Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2008

Kursi Pengajian Melayu Mendapat Tempat

Perjanjian di antara Malaysia - Korea Selatan Beberapa hari tidur saya tidak menentu. Bukan teringatkan kepada 'nyawa' saya yang telah hilang tetapi, kenyataan akhbar yang merujuk Kursi Pengajian Melayu di New Zealand bakal menamatkan tempoh. Ini berikut satu seminar yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengupas isu kursi tersebut. Namun, hari ini, akhbar Berita Harian membuka satu lagi tirai keemasana apabila Kursi Pengajian Melayu akan dibuka di Korea Selatan. Akhbar Hari Ini : KERAJAAN meluluskan Kursi Pengajian Melayu di Universiti Pengajian Asing Hankuk (Universiti Hankuk), Korea Selatan, menjadikan lima kursi seumpama itu di seluruh dunia. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata selain universiti itu, Kursi Pengajian Melayu ada di Universiti Leiden, Belanda; Ohio University, Amerika Syarikat; University Wellington, New Zealand dan Beijing Foreign Studies University, China. Katanya, Kursi Pengajian Melayu di Universiti Hank

Kritikan Sastera

ITUKAH KITA??? Itukah kita… Yang lantang menentang… Yahudi dan kroni mereka… Itukah kita… Angkuh meneguk.. Rela memamah.. Harga peluru tembusi anak-anak palestin… Itukah kita… Bangga memakai… Pakaian kezaliman… Cukup memenatkan… Itukah kita… Berdosa pada mereka.. Islam dijunjung hanya pada nama Itukah kita… Yang belum sedar.. Atau masih menunggu saat.. Hitung dosa melebihi pahala.. Sedarkah kita…?? (Suara Kampus Edisi Johor) Sajak “Itukah Kita” dimuatkan di dalam Suara Kampus Edisi JOHOR (SUKEJ) Keluaran 112. Oleh kerana ruang dan peluang untuk saya mengkritik karya puisi tiada di dalam SUKEJ, saya turunkan juga beberapa kritikan yang saya kira mampu membantu pengarang untuk memastikan beberapa kesalahan biasa tidak berulang. Pertama, saya mencadangkan kepada mana-mana Ketua Editor majalah supaya menyemak seratus peratus kesalahan sebelum ia diterbitkan. Ini termasuklah pengeditan di dalam membaca karya sastera seperti cerpen dan sajak. Oleh kerana, saya lihat kekadang terlampau banyak

Panggilan Ke Makam Auliya'

Oleh : Ammu Amni (Syafiq Zulakifli) Selepas melawat Makam Auliya Sekitar Kaherah, Mesir Salah sebuah masjid di Kota Kaherah Lama (Masjid Hakeem Bi-Amrillah) dikatakan masjid Syiah. Penulis di hadapan masjid TENTUNYA menulis di dalam keadaan bercampur baur riak hati tentunya tidak selesa. Alhamdulillah, jiwa bertambah reda. Buku dan kitab mampu dibuka semula. Selepas ditimpa musibah yang nyata, saya ingin membawa diri jauh daripada semua bencana. Tinggalkan semua retorik baru saya itu. Semalam, saya mengikuti jaulah ke makam auliya bersama kepimpinan Badan Pengurus PMRAM. Alhamdulillah, niat kami untuk berjalan-jalan memperingati ulama besar di bumi Mesir ini akhirnya selesai sehingga jam 4 petang. Benar! Mana ada perjalanan yang tidak memenatkan. Walaupun, saya banyak kali merungut "Bila nak habis ni!" Tetapi, saya tidak pernah berniat begitu. Tentunya saya mahu keseronokan di dalam perjalanan. Bagi saya tidak 'mesra' kalau lawak-lawak manja tidak diselitkan bers

