Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

Pengharaman PMRAM Semakin Pantas

ISU MAHASISWA MESIR CERAMAH pembangkang berulang lagi di Dataran Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir. Kali ini Ketua Pembangkang Malaysia yang menjadi peneraju tersebut. Segala intipati dan bahan yang disampaikan saya tidak ketahui. Biarkan. Itu bukan masalah saya. Paling penting bagi saya adalah nyawa PMRAM. Ya nyawa PMRAM. 'Kullu Man 'Alaiha Fan'... Setiap sesuatu itu akan binasa. Barangkali kalimah ini amat pedas. Tetapi bagi saya yang pernah hidup di dalam dunia PMRAM, saya merasai detik-detik kekejaman dan kehancuran yang akan dilakukan oleh si penzalim. Barangkali semangat dan cita-cita gerakan SUARA (sebuah pertubuhan baharu di Mesir) adalah sesuatu yang murni. Tetapi dengan agresifnya program SUARA tersebut, maka lebih agresif puak-puak jahiliyah yang bernama UMNO menghancurkan PMRAM sebagai sebuah persatuan yang mendokong anak-anak Melayu di bumi Mesir. Tahukah saudara bahawa kerja-kerja jahat menghancurkan PMRAM sedang giat dijalankan. Saya ingin melihat di atas kekuasaan

Keluar Dari Kepompong

SEPATUTNYA tiga hari ini saya menghadiri Bengkel Penulisan Puisi di Birotatanegara, Kuala Lumpur. Namun, apabila saya mendapat maklum bahawa program itu bersifat 1Malaysia, saya menolak penyertaan tersebut. Saya bukan anak 1Malaysia yang disuap-suap dan dibelai-belai ekornya. Saya ada prinsip dan pendirian peribadi. Maaf kepada pihak yang menjemput saya menyertainya. Walaupun saya faham bahawa bengkel dan bedah karya akan dibimbing oleh Dr Rahman Shaari seorang pakar puisi di Malaysia tetapi lebih penting daripada itu adalah saya bukan manusia yang ditarbiah oleh 1Malaysia.

Mana Satu Jadi Pilihan?

Gambar A Gambar B Jika saudara adalah orang luar, mana satukah rajah atau gambar yang menunjukkan graduan daripada Universiti Al-Azhar, Mesir. Adakah GAMBAR A atau GAMBAR B?

Peluang Memperkembangkan Bakat

Saudara Ali Bukhari Amir (orang kuat Harakah dan Detik Daily) Di dalam mesyuarat bersama PENA. Orang-orang kanan sastera berada di hadapan saya. Encik Armin Azhari Saleh yang merupakan orang besar Dewan Bahasa Pustaka di bahagian majalah Saya bersama pelajar-pelajar di Perpustakaan Tun Raja Uda, Shah Alam KATA Puan Ainon, "Bakat dan minat adalah dua perkara yang berbeza." Saya telah mengkaji di mana bakat saya. Oleh sebab itu, segala hal ehwal yang berlaku di dalam perjalanan hidup saya adalah melalui bakat-bakat itu. Saya ke kanan, ke kiri semuanya bersama bakat itu.

Proses Kepengarangan

APABILA berbicara berkenaan proses kepengarangan, pastinya kita akan mencari formula masing-masing. Ya, saya juga mempunyai formula tersendiri. Saya memulakan pelajaran saya dengan mengunyah karya Saudara Faisal Tehrani. Saya pernah membaca Tuhan Manusia, Detektif Indigo, Ikan Fugu Lukisan & Jimson, Manikam Kalbu, Surat-Surat Perempuan Johor, Nama Beta Sultan Alauddin, Advencer Si Peniup Ney dan beberapa karya besar beliau. Dalam bidang pembacaan karya seni, saya mempelajari aspek yang diperkenalkan oleh beliau. Biasanya, selepas pulang dari tempat kerja saya akan terus ke kedai buku. Ya, sebagai editor saya mewajibkan diri menyinggah di kedai buku. Saya perlu mengkaji buku pilihan pembaca dan pengunjung kedai tersebut. Hari ini saya dapat membeli buku 'Karya Nan Indah' hasil pena beliau setelah hampir dua tahun saya hanya melihat dari jauh. Saya meneliti bagaimana Faisal mampu berada di puncak dalam dekad yang singkat. Ya. Saya mengakui nama Faisal cepat meniti dibibir gol

Adakah Anda Orangnya?

