Langkau ke kandungan utama

PASARAN KORPORAT


Takaful Ikhlas bangun modal insan

PETALING JAYA 11 Dis. – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. sedang mengintai potensi membangunkan modal insan tempatan, yang kini berada di luar negara, khususnya di Asia Barat.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, usaha itu bertujuan memberi peluang pekerjaan kepada penuntut Malaysia dalam industri takaful.

Syarikat itu telah menyertai Karnival Kerjaya Asia Barat di Kaherah, Mesir baru-baru ini dan berjaya menarik minat lebih 4,000 penuntut Malaysia di negara itu.

“Kami telah diberi ruang pameran untuk memberi ceramah ringkas secara berkumpulan tentang aktiviti perniagaan Takaful Ikhlas, sistem takaful dan kewangan Islam.

“Apa yang kami ingin kongsi dengan mereka ialah untuk menjelaskan peluang-peluang pekerjaan yang ada di Takaful Ikhlas sebagai kakitangan syarikat dan juga ejen Takaful Ikhlas,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini.

Beliau berkata, syarikatnya telah menemuduga seramai 118 pelajar tahun akhir dalam bidang Syariah, perundangan, Bahasa Arab dan juga Qirat.

“Kami akan terus menyertai karnival sebegini pada masa depan sebagai satu tanggungjawab warga korporat,” jelasnya.

Tambahnya, kini terdapat lebih 7,000 penuntut Malaysia sedang melanjutkan pengajian di negara itu.


Utusan Malaysia, Rabu 12 Disember 2007

p/s : Mereka dah jadi korporat, anda bila lagi?


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)