Seorang Teman II

Mahathir Mazizan, seorang teman lama. Tinggal di Johor Jaya. Mahasiswa universiti Malaysia. Tahniah buatnya. Kini sudah jadi pegawai di selatan negara. Saya mengenali beliau semasa menuntut di Maahad Johor. Teringat lagi kisah silam kami berdua, pada malam nama pengumuman kemasukan ke IPTA pada tahun 2004 yang lepas, saya dan beliau berada di rumah saya. Menunggu sehingga jam hampir 3 pagi dan akhirnya, keputusan kemasukan IPTA menunjukkan saya dan beliau ditempatkan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kami memperoleh Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Seronok memang seronok. Siapa yang tidak seronok berjaya dapat masuk IPTA. Akhirnya, saya dan kawan-kawan menjadi mahasiswa IPTA. Hampir seminggu di USIM, akhirnya saya membuat keputusan berhenti kolej dan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Saya berbangga kerana saya di antara mahasiswa yang terpilih ke sini. Bumi bertuah yang mengenalkan saya dengan isy, tokmiah, ruz bil-laban. Ini dunia saya. Dan kini, setelah

PMRAM, Faisal Tehrani dan Panas!

Saya belum selesa kerana Syaqah PMRAM masih membeku! Barangkali tentunya kalian tidak senang duduk. Melihat laman web PMRAM yang masih belum beroperasi dengan lancar semenjak Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-75 yang lalu. Akhirnya, baru-baru ini apabila kenyataan daripada webmaster untuk memaparkan laman web pada 21 April juga terbantut. Barangkali itu yang difikirkan kalian. Ya! Saya juga merasainya. Saya juga manusia yang rakuskan sesuatu kepuasan. Saya juga insan yang tidak boleh duduk senang dengan ketidakjayaan laman web PMRAM di dalam mengolah kerja-kerja semasa. Apakah dengan melayari blog HEWI PMRAM sahaja, sudah puas untuk kita nyatakan kerja PMRAM sudah lengkap? Barangkali saya sebagai pengarang baru ini, mahu menjelaskan. Kami punya 15 orang Badan Pengurus PMRAM dan 15 orang AJKT HEWI PMRAM. Ditambah dengan 7 orang penasihat. Ini bermakna, kami bergerak hasil daripada bantuan 37 orang sahaja. Kami ada bermacam-macam pakar. Dan, daripada sejumlah besar kami ini, barangkali kami

Masjid Negara Kuala Lumpur di Mesir?

Lembar Satu MEMANG saya jarang membeli majalah-majalah tempatan. Paling kurang, saya akan mengeluarkan wang LE 1.50 untuk membeli majalah Al-Azhar. Kekadang saya gunakan keperluan saku yang ada dengan membeli majalah Manar Al-Islam. Dahulu, semasa memegang Ketua Unit Pengetahuan dan Bimbingan, BKPJM rajin juga saya mengulit buku-buku ilmiah tersebut. Namun, apabila tugas saya tertumpu ke dalam pejabat, jarang pula mahu meladeni buku-buku tersebut. Saya lebih selesa membaca buku Sejarah Melayu, Sejarah Pahang, Sejarah Johor, dan paling tidak pun novel-novel yang berlambakan di dalam kantung bilik peribadi. Benar! Memang berat memikul beban buku dari Malaysia ke Kaherah. Namun, sedang saya mengetahui bahawa kurang bahan bacaan ilmiah Melayu di Perlembahan Nil, saya gagahkan diri juga untuk membawa. Setidak-tidaknya nanti, saya akan dapat menyelak buku Melayu sesekali di dalam kebosanan diri. Di atas tanggungjawab yang besar, saya ditugaskan menjalankan misi Palestin. Benar! Penulis bebas

Imbas Semula

Oleh : typeace Saya mula berkarya seawal tahun 2006. Benar! Satu masa yang cukup panjang. Hari ini 22 April 2008. Bermakna, saya sudah mengenal dunia seni hampir dua tahun. Betapa lama untuk mengenal tirai kesusasteraan Melayu khususnya sehingga saya mencampakkan jiwa dalam lembah ini. Bukan Lembah Nil yang meninggalkan kesan perjalanan yang panjang antara Musa dan Firaun. Tetapi, kesan jiwa yang amat menebal di dalam kasus permusafiran ini. Jentolak jiwa yang mengheret sukma berenang di lautan muara sepi ini seolah-olah menenangkan jiwa dan sanubari. Saya tidak pernah duduk di tepian pantai, menyaksikan panorama alam begitu lama. Tetapi, saya punya azam yang tidak berkesudahan di dalam menarik cinta untuk dibawa bersama. KARYA CERPEN PERTAMA YANG SAYA TULIS dalam mandala seni adalah sebuah tele-cerpen ringkas. Kelakar. Sarat dengan muatan budak-budak baru belajar. Tetapi hari demi hari, sehinggalah karya cerpen yang terakhir saya tulis, "Hadiah Untuk Ustaz" yang baru saya