Tahun 2010 adalah tahun perkembangan pesat PTS Publications & Distributions Sdn. Bhd. Oleh itu, banyak tenaga pakar yang diperlukan bagi memenuhi kehendak tersebut. Mana-mana graduan yang berminat menjadi editor, bolehlah menghantarkan resume kepada syafiq@pts.com.my dan saya akan majukan ke pihak pentadbiran. Atau sila klik jawatan kosong untuk maklumat lanjut. Tambahan : Pejabat Editorial akan berpindah ke Dolomite Business Park yang terletak di Batu Caves. Barangkali calon-calon baharu akan memulakan kerja di sana. Insya-Allah.

Sasterawan Negara Ke-10

SAYA mohon maaf kepada Datuk Dr Anwar Ridhwan kerana terlewat mengucapkan tahniah di atas pelantikan sebagai Sasterawan Negara yang ke-10. Negara sudah mempunyai 10 orang sasterawan negara. Siapa pula yang ke-11 nanti. ***

Mengapa ISMA Tidak Perlu Wujud Di Mesir

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang ditubuhkan pada tahun 1930 adalah persatuan pelajar Melayu tertua di Mesir. Mengikut catatan sejarah, pada tahun 1923 lagi persatuan anak-anak Melayu ini telah ditubuhkan dan diberi nama Persatuan Anak-Anak Jawa. Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Mesir (ISMA) baru sahaja beroperasi. Mengapa satu lagi persatuan anak Melayu ini perlu beroperasi? Bukankah kita sudah ada PMRAM yang menyatukan suara anak-anak Melayu di bumi Mesir? Apakah kelahiran dan kewujudan ISMA hanya mahu memporak perandakan mahasiswa di Mesir. Ini adalah hiraki mahasiswa. PMRAM sebagai persatuan induk. Badan Kebajikan Anak Negeri dan Dewan Perwakilan Mahasiswa pula sebagai persatuan di peringkat negeri dan cawangan. Bayangkan sistem kerajaan Malaysia. Kita ada Perdana Menteri mentadbir Malaysia dan Menteri Besar mentadbir negeri. Ada beberapa perkara yang difikirkan perlu diubah pemikiran mahasiswa kita. Jika ISMA mengatakan 'kami juga mahu menyampaikan dakwah

Urusan Rasmi Pejabat

DI PTS Publications Sdn. Bhd. semua staf akan diberikan telefon bimbit dan nombor panggilan. Ini memudahkan semua staf mampu menghubungi sesama rakan kerja secara PERCUMA. Oleh yang demikian, mulai 20 Oktober 2009, mana-mana orang-orang perseorang atau pihak luar yang ingin menghubungi saya melalui urusan pejabat, nombor perhubungan saya adalah seperti berikut : 016 -6614 675 Apabila saudara atau saudari seorang penulis dan ingin menghubungi saya, sila menggunakan talian ini. Rakan-rakan akrab, keluarga dan orang-orang dekat boleh menghubungi talian seperti sediakala. Saya menggunakan dua buah telefon bimbit.

PTS, Editor & Sastera

PTS, Editor dan Sastera. Tahukah saudara bahawa saya tidak tersalah masuk laluan dan kehidupan realiti yang sebenar. Oleh kerana saya memahami pencapaian dan kekuatan saya sebagai seorang graduan, saya adalah insan yang amat bersyukur diberi anugerah ini. Gambar di atas diambil sempena kad Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Pada waktu itu saya masih belum menyertai Kumpulan Syarikat PTS lagi. Tahukah saudara bahawa saya merasakan amat seronok bekerja di bawah syarikat ini. Ya. Saya pernah bertugas sebagai seorang guru kerajaan tetapi ukhuwah bersama rakan sekerja tidak sehebat bekerja di bawah syarikat 'perjuangan' ini. Kumpulan PTS sudah bergerak pantas. Kini kakitangannya melebihi 70 orang. Semua anggota dan kakitangannya orang Melayu-Islam. Hanya seorang sahaja kakitangan berketurunan India (pembantu am). Apabila menyebut editor pastinya tidak akan terkeluar daripada dunia penerbitan dan penulisan. Ya, seorang editor menguruskan hal ehwal penulisan dan penerbitan. Baru-baru ini

