Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

JEMAAH Dalam Syarikat

BARU-BARU ini saya berbual-bual dengan seorang teman yang bertugas di salah satu syarikat korporat besar di Malaysia. Beliau menyatakan bahawa teman-teman sekerja selalu bertelagah sesama sendiri. Ada keputusan yang tidak dapat dicapai dengan sempurna dan pelbagai lagi karenah yang berlaku. Duit syarikat pula dikebas kemudian Pengurus Besar syarikat beliau meninggalkan pejabat. Aduhai...pening kepala Chairman syarikat teman saya itu. Beliau pula terpaksa mengambil alih syarikat dan bekerja seperti Pengarah Urusan. Terbaru, syarikat korporat beliau dikatakan mahu memasukkan produk yang haram dalam syarikat. Wah! Semakin parah nampaknya apabila orang agama minoriti dalam pejabat korporat yang besar. Saya bercerita kepada beliau bahawa perkara itu tidak berlaku sama sekali di dalam PTS. PTS adalah sebuah syarikat korporat penerbitan buku di Malaysia yang mementingkan calon-calonnya dapat memahami konsep berJEMAAH. Apabila Pengurus Besar melantik seseorang staf masuk ke dalam pejabatnya, j

PTS di Radio Sinar.fm

PTS Pubications & Distributors Sdn Bhd adalah sebuah syarikat korporat yang menerbitkan sejumlah buku bahasa Melayu bagi bacaan semua peringkat. Sebagai salah satu daripada syarikat korporat, memasarkan buku-buku di dalam akhbar dan media adalah sangat penting. PTS memilih akhbar Harakah sebagai pilihan terbaik memasarkan buku terbitannya kerana yakin bahawa buku-buku agama (menjelang bulan Ramadan) dibaca oleh pembeli akhbar tersebut. PTS juga memilih radio Sinar.fm disebabkan kedudukan radio ini amat tinggi pada masa ini. Bagi memastikan survival penerbitan buku terus berkembang dengan maju dan baik, PTS akan terus bekerja membuka pasaran buku sastera. Buku sastera adalah karya yang evergreen. Karya sastera tidak akan mati dan tenggelam. Contoh karya sastera yang amat besar dan dibaca oleh pengkaji-pengkaji adalah hikayat-hikayat Melayu. Terbaru, Saudara Faisal Tehrani mengarang novel 1515, 1511H dan banyak lagi karya sastera yang dijamin tidak akan mati terjerut. Tuan/puan dijem

Sembang Kartunis

Tn Jonos dan Tn Zunar (di tengah) PAGI tadi saya bersembang-sembang dengan Tuan Jonos atau nama sebenar beliau Tuan Nur Azlin Ngah. Beliau adalah mantan ketua pelukis bagi komik Gedung Kartun, Perak Darul Kartun dan beberapa lagi buah buku komik yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Tuan Jonos kini berkhidmat di PTS Islamika Sdn Bhd sebagai seorang editor kreatif. Banyak input baharu yang saya peroleh daripada beliau. Pengalaman beliau menghasilkan karya komik politik itu, beliau kongsikan dengan saya. Terbelalak juga mata saya apabila mendengar cerita yang beliau sampaikan kepada saya. Politik-oh-politik UMNO....memang menakutkan. Ada isu sekitar Saiful Bukhari yang beliau ceritakan. Patutlah dalam kursus yang kami adakan, beliau telah melukis gambar 'seluar dalam'. Apa agaknya makna seluar dalam itu? Yang paling memeranjatkan saya adalah peristiwa pemimpin-pemimpin UMNO yang amat menakutkan saya. Ada kartun yang dilukis di dalam majalah-majalah kartun yang diharamka

Kursus di As-Sakinah Resort, Janda Baik, Pahang

Kursus Pengurusan dan Pentadbiran diadakan oleh pihak pentadbiran PTS kepada 20 staf terpilih. Selama tiga hari saya tidak berada di Kuala Lumpur dan akan berkursus di Pahang. Saya difahamkan juga bahawa talian komunikasi tidak dapat berjalan dengan baik di sana. Tarikh : 27 Julai 2010 Hari : Selasa Tempat : As-Sakinah Resort, Janda Baik, Pahang 0900 - Pendaftaran / Check-in bilik / Sarapan pagi 0930 - Sessi 1 Kursus 1100 - Tea break (short) 1300 - Lunch break / Zohor 1400 - Sessi 2 Kursus 1600 - Tea break (short) 1800 - Break - Maghrib berjemaah/Tazkirah 2000 - BBQ Tarikh : 28 Julai 2010 Hari : Rabu 0900 - Sessi 3 Kursus 1100 - Tea break (short) 1300 - Lunch break / Zohor 1400 - Sessi 4 Kursus 1600 - Tea break (short) 1800 - Break - Maghrib berjemaah/Tazkirah 2000 - Dinner 2030 - Sessi bersama Puan Ainon Tarikh : 29 Julai 2010 Hari : Khamis 0900 - Sessi 5 Kursus 1100 - Tea break (short) 1300 - Lunch break / Zohor

Apakah Bakat Saya Sebenarnya?

