Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, December 26, 2007

Jawab Isu!!!

Ada seorang pengunjung laman saya yang berkata ada perkataan 'pelik' yang tidak difahami. Lantas, dia menyarankan saya agar memberikan makna dan mendedahkan penulisan yang lebih baik dan mudah difahami.

Saya ada satu sikap dalam diri. Saya menulis di dalam blog untuk melatih diri saya agar mudah menulis cerpen, puisi ataupun novel. Justeru, saya berpandangan bahawa menulis menggunakan ayat-ayat bombastik adalah sesuatu yang tidak dilarang dalam agama. (ketawa sendiri)

Seperkara lagi yang saya ingin lontarkan adalah apabila saya mengeraskan kepala hotak saya untuk menulis sesuatu yang diluar kemampuan pemahaman seseorang, bagi saya itu sudah cukup adil. Masakan tidak, perkataan-perkataan yang saya jenamakan di dalam entri saya semuanya terdapat di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Justeru, tidak usahlah menjadikan alasan untuk tidak memahami.

Tanggapan ini saya terima dengan baik. Dan moga-moga harapan saya untuk menulis berdasarkan pemikiran saya wajar diterima. Ini ransangan dan didikan yang saya terima. Insya-Allah, harapnya saya akan mengkategorikan blog saya di dalam blog-blog sastera.

Untuk saudara taufiq, saya cadangkan sebelum membuka blog saya tekan butang New Tabs dan pastikan ana juga buka laman ini, http://www.karyanet.com.my/knet/index.php?tpf=DEWAN&sid=8785f72cb175043ef960f7692d3ddedc

saya berkeyakinan penuh bahawa anda akan ke'puas'an apabila membaca laman saya dengan istilah-istilah baharu. (bukan baru)

Saya nak ajar!

Apa beza baharu dan baru?

Lihat contoh di bawah :-

1 Saya beli kereta baharu.

2 Saya baru bertolak daripada Hayyu Thamin pagi tadi.

Sudah tahu di mana bezanya? Bagus!

II

Isu diskusi masih kedengaran. Saya kira saya tidak menjelaskan serba baik lewat entri yang lalu. Justeru, saya perjelaskannya agar dapat difahami.

"cm ner ek nak mint bace novel??ade jln penyelesaian tak??sbbnyerr bg kite novel perkataan byk2 pastuh takde gambo..hitam putih jek..fuh...jenuh..kite tgk org bace..tibe2 ketawa sorang2..tu takper lg..nih tibe2 nangis..camner ekk??"

Lihat ayat yang digunakan oleh seorang pendiskusi ini. Wah! Sungguh bangang lantas seolah-olah dapat 9G di dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Maafkan saya jika saya terkasar. Dan perkara-perkara ini juga saya terpaksa lontarkan kerana beberapa ketika yang lalu, seorang pelajar Jabatan Penulisan di IPTA pun 'bangang' dalam menulis artikel.

Kiranya saya seorang mahasiswa aliran agama (Syariah) ditemuduga di dalam aspek bahasa, saya kira saya lebih memahami aspek ini. Dan, sungguh dangkal ilmu seorang pelajar MELAYU yang terus Me...Layu.

Orang Melayu, belajar bahasa Melayu tetapi tidak mengerti bahasa. Bukankah Bahasa Jiwa Bangsa. Usah kalut sangat mengajar Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris. Sedari awal, apabila saya sudah berpengalaman sebagai seorang guru alaf 2007 ini saya tahu masalah pelajar.

Maaf! Kan dah membebel. Maaf sahajalah. Harap semua dapat berfikiran terbuka.

1 comment:

BiSkUtZ LeMaU said...

Salam..

Ustaz, saya tak berapa faham perbezaan dari contoh ayat yang ustaz berikan ni:

1 Saya beli kereta baharu.

2 Saya baru bertolak daripada Hayyu Thamin pagi tadi.



salah ke kalau ayat yang pertama tu
perkataan baharu tu ditukarkan kepada baru?

apa sebenarnya perbezaan di antara baharu dan baru ini?

yang pasti saya masih lagi tidak tahu dengan perbezaan perkataan tersebut.

boleh ustaz tolong jelaskan lagi maksud perbezaan bagi kedua-dua perkataan tersebut?

kalau ustaz tak keberatan, tolong jelaskan ya.. kalau tak boleh, tidak mengapa.. saya cuma hendak tahu sahaja..