Kutub Sittah : PMRAM Perlu Catatkan Dalam Sejarah

Mufti Kerajaan Mesir PMRAM adalah sebuah khazanah yang perlu dipertahankan. Oleh hal yang demikian, Program Majlis Pembacaan Hadis Sahih Bukhari yang dihadiri oleh Mufti Kerajaan Mesir, Al-Alamah Syeikh Dr Ali Jum'ah semestinya dicatat dalam sejarah PMRAM dan dijadikan panduan kepada generasi PMRAM pada masa akan datang. Sepanjang saya menjadi Setiausaha Agung PMRAM barangkali hanya 10% sahaja sejarah PMRAM yang sempat saya khatami. Yang lain, tidak dapat saya menyusunnya. Moga-moga Saudara Adlan yang kini menjawat jawatan itu meneruskan perjuangan memahami dasar dan misi PMRAM sebagai sebuah persatuan kebajikan anak-anak Melayu di Mesir. Tahniah kepada Adlan dan semua tenaga penggerak program. Sepanjang saya menjawat pentadbiran PMRAM, saya amat terharu dengan ahli PMRAM yang komited melaksanakan tugas. Saya dapat merasakan bahawa ahli PMRAM yang bekerja semuanya ikhlas kerana Allah. PMRAM tidak membayar kalian dengan sepuluh sen pun. Berbeza dengan pihak 'itu', ramai yang

Meraut Pengalaman Di Panggung Eksperimen, Putrajaya

Otai lama. Ketiga-ketiga mereka akan berentap di peringkat akhir 'Tiada mood penghayatan. Gagal!' Saudara Amran yang sudah meraih berbagai anugerah di pentas puisi Tak perlu jerit-jerit... Meraut Pengalaman Di Panggung Eksperimen, Kompleks Perbadanan Putrajaya SUDAH lama saya meninggalkan dunia pentas. Barangkali terakhir kali saya menyertai sayembara Puisi ketika di sekolah menengah. Kemudian sepi. Sekali di Maahad Johor. Sekali di Mesir. Ada juga persembahan-persembahan tidak formal yang dijemput, tetapi saya mengisinya mengikut mood diri. Hari ini saya berpencak lagi. Tetapi kali ini bukan bersama sebarisan orang muda. Tetapi sebaris dengan otai besar dunia puisi. Orang yang biasa berdiri di pentas kebangsaan menjulang juara. Ada yang menjadi juara puisi merdeka, puisi kebangsaan dan lain-lain. Peserta hampir 40 orang ke semuanya. Hari ini saya bertemu dengan mereka. Wira yang berpencak di atas pentas puisi. Tahniah kepada yang meraih peluang ke peringkat akhir. Saya faham,

PMRAM Perlu Ucapkan Terima Kasih Kepada JPMK

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) perlu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) kerana berjaya menggagalkan program yang sepatutnya diadakan di Dewan Utama, Al-Azhar Conference Centre (ACC) Kaherah. PMRAM perlu mengetahui bahawa sekiranya program ini tetap dilaksanakan di ACC, barangkali program ini tidak semeriah yang disangka. Saya melihat daripada komentar Saudara Akhmal Ali di blog Saudara Hairul Nizam. Beliau berkata, Tahniah buat PMRAM dengan majlis ini. Kalau tiada ujian, rasanya tak rasa manisnya perjuangan. Luruh air mata melihat gambar-gambar program kutub sittah di Asrama Johor. Kalau di ACC dengan keselesaan maybe biasa sahaja ana lihat. Allah hantar JPMK kat Mesir sebagai ujian kita. Kita terima dengan redha. Mereka halang pun mereka tak dapat apa. Sebenarnya pada saya, JPMK yang menjadi ancaman kepada PMRAM sebenarnya adalah anugerah besar kepada mahasiswa. Hidup dalam berjuang wajib ada cabaran dan rintangan. Jika t

