Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

Rancangan Realiti TV Agama : Bukan Sekadar Melepas Batok di Tangga

Rancangan Realiti TV Agama : Bukan Sekadar Melepas Batok di Tangga Oleh SYAFIQ ZULAKIFLI Akhir-akhir ini muncul pelbagai rancangan realiti televisyen (TV) berbentuk dakwah di Malaysia. Sedari maklum, penerbitan rancangan tersebut adalah sebagai medium alternatif kepada hedonisme rancangan yang telah dipamerkan oleh stesen penyiaran di negara kita pada hari ni. Perkembangan ini segar di mata masyarakat sebagai satu peluang mereka mendalami ilmu-ilmu agama melalui pelbagai konsep. Kemunculan rancangan realiti seperti Imam Muda, Ustazah Pilihan dan Pencetus Ummah di Astro Oasis, Adik-Adikku (RTM), Solehah (Alhijrah) memberikan kefahaman kepada generasi muda pada hari ini betapa dakwah itu diperluaskan dengan pelbagai pendekatan. Dakwah itu merentasi kumpulan kecil bermula kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa. Malah, para ibu bapa juga teringin benar menggilap bakat anak-anak mereka ke dalam pentas berprestij itu sehingga dijulang sebagai juara dan mampu menjadi sebahagi