Seni Khat Syafiq

Tema PMRAM sesi lepas : "Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan" Saat jejari gatal Sudah lama saya tidak berpencak di dalam seni khat. Malah, pengalaman mempelajari khat Nasakh, khat Rik'ah, khat Thulus, dan bermacam-macam lagi jenis khat di peringkat sekolah satu masa dahulu mengajar saya tentang erti berseni. Pada kedamaian yang terasa membengkak ini, dengan keghairahan peperiksaan yang bakal bertamu, saya gunakan peluang masa-masa santai untuk menulis dan berseni sebentar. Sekurang-kurangnya inilah anugerah penulisan yang saya ada. Belajar dan saya terus belajar untuk memastikan bahawa ilmu itu tidak terbantut setakat di sini sahaja. Pemilihan pentas kali ini sangat ringkas. Mungkin saudara Effy Saiful lebih memahami secara halus seni ini. Juga kepada saudara Firdaus Mahadi dan saudara Ahmad Fadli Adam yang merupakan penggiat utama di dalam bidang ini mewakili daerah kecil negeri Johor. Biarpun sedikit pengalaman yang lalu itu digalas dengan latihan yang berterusan sehingga

COMOLOT : ASWARA Lahirkan Kilang GAY

Betapa jiwa saya terbelalak mengetahui bahawa ASWARA melahirkan filem pendek yang berjudul 'Comolot'. Menjentik rasa hati, inilah filem pertama saya kira berunsurkan gay yang wujud di pasaran Malaysia. Apakah benar, filem ini mendidik akidah? Atau sebenarnya telah tersasar daripada kehendak? Di mana pula tanggungjawab FINAS selaku orang yang bertanggungjawab di dalam penerbitan filem di Malaysia? Adegan kaum Luth benar-benar dipertontonkan tanpa segan silu di dalam filem ini. Wah! Betapa kurang ajar mereka. Adakah ini negara Islam Hadhari yang dilahirkan oleh kerajaan. (Maaf, jika saya kurang sopan di dalam berhujah. Tapi saya kira Dr. Asri pun dah pandai nak keji Islam Hadhari) Ini masalah yang berat! Bukan mainan. Saya benar-benar tertampar melihat aksi Ben Quariel dan Remy Ishak yang sememangnya seperti pasangan yang intim di dalam filem ini. Bermula daripada episod tidak memakai baju pada awal filem, kemudian disusuli pula dengan adegan mengintai tirai tandas. Ya Allah. Bet

Empat Bulan Lagi!

Hampir empat bulan sahaja lagi, keahlian saya sebagai Ahli Rakan Dewan akan berakhir. Ini tidak bermakna saya akan melepaskan tanggungjawab sebagai seorang penulis. Insya-Allah, saya akan memperbaharui keahlian ini agar hubungan bersama Dewan Bahasa dan Pustaka dibina dengan baiknya. Sepanjang saya memegang kad ini, banyak kelebihan yang saya peroleh. Pertama, saya mendapat diskaun di dalam pembelian dan memudahkan urusan saya dengan DBP terutama DBP Wilayah Selatan. Alhamdulillah. Semoga ada peluang-peluang selepas ini yang akan bertamu. Kredit untuk semua penulis yang banyak membantu saya.

Karya di Berita Minggu

Kredit untuk seorang teman di Malaysia, Saudara Ahmad Zainan bin Md Khudzari kerana memaklumkan bahawa karya saya terbit di Berita Minggu, 20 April 2008. Realitinya, jarang-jarang saya menjadi orang pertama yang ketahuan bahawa karya saya di media cetak. Namun, sebagai orang baru saya akui, saya masih lemah di dalam menggunakan diksi-diksi yang puitis di dalam bicara. Kali ini saya menampilkan metod dakwah di dalam puisi ini. Karya 'Sebuah Pengharapan II' merupakan kesinambungan daripada puisi 'Sebuah Pengharapan'. Seperti yang pernah saya maklumkan, untuk memperoleh diksi yang kemas beberapa pembetulan, pengubahsuaian kata dan prosa amat penting. Justeru, karya ini memberi latihan kepada saya supaya saya lebih matang di dalam menyampaikan sesebuah karya dengan saksama dan wibawa. Karya puisi 'Kubur Kita Lain-Lain' yang pernah terbit di Berita Minggu juga adalah karya mentah saya pada peringkat awal. Justeru, beberapa teknik saya gunakan di dalam memastikan baha

