menyatakan, ustaz dah lupa dengan kami bila jumpa kawan ustaz di Mesir. Ada pula yang mengatakan, sedih bila ustaz tak ada. Apa jasa saya pada mereka? Entah! Mungkin

DUA BENUA

Jalan-jalan raya kota Iskandariah, Mesir Benua Afrika tidak sama dengan benua Asia. Lain sememangnya lain betul. Hari raya juga semestinya berbeza. Mungkin ada yang sama. Sama di antara kedua-dua benua. Tetapi itu dari segi geografinya. Bagaimana pula dengan sistem pendidikannya? Malaysia- sebuah negara yang membangun dan pesat dengan sistem pendidikan berkualiti. Maka tidak hairanlah berapa ramai graduan Malaysia yang lahir daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta lebih hebat berbanding graduan daripada benua Afrika ini. Kenyataan ini mungkin saya tidak dapat nafikan apabila saya sendiri membaca akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Oktober, "Gagal Bahasa Arab Lanjut Pengajian 7 Tahun." Semestinya culaan ini benar-benar tepat dikenakan untuk warga azhari. Memang benar! Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Prof. Madya Dr. Fakhrudin Abdul Mukti yang ditemui baru-baru ini di Putrajaya. Kesiankan warga azhari. Mudah sahaja dicemuh di media. Paling merunsingkan apabila

Lumrah

Mungkin tidak sama berhari raya di perantauan dan di Malaysia. Ada suka dan ada yang duka. Suka kerana dapat berhari raya bersama saudara mara yang rapat. Mungkin juga duka kerana terkenangkan orang yang sudah tidak lagi ada di sisi. Lumrah. Sebagai seorang insan yang mengenal erti kehidupan, hidup mati adalah ketentuan Allah. Namun, yang pergi tetap pergi. Kepada mereka yang telah ditimpa musibah untuk 1428H ini moga-moga dikuatkan hati-hati mereka untuk bersabar. Sementelah beberapa hari menyambut hari raya di perantauan, tiada yang manis-manis boleh diceritakan. Tanggapan saya mudah. Saya bukan anak orang kampung yang banyak ceriteranya. Saya juga bukan punya keluarga besar yang boleh menghimpunkan saudara-mara dari seluruh pelusuk bumi. Dengan keadaan sakit tidak menentu ini, jarang-jarang dapat menikmati kepuasan hari raya. Longlai kaki melangkah. Sepanjang hari raya ini, saya belum dapat lagi meneguk air manisan. Tekak masih sakit. Ulsur kata mak saya. Tonsel kata makcik saya. Ya

Kesian Tidak Beraya di Malaysia

Mungkin inilah tajuk yang mampu untuk mengusik pandang beberapa orang sahabat di tanah arab Mesir. Serasa saya, ada juga yang akan marah dan terusik hiba apabila perkataan ini muncul di laman Yahoo Mesengger saya. Pada bulan yang mulia ini, kemaafan sahaja mohon diampunkan ya. Menarik! Tentunya beberapa peristiwa menarik yang boleh kita kongsikan. Apa tidaknya, malam raya seperti yang saya janjikan saya akan menyerang Plaza Angsana, Johor Bahru. Bukan beratus orang membanjiri plaza tersebut malah boleh dikatakan beribu. Walhal, apabila saya melihat jam di tangan yang hampir ke 11.00 malam, berpusu-pusu kenderaan yang dari mana arahnya datang berkunjung ke sana. Hati berdetik. Inilah malam raya rupanya. Seronok? Mungkin lebih selesa saya katakan perasaan itu hadir namun kurang gembira tatkala diri sendiri yang meragam. Saya perlu kuarantinkan diri kerana tidak bermaya. Hanya segelas air putih mampu saya telan ketika tekak meragam pada malam raya. Walau jalan dalam letih dan kurang berma