SOALAN ini sebenarnya soalan yang hampir-hampir panas. Tetapi saya sudah tahu apakah jawapannya. Hari ini secara rasmi saya akan memaklumkan beberapa perkara yang saya akan lakukan supaya teman-teman saya tahu apakah pekerjaan seorang graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah. Pertama : Saya sedang menguruskan satu penulisan dokumentari kerajaan Negeri Melaka. Kedua : Saya sedang mempelajari selok-belok pembikinan drama TV dan pengarahan. Percayalah bahawa pengesanan bakat itu perlu dilatih, dibentuk dan diberi suntikan. Namun, sejauhmana kita diberi kekuatan untuk mengenali bakat diri, sebenarnya yang lebih penting adalah disiplin diri. Doa banyak-banyak. Tambahan : Jumaat yang mulia ini, 23 Julai 2010 saya akan masuk studio 2, IKIM.fm 'Pilihan Utama Anda'.

Novel MARIA versi MALAYSIA

Semenjak saya berada di Mesir, banyak penerbit yang memohon untuk mendapatkan hak penerbitan menerbitkan novel MARIA ini daripada PMRAM. Justeru, pada 2010 ini, novel MARIA dan WEIL CHINA yang diterjemahkan oleh Ustaz Rofizi Dollah telah diterbitkan oleh PTS di Malaysia. Tuan-tuan dan puan-puan yang ingin mendapatkan novel ini bolehlah membelinya di kedai-kedai buku yang berhampiran. Kaver untuk novel ini edisi Malaysia akan dipamerkan tidak lama lagi.

Bagaimana Membezakan Karya Sastera dan Karya Popular?

TENTU ada banyak perbahasan berkenaan hal ehwal sastera dan hal ehwal popular. Saya juga menjadi kebingungan apabila meletakkan takrif (maksud) bagi kedua-dua istilah ini. PTS adalah syarikat korporat komersil yang menerbitkan sejumlah karya seni sama ada fiksyen mahupun non-fiksyen. Namun, di sebalik kehangatan karya tersebut, karya-karya ini pula dilabel sebagai sastera dan popular. Ada sesetengah pandangan yang mentakrifkan karya sastera adalah karya yang membangkitkan tema-tema sejagat manakala karya popular mempamerkan tema-tema cinta semata-mata. Itu dari segi tema. Kedua, apabila kita berbicara soal bahasa, tentunya gaya bahasa sastera lebih tinggi daripada bahasa popular. Mengapa? Ciri-ciri kesusasteraan bahasa adalah salah satu modal meningkatkan produktiviti sesebuah karya. Patah-patah kata yang diletakkan di dalam karya sastera juga sedikit berlainan dengan karya popular. Mengapa? Sastera adalah mendidik pembaca. Justeru, sebagai pengarang sastera, secara peribadi saya berpa

Tarbiah Siapa Yang Hebat?

SUDAH lama saya tidak mengarang isu-isu panas berkenaan hal ehwal kemahasiswaan di Mesir; juga menjentik-jentik Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK). Oleh hal yang demikian, tiadalah bicara hangat yang meniti di bibir-bibir telinga dan kantung e-mel saya. Di Mesir, bakal membangun dua kepahlawanan tentera mahasiswa. Yang satu dinamakan PMRAM dan yang lagi satu dinamakan ISMA. Persoalan yang masih bergentayangan di dalam minda saya adalah; benarkan dua buah jemaah persatuan ini memang tidak akan bersatu sehingga hari kiamat? Ada masalah besar sebenarnya berkenaan dua hal ehwal kepahlawanan mahasiswa ini. Tetapi, saya tidak mahu bicara. Biarlah kedua-dua buah persatuan ini berfikir dengan sewajarnya. Sepanjang saya berada di dalam kepimpinan PMRAM, minda saya sentiasa berfikir perkara-perkara yang positif. Walaupun demikian, sesekali ada yang tidak sedap didengar di cuping telinga berkenaan kepahlawanan mahasiswa ini. Realiti, apabila kita menyebut berkenaan jemaah, maka yang terlint