Penulis Baru Wajib Baca

Konflik editor dengan penulis Oleh: RAZALI ENDUN Isu penulis menghantar karya kreatif mereka kepada lebih daripada sebuah penerbitan bukanlah perkara baru. Begitu juga dengan isu ciplak sesebuah karya oleh penulis yang tidak bertanggungjawab. Begitupun ini tidaklah parah dan peratusan golongan yang melakukannya amat kecil. Namun begitu sekiranya wabak ini tidak dibendung, dikhuatiri akan menular dan mungkin akan menjadi fenomena pada masa akan datang. Tidak lama dulu ada editor dengan nada marah-marah dalam kolum menyalahkan para penulis yang dianggap rakus dan tidak bertanggungjawab. Bagaimanapun amat tidak adil sekiranya kita menjatuhkan hukuman pada satu pihak sahaja sedangkan kita cuba menutup kesilapan pihak yang lagi satu. Kedua-dua pihak mesti rasional dalam menangani masalah ini dengan pandangan terbuka dan positif. Konflik antara penulis dengan editor sastera media cetak juga bukan isu baru. Ia pernah dibangkitkan sekitar penghujung alaf lalu di mana pernah disyorkan oleh sala

Kakitangan Kerajaan Naik Lemak! Semua Mahu Mudah!

Buku ini pun jarang kita baca! Utusan Online - Jumaat, 18 April 2008 Pertemuan CUEPACS dengan Perdana Menteri - *Kerajaan setuju tingkat had umur bersara * Tiada honorarium RM2,000 Oleh HAMDEN RAMLI PUTRAJAYA 17 April - Kerajaan bersetuju memenuhi lima daripada enam permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang dikemukakan bagi meningkatkan kebajikan 1.2 juta kakitangan awam di negara ini. Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, lima tuntutan yang diterima itu adalah berkaitan kadar pencen, lanjutan umur persaraan, pemansuhan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), pemberian semula elaun kritikal dan penambahan elaun perumahan. Bagaimanapun, kata beliau, tuntutan CUEPACS supaya kakitangan awam diberikan honorarium RM2,000 tidak dapat diterima kerajaan. ‘‘Kami gembira dan puas hati dengan pertemuan hari ini. Tolak honorarium sahaja, yang lain kami dapat. Butiran lanjut mengenai lima tuntutan yang dipenuhi itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri se

Menghayati Lima Ayat Pertama

"Alif Laam Miim. Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa. (Yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka, dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Qur'an) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung." Ini kalam Tuhan. Benar! Ayat-ayat yang disusun di dalam al-Quran sememangnya mempunyai mukjizat tersendiri. Surah Al-Baqarah yang merupakan surah kedua di dalam al-Quran ini, adalah surah paling terpanjang di dalam mushaf. Rashdan berpaling ke kanan. Ada makhluk Allah bertamu. "Ya 'Atid! Apa yang kau mahu?" "Aku mahu mencatat amalanmu." Rashdan mengangguk perlahan. Seakan-akan menerima reda 'Atid yang lagak menghidupkan r

Zapin - Seni Budaya Kita

Saya bukan peminat setia zapin. Tetapi saya meminati seni dan gayanya. Semasa pulang ke Malaysia yang lepas, beberapa teman saya 'paksa' ke Yayasan Warisan Johor (YWJ), belakang Maahad Johor. Walaupun ada yang keberatan mengikut, tetapi saya gagahkan juga. Akhirnya, apabila tiba di pusat pentadbirannya, pegawai YWJ masih belum memulakan kerja dan masuk pejabat mereka. Benar! Saya tampak jarum jam sudah bertukar ke bilangan dua. Getus hati saya, mereka masih belum mengamanahkan diri masuk ke dalam pejabat tepat pada masanya. Dari mana asal zapin? Menurut sumber, tarian zapin (Jawi:زافين) merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan diketahui berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di tanah nusantara iaitu di tanah semanjung melayu, kepulauan Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Ini