Salam Lebaran 1428H

Lebih kurang 24 jam lagi, Hari Raya Aidilfitri 1428H akan disambut dengan meriah. Benar! Saya sendiri yang mendengar Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan di kaca televisyen tepat jam 8.00 malam tadi. Namun, kegembiraan itu sedikit tercalar apabila saya kurang sihat untuk beberapa ketika. Tidak senang untuk duduk di atas kerusi sofa yang baru dicuci dan tidak pula selesa baring di atas katil peribadi yang belum dikemas lagi. Saya terpaku sendiri. Doa dipohon agar kesihatan saya berkekalan sehingga 1 Syawal nanti. Tidak sabar memakai pakaian serba merah pada tahun ini. Mungkin sudah menjadi trend, pakaian ber'tema' adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan tatkala hari raya. Dulu, masa kecil-kecil jika kami sekeluarga tidak jalan sedondon, bukan namanya hari raya. Tapi, sudah menginjak dewasa, trend itu kami sudah tidak pakai. Namun, tema harus dikekalkan. Warnanya tetap serupa. Merah dipilih pada tahun ini. Apapun warna yang menjadi pilihan, biarlah saya berhari raya s

Hati Menjadi Terharu

Beberapa hari ini saya murung sendiri. Mungkin teringatkan kawan-kawan di Mesir atau seronok sendiri untuk berhari raya di negara peribadi. Tika lagu-lagu kehangatan hari raya berkumandang, airmata jatuh berlinang. Entah! Kurang pasti teringat pada siapa. Tinggal dua hari lagi berpuasa. Ini bermakna, Ramadan akan berakhir. Bila lagi waktu Ramadan akan kutemui? Malam tadi, malam 29 Ramadan. Tepat jam 9.21 malam (waktu Malaysia) saya menyaksikan sendiri angkasawan negara menaiki Soyuz ke angkasa lepas dan akan tiba di ISS beberapa jam lagi dari sekarang. Seronok betul saya lihat Dr. Muzaphar Shukor di dalam roket tersebut. Namun, ada riak macam gerun ja... Namun, inilah Malaysia dapat lahirkan. Anak angkasawan Islam yang mampu berada dipuncaknya. Apa-apa pun tahniah buat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia yang telah berusaha melahirkan seorang wira ini. Syabas! ii Ada suatu berita sedih melanda diri. Semalam, selepas pulang dari sekolah saya mendapat satu kad ra

Cerita Persiapan Hari RAYA

(i) Hujung minggu lalu, saya merasai sendiri kesesakan di bandar Singapura. Kemeriahan Aidilfitri secara jelasnya sudah terasa. Bahang dan kehangatannya juga kian memecah sunyi negara kecil itu. Sungguhpun begitu, walau dalam cuaca hujan lebat saya rempuh juga halangan untuk mendapatkan keperluan berhari raya. Jelas. Inilah fenomena yang sudah sebati dengan jiwa rakyat kita sendiri. Orang Melayu. Mereka fahami bahawa "raya" adalah hari permulaan bagi diri mereka. Entah ya. Mungkin adat ini tidak dapat lagi hilang daripada pandangan mereka. Gambar-gambar yang saya pamerkan adalah ketika saya berada di Tanjung Katong Complex (Kompleks Membeli belah Tanjung Katong) . Ianya terletak berhampiran Kampung Melayu, Geylang Serai. Sebut sahaja perkataan Geylang, orang Singapura pasti angguk mengerti. Semacam Malaysia, jika sebut sahaja KLCC atau Putrajaya mereka akan mengenalinya. Begitulah Singapura. Kawasan Geylang kalau tidak sesak barak pada hari perayaan sebegini, bukan Geylang n

Apa Khabarmu Di Sana?

Sayu... Hati ini makin sayu... Rindu... terkenangkan mereka di sana Wajahmu PMRAM... bermain di mata... Mengajakku pulang ke sana... dihari bahagia Hari Raya... Hati meruntun rasa sayu apabila membuka lembaran gambar-gambar nostalgia yang lalu. Pejabat PMRAM, rumah sendiri, Masjid Rahmah dan bermacam-macam lagi teringatkan aku tentang Mesir. Lagu hari raya yang berkumandang di celah-celah keripuhan Malaysia ini cukup membangkitkan semangat untuk terus pulang. Tapi bila? Jangan la bersedih... Buatmu ahli bait... makan, pakai, tidurmu cukupkah? Murung hati hanya Allah yang tahu. Kesedihan hati sudah makin terasa. Namun.. segalanya bila? Kepada teman-teman di pejabat, tahun ini kita tidak raya bersama. Namun, hati kecil ini benar-benar berada di dalam pejabat itu. Terima kasih kerana menghubungi saya beberapa hari yang lalu. Moga ikatan kita bersemi selamanya. Ketupat, rendang,dan kuah lodeh telah terhidang di atas meja... Marilah kita menyantapnya... Ustaz Hadi telefon aweks yea?