Mufti Kerajaan Mesir Hadir Dalam Program PMRAM

SAYA menulis artikel ini dalam keadaan terharu, syahdu dan amat bersyukur. Setiap kali saya membuka laman blog kutub sittah (http://kutubsittah-pmram.blogspot.com/) bulu roma saya akan meremang malah saya akan menitiskan airmata. Entah, barangkali keberkatan bersama ulama dan ilmuwan tidak lagi dapat saya rasai. Sedih... Betapa benar, setiap ketetapan itu telah direncanakan. Saya tidak menyangka Syeikh Dr Ali Jumuah, Mufti Kerajaan Negara Mesir hadir di dalam program PMRAM. Tahukah kalian, di Mesir hanya mempunyai seorang sahaja mufti. Taraf mufti adalah seperti Menteri Kabinet di Malaysia. Malah pengiktirafan mufti kerajaan Mesir adalah setanding dengan pembesar kerajaan Mesir. Di Malaysia, mufti diramaikan. Setiap negeri mempunyai mufti masing-masing. Pemikiran juga masing-masing. Fatwa pula bermacam-macam. Saya amat terharu dengan kehadiran Mufti Kerajaan Mesir di dalam program PMRAM. Tahukah saudara betapa sukar hendak mengadakan program ini setelah dihalang oleh Jabatan Penuntut M

Majlis Pembacaan Hadis Imam Bukhari Diadakan di Asrama Johor?

Mulianya ulama disanjungi, ilmu dihayati... SAYA amat terperanjat apabila melihat bahawa program Majlis Pembacaan Hadis Imam Bukhari diadakan di Asrama Pelajar Johor, Rabaah, Kaherah, Mesir. Setelah program ini cuba digagalkan oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), satu inisiatif telah dilakukan oleh pihak pengurusan (add-hock program) untuk mendapatkan tempat baharu. Tidak terfikirkah kalian betapa buruknya perangai orang-orang kerajaan (Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah) apabila berani menghantar surat kepada Syeikh Al-Azhar agar program ini dibatalkan? Saya tidak menyangka Asrama Pelajar Johor Rabaah digunakan. Barangkali ucapan tahniah kepada Tuan Haji Hanif yang mengizinkan bangunan tersebut digunakan. Selepas ini, juak-juak UMNO Mesir akan melaporkan kepada kerajaan negeri Johor (terutama orang itu) bahawa Asrama Negeri Johor telah menjalankan majlis ilmu tersebut. Moga-moga Tuan Haji Hanif tidak akan berdepan dengan cabaran juak-juak ini. UMNO Johor pun tidak ingin

Mengapa Teknik Penulisan Novel Surah Yusof Tidak Diteorikan?

Gambar disalin dari blog Puan Ainon (http://universitipts.com) SEMALAM saya menghadiri teknik penulisan novel berdasarkan Surah Yusof. Sebagai seorang penganut beragama Islam, kita percaya bahawa Al-Quran adalah sumber rujukan yang paling tertinggi. Ini diikuti oleh hadis, ijma' ulama (pandangan ulama) dan qias sebagai perundangan Islam yang seterusnya selepas Al-Quran. Puan Ainon Mohd selaku pembimbing bengkel ini memberikan input asas bagaimana penghasilan sesuatu novel menggunakan teknik ini dapat dihasilkan. Baru-baru ini, Dr Kamariah Kamarudin, seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia telah menghasilkan kertas kerja disertasinya yang berjudul Teori Takmilah (kesempurnaan). Teori ini juga adalah teori sastera Islam. Dalam dunia sastera, perkembangan teori sememangnya pantas berlaku. Apabila seseorang pensyarah atau ahli akademik menghasilkan teori sastera, ia akan digunakan oleh masyarakat amnya. Namun, sejauhmana Teknik Surah Yusof ini mampu dijadikan teori sastera? Bara

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Rakan-rakan penulis masing-masing sudah mempunyai karya masing-masing. Barangkali saya juga perlu menjadi seorang penulis prolifik sebelum menjelangnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 yang dijangka berlangsung pada akhir Mac tahun hadapan. Apakah genre yang terbaik yang patut saya hasilkan? Saya fikir genre fiksyen Islami yang sedang dinantikan pada hari ini perlu diisi dengan sebaiknya. Saya juga sedang berfikir, syarikat penerbitan manakah yang paling tegar mempromosikan karya penulisnya untuk saya menghantar manuskrip tersebut. Wangsa Melawati