Seketika di Masjid Al-Azhar

MEMANG saya jarang menghirup udara malam di Syarie' Al-Azhar. Berhadapan dengan Bazar Khan Khalili, tentunya pemandangan malam tidak seperti siangnya. Tetapi dengan keberkatan malam itu, kita kenal yang mana yang baik dan yang buruk. Saya meraba-raba malam. Seakan-akan malam itu masih panjang. Yang perlu saya ketahuan adalah malam semakin singkat kerana musim panas bakal menjelma. Justeru, saya tidak melewah-lewahkan masa berlama-lama untuk bersantai. Sebelum menanti azan Maghrib berkumandang, saya bersandar di belakang dinding masjid. Sesekali, tangan yang menggenggam al-Quran kecil untuk dihafal terjatuh dek kerana kepenatan yang menggunung. Kantuk masih bertamu. Tetapi mungkin itu lumrah. Atau saya sendiri sudah puas dibuai mimpi yang amat ngeri di siang hari. Saya meletakkan al-Quran kecil dengan cermat. Seorang lelaki berusia yang saya tanggap sebagai seorang pekerja masjid menghulurkan 'ruz bil- laban'. Tentunya untuk orang-orang berbuka fikir saya. Ini rezeki mereka

Mahasiswa Perlu Aktif Berpersatuan

Artikel ini saya tulis tahun lalu selepas daripada peristiwa pembunuhan mahasiswa kita di Mansurah. Justeru, segala kecanggungan harap dimaafkan. Kes pembunuhan mahasiswa Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah, Mesir Mohammad bin Ishak,22 merupakan suatu yang amat tragis. Lebih-lebih lagi ia merupakan peristiwa yang melibatkan mahasiswa senegara. Pelbagai andaian dibuat oleh pihak-pihak yang terbabit untuk menentukan motif dan punca sebenar pembunuhan tersebut. Rentetan daripada peristiwa tersebut, mahasiswa seharusnya sedar bahawa kepentingan berada di dalam kelompok berpersatuan amatlah penting. Sikap menyendiri, hidup bebas tanpa bimbingan, kurang melibatkan diri di dalam aktiviti berpersatuan merupakan punca utama mahasiswa kita terjerumus ke dalam masalah-masalah sosial ini. Sebagai mahasiswa, aktiviti kemasyarakatan seperti menghadiri seminar, program-program ilmiah, diskusi kitab dan buku, serta bermacam- macam lagi aktiviti yang sihat haruslah diberi penekanan. Oleh yang demikia

Buat Dua Orang Teman

Dua orang teman Buat dua orang teman belajar dengan tekun teliti dengan betul agar kita tidak terpesong dengan akidah yang luntur. Buat dua orang teman yang kanan kaji hukum yang kiri kaji sastera tetapi yang lebih utama akidah yang betul. Buat dua orang teman sepayung kita memecut sebaldi kita bertakung untuk mengejar ilmu menggunung. Buat dua orang teman mainlah api yang membakar tapi jangan sampai hangus kelak nanti terus tersungkur. Dan nasihat ini, buat dua orang teman belajarlah kerana ini sebuah tanggungjawab yang tidak tertolakkan. 12 April 2008 11.56 malam Kepada teman yang lain, giliran anda juga bakal menyusul!

Salam Hari Lahir Buat Pak Samad

Semalam, 09 April hari lahir Pak Samad. Kini, Pak Samad sudah berusia 73 tahun. Segagah seorang wira sastera yang masih memartabatkan sastera di kalangan penggiat seni tanah air, Pak Samad seharusnya dijadikan ikon penting negara yang perlu digunakan oleh generasi hari ini. Selagi usianya masih bertapak di perut bumi, saya yakin sumbangan beliau harus dihargai. Salam Hari Lahir buat Dato' A. Samad Said