Menulis Karya Evergreen

Karya-karya sastera adalah karya-karya evergreen. Ini bermakna, apabila saudara mengarang karya-karya evergreen yang tidak akan ditelan zaman, karya itu tentunya akan sentiasa laku dibeli. Sebagai seorang penulis, tentunya royalti saudara/saudari akan diperoleh kerana karya evergreen itu sentiasa dibeli orang. Novel Ayat-ayat Cinta adalah satu contoh karya evergreen. Karya ini masih lagi dibeli oleh pembaca (peminat) walaupun filem Ayat-Ayat Cinta sudah dijual di pasaran. Bagaimana menulis karya evergreen? Tentu sukar menggambarkan bahawa sama ada karya saudara/saudari itu boleh tahan lama di pasaran. Bagi mencari penyelesaiannya, kita mengandaikan bahawa ada bahan baru diberikan kepada pembaca. Jawapan bagi persoalan ini adalah ilmu. Apabila kita menumpahkan ilmu kepada pembaca, tentu karya itu akan menjadi bualan sehingga akhir zaman. Novel Maria yang diterbitkan di Mesir adalah salah satu novel evergreen kerana walaupun sudah dicetak pada tahun 2000, karya itu tetap dicari pada hari

Hujung Minggu di Pahang

9-11 Julai ini, saya bersama kakitangan dan keluarga PTS akan berada di Bukit Gambang Resort City, Pahang. Pelbagai acara disediakan dan yang paling utama jamuan makan malam bertemakan Hikayat 1001 Malam juga akan diadakan semasa di sana nanti. Sudah tiba masa untuk mencari pakaian bagi 'melaram' pada malam itu nanti. Ini adalah kali pertama saya menyertai jamuan makan malam bersama staf PTS. Sungguh, PTS membuatkan saya tergila-gilakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Alhamdulillah. Tambahan : 9 Julai ini, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009 akan diadakan di Pentas Istana Budaya, Kuala Lumpur. Mohon maaf kerana saya tidak dapat bersama pada tahun ini. Tahniah kepada pemenang yang terus tekal meraih anugerah di pentas ini. Tahniah! Nazmi Yaakub (wartawan Berita Harian@ teman saya) menggondol hadiah utama kategori cerpen dan membawa pulang RM 3,000.

Kakak Naib Presiden PMRAM Menang Hadiah PTS

TERPERANJAT saya apabila membuka laman sesawang PTS pada hari ini. Untuk makluman, sepanjang bulan Julai ini, PTS mengadakan peraduan mengulas buku-buku PTS. Cikpuan Siti Rahmah Mokhtaruddin adalah kakak kepada Naib Presiden PMRAM pada hari ini. Berita boleh diikuti di sini http://www.pts.com.my/index.php/berita/pemenang-ulasan-buku-pts-minggu-pertama/ (mohon copy-dan-paste) Teman-teman yang ingin mendapatkan hadiah daripada PTS, boleh sahaja ulas buku-buku PTS.

Syafiq@ PTS TV

PTS dot TV menyiarkan pelbagai program dan segmen bersama penulis. Salah satu rakamannya adalah pertemuan saya bersama Ilham Hamdani yang mengarang novel Bara Cinta Canberra. Selamat menonton...

Islam Adalah Penyelesaian

PENGGUNAAN slogan Islam Adalah Penyelesaian adalah satu istilah yang digunakan oleh parti bertanding bagi memperjuangkan hak Islam sewaktu saya di Mesir. Saya masih ingat lagi tatkala kain rentang di pasang di sekitar jalan semata-mata untuk memperjudikan Islam sebagai agama penyelesaian. Saya tidak pernah menafikan bahawa Islam adalah medan penyelesaian. Oleh yang demikian, apa yang berlaku di sekeliling sebenarnya ada penyelesaiannya. Sebab itu, kita perlu berfikiran waras menetapkan satu-satu hukum. Saya percaya bahawa Islam itu didasari dengan empat sumber hukum yang disepakati. Pertama, Al-Quran. Kedua, Al-Hadis. Ketiga, Ijmak. Keempat, Qiyas. Ada tanggapan mendakwa bahawa orang Islam tidak akan berdamai. Kata mereka, lihat sahaja orang UMNO dan PAS. Sebab itu UMNO memusuhi PAS. Begitu juga sebaliknya. Kali ini saya mahu mengorek sejauhmana kehebatan UMNO mendahului PAS setelah penghijrahan ulama muda ke dalam UMNO. Apakah UMNO akan berbangga mempunyai tokoh-tokoh Islamisasi merek