Kemeriahan Rumah Terbuka PTS

Dr Kamariah menceritakan pengalamannya Kak Asma dan Abang Bahar (PTS Litera) Hari Khamis yang lalu adalah hari paling banyak berjalan. Ke utara, selatan, timur dan barat. Awal-awal pagi lagi saya bersama Kak Asma Fadila (senior PTS Litera) dan Abang Bahar (penulis dan editor PTS terkenal) ke Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi bagi menghadiri Bengkel Penulisan Kreatif bersama Dr Kamariah Kamaruddin. Terima kasih kepada Encik Fauzul (pengurus besar PTS) yang menghantar saya ke program ini. Bulan depan Saudara Faisal Tehrani pula. Harap-harap saya dapat pergi lagi. Saya ingin merisik Abang Faisal untuk mengarang bersama PTS! Program selama dua jam tersebut mendedahkan pengalaman berguna Dr Kamariah sebagai salah seorang pengarang hebat di Malaysia. Walaupun secara kasarnya Dr Kamariah bukanlah seorang penulis tegar tetapi sebagai seorang penulis kreatif beliau dapat membahagikan masa di antara dua dunia, penulisan dan akademik. Sebelah petang, kami bergegas pulang ke Batu Caves kerana

Gerakan Suara Rakyat Ditubuhkan Di Mesir

TERCAPAI juga hasrat dan cita-cita satu gerakan yang dinamakan Gerakan Suara Rakyat ini ditubuhkan di Mesir. Tahniah dan syabas. Gerakan ini adalah semata-mata menyedarkan Nadi UMNO Mesir bahawa Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR @ UMNO) sudah tidak diterima rakyat. Jika UMNO Mesir atau bahasa sanskritnya (nak tiru PMRAM) NUMRAM masih lagi tidak menyedari, saya tidak mampu berbuat apa. Tahukah juga kalian bahawa PMRAM sebagai persatuan tertua di bumi Mesir (barangkali tertua di Timur Tengah dan Dunia), adalah agen utama yang akan dicop sebagai pemantau dan penyokong kuat kepada gerakan ini. Biar apapun yang diletakkan dan disandarkan kepada PMRAM, nama PMRAM sudah biasa dilabel sebagai pembangkang. Malah, nama PMRAM akan disebut-sebut di dalam Perhimpunan Agong UMNO. Zakat dan biasiswa kepimpinan PMRAM pula biasanya akan ditarik (untung saya jadi rakyat dan anak jati negeri Johor kerana tidak ditarik zakat). Selepas wujudnya Gerakan Suara Rakyat di Mesir, persoalan-persoal

Berucap Di Khalayak

Prof. Abdullah sedang berbual dengan salah seorang pembentang dari negara Thailand Puan Ainon sedang membentangkan kertas kerjanya PERCAYALAH bahawa tugas sebagai seorang penceramah bukanlah suatu perkara yang mudah. Di dalam Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia, Puan Ainon Mohd. selaku Pengerusi Kumpulan PTS telah menyampaikan kertas kerjanya yang berjudul 'Trend Kontemporari Pasaran Buku Melayu Dalam Negara dan Strategi Menembusi Pasaran Antarabangsa'. Semasa membentangkan kertas kerjanya, beliau langsung tidak merujuk kertas kerja yang ditulisnya malah mampu berucap (menyampaikan maklumat berdasarkan tajuk) di dalam jangka waktu dan masa yang diberikan dengan sebaiknya. Apabila seseorang pembentang membaca kertas kerjanya dari muka ke muka, ia dianggap membaca bukan menyampai. Teknik ini yang tidak digemari oleh sebahagian pendengar. Selesai sahaja pembentangan beliau, saya menerima respon yang terbaik dari pendengar (peserta) apabila menyatakan beliau adalah

UMNO Ciplak Tagline PMRAM?