Ulasan Daripada Berita

Berita Harian Online 9 April 2008 Selatan: Marsah jadi tumpuan pelajar seluruh dunia JOHOR BAHRU: Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) di Johor Bahru yang kini ditadbir anak syarikat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Marsah Sdn Bhd dengan geran RM1.7 juta menjadi tumpuan seluruh dunia. Pengarah Jabatan Agama Johor (Jaij), Datuk Zalil Baron, berkata negara lain seperti China, Indonesia, Tunisia, Kemboja dan Singapura semakin berminat menghantar pelajar mereka mengikuti pengajian di Marsah. "Pelajar Marsah menerima tajaan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dalam bentuk pinjaman sebanyak RM3,000 setahun dan RM6,000 bagi yang melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar," katanya. Katanya, Marsah juga menerima pengiktirafan daripada universiti di Maghribi, Universiti Sultan Muhammad V; Universti Al-Yarmouk, Jordan; Institut Agama Islam Negeri Sultan Thaha Saifuddin, Jambi, Indonesia dan Institut Al-Zuhri, Singapura. Beliau berkata, pada 2000, Maij mencadangkan supaya Marsah mempunyai

Zikrayat : Sekitar Saya Mendewasa Di Kota Padang Pasir Mesir

Kembara gersang ini masih terasa. Tiga tahun berlalu sudah, mengimbau kesan-kesan sejarah, tatkala luka masih berdarah hingusan masih bercuka kini hilang semua kesan itu, kerana diri sudah dewasa. Zaman dahulu ditebarkan dengan kesan-kesan yang lama dan kini diri terseksa sebelum Ilahi memanggil nama dan ketika itu sudah tertutup jasad sementara. Iman dan takwa laksana wira mampu bertakhta setiap masa dengan teguh bersatu nyawa kudrat dibina hingga menyeksa. Dalam kalbu dingin ini terimalah keampunan yang damai. 8 April 2008

Benarlah Ianya Benar!

Sumber : Berita Harian Online, 8 April 2008 P ENDUDUK dan pekerja yang tidak berpuas hati membaling batu ke arah polis yang melepaskan gas pemedih mata sebagai membantah kenaikan harga barang dan kadar gaji yang tidak berubah di Mahalla El-Kobra, semalam. Penunjuk perasaan menyerbu dewan perbandaran, membakar tayar di atas jalan raya, membaling kerusi ke arah tingkap kedai dan mencuri komputer. Kira-kira 150 penunjuk perasaan ditahan dan 80 lagi cedera dalam kejadian di bandar tepi Sungai Nil itu. Sekurang-kurangnya 100 yang lain ditahan di merata-rata di seluruh Mesir, kata pihak berkuasa, ketika beribu-ribu penduduk ponteng kerja dan sekolah dan beratus yang lain membantah kenaikan harga makanan seterusnya mengakibatkan kemerosotan sektor pekerjaan. Hampir 40 peratus daripada 76 juta penduduk Mesir hidup di bawah paras kemiskinan AS$2 (RM6.38) sehari. Harga barangan asas seperti minyak masak dan beras hampir dua kali ganda beberapa bulan kebelakangan ini, di tengah kekurangan meluas

Karya Di Dewan Sastera- April 2008

Karya “Seorang Anak Murid II” Saya menghantar kepada editor Dewan Sastera pada akhir bulan Januari. Yaitu selepas peperiksaan semester pertama di Al-Azhar. Ketika itu juga, ada beberapa diksi yang saya tukar demi meyakinkan editor bahawa karya ini bukanlah karya yang saya pamirkan di blog saya. Oleh yang demikian, tajuknya berubah kepada Seorang Anak Murid II. Karya ini juga dirombak selepas saya merombak dan terus merombak diksi-diksi yang kurang sesuai. Akhirnya, inilah karya yang saya hantar kepada editor. Moga-moga ada kebaikan daripada karya ini untuk seorang anak murid. Moga-moga juga karya ini mampu saya hantar ke Hadiah Sastera Darul Takzim dan Hadiah Sastera Perdana jika diizinkan. Ini doa-doa saya sebagai hamba yang baru.

