Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Perintah Masuk Bumi Palestin

Oleh Syafiq Zulakifli Perjalanan sirah melalui rancangan Ibrah yang dikongsikan bersama-sama oleh Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman tiba pada saat perjalanan kaum Nabi Musa a.s. diperintahkan untuk masuk ke bumi Palestin. Dalam penghujung perjalanan kisah Nabi Musa a.s. untuk terus berdakwah kepada kaumnya, karenah yang ditunjukkan oleh Bani Israel makin bertambah. Malah dengan segala bentuk helah dan cubaan untuk mempersendakan Nabi Musa a.s. akhirnya Allah Taala masuk campur pada penghujung perjalanan kisah ini. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Maidah ayat 12 yang bermaksud, “Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israel (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tun

Nabi Musa Masuk Istana Firaun

Nabi Musa Masuk Istana Firaun Oleh Syafiq Zulakifli, Penerbit Rancangan Radio IKIMfm Pada kali ini izinkan saya menyorot perkongsian ilmu Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman di dalam rancangan Ibrah yang bersiaran pada hari Isnin pukul 5.15 petang di radio IKIMfm. Seperti minggu- minggu sebelumnya, Ustaz Syaari mengupas perkongsian melalui kisah perjalanan Nabi Musa a.s. di bumi Mesir menghadapi Firaun. Pada siri yang ke-10 ini, perjalanan Nabi Musa a.s dan abangnya Nabi Haron a.s. disingkap melalui perincian yang lebih teliti berdasarkan ayat-ayat Allah di dalam al-Quran ketika diperintahkan Allah untuk menghadap Firaun. Di dalam Surah An-Nazi’at ayat 18 dan 19, Allah berfirman yang maksudnya, “Maka katakanlah (kepada Firaun), “Adakah keinginanmu untuk membersihkan diri (dari kesesatan). Dan engkau akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar engkau takut kepada-Nya?” Perintah Allah s.w.t. agar Nabi Musa a.s menjalankan tanggungjawab menghadap Firaun menjadi perbahasan utama