Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Saturday, December 29, 2007

Dirgahayu Seorang Sahabat


Seorang teman,
punya saudara,
punya perasaan,
punya tindakan.

Seorang teman,
yang amat garang,
yang suka berang,
yang tampak walang.

Tapi,
Bukankah seorang teman ini,
membilah satu semangat,
mengupas sebidang keramat,
mengoyak sebuah keringat,
yang amat payah dicari hingga
nanti kan terbuka
sebuah janji.

Kerana
seorang teman,
dia punya angkara yang sama,
mahu meninggalkan kami semua.

Kaherah, Mesir.
29 Disember 2007

Pagi tadi aku menghantar Ustaz Hud ke Cairo International Airport. Dia mahu berangkat ke Kota London, United Kingdom. Wah! Kagum sungguh melihat semangat seorang teman yang mahu berangan-angan ke negara Eropah sebelum berangkat pergi meninggalkan Mesir.

Namun, semoga pemergian ini adalah anugerah yang tidak tercapai oleh akal.

No comments: