Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Surat Untuk Dua Insan

Assalamualaikum w.r.b. Kehadapan Saudara Khusaini dan Saudari Hafsah yang dihormati, moga-moga kalian berdua berada di dalam keadaan sihat hendaknya. Setelah dua tahun saya bersama kalian, kini tiba masanya erti dan makna ‘perpisahan’ itu bakal berlaku. Terima kasih kerana menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai seorang Badan Pengurus dan HEWI yang saya kira amat besar pengorbanan tersebut. Saudara Khusaini yang disayangi, Sudah terang lagi bersuluh, saudara sanggup meninggalkan Dewan Perwakilan Mahasiswa Shoubra semata-mata menghidupkan dan membangunkan PMRAM. Pada saya, itu adalah sebuah pengorbanan yang teramat besar yang saudara telah korbankan. Kenangan yang dicipta selama dua tahun itu tidak akan saya lupakan. Kadang-kadang kita pernah menangis kerana dicemuh oleh ahli, kadang-kadang kita terharu kerana menghargai sumbangan ahli dan kadang-kadang kita ketawa kerana ingin menyelesaikan masalah peribadi. Itu semua adalah perjalanan yang saya kira tidak akan bermatian. Bukankah

PMRAM 2009 : Gabungan Badan Pengurus Yang Mantap!

Pentadbiran 2008 akan diteruskan oleh generasi mendatang KAHERAH : Pentadbiran PMRAM yang diketuai oleh Saudara Abdul Mu'izz Muhammad, merupakan satu gabungan pentadbiran yang mantap dan berkualiti. "Bidang tugas bagi sesuatu lajnah dan badan disusun dengan sebaiknya demi memastikan tugas yang dipikul mampu digalas dengan sebaiknya." Beliau berkata demikian, sejurus selepas Mesyuarat Badan Pengurus kali Pertama PMRAM yang diadakan di Asrama Pelajar Pulau Pinang, Kaherah pada hari ini. Beliau yang dilantik sebagai Presiden PMRAM 2009, merupakan Presiden yang ke-50 menurut catatan sejarah PMRAM yang bermula semenjak 79 tahun yang lalu. Tema "Julang Thaqafah Bakti Dicurah" akan diteruskan pada sesi pentadbiran 2009 dengan menekankan beberapa aspek termasuk pemantapan kerohanian dan muzakarah berkelompok di setiap BKAN dan DPM. Selain itu, usaha yang berterusan diperlukan bagi melipatgandakan thaqafah serta acuan ilmu dan peningkatan nilai prestasi akademik bagi mah

Saya Terlalu Kecewa - Mantan SUA PMRAM

Saya Terlalu Kecewa – Mantan Setiausaha Agung PMRAM KAHERAH : “Saya terlalu kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan.” Demikian dinyatakan oleh Saudara Syafiq Zulakifli, mantan Setiausaha Agung PMRAM yang menolak dakwaan Wakil Kelab Umno Luar Negara, Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan yang mendakwa PMRAM mengancam minda mahasiswa supaya menentang kerajaan. “Isu ini adalah isu lapuk. Sudah berpuluh-puluh tahun nama PMRAM dilabel sebagai pro-pembangkang. Kita yakin dan percaya tindakan tersebut adalah fitnah terbesar yang masih dijaja-jaja di dalam Perhimpunan Agong UMNO. Setiap kali Perhimpunan Agong UMNO dijalankan, nama PMRAM mesti dibangkitkan.” Beliau juga menolak dakwaan kononnya pegawai-pegawai di Mesir tertekan dengan PMRAM kerana menyekat pelajar tinggal di asrama. “Kita tidak ada kuasa untuk melarang mana-mana pelajar untuk tinggal di asrama. Pelajar memohon dengan pegawai atau Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri sekiranya ingin tinggal.” “Malah, kita kecewa dengan tindakan sese

Nama PMRAM di Perhimpunan Agong UMNO

Nama PMRAM di Perhimpunan Agong UMNO “BERUNTUNGLAH bagi orang-orang yang mempromosikan namanya.” Kata-kata hikmah Syafiq Zulakifli. TAHNIAH kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Sebagai mantan Setiausaha Agung PMRAM saya berbangga kerana setiap kali Perhimpunan Agung UMNO, nama PMRAM akan meniti di bibir perwakilan yang hadir di dalam perhimpunan tersebut. Apabila setiap kali isu yang sama dibangkitkan, saya jelek dan muak mendengar. Saya anggap begini. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Mari baca keratan ini. “Sementara itu, seorang perwakilan kelab Umno luar negara petang ini menggesa persatuan mahasiswa Malaysia di Mesir diharamkan dengan dakwaan ia menyebarkan ideologi pembangkang. Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan juga menggesa biasiswa pemimpin Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik. "PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya. "Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesi

Muktamar Sanawi PMRAM : Suatu Coretan

Jabatan Setiausaha Agung Majlis Presiden di kanan dewan Kepimpinan PMRAM 2008 Persidangan yang indah Wajah-wajah terakhir Seorang Setiausaha Agung Oleh : Syafiq Zulakifli KETIKA kaki melangkah masuk buat kali terakhir ke dalam dewan persidangan, hati saya tiba-tiba menjadi pilu dan sebak. Entah mengapa barangkali ini adalah kali terakhir dewan ini bakal saya pijak sebagai seorang pemimpin di dalam pentadbiran PMRAM. Lantas, tatkala suara dewan bergema dengan nasyid Asmaul-Husna pada awal persidangan, airmata saya tidak henti-henti turun membasahi lantai dewan ini. Perkara ini tidak berlaku tatkala persidangan dua tahun yang lalu. Dengan gamitan perasaan yang serba tidak menentu itu saya gagahkan diri untuk berdiri. Gema Lagu ‘Untukmu PMRAM’ terus menjadikan perasaan saya tiba-tiba hilang tanpa arah. Mujurlah saya tidak rebah di tengah-tengah dewan tersebut. Suasana dewan yang hening pada awal-awal pagi membuatkan saya belum bersedia meninggalkan lapangan tugas di dalam pentadbiran PMR

Penampilan : Mengapa Penting?

PANDANGAN pertama apabila anda melihat seseorang adalah melalui penampilan diri, gaya berjalan, pakaian yang dipakai, mimik muka, cara bercakap dan sebagainya. Ini dinamakan ' first impression'. Oleh yang demikian, sama ada anda seorang ahli, rakyat biasa, pemimpin, atau apa sahaja status yang anda ada, seharusnya penampilan adalah penting. Letaklah muka anda hitam macam mana sekalipun, tetapi sekiranya anda faham erti dan makna sebuah penampilan dan kreadibiliti; ini menunjukkan anda sudah berada dilorongnya. Mahasiswa Al-Azhar selalu dilabel sebagai seorang yang 'selekeh' apabila menghadapi temuduga di Malaysia. Saya akui akan fakta tersebut. Malah saya tidak pernah menafikan akan perkara itu. Tetapi bukan semua insan yang bersikap sedemikian. Dan saya juga tidak pernah menemuduga pelajar lepasan Al-Azhar. Namun, segala tindak tanduk itu perlu dilatih dan diamalkan ketika sedang kita berada di dalam pentadbiran. Justeru, fenomena yang berlaku hari ini adalah 'ikut

Gambar, PMRAM dan Pendaftaran

Dari kiri : Ustaz Adlan (bakal Presiden), Ustaz Hairul Nizam (Presiden 2006-07), Ustaz Abdul Mu'izz (Presiden 2009), Ustaz Khairul Anuar (Presiden 2008) ENTAH mengapa gambar ini menjadi pilihan saya untuk ditafsirkan. Barangkali sudah jodoh. Tiga orang presiden PMRAM duduk di dalam satu tempat yang sama. Dan, tidak disangka ada sesuatu yang menjadi misteri sehingga hari ini. Apa kena-mengena dengan Ustaz Adlan yang duduk di kiri (gambar)? Adakah beliau bakal Presiden 2010? Jika ingin diulas tentang tokoh yang seorang ini, sememangnya panjang berjela. Nanti saya khabarkan. Pada hemat saya, setiap insan mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing. Zaman pemerintahan Ustaz Hairul, gelombang mahasiswa yang masih mempunyai kekuatan untuk berkorban mati-matian memperjuangkan nasib mahasiswa. Lihat sahaja apa yang berlaku pada hari 'hak anak-anak Selangor' di Mesir pada tahun 2006 yang lalu. Saya sebagai seorang mahasiswa tahun pertama pada waktu itu pun terkesan dengan semanga

Surat Untuk Badan Pengurus (3)