Cerita Kosong - Adik Sendiri vs Adik Angkat

Apa istimewanya si kecil ini? Saya tidak mahu ada insan yang berdukacita mendengar khabar saya ini. Lebih-lebih lagi duka saya masih parah pada hari ini. Kecewa sedikit. Walang yang akan terus berpanjangan. (Pesanan ini harus saya tujukan untuk Ustaz Rasul) Saya mahu tinggalkan itu semua. Minggu ini adalah peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Justeru, tidak hairanlah beberapa kelas di sekolah dicutikan. Walaupun saya tidak pernah merasai cuti ketika di sekolah dulu (kerana saya sekolah berasama penuh). Justeru, inilah peluang saya mampu untuk bermesra dengan beberapa orang pelajar terpilih. Saya bukanlah ramah sangat dengan beberapa pelajar. Namun, jika ada di antara mereka yang mampu untuk mengeluarkan pendapat dan idea saya rela menjadi pendengar setia. Empat hari saya memulakan kerjaya sebagai seorang guru Pendidikan Islam dan Geografi, rasa bosan melanda diri. Entah! Mungkin sekolah kosong tidak berpenghuni memaksa saya mundar-mandir ke beberapa lokasi di dalam sekolah send

Faisal berdakwah menerusi novel

Ini akhbar asalnya... Dapatkan yang original Pemenang tiga anugerah utama DBP banyak ketengah isu babitkan ummah KATA-KATA pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, supaya pelajarnya jangan semua menjadi ustaz atau ustazah bukan menafikan kepentingan tugas guru agama, tetapi sebagai cabaran supaya Islam dapat dikembangkan dalam bidang lain. Itulah dirasakan penulis karya sastera Islam, Mohd Faizal Musa atau lebih dikenali dengan nama pena Faisal Tehrani, yang menganggap kata-kata gurunya sebagai cabaran kerana pandangan umum untuk menyebarkan Islam ialah seseorang perlu berada dalam aliran Islam juga. "Kini saya faham kenapa beliau berharap supaya kami pelajarnya tidak semua menjadi ustaz dan ustazah saja. Malah, saya bersyukur kerana ramai juga rakan yang tidak berada dalam aliran agama, tetapi masih boleh mengembangkan syiar Islam," katanya. Justeru katanya, daripada bidang syariah politik, beliau melanj utkan penga

Kem Ihya Ramadan - Siri 2 Dan GURU!!?

ULU TIRAM - Kem Ihya Ramadan Siri Kedua telah diadakan selama 3 hari 2 malam di Savannah Hill, Ulu Tiram. Para peserta terdiri daripada anak-anak angkat Yayasan Bandaraya Johor Bahru. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Selesailah sudah program-program di Malaysia, namun sepanjang kehadiran saya ke sini, kepuasan masih belum dapat dirasai. Selepas pulang dari program ini, saya dikejutkan untuk mendaftarkan diri semula di SMK Bandar Baru UDA, Johor Bahru. Alhamdulillah, mulai 1 Oktober 2007 saya telah memulakan tugas sebagai guru KGSK (orang-orang Jabatan Pelajaran saje faham) di sekolah tersebut. Demi menabur beberapa lagi sisa bakti yang belum disemai dan dibajai, saya harus lunaskan untuk beberapa minggu sebelum pulang ke bumi Mesir. P/S : Gambar-Gambar di atas ini adalah Hak Cipta TYPEACE INTERPRISE, justeru kepada mereka yang ingin meng "copy-paste" kan, sila kreditkan maklumat ke dalam blog ini. Tiada salah pengambilan gambar ini namun, kedudu