UMNO telah menciplak dua daripada empat rukun pembaharuan yang dicipta-cipta olehnya sendiri. Tagline, 'Satu Fikrah Satu Amal' yang digunakan oleh PMRAM telah digunakan oleh UMNO. Oleh yang demikian, apabila Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah menafikan kelahiran PMRAM di bumi Mesir, ini adalah satu perkara yang perlu difikirkan semula. UMNO Malaysia juga merujuk kepada PMRAM. Apatah lagi JPMK yang seharusnya menjadikan PMRAM sebagai panduan dan matlamat. Sumber : Berita Harian Online KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menggariskan empat rukun untuk dihayati ahli parti ke arah menjadikan Umno lebih kental, kukuh, segar dan terus relevan dengan keadaan semasa bagi mewakili orang Melayu, Bumiputera dan rakyat keseluruhannya. Empat rukun itu ialah wahdatul fikr (kesatuan minda), wahdatul qalb (kesatuan hati), wahdatul amal (kesatuan amal) dan wahdatul hadaf (kesatuan matlamat). UMNO yang menjadikan tagline agama sebagai dasar pembaharuan ini, memungkinka

JPMK Hilang Sokongan

SAYA amat kecewa apabila mendapat berita bahawa Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah akan membatalkan Majlis Pembacaan Kutub Sittah anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Apa yang mereka mahukan sebenarnya? Segala program yang dilakukan oleh PMRAM tidak senang duduk pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah memikirkannya. Jikalau program bersama ulama dan ilmu juga diprotes oleh pihak kerajaan, apa lagi program yang sepatutnya PMRAM lakukan. Dr. Jamil Hashim selaku Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah seharusnya menyedari akan segala tindak-tanduknya sama ada boleh memecah belahkan orang Melayu-Islam di bumi Mesir atau sekadar tidak memberi kesan kepada umum. Kita memohon Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menjawab persoalan ini. Jangan sampai saya mengarang untuk akhbar perdana sehingga terbit dan tersiar! Tambahan : 1. Satu NGO khas perlu diwujudkan bagi menangani masalah mahasiswa di bumi Mesir. Kedutaan Besar Malaysia Kaherah perlu bekerjasama menyelesaikan mas

Langkah Panjang

APABILA tinggal di Bandar Metropolitan, kaki saya bergerak jauh. Semalam (Jumaat) saya turun ke gelanggang puisi buat kali pertama. Saudara Amran menyuakan saya sebuah buku puisi lantas meminta saya mendeklamasikannya pada malam itu. Saya menolak pelawaan. :) Fikir saya, insya-Allah pentas puisi bulan November nanti saya akan berdeklamasi pula. PENA (Persatuan Penulis Nasional Malaysia) mengadakan program santai membaca puisi di Rumah PENA pada setiap bulan. Program ini semata-mata memperakukan bahawa dunia puisi dan sastera tidak akan tenggelam lenyap dan sepi. Malam tadi kali pertama saya bertemu dengan 'otai' sastera dan puisi Malaysia. Saudara Siso Kopratasa ada, Dr. Arbak Othman ada, Saudara Ramli Daeng Akil ada, Saudara Shukri Abdullah ada, Saudara SM Zakir ada, Saudara Rahimidin Zahari ada, Saudara Khalid Saleh(sutradara Melayu terkenal), Saudara Saifullizan Yahaya (DBP), Saudara Nazmi Yaakub (Berita Harian), Saudara Rozlan Mohamed Noor (Utusan Malaysia), dan tidak keti

Minggu Ini

Minggu ini minggu pertama saya di Kuala Lumpur. Banyak perkara yang sedang disusun. Orang-orang kuat persatuan dan kelab telah saya hubungi. Beberapa temujanji akan penuh sempena dengan kedatangan saya ke sini. Malam ini Anugerah Media Islam Negara akan berlangsung di PICC Putrajaya. Melalui Sungai Besi hanya 7 kilometer sahaja. Insya-Allah, malam nanti Ustaz Nabil akan membuat persembahan (nasyid kumpulan Far-East). Sebenarnya malam ini pertindanan dua program. Satu lagi hanya di sekitar Kuala Lumpur. Irfan Khairi ada di sana. Tidak mengapa. Krew saya akan membuat liputan di sana nanti. Malam esok (Khamis) saya akan bertemu dengan orang kuat PULAPI-PRO iaitu salah satu pusat pembangunan untuk mereka yang ingin menjadi pemidato yang hebat. Hari Jumaat malam Sabtu pula saya akan berada di Rumah Pena sempena dengan Majlis Baca Puisi Aidilfitri di Rumah Pena yang terletak di Jalan Dewan Bahasa. Pastinya Abang Nazmi Yaakub akan berada di sana untuk membuat liputan mewakili Berita Harian. T

Ke mana bahasa Melayu?

Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) yang pada asalnya dinamakan BBSN. Barangkali terlampau menghidu mulut menteri, semua pihak harus akur. Oktober ini... RENCANA Mingguan Malaysia, 4 Oktober 2009 Ke mana bahasa Melayu? Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia yang berlangsung di Johor Bahru, baru-baru ini menuntut perhatian besar. Resolusi persidangan tersebut antara lain mendesak kerajaan memberi kuasa penguatkuasaan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi memartabatkan bahasa Melayu. Desakan ini bukan perkara baru kerana ia sudah kerap disuarakan. Pada Awang, selagi DBP tidak mempunyai kuasa tersebut, agensi itu dilihat umpama harimau tidak bertaring. Sedangkan gejala pencemaran dan penyalahgunaan bahasa semakin berleluasa terutama pada papan tanda dan paparan iklan premis perniagaan. Begitu juga dengan penggunaan bahasa rojak secara keterlaluan di televisyen dan radio. Itu belum mengambil kira kegagalan banyak pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengutamakan ba

Mula Bertugas

DALAM sejarah hidup; ini kali pertama saya bertugas di luar negeri Johor. Kali pertama bertugas sebagai guru agama di Sekolah Agama Bandar Baru UDA, Johor Bahru pada tahun 2004. Kemudian saya pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA, Johor Bahru pada tahun 2007. Hari ini, selepas menamatkan pengajian saya diberi peluang berkhidmat sebagai editor di PTS Publications and Distribution Sdn. Bhd. sebagai editor yang menguruskan hal ehwal sastera. Di sini peluang saya berguru dan terlibat dengan PENA (Persatuan Penulis Nasional) lebih baik kerana saya amat kenal dengan tokoh-tokoh penulis dan bahasa yang sama-sama terlibat di dalam PENA. Barangkali ini satu kekurangan. Saya bukan pemuda yang lahir daripada Minggu Penulis Remaja (MPR-DBP). Tema-teman MPR amat cemerlang potensinya untuk menjadi penulis ternama. Saya bercita-cita untuk menyertainya tahun ini. Namun, apabila difikir-fikirkan semula bahawa program MPR mengambil masa satu minggu; terpaksa saya ti

ISMA Main Belakang?

SAYA tidak faham apa politik yang dimainkan oleh sebuah persatuan di bumi Mesir pada tahun ini. Barangkali dicium-cium oleh dua jejaka penting yang berada di dalam Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) menyebabkan persatuan ini sedang bermain drama lakonan yang paling popular pada tahun ini. Desas-desus yang diterima daripada Mesir bahawa persatuan ini sedang menjalankan sesi culik-menculik yang paling dahsyat di bumi Mesir pada hari ini. Dengan bantuan persatuan yang bakal terkubur tidak lama lagi iaitu Nadi UMNO Mesir, persatuan ini dikatakan sedang mengganas laksana ombak tsunami yang sedang melanda pada hari ini. Jika mereka tidak selesa dengan bapa persatuan di bumi Mesir, apalah salahnya jika mereka belajar mengapa kita perlu bermain dalam satu jemaah dan tidak mewujudkan perpecahan di kalangan orang Melayu di bumi Mesir. Tambahan : Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia diarah membawa pulang dua orang tokoh Jemaah Islah Malaysia yang sedang menyelinap masuk di Kaherah, Mesir.

Rahsia Tidak Menganggur

SEBENARNYA ada satu rahsia bagaimana seorang mahasiswa itu tidak akan menganggur selepas belajar. Apabila ramai teman-teman dan rakan seangkatan memberikan alasan kerjaya; fikir saya itu semua alasan. Tahukah kalian bahawa kerjaya sebagai editor sudah bermain di minda saya semenjak dua tahun yang lalu. Hidup dalam keseronokkan adalah sesuatu yang mesti dicapai oleh semua insan. Oleh itu, barangkali kita harus menyusun keseronokkan itu bermula hari ini. Barangkali saya fikir wajar untuk mengarang sebuah buku berjudul 'Rahsia Emas Tidak Menganggur' bagi menceritakan bagaimana sebenarnya seorang mahasiswa yang baru menamatkan pengajian; mampu terjun ke dalam bidang kerjaya dalam masa yang terlalu singkat.