Teman Badan Pengurus tahun 2007 Kehadapan sahabat Badan Pengurus yang berbahagia, Sesungguhnya adalah menjadi tidak adil ketika saya menyatakan bahawa saya 'rela' meninggalkan PMRAM di dalam keadaan PMRAM masih memerlukan tenaga saya. Sebab itu, luka lara itu saya simpan sehingga tarikh keramat ini. Hari ini (23 Mac 2009), merakamkan tarikh keramat bahawa saya bakal meninggalkan dunia bersama kalian hanya beberapa hari sahaja. Jika dihitung tidak sampai daripada seminggu daripada hari ini. Namun, perancangan Tuhan saya galas dengan sebaiknya. Bermula dengan 'sebak' saya bertemu dengan calon kepimpinan PMRAM awal Mac yang lalu, kemudian disusuli dengan tangisan adik saya di dalam program Kolokium Fikir, kemudian penyaksian terhadap suara rindu di dalam jiwa daripada abang kita di dalam perjumpaan terakhir pada hari Jumaat lalu, semuanya menyatakan ada rindu yang masih berputik. Terakhir kali, kita sama-sama menyaksikan bahawa PMRAM yang digalas ini tidak mampu dibeban la

Kehilangan

Penulis di dalam satu program anjuran PMRAM baru-baru ini Malam perginya seorang pejuang Islam di Malaysia, saya pula menimpa musibah yang sama. Sebuah telefon bimbit Sony Ericsson Z610i pula menjadi mangsa kehilangan. Entah mengapa, kehilangan telefon bimbit ini memberi kesan yang mendalam terhadap jiwa. Pertama, telefon bimbit ini baru sahaja diterbangkan dengan pesawat Egypt Air oleh Saudara Akhmal Ali bulan November yang lalu. Namun, hanya beberapa bulan sahaja telefon tersebut sempat memesrai diri saya. Justeru, mulai hari Sabtu (21 Mac 2009) saya mengumumkan bertukar dan berpindah ke nombor telefon baru dengan telefon bimbit yang baharu. Hubungi saya : +2011-4689378 (panggilan Etisalat)

Gugurnya Sebutir Bintang

BARANGKALI istilah dan perkataan yang paling tepat disebut adalah 'syahidnya seorang pejuang Islam'. Haji Khairul Azhar Kamaruddin (Hj Khir) merupakan salah seorang mantan penasihat PMRAM. Ketika saya menduduki kerusi pentadbiran PMRAM pada 2006, beliaulah yang mengetuai 'usrah mingguan' kepimpinan. Kehilangan beliau amat memberi kesan yang mendalam khusus kepada mahasiswa dan mahasiswi yang mengenali beliau. Saya masih terkenang lagi akan segala macam peristiwa yang berlaku semasa bersama beliau. Pertama, beliau di antara penasihat PMRAM yang tidak pernah meninggalkan sofa pejabat untuk tidur pada waktu malam. Setiap hari pastinya beliau akan mengisi ruang sofa pejabat untuk tidur. Di atas meja pula letaknya 'tiga keping' gambar anak Allahyarham. Pada waktu itu, isteri Allahyarham sudah menamatkan pengajian di Mesir sedang beliau terus thabat menghabiskan pengajiannya. Hj Khir bukanlah satu nama yang asing bagi penuntut Negeri Sembilan di Mesir. Sumbangan terha

Surat Kemaafan

Penulis yang memakai songkok “Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.” Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Begitulah kita. Barangkali kita dipertemukan secara tiba-tiba. Dan, semua itu kehendak Yang Maha Esa. Kita merancang, Allah juga merancang, namun perancangan Allah adalah sebenar-benarnya. Demi sesungguhnya, tatkala mulut ini berbicara,barangkali aku bukanlah insan yang cukup sempurna. Aku tahu, akulah insan yang bersalah. Yang menjadi penyebab sesuatu itu berlaku. Yang menjadikan api marak itu membakar keseluruhan ceritera. Faridun (bukan nama sebenar) yang dikasihi, Dalam kalbu yang dingin ini, aku sendiri masih mencari damai sebuah pertemuan. Manis sebuah persahabatan. Makna sebuah keikhlasan. Dan jika ini terakhir kali, hiasilah pertemuan itu dengan kemanisan. Dan, berikanlah perpisahan itu suatu perpisahan yang tidak pernah menggambarkan kedukaan. Aku merayu padamu, andai ini yang kau beri, akan ku terima seadanya. Cukuplah sengsara yang berkaca.