Filem Fitna : Satu Tamparan Buat Orang Islam

Fitna is a 2008 short film by Dutch parliamentarian Geert Wilders. The film alleges Qur'anic motivations for terrorism, Islamic universalism, and Islam in the Netherlands. The film's title comes from the Arabic word fitna which is used to describe "disagreement and division among people", or a "test of faith in times of trial". On March 27, 2008, Fitna was released to the Internet on the video sharing website Liveleak in Dutch and English versions. The following day, Liveleak removed the film from their servers citing serious threats to their staff. On March 30, Fitna was restored on Liveleak following a security upgrade, but was promptly removed by Wilders promising a second edition without the copyrighted Jyllands-Posten Muhammad cartoons. Source : Fitna Film Bukan saya tidak sensetif tentang Islam. Tetapi saya 'lebih ghairah' menulis selepas sendiri dapat menonton filem ini. (Saya harap tiada siapa yang beria-ia untuk mendapatkan filem ini; sekir

Tiga Dalam Satu - Selesai

Perbahasan Ucap Dasar Presiden. Apa resolusi daripada BP dan HEWI? Apakah inferens yang dikecapi selepas majlis berakhir? Adakah hipotesis menunjukkan peningkatan jumlah mahasiswa di Mesir yang baru mengenali PMRAM? Segalanya baru terlakar di Dataran Hayyu Asyir semalam. Namun, adakah kejayaan ini hanya sementara? Atau sekadar retorik mahasiswa yang hanya bersungguh-sungguh mempamirkan PMRAM di saat-saat bangkitnya suara mahasiswa? Kajian ini harus dibuat secara mendalam. Saya beranggapan bahawa kita punya percaturan di dalam berhujah. Laksana keris emas dihunus, tatkala itulah perwira bertarung. Dan, sekiranya keris gangsa sahaja disuap tentunya kegersangan itu tidak akan mampu ditari. Fakta ini jelas membuktikan semangat manusia harus dikendong. Kekadang kita lemah dan kekadang kita cukup ampuh kuat laksana nakhoda di atas kapal berlayar. Sedari itu, selaku kepimpinan 'lama' saya beranggapan bahawa pementasan PMRAM bukanlah semata-mata digilap oleh bakat kepimpinan tetapi yan

Karya Di Dewan Sastera April 2008

Sekalung tahniah buat diri sendiri kerana karya saya kali ini terbit di Dewan Sastera bagi bulan April. Saya tidak menjangkakan bahawa karya saya akan terbit pada bulan ini kerana anggapan saya jika diterbitkan pun, pada bulan Mei nanti sempena Sambutan Hari Guru, 16 Mei. Terima kasih kepada editor yang memilihnya. Saya juga orang baru di dalam arena ini. Kelapangan masa nanti, mungkin diizinkan saya menulis novel. Tambahan : Di atas permintaan, karya saya ini berlatarkan pengalaman ketika menjadi guru di SMK Bandar Baru Uda. Justeru, saya lampirkan beberapa gambar anak-anak murid di sana. Lihat atas.

Entri Paling Kontroversi

Hari ini hari lahir dua jejaka ter'lampau' di Mesir. Seorang duda, seorang teruna. Namun, kedua-dua mereka tetap satu hati yang sama. Mengarut! Salam Ulangtahun ke-22

Budak-Budak Persatuan VS Budak-Budak Talaqi : Mana Lebih POWER?

Ustaz Adam pun pandai menggunakan ilmu dalam berhujah. Sihat ye ustaz! Sembang 1 : Mula la tu cakap aku ni nak buat kontroversi. Banyak cantik ko! Sembang 2 : Memang pun, kau kan suka buat cerita-cerita panas! Sembang 1 : Aku menyatakan yang hak... Ini fakta kes yang aku dapat. Sembang 2 : Buatlah apa-apapun asalkan kau bahagia... Penulis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi membaca. Penulis tidak mahu memporak perandakan keadaan. Cuma sebagai penulis, ada tujuan penulis buat begini. Izinkan penulis bicara satu persatu. Perkara ini mula timbul sejak beberapa tahun akhir-akhir ini. Entah! Di mana silapnya pun penulis tidak ketahuan. Mungkin sahaja ketika kelahiran memuncak Majlis Tafaqquh FIDDIN Azhari atau semenjak generasi baharu yang berlumba-lumba mahukan ilmu di masjid-masjid atau bertalaqi di kawasan-kawasan kediaman masing-masing. Mungkin sahaja sejak PMRAM mengungguli kelas Madrasah Imam Syafie vs Kelas Ustaz 'D'. Wah! Memang terkesima betul penu