Bagaimana Menterjemahkan Islam Di Dalam Karya Sastera

Meja pentadbiran yang akan bertukar milik Bagaimana Menterjemahkan Islam Di Dalam Karya Sastera Oleh : Syafiq bin Zulakifli Lihat ayat di bawah : Ustaz Mujtaba terus bersemangat, “Ada lagi kesesatan kaum pluralis ini. Kita semak pula faham keempat. Menurut mereka semua agama adalah satu komponen hakikat. Ertinya, hakikat yang benar dan utuh itu sedikit terpecah ke dalam agama Islam, sedikit yang lain terpecah ke dalam agama Kristian dan yang lain pula terdapat dalam agama Hindu misalnya. Jadi tak ada agama yang sempurna. Yang ada hanya hakikat dan kebenaran yang beragam-ragam di sana sini. Jadi pada mereka semua agama sama… ini membuktikan pluralis seperti bapa Zehra dengan sedar menjadikan pluralism itu satu agama baru, yang diciptakan manusia, gabung semua, percayakan semua…” “Dahsyat!” kata saya hilang bicara. (Petikan Novel Tuhan Manusia karya Faisal Tehrani) Ramai orang beranggapan bahawa Islam itu adalah sebuah fakta. Dan, barangkali yang beranggapan bahawa Islam itu adalah sebu

MUKTAMAR SANAWI PMRAM KALI KE-76 : Siapa Yang Akan Kekal

Setahun yang lalu... PMRAM ke arah minda pro-aktif CULAAN yang dibuat daripada majoriti pengunjung blog saya rata-rata kurang tepat. Pertama, saya beranggapan; ini blog saya dan semestinya peminat lahir daripada pengunjung blog saya. Makanya, adalah menjadi kesalahan jika saya meletakkan bahawa majoriti yang memilih calon-calon untuk kekal di dalam pentadbiran PMRAM akan kekal seperti kehendak ahli. Oleh yang demikian, usah marah sekiranya ada di antara kepimpinan kalian (yang menjadi favourive ) tidak terpilih untuk menduduki kerusi pentadbiran pada masa mendatang. Apabila secara rasmi saya membuka undian ke atas pengunjung blog untuk memilih calon badan pengurus yang kekal mentadbir PMRAM, keputusannya adalah seperti berikut : Ustaz Hanafi Zulkapli (26%) Ustaz Syafiq Zulakifli (19%) Ustaz Adlan Mokhtaruddin (15%) Ustaz Shahrizan Mohd Hazime (13%) Ustaz Abdul Malik Abdul Karim (10%) Ini adalah lima orang di antara calon yang layak kekal mengikut majoriti kehendak pelawat blog saya in

Motivasi : Membentuk Mahasiswa Pro-Aktif

Penulis di dalam forum penulisan anjuran PMRAM DI DALAM bengkel-bengkel penulisan yang saya turut serta bersama mahasiswa di Mesir, berulang-ulang saya menyatakan bahawa untuk menjadi seorang manusia luar biasa, ia memerlukan usaha yang biasa dengan disorot sikap yang luar biasa. Seseorang tidak mungkin berjaya untuk menulis dengan cemerlang dan baik sekiranya latihan dan sikap sebagai seorang penulis tidak berubah. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab yang besar bagi seorang penulis untuk memastikan bakat yang sedia ada itu didorong dengan disiplin dan semangat yang luar biasa. Faisal Tehrani misalnya, tidak akan berjaya menyiapkan lebih daripada sepuluh buah novel di dalam masa kurang sepuluh tahun tanpa usaha gigih daripada dirinya sendiri. Oleh yang demikian, bagi menggerakkan minda sebagai seorang mahasiswa yang pro-aktif adalah dengan pelbagaikan bahan bacaan. Motivasi Diri : 1. Seorang mahasiswa perlu memahami metod pembelajaran sendiri secara mendalam. Ini adalah suatu kewajip

Puisi Maulidur Rasul

JIKALAU MUHAMMAD MASIH ADA Dalam dekad yang panjang suara langit berbicara mengejut insan yang mati; di dunia yang lapar dan dahaga dengan tangisan dan airmata. Muhammad seindah kalam berbicara mencerakinkan malang insan yang leka dengan buana kontang kejahilan demi menyubur sebilah falsafah makna yang terukir dalam ruhi seorang Muhammad. Kalau Muhammad masih ada belum tentu kami belajar makna airmata. Zaqaziq 7.20 pagi

PPSMI : Bahasa Melayu Yang Disayangi

Foto ihsan (blog Faisal Tehrani) PPSMI : Bahasa Melayu Yang Disayangi Saya pilu melihat perkembangan negara pada hari ini. Lebih memilukan apabila saya melihat nasib bahasa saya sedang diperjuangkan habis-habisan. Saya merenung sejenak. Kalaulah saya berada di tempat mereka, tentu saya menangis teresak-esak memikirkan bahasa saya ditindas sedemikian rupa. Semalam, saya berdiskusi dengan mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di negara Jepun. Beliau sedang menuntut di dalam bidang kejuruteraan di sana. Namun, satu keanehan yang wujud, di sana katanya pembelajaran di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dipelajari di dalam bahasa Jepun. Malah katanya, hampir ‘tiada’ pengajaran di dalam bahasa Inggeris. Mengapa orang Jepun sanggup memartabatkan dan mengagungkan bahasa mereka? Sebagai Setiausaha Agung, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir saya amat terharu dengan keadaan yang sedang berlaku di negara kita. Pak Samad (A. Samad Said), Abang Faisal Tehrani, Puan Ainon, di antara pejua

Calon Presiden PMRAM Terbit Buku

SEJUJURNYA saya amat cemburu apabila seorang teman telah berjaya menerbitkan sebuah buku ilmiah berjudul “KHILAF : PRINSIP DAN DISIPLIN” . Penulis yang dimaksudkan adalah Saudara Abdul Mu’izz bin Muhammad, calon Presiden PMRAM 2009. Pertama, tahniah kepada Ustaz Abdul Mu’izz yang bertungkus lumus hampir tiga tahun demi memastikan karya ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Secara peribadi, saya tidak bercadang berbicara tentang isi kandungan karya ini. Tetapi, sekurang-kurangnya saya berbangga kerana teman yang seorang ini sudah terjun ke dalam dunia penulisan. Baru-baru ini, ketika saya dijemput mengisi slot bagi program Kem Latihan Penulis anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, berkali-kali saya menyatakan kepada penulis bahawa, ciptalah sesuatu yang luar biasa. Ramai bertanya, mengapa saya terjun ke dalam dunia sastera? Saya beranggapan begini. Kekosongan tempat sedang berlaku apabila ‘tiada insan’ yang ingin mengisi dunia sastera Islam. Orang-orang agama (pendakwah) sela

Surat-Surat Untuk Badan Pengurus (2)

Surat-Surat Untuk Badan Pengurus (2) Assalamualaikum w.r.b. Kehadapan Badan Pengurus yang saya segani, semoga kalian berada di dalam keadaan sihat hendaknya. Saya menulis warkah ini kerana timbul rasa tanggungjawab di dalam diri. Barangkali kalian perlu tahu, saya ‘cemburu’ melihat kalian masih berada di dalam kepimpinan Badan Pengurus PMRAM. Saya ‘cemburu’ melihat kalian masih punya masa untuk belajar dunia pengurusan dan kepimpinan. Semua itu saya cemburu. Badan pengurus yang saya hormati, Ini bukanlah bermakna ‘saya teringin’ untuk kekal di dalam pentadbiran. Tetapi sekurang-kurangnya saya ‘cemburu’ kerana kalian duduk di dalam dunia ‘pendidikan’ yang saya tidak akan kecapi lagi selepas ini. Kalian perlu tahu, saya meminjam segala macam ‘thaqafah’ daripada kalian. Saya pinjam ilmu kalian yang amat bernilai itu. Malah,setiap kali ‘usrah mingguan’ kita, saya ‘cemburu’ melihat kalian ralit membicarakan isu-isu Islam sedang saya yang ‘polos’ dan tidak bernyawa tiada apa yang mampu saya

Surat-Surat Untuk Ustaz Hairul

Membilang Hari Dan Waktu “SUKA atau tidak, awak harus berundur!” Ini bukanlah kalam yang dituturkan oleh kepimpinan PMRAM kepada saya. Ini hanya sebuah analogi yang terpaksa dihadapi oleh saya sebagai seorang abang senior di dalam PMRAM yang ‘sudah tahu’ akan meninggalkan dunia PMRAM beberapa hari lagi. Ada beberapa teman di dalam kepimpinan PMRAM yang menjadi pilihan saya untuk saya ‘promosi’kan. Ini bermula dengan kepimpinan PMRAM sesi 2006, 2007 dan 2008. Surat-Surat Untuk Ustaz Hairul Nizam Ustaz, Saya tidak ingat, bilakah hari pertama saya mengenali ustaz. Saya juga tidak ingat bilakah ketikanya kita bersua melafazkan kalam pertama pertemuan. Tetapi, yang saya tahu bahawa kita bertemu di dalam satu tiang yang sama. “Selamat Datang ke dunia Badan Pengurus PMRAM.” Barangkali itulah kalam kepimpinan awal yang saya boleh ingat. Yang lain, saya letak ke tepi. Saya bangga menjadi anak didik ustaz. Saya bangga kerana saya dilatih di bawah pentadbiran ustaz. Tahukah ustaz